Monday, November 28, 2011

Perbezaan pendapat itu baik untuk perkembangan Ilmu

Ada kalangan di laman ini yang suka berdebat & mencela orang lain disebabkan tidak mahu menerima pendapat/pandangan mereka, sambil mencela mereka yang masih memakai wang kertas. Rendahnya adab & akhlak kita dalam berdakwah. Bercakaplah perkara yang memberi manfa'at, jika tidak diam. Jangan dgn. ilmu yang sedikit & sikap taksub kita, menjadikan kita golongan yngsuka berdebat, yang akhirnya menampakkan kebodohan kita sendiri, menjadikan kebencian manusia untuk menerima apa yang kita anjurkan.
· · · 23 hours ago
    • Ismail Bin Johari Betul tu ismailMdtaib, Janganlah kita memperbesarkan perkara yang kecil2, laksanakan mana yang baik dan jangan terlalu exrim, prkara yang baik akan menjadi buruk jika dalam diri mempunyai sifat buruk, tamak haloba, hasad dengki dan busuk hati, jadi berkhikmahlah..
      22 hours ago · · 1
    • Suhairul Lail Kamaruddin fakta penggunaan wang kertas serupa mcm rokok. ia sukar dibenteras secara ilmiah. lihat keberkesanan kempen anti merokok sendiri.
      21 hours ago · · 4
    • Slock Crow jangan risau kawan2 yang tak percayakan tentang fatwa wang kertas.. teruskanlah dgn urusan anda spt biasa. ulamak juga tlh mengharamkan rokok tapi orang hisap selamba jer.. so teruskanlah dengan urusan anda, tak ada orang nak paksa sesiapa pun utk percaya.
      21 hours ago · · 4
    • Ismail Bin Johari Yang penting istiqamah dalam perjuangan dan dahwah... insyaallah, kemenangan akan tiba suatu hari nanti..terukan solat, walaupun hari2 berdoa, Dia masih belum makbul doa kita, teruskan amar maarur dan nahi mungkar hingga kita akan tertemu dengan Nya...
      21 hours ago · · 4
    • Petani Bin Cili betul..jangan mencela wang kertas...kerana terlalu taksub dengan Dnd..
      20 hours ago · · 1
    • Mawaridi Abdullah Kita beransur- ansur ke arah menggunakan DnD... Kita gunakan jika ruang & peluang dah ada. Dan jika belum ada, kita wujudkan ruang & peluang itu, usaha dakwah ini tanggungjawab kita bersama...
      20 hours ago · · 4
    • Mohd Naquiddin slow2 tuka..yg tegas sgt kate wang kertas haram tu, tiap2 pg bg anak 1 dirham ke untuk blanje sekolah?memang la x nafikan dnd tu adalah matawang islam..tp utk masa sekarang ni memang masih memerlukan wang kertas..
      19 hours ago · · 1
    • Mohammad Iskandar Bin Marzuki Kalaulah DnD terdapat di seluruh negeri dengan bilangan yang sesuai mungkin kita dapat menggunakan DnD dalam penggunaan harian. Orang yang kurang kemampuan mungkin hanya berani menggunakan wang kertas untuk urusan harian. Usaha yang ikhlas membawa berkat.
      19 hours ago ·
    • Fizi Arh Penggunaan Dnd sbg matawang secara keseluruhan memerlukan strategi dan perancangan serta mengambil masa yg panjang untuk dilaksanakan, perlu didikan dan penerangan kpd masyarakat tentang kebaikan Dnd dan kelemahan sistem duit kertas kpd ekonomi...
      18 hours ago · · 2
    • Mohammad Iskandar Bin Marzuki bermula dengan satu dua komuniti bermuamalah dgn barter/DnD :D
      18 hours ago · · 1
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Orang yg mengharamkan wang kertas tue!! ia menggunakan wang kertas atas dasar darurat pada masa ini.. bukan bermakna ia menjauhkan diri pada wang kertas.. Cuma perkara yg benar tetap la kena bg tahu kan.. sebab skrg dah ada opsyen!! walaupu...See more
      18 hours ago · · 6
    • EmasMaster Gerbang Emas Anda emas tetap emas.. kertas tetap kertas :P *saya pakai wang kertas utk beli brg.. gunakan emas utk pasif investment
      18 hours ago · · 1
    • Syed Abdul Rahman ‎"Klu dlm hati kita ada penyakit!! perkara yg biasa kadang2 di anggap menusuk smpi ke jantung..." ... yep, truth hurts! Mcm kata Sheikh Imran Hosein, tak payak gaduh2 (no need for boxing gloves), jawab la sorang2 dlm kubor nanti, takde handpon kat bawah tu nak panggil anak-bini tolong (takde coverage pun) :D
