Monday, August 15, 2011

BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN

Sebagaimana telah disebut dalam Sautun Nahdhah (SN) keluaran lepas, Negara Kebajikan (Welfare State) adalah satu konsep yang berasal dari Ideologi Kapitalis dalam usaha mereka menutup kekejaman mereka dan menangkis serangan sosialis-komunis yang semakin berkembang ketika itu. Sesuai dengan tabiat Kapitalis yang mementingkan kebendaan di mana kesejahteraan adalah diukur dengan wang dan harta, maka ‘faktor ekonomi’ memainkan peranan penting dalam pemerintahannya. Apabila ternyata rakyat terus menderita dan menderita kerana kekayaan negara hanya dikaut oleh puak Kapitalis yang tamak, maka mereka menggula-gulakan rakyat dengan pelbagai konsep, termasuklah konsep welfare state untuk memastikan rakyat terus menyokong mereka yang bermaksud mereka dapat terus berkuasa dan dapat terus merampas sebanyak mungkin lagi kekayaan negara yang ada dan dapat terus melakukan penipuan demi penipuan dengan mengembalikan setitik kekayaan tersebut kepada rakyat. Pada kesempatan ini SN akan membahaskan dengan ringkas perbezaan Ideologi Kapitalis, Sosialis dan juga Islam dalam menjaga kebajikan rakyatnya di mana Islam sebagai sebuah agama dan sistem yang sempurna melakukan semua ini semata-mata atas dasar akidah dan kewajipan dan dengan petunjuk dari wahyu, berbeza dengan Kapitalis dan Sosialis yang hanya berpandukan akal mereka semata-mata.

Di dalam sistem Kapitalis hanya dua golongan sahaja daripada keseluruhan rakyatnya yang terbela dari idea jaminan ini. Kedua golongan itu adalah (i) Mereka yang bekerja dengan negara/kerajaan, syarikat swasta dan pekerja-pekerja kilang. Ia tidak termasuk pekerja kontrak, kuli, pekerja sendiri dan pekerja separuh masa (ii) Fakir miskin. Dua kelompok ini sahajalah yang mendapat jaminan sosial dari negara. Negara memberi perhatian kepada mereka sedangkan rakyatnya yang lain terabai sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ini kerana golongan selain kedua tersebut tidak dianggap perlu mendapat ‘kebajikan’. Bagi kakitangan awam mereka mendapat khidmat pencen atau bayaran gratuiti, serta perkhidmatan kesihatan mereka dijamin percuma di klinik-klinik kerajaan, bahkan kepada pegawai tinggi mereka akan menikmati wad kelas yang lebih utama. Manakala untuk pekerja swasta pula mereka dikehendaki mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga membayar premium untuk insurans jaminan sosial pekerja di samping Undang-undang Buruh untuk menjamin mereka mendapat insentif kerja dari majikan mereka. Bagi pekerja swasta, sebenarnya yang memberi jaminan-jaminan ini bukanlah kerajaan tetapi majikan iaitu orang yang memberi pekerjaan kepada mereka. Negara hanya memberikan kepada kakitangan awam sahaja. Perhatian negara kepada mereka hanyalah dalam membuat dan melaksanakan undang-undang yang menjamin mereka untuk mendapatkan jaminan-jaminan ini. Dalam Sistem Sosialis-Negara pula, ada sedikit tambahan kebajikan seperti pekerja berhak untuk memiliki saham syarikatnya, gaji minimum, had maksimum sewa dan kadar bunga, menghakmiliknegarakan (nationalization) beberapa kepentingan umum dan beberapa lagi.

Walau apa yang mereka laksanakan, sebenarnya ‘kebajikan’ yang diberi kepada fakir miskin sebenarnya tidak mencukupi dan tidak pernah mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup mereka. Cuba kita tanyakan berapa banyakkah wang (atau harta) yang diberi sebagai bantuan/kebajikan rakyat termiskin setiap bulan? Cukupah mereka hidup dengan wang pemberian itu sahaja? Cukupkah negara menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal bagi mereka selama ini? Sebenarnya kebanyakan dari bantuan terhadap fakir miskin dan mereka yang memerlukan ini adalah datangnya daripada sumbangan, derma dan sedekah dari individu atau pihak yang prihatin sahaja, manakala bantuan yang datang dari negara/kerajaan tidak pernah dapat menjadikan hidup mereka sejahtera. Kebanyakan bantuan yang biasa diterima dari kerajaan hanyalah di musim-musim perayaan atau pun musim pilihan raya sahaja yang berupa paket-paket makanan seperti beras, gula dan susu, atau pun bantuan lain seperti seperti kain pelikat, sejadah, basikal, beg sekolah dan seumpamanya.