      17 hours ago · · 5
    • Zulkifli Sharif he he he he dah dari sekolah rendah, menengah dan universiti dah diajar berdebat. Lagipun memang perdebatan tu benda yang sihat.
      17 hours ago · · 2
    • Petani Bin Cili Abang Ismail Mdtaib kasi brainwash sikit kat diorang ni semua...
      16 hours ago ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin pendapat masing2. cuma dalam pendapat itu, yang mana patut kita tinggal, kita tinggalkan, selok punya selok, yang menghalalkan penggunaaan duit kertas cuma darurat je. sampai bile nak duduk dalam darurat ni ...
      16 hours ago · · 2
    • Suhairul Lail Kamaruddin bak kata org, sampai bile nak duduk bawah tempurung "darurat"
      16 hours ago · · 2
    • Petani Bin Cili kita tunggu la sampai kerajaan malaysia umumkan..tentang pengunaan Dnd ni...
      16 hours ago ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin nak tunggu kerajaan malaysia umumkan? haha! nak umumkan ikut hukum agama pun susah, inikan nak keluar dari cengkaman kapitalis.. tunggu kiamat la.
      16 hours ago · · 2
    • Suhairul Lail Kamaruddin itu pun kalau percaya kiamat tu ada.
      16 hours ago · · 1
    • Petani Bin Cili Pemerintah kita Islam..tak mustahil kalau diumumkan..
      16 hours ago ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin ‎54 tahun nak tunggu zakat, 150 tahun agaknya nak tunggu utk next step. kalau lahir, mau 2 kali mati tuh.. kalau mati dalam iman takpe jugak.
      16 hours ago · · 1
    • Suhairul Lail Kamaruddin ‎5 kali perdana menteri masih dok tunggu jugak. tunggu oh tunggu.
      16 hours ago · · 1
    • Mohd Naquiddin bukan da 6 ke pM...xpe, nnt tuan SLK jd PM ke 7, ubah sistem ni sume drastically..ktorang follow..
      14 hours ago · · 1
    • Suhairul Lail Kamaruddin ‎5 dah turun satu lg belum... orang yg tak patut memimpin x boleh memohon jadi pemimpin, x tertanggung amanah..
      14 hours ago · · 1
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor Ubah lerr.. Nanti kena tembak tak tauuuuu
      14 hours ago via Mobile · · 2
    • Mawaridi Abdullah
      Antara mahu dan tidak jer... Kalau kita mahu, kita buat dan amalkan, jangan salahkan org lain... Dah lama majlis fatwa fatwakan rokok tu haram... Masih jugak org merokok, dah lama Allah haramkan dedah aurat, ramai jugak yg dedah.... Dah lama Allah haramkan pergaulan bebas lelaki prempuan bukan muhrim... Masih jugak ada... Antara mahu atau tidak jer... Kita masing2 yg menjawab nanti... tiada talian hayat... dakwah dah sampai..
      11 hours ago · · 6
    • Slock Crow sambung la sikit lagi tuan..
      11 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie ‎..http://www.youtube.com/watch?v=wLoB1eCJ93k&feature=related..
      www.youtube.com
      We will not return to 'business as usual'. The Four Horsemen is an independent f...See more
      11 hours ago · · 1 ·
    • Gold Man solat jemaah tak penuhi lagi kat masjid surau tuh.. tok sah dok sembang pasai dnd yg ranting2 ni sahabat2 ....
      11 hours ago ·
    • Slock Crow islam itu syumul, takkan nak cerita bab solat dari dulu sampai skrg.. imam2 tok2 kadi tok siak semua dah citer pasal solat, tapi depa takdak citer pasal riba'... kat sini jela peluang kita blh sembang pasal riba' pun...
      11 hours ago · · 3
    • Gold Man bukan cerita pasal solat.. tapi "amalkan "apa yg diajar ttg solat tuh...
      11 hours ago ·
    • Gold Man solat jemaah tu adalansebahagian dari "syiar" . selain memberi salam, azan ,dan beberapa syiar yg lain... DnD ada lah sebahagian alat dalam muamalah... muamalah adalah cabang dalan ilmu fekah...
      11 hours ago ·
    • Gold Man berapa ramai pejuang2 dinar disinii yg yg menjaga solat jemaah? saja je laa nak tau.. hehehehehehe