Politik Ekonomi Dalam 3 Ideologi Yang Berbeza

Ekonomi hanyalah salah satu aspek dari Islam dan ia juga termasuk dalam salah satu aspek yang mesti diurus oleh pemerintah. Inilah yang dimaksudkan dengan politik ekonomi (siyasah iqtisadiyyah) yakni bagaimana (cara) untuk menguruskan ekonomi dalam sesebuah negara. Asas politik ekonomi dalam Islam adalah memastikan keperluan asas (basic needs) setiap individu rakyat dipenuhi, juga membantu setiap individu rakyat agar dapat memenuhi keperluan sekunder sesuai dengan kadar kemampuannya. Siyasah iqtisadiyyah dalam Islam sama sekali berbeza dengan konsep ekonomi Kapitalis mahupun Sosialis mahupun dengan konsep ekonomi campuran yang perkenalkan oleh kapitalis (Malaysia mendakwa mengamalkan ekonomi campuran). Asas politik ekonomi kapitalis berpijak kepada persoalan ‘bagaimana untuk meningkatkan Pendapatan Negara (KNK)’, yang bertolak dari masalah asas ekonomi yang bagi mereka berpunca dari ‘sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas’. Justeru, mekanisme harga dijadikan cara untuk mereka mengagihkan kekayaan di tengah masyarakat yang mengakibatkan terciptanya jurang yang semakin besar dalam masyarakat. Lama-kelamaan orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin papa kedana kerana penguasaan sumber dan perbezaan ‘kuasa beli’ yang semakin ketara. Ketika rakyat menderita kerana pengagihan kekayaan hanya berpusat pada orang-orang kaya sahaja, maka mereka telah mula menampal kerosakan dan keburukan yang ada, dengan memasukkan unsur luar yang mereka lihat boleh menutup kezaliman mereka. Maka muncullah konsep ekonomi campuran, jaminan sosial, keadilan sosial, negara kebajikan dan lain-lain untuk mengaburi mata dan menutup mulut rakyat.

Asas sistem Sosialis Bernegara pula tidak melihat jaminan keperluan asas ini sebagai perkara pokok. Hasrat mereka adalah untuk menyamaratakan pemilikan, melarang pemilikan kepada barangan pengeluaran (bahan mentah dan separa siap) dan mengehadkan pemilikan kepada barangan pengguna sahaja, serta memfokuskan kepada permasalahan kaum buruh. Kurangnya perhatian kepada jaminan terpenuhinya keperluan asas menyebabkan kemerosotan dalam taraf hidup rakyatnya yang terjadi di semua negara yang mengamalkan sosialisme. Kemerosotan ini berlaku secara menyeluruh sehingga rakyat tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan asasnya, kecuali sebahagian sahaja. Penurunan taraf hidup ini diakui sendiri oleh Kruschev (Perdana Menteri Rusia) lebih dari sekali, sehingga dia sempat bergurau di hadapan Richard Nixon wakil Presiden AS pada masa itu sewaktu dia berkunjung ke Rusia tahun 1959, bahawa Rusia akan mencapai tingkat taraf hidup AS, 20 tahun lagi. Bahkan kita dapat menyaksikan bahawa rakyat Rusia bermigrasi ke Iraq dalam tahun 1958, 1959 dan 1960 dalam keadaan kelaparan dan mengharapkan makanan yang lazat. Ini semua menunjukkan bahawa usaha untuk menyamaratakan pemilikan, hanya menjadikan rakyatnya miskin serta tidak mungkin memenuhi keperluan-keperluan asasnya.