      11 hours ago · · 1
    • Jlpd Silc Ridzuan Isml maaf menyampuk sahabat2x sekelian, sepanjang menyertai group DnD ni saya tak nampak pokok perbincangan perihal DND tapi lebih nampak jelas perihal pokok "DEBU-DEBU RIBA". wasalam
      11 hours ago · · 2
    • Gold Man asasnya lebih pada pengenalan dan mendidik masyarakat ttg DnD...
      bila masyarakat dah tau dan menerima DnD ..insyaallah akan terlaksana dgn sendirinya ...
      10 hours ago · · 1
    • Ibnu Dagang nok wat gane napok pitih lake dpn..dok kire dohh..
      10 hours ago ·
    • Kamarul Ariffin bg pihak yang terus mengharamkan wang fiat, jgn haramkan sahaja. bagilah cadangan bagaimana nak pastikan DnD dapat dilaksanakan bermula peringkat bawah sampailah ke peringkat antarabangsa. sesetengah cadangan menyatakan DnD sekadar di dalam negara sudah cukup. tp bagaimana nak ke peringkat antarabangsa? adakah sesetengah akan membayar dalam DnD?
      10 hours ago · · 1
    • Mohd Naquiddin btol tu..kene ada kan alternatif..ni kgt pon xwat lg daniq..den, cmne nk beli brg2 yg murah dr 1 dirham..
      10 hours ago ·
    • Mohd Naquiddin nisfu pon xde lg.
      10 hours ago ·
    • Mohd Azril teringat kisah seorang pakcik di serawak yg simpan sikit2 duit gajinya,akhirnya dapat tunai haji.
      10 hours ago · · 1
    • Ismail Mdtaib
      Saya harap sdr.2 berhenti memberi komen di post saya ini. Fahami apa priority dalam agama ini. Nabi sallallahu'alaihi wa sallam tidak meninggalkan kpd. kita dinar & dirham, tetapi Al-Qur'an & As-Sunnah, siapa yang berpegang padanya tidak ak...See more
      10 hours ago ·
    • Slock Crow saya rasa salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan mengedarkannya dalam masyarakat.. contohnya melalui jualbeli (pertukaran Dnd<--->fiat). buatlah seberapa banyak yg transaksi yang mampu kalau boleh bagi kepada org yg berlainan... err UZAR mesti tak sokong pendapat gua ni...
      10 hours ago · · 1
    • Mohd Naquiddin sbb tu sy ckp, kgt yg disokong oleh kerajaan negeri kene keluarkan daniq dirham, nisfu, daniq dinar..br boleh bermuamalat dengan lebih efisien..
      10 hours ago · · 2
    • Kamarul Ariffin penggunaan DnDdi dalam negara menyebabkan matawang dinar kita bernilai tinggi. secara otomatik pengimport tidak mahu lg berurusan kerana terpaksa menukarkan matawangnya terlebih dahulu. jgn dok fikir haramkan wang fiat sahaja. fikirkan kaedah terbaik dalam perlaksanaan DnD.
      10 hours ago · · 1
    • Gold Man edukesennn edukesenn edukesenn ,.... tu yg penting
      10 hours ago ·
    • Kamarul Ariffin mcmana nak laksanakan penggunaan Dirham. pergi tanya setiap wakalah, ejen pengedar. semuanya pakat nak lepaskan Dirham. Selesaikan masalah tu dahulu. asyik2 alasan premium..
      10 hours ago · · 2
    • Jlpd Silc Ridzuan Isml Assalam sahabat, sekadar pdt dari saya. Menyampaikan ilmu dan pengetahuan yg bermanafaat tetap penting walaupun sebaris ayat.
      Dan menjadi tangungjawab "penerima" dari apa yg disampaikan mencari ilmu utk mencari kebenaran. KERANA...
      Tiada la ertinya mencari ilmu dan berilmu kalau tidak menyampaikan.
      Wasalam.
      10 hours ago ·
    • Ismail Mdtaib Ketahuilah bahawa salah satu tujuan syari'at agama ini adalah untuk memelihara harta. Tetapi dinar & dirham hanyalah sebagai perantara muamalat & menentukan nilai harta. Apakah ada perkara yang lebih besar dalam kehidupan ini dari memahami aqidah yang benar & mengerjakan amal soleh?
      10 hours ago · · 2
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Jap!! kat sini kita bicara soal DnD kan!!! jd kena la bicara soal DnD.. klu kita nak bicara soal akidah, usuludin.. kena la bukak topic usuluddin, syariah, tarikat, fardu ain dll !! takkan nk dirojakkan semuaNya sekali!!