Setelah keruntuhan Khilafah, sistem-sistem Islam tidak lagi diterapkan dalam bentuk bernegara dan kaum Muslimin sudah tidak lagi melihat dan memahami konsep pemerintahan Islam. Kapitalis mula menguasai dunia dengan segala bentuk kekejamannya dan disaingi kemudiannya oleh Sosialis. Idea kesamarataan yang dibawa oleh Sosialisme berjaya menambat hati umat Islam dan mereka mula menyamakannya dengan konsep keadilan Islam. Semakin menyerlahnya kerosakan dan kebusukan yang ada dalam Kapitalisme menyebabkan umat Islam mula berpaling mencari alternatif. Namun, kerana kelemahan berfikir umat Islam yang masih terkongkong dengan cara berfikir yang salah, mereka melihat bahawa idea Sosialisme adalah lebih dekat dengan Islam, kerana sosialisme ini lebih manusiawi dan lebih adil. Jadi tidak hairanlah kenapa negara-negara seperti Mesir, Iraq (sebelum penjajahan AS) dan Syria sebagai contohnya menganut sistem Sosialisme-Negara. Bahkan ada pihak sanggup mendakwa bahawa Rasulullah adalah pengasas/bapa Sosialis. Dari sinilah umat Islam mula mengambil Ideologi dan konsep bernegara dari orang-orang kafir, tetapi dikatakan berasal dari Islam atau tidak bercanggah dengan Islam.

Dalam pada kita gembira kerana umat Islam mula mencari alternatif kepada Ideologi Kapitalis yang kejam ini, dalam masa yang sama kita bersedih kerana mereka masih belum keluar dari kepompong Kapitalis. Umat Islam sudah sedar bahawa pemerintah Kapitalis sekarang telah merosak negara dan merompak kekayaan mereka, mewujudkan jurang ekonomi yang tidak adil, harga barangan meningkat (kuasa beli wang semakin menurun), golongan miskin semakin papa dan golongan kaya semakin berada, sayangnya sistem Islam itu diambil dengan cara tempelan, iaitu menjadikan Islam sebagai perfume untuk menutup kebusukan Kapitalis. Umat Islam ibarat berteduh di sebuah rumah yang sudah rosak dan sibuk menampal segala kebocoran yang ada dan (malangnya) mereka tidak terfikir untuk membina sebuah rumah yang baru, walhal mereka mampu melakukannya. Sesungguhnya inilah yang perlu difahami dan diambil oleh umat Islam iaitu mengambil Islam ini dalam versinya yang tersendiri dalam membina sebuah negara yang berdiri sendiri dan tidak mencampur adukkannya dengan konsep bernegara ala Sosialis mahupun Kapitalis. Agama Allah ini amat sempurna dan kesempurnaan agama ini adalah berdiri sendiri, tanpa ada campuran sedikit pun dari mana-mana ideologi ciptaan manusia.

Berbeza dengan Sosialis yang cuba memiliknegarakan segala sesuatu dan (kononnya) menyamaratakan semua rakyat, Islam membenarkan pemilikan individu dan membenarkan setiap individu beraktiviti dalam empat sumber utama ekonomi iaitu Pertanian, Perkilangan, Perdagangan dan Sumber Tenaga Manusia. Ini dengan sendirinya akan memberi peluang kepada setiap individu untuk memenuhi keperluan asasnya, dan keperluan sekundernya dengan kadar yang maksimum yang dapat dicapainya. Politik Ekonomi Islam sememangnya memberi ruang kepada setiap individu untuk beraktiviti tetapi tidak semua manusia mempunyai kebolehan/keupayaan untuk beraktiviti. Ini kerana terdapatnya orang-orang yang lemah dalam masyarakat sama ada orang-orang tua, orang-orang sakit, orang-orang kurang upaya/cacat, ibnu sabil dan sebagainya yang mana golongan ini tidak berupaya atau tidak berpeluang untuk beraktiviti atau menikmati pemilikan sebagaimana orang yang sihat dan kuat. Jadi, syara’ datang dengan hukum lain sebagai pelengkap kepada hukum kebolehan pemilikan dan beraktiviti tadi, untuk menjamin keperluan asas secara sempurna bagi setiap individu rakyat. Dengan ini Islam dapat menjamin keperluan asas golongan tadi ditunaikan secara sempurna, dan sekali gus terdapat peluang untuk mereka menunaikan keperluan sekundernya semaksimal mungkin. Tambahan dari itu, terdapat hukum pemilikan umum (milkiah al-ammah) dalam Islam yang mana di sinilah Islam menjamin bahawa kekayaan negara akan teragih kepada setiap individu rakyat. Semua kekayaan alam seperti minyak, gas, bijih besi dan lain-lain galian wajib dikelola oleh negara dan diberikan (hasilnya) kepada setiap individu rakyat secara percuma.

Yang perlu kita fahami di sini adalah bahawa jaminan keperluan asas yang sempurna kepada setiap individu bukanlah satu perkara tempelan (tambal-sulam) kepada sistemnya (untuk menutup kepincangan tertentu) dan ia juga bukan ditujukan untuk golongan tertentu sahaja (seperti kepada penganggur, orang-orang tua atau orang-orang kurang upaya) sebagaimana dilakukan oleh sistem Kapitalis dan Sosialisme-Negara, akan tetapi ianya merupakan integriti hukum-hakam Islam di dalam sistem Islam itu sendiri yang wajib diberikan kepada setiap individu rakyat sesuai dengan ketentuan syara’. Islam datang bukannya sekadar untuk mengisi laccuna (kekosongan) dalam sebuah sistem kufur. Islam juga datang bukannya untuk sekadar mengisi kekosongan (loophole) atau menampal kecacatan dalam sebuah sistem buatan manusia, tetapi Islam itu adalah datang sebagai sebuah sistem yang tersendiri, yang berdiri sendiri serta sebagai penyelesaian yang syumul dan menyeluruh untuk semua golongan manusia. Dan semua sistem/penyelesaian ini diambil dari apa yang telah ditunjukkan atau dipraktikkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin semasa mereka memerintah Daulah Islam.

Bagaimana Islam Menjamin 'Basic Needs' Setiap Individu

Keperluan asas menurut Islam itu ada dua bahagian iaitu keperluan asas untuk setiap individu rakyat, dan keperluan asas untuk semua rakyat:-

Pertama: Keperluan asas manusia (untuk setiap individu) adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Sebagaimana yang tercantum dalam banyak nas antaranya,

“Dan kewajipan ayahnya memberikan makan dan pakaian kepada para ibunya” [TMQ al-Baqarah (2):233],

“Berilah mereka nafkah (makanan) dan pakaian” [TMQ al-Ma’idah (5):5]

Diwajibkan kepada orang-orang yang berat menjalankannya membayar fidyah, memberi makan seorang miskin”[TMQ al-Baqarah (2):184]

“Tempatkan isteri kamu di mana kamu bertempat tinggal” [TMQ Al-Thalaq (65):6]

“Dan rumah-rumah kamu yang kamu sukai” [TMQ al-Taubah (9):24].

Sabda Rasulullah,

Dan kewajipan para suami terhadap isteri adalah memberi mereka rezeki (makanan) dan pakaiannya”
[HR Muslim dan Ibn Majah],

Dan hak isteri adalah agar kalian (para suami) memperbagus dalam pemberian pakaian dan makanan”
[HR Ibn Majah],

“Siapa sahaja yang paginya merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” [HR Bukhari].

Jika kita meneliti dari nas-nas tersebut maka kita dapati bahawa kombinasi tetap iaitu makanan (dan minuman), pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas (basic needs), sedangkan selebihnya adalah keperluan sekunder untuk setiap individu.

Kedua: Keperluan asas untuk rakyat, berdasarkan nas adalah keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Hadis Rasulullah “Siapa sahaja yang pada waktu paginya merasakan aman pada kelompoknya, sihat tubuh badannya dan tersedia makanan rujinya pada hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia” meletakkan bahawa keamanan, dan kesihatan sama tarafnya dengan makanan. Ini menunjukkan bahawa keduanya menjadi keperluan asas untuk rakyat. Manakala pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat berasaskan hadis,

“Perumpamaan petunjuk dan ilmu seperti hujan lebat yang menyirami bumi dan ada tanah yang subur...”

[HR Riwayat Bukhari],

“Daripada tanda-tanda kiamat bahawa terangkatnya ilmu dan terpancarnya kejahilan”
[HR Bukhari].