      Tempat ni kita nak bicarakan soal muamalat islam.. JD tentulah kita nak memperingati bab muamalat.. utk kita memahami muamalat islam yg sebenar..

      Kuliah masjid pun ada tajuk2 dan kitab2 yg mereka pakai dalam satu sesi kuliah!!!

      Jd kat sini kita bukak la kitab muamalat islam!!!

      Muamalat ni kita nak dpt perkara yg halal!! kena tinggalkan perkara yg haram!! Haram dan halal ni termasuk dalam perkara pokok fardhu ain...
      10 hours ago · · 4
    • Mawaridi Abdullah Berdoalah ke Allah semoga dalam usaha nak memartabatkan DnD ini, kita tak termasuk dlm golongan yg banyak cakapnya, tapi sedikit amalannya..
      10 hours ago · · 2
    • Saiful Rizal Jamaludin Ade kedai promosi!! Kat kedai tu tulis telur di basuh...
      10 hours ago ·
    • Syed Abdul Rahman
      Apa pandangan Sdr Ismail Mdtaib tentang konsep RIBA (interests, usury) dalam badan ilmu Kewangan (Finance) spt yang dipraktikkan oleh semua bank didunia, termasuk bank2 selamik? Apa pula pandangan ttg produk2 Murabaha dari bank2 selamik? Juga, pandangan ttg penggunaan wang fiat dalam keadaan our self-imposed 'darurat' ni yang telah berlarutan sejak sekian lama dan nampaknya akan berpanjangan lbh lama lagi?

      Penjelasan dari soalan2 ini boleh menyedarkan kita ttg penipuan sistem kapitalis yang dgn berjayanya telah mematikan penggunaan DnD sebagai matawang Ummah. Sistem kapitalis dgn produk penipuan mrk (ie wang fiat) telah dan sedang menindas manusia sedunia dan akan terus menindas & mengeksploitasi dgn lebih dasyat lagi. Penggunaan DnD dgn meluasnya dlm kitaran ekonomi kita mampu menghentikan penindasan & pengeksploitan tersebut. Salah satu syariat yg kita nak tegakkan ialah larangan thdp RIBA, satu2nya larangan jika kita tidak mengendahkannya akan diperangi oleh Allah swt dan RasulNya saw. Aqidah yg benar dan akhlaq mulia tetap penting agar menjadi perisai kita bila berperang menghapuskan RIBA. DnD bukan shj sbg perantara muamalat & penentuan nilai harta - ianya matawang Syariah yang mampu menyatukan Ummah sedunia, bukan shj kita dinegara ini. And since kita belum ada lagi Darul Islam dimana Hukum Allah swt adalah undang2 tertinggi, bukankah penyatuan Ummah ini menjadi jihad setinggi2 jihad kita utk mengembalikan & menguatkan Wilayah Islam yang telah dirampas oleh musuh2 Islam? Betapa pentingnya kita jadikan DnD sbg matawang Ummah ...
      9 hours ago · · 4
    • Jlpd Silc Ridzuan Isml mode menunggu pencerahan dari tuantanah@post. perkongsian ilmu pls. terimakasih.
      9 hours ago · · 1
    • Psikik Arm
      Dah Semakin Ramai Yang Menerima@faham Bahawa Wang Kertas Itu Sememangnya Masih Digunakan Berdasarkan Cara Hidup Masa Kini...