Hadis pertama adalah perumpamaan Rasulullah kepada ilmu dan petunjuk ibarat air hujan yang menjadi sumber air (asas) kepada kehidupan. Sedangkan hadis yang kedua pula menerangkan bahawa kemakmuran dunia akan berakhir bila hilangnya ilmu dan tersebarnya kejahilan, ini menunjukkan ilmu adalah perkara dhururiah (keperluan). Kesimpulan dan hukum yang nyata dari hadis-hadis tersebut adalah bahawa keamanan/keselamatan, kesihatan dan pendidikan merupakan keperluan asas untuk rakyat.

Persoalan seterusnya, siapakah yang bertanggung jawab untuk menyediakan keperluan asas manusia (makan, pakaian dan tempat tinggal) dan siapakah yang dikategorikan sebagai orang yang perlu (miskin)? Jawabnya adalah Negara, dan parameter untuk menentukan seseorang itu perlu/miskin adalah melihat kepada keupayaan dirinya untuk memenuhi ketiga-tiga keperluan asas tersebut. Dalam aspek tanggungjawab negara menyediakan basic needs ini, bukannya bermakna negara membahagi-bahagikan kepada setiap individu makanan, pakaian dan rumah kepada sesiapa sahaja pada setiap masa, sehingga terbayang bahawa rakyat akan menjadi malas kerana basic needsnya akan dipenuhi oleh negara sepenuhnya. Pemikiran sebegini adalah sebuah kekeliruan, kerana Islam datang dengan hukum dan mekanisme yang tertentu dalam hal ini. Mekanisme ini berjalan sebagaimana berikut:

Pertama: Kewajipan untuk memenuhi basic needs diri dan keluarga asasnya berada di tangan seorang lelaki/suami/bapa. Islam mewajibkan lelaki yang mampu untuk bekerja memenuhi nafkahnya mengikut taraf hidup (secara makruf). Pengingkaran/pengabaian seorang lelaki yang mampu untuk mencari nafkah sendiri atau memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah suatu dosa dan wajib dikenakan takzir oleh negara. Kedua: Jika seseorang itu tidak terpenuhi basic needsnya (setelah diusahakan sungguh-sungguh), maka kewajipan ini juga terletak kepada ahli-ahli waris yang kaya yang mempunyai kelebihan harta. Hal ini sebagaimana disebut oleh Rasulullah

“Apabila kalian fakir, mulakan nafkah untuk diri sendiri, kalau ada yang lebih (tidak lagi fakir), maka untuk keluarganya, dan kalau ada lebih lagi maka untuk kerabatnya (ahli warisnya)” [HR Abu Daud dan Nasaei].

Ketiga: Jika seseorang yang tidak mampu tersebut tidak memiliki kerabat atau memiliki kerabat yang juga tidak mampu, maka dalam kes seperti ini, kewajiban memenuhi basic needs beralih kepada Baitul Mal (negara). Dengan kata lain, Negara/pemerintah wajib untuk memenuhi keperluannya. Rasulullah pernah bersabda,

“Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (orang yang tidak berharta – sebatang kara), maka dia menjadi kewajiban kami” [HR Muslim].

Hanya dalam keadaan ketiga ini sahajalah tanggungjawab negara untuk memenuhi basic needs setiap individu rakyat akan timbul dan berdosa bagi mana-mana pemerintah yang melalaikannya.

Dalam keadaan jika Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajiban menafkahi orang miskin ini beralih kepada kaum Muslim secara kolektif. Rasulullah bersabda,

“Siapa saja yang menjadi penduduk suatu daerah, di mana di antara mereka terdapat seseorang yang kelaparan, maka perlindungan Allah Tabaraka wa Ta‘ala akan terlepas dari mereka” [HR Ahmad].

Tidaklah beriman kepadaku siapa saja yang tidur kekenyangan, sedangkan tetangganya kelaparan, sementara dia mengetahuinya” [HR al-Bazzar].

Jika hal ini benar-benar berlaku, secara praktikal dan teknikalnya masalah ini dapat diselesaikan dengan dua cara. Pertama: Kaum Muslimin secara individu (beramai-ramai) membantu orang-orang yang miskin atau yang tidak cukup makan dengan menyalurkan bantuan segera (on the spot). Kedua: kalau dalam negara tidak mencukupi wang untuk menampung pembiayaan orang fakir ini, maka negara terus mewajibkan dharibah (pungutan kecemasan sementara) atas orang-orang kaya sehingga memenuhi keperluan untuk membantu orang miskin.

Bagaimana Islam Menjamin 'Basic Rights' Rakyat

Sebagaimana telah disebutkan, Negara adalah bertanggung jawab ke atas Keselamatan, Kesihatan dan Pendidikan rakyatnya, ini berdasarkan hukum-hakam berkaitan dengan ri’ayah (pemeliharaan) rakyatnya. Sabda Rasulullah,

“Imam itu pemelihara dan dialah yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya”
[HR Mutafaq Alaih].

Menyangkut perkara keselamatan dari ancaman musuh luar negeri, pembelaan negara dari ancaman musuh sudah diketahui dengan masyhur dari perbuatan Rasulullah dan ayat-ayat tentang jihad. Sedangkan keamanan dalam negeri pula dijamin dengan hukum-hakam terhadap orang-orang yang merampas hak-hak manusia sebagaimana sabda baginda, “Ingat-ingatlah bahawa darah kamu dan harta benda kamu adalah itu adalah haram” Dalam aspek pendidikan pula terdapat Ijmak Sahabat tentang pembahagian gaji guru dari Baitul Mal. Ibnu Syaibah meriwayatkan bahawa Ibnu Atha’ berkata “Di Madinah terdapat tiga orang guru yang mengajar anak-anak, Umar memberikan mereka 15 dinar setiap bulan”. Di samping itu dalam kes tebusan perang Badar Rasulullah telah menentukan tebusan untuk mereka dengan mengajar 10 anak-anak kaum Muslimin. Dalam aspek kesihatan, Rasulullah bersabda,

Wahai hamba Allah! Berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali dia juga menurunkan penyembuh dan penawarnya” [HR Nasaei].

Berubat merupakan salah satu urusan kemaslahatan rakyat yang besar, sedangkan kemaslahatan rakyat ini terletak di bahu pemerintah berdasarkan hadis berkenaan dengan Imam itu adalah pemelihara. Menghilangkan bahaya terhadap rakyat adalah tanggung-jawab pemerintah berasaskan hadis

“Tidak boleh membuat bahaya kepada diri sendiri, dan tidak boleh membahayakan orang lain” [HR Muslim].

Bahkan Rasulullah telah menunjukkan secara praktikal (af’al al-Rasul), ketika baginda diberikan hadiah seorang doktor, baginda tidak menggunakannya untuk peribadi, tetapi memanfaatkannya untuk seluruh kaum Muslimin secara umum.

Sebuah Negara Islam wajib menyediakan kemudahan Kesihatan, Pendidikan (semua tingkat pengajian) dan Keamanan secara percuma kepada rakyatnya, tanpa mengira sama ada kakitangan negara atau pekerja swasta mahupun penganggur. Kemudahan ini juga bukan khusus untuk golongan miskin (manakala golongan yang kaya perlu membayarnya) sebagaimana dilakukan di bawah konsep welfare state Barat, tetapi Negara wajib menyediakannya secara percuma kepada semua rakyat. Namun begitu, ini tidak bermakna yang Islam menghalang pihak swasta membina institusi pendidikan swasta atau klinik swasta atau kawalan keselamatan swasta (jaga). Mereka boleh mendirikannya (dengan kawalan dan mematuhi polisi negara) dan boleh mengenakan bayaran untuk perkhidmatan masing-masing, namun yang wajib adalah Negara itu sendiri mesti menyediakannya secara percuma.

Wahai pembaca yang ikhlas! Setelah kita melihat bagaimana Islam menetapkan keperluan asas kepada manusia dan rakyat negaranya, maka yang perlu kita fahami di sini adalah bahawa sistem Islam bukanlah sistem campur aduk dan tidak boleh sekali-kali dicampur-adukkan dengan sistem Sosialisme atau Kapitalisme, dan negara Islam juga bukannya sebuah negara moderat antara konsep Sosialisme dan Kapitalisme. Usaha untuk memartabatkan konsep Ekonomi Islam itu perlulah disokong, tapi biarlah pemikiran itu