      Dan Sesiapa Disini Yang Masih Mengatakan Mengunakan Wang Kertas Itu Di Zaman Ini Dan Pada Ketika Ini Adalah HARAM...Pastinya Beliau Mempunyai AGENDA Jahat Untuk Melagakan2 Kita DISINI..

      Dah Semakin Ramai Yang Hormat Menghormati Bila Dikatakan..Nak Simpan@Pakai Dinar,Dirham,Wang Kertas..Terpulang...

      Tapi Disini..Ada Yang MASIH CUBA Menjadi Batu API Untuk Membuatkan Perjuangan Dinar Dan Dirham Ini Dibenci Kerana KONONNYA...Saudara-Saudara Disini MENGHARAMKAN Wang Kertas Totally.....
      Maka Saudara2 Kita Yang Diluar Sana Tu Haram Lah Hidup Mereka Kerana Mengunakan Wang Kertas...?
      8 hours ago ·
    • Psikik Arm
      Diharap Kepada "BATU API" Ini Faham Apa Itu Maksud Membuat Persediaan..

      Simpanan Dalam Bentuk Emas Dan perak..
      Muamalat Dalam Bentuk Dinar Dan Dirham
      Semua Ini Adalah Persediaan...
      PERSEDIAAN !!!

      WaAllahu a'lam..
      Semoga Allah Memberi@Menambah Faham Kepada Kita Yang Masih@Sudah Faham
      Dan Memberi Faham Kepada Yang Tidak Faham...

      Yang Buat2 Tidak Faham Tu....Semoga Allah Membuka Pintu Hati Kita Untuk Menerima Apa Yang Sedang Disampaikan Oleh saudara2 Kita Disini..>
      InsyaAllah..
      7 hours ago · · 1
    • Syed Abdul Rahman
      Jika Sdr Ismail Mdtaib juga berminat utk mendalami isu RIBA dlm Finance ni dan expose to the world kat mana RIBA tersembunyi dlm badan ilmu Kewangan/Finance ni (since we're both deeply-trained in this same field of finance & economics), sdr. blh lah bagi pendapat ttg isu2 yg tlh saya utarakan dlm pautan2 di bawah ni ...

      http://www.worldribaconference.org/interactive/discussion/topic.html?id=3

      http://www.facebook.com/photo.php?fbid=140350339329781&set=a.140350335996448.18050.138600589504756&type=1

      http://www.facebook.com/syed914/posts/283223658374544

      As you can see, tak ramai nak mendalami isu2 ini ... conference organiser pun tak ambil port. Mungkin Sdr. boleh mengubahnya ... menarik perhatian umum kpd sebahagian dr isu2/pendapat2 tsbt ...
      4 hours ago ·
    • Shaharom Idris Ada masa perlu pakai duit kertas ni, pakai je la. ada masa perlu pakai DnD, pakai je la. kita yang perlu tentukan buat masa ni. nk harapkan kerajaan xdapat la. selagi ada ruang utk guna DnD, gunakanlah. jgn sempitkan skop penggunaan.
      3 hours ago ·
    • Mawaridi Abdullah
      Usah disukarkan lagi perbincangan ini, TT pun dah minta agar dberhentikan komen. Cuma harapnya, berhati-hati lah ilmuan2 sekalian, bimbang dengan ilmu kita yg sedikit itu, kita berjaya menyesatkan orang dari sampai ke destinasi DnD. Perbincangan kita tidak berakhir di sini, di luar sana audian kita lebih luas, lebih ramai... Jangan berhenti di sini. DnD perlukan anda semua untuk diperhebahkan, DnD juga boleh tersungkur dengan kebijaksanaan anda. Semoga takdir Allah menyebelahi kita.
      2 hours ago · · 2
    • Slock Crow saya cadang TT sendiri padam post beliau.. kelihatannya post ni banyak kontroversinya, lebih membawa perpecahan berbanding kebaikan..
      2 hours ago · · 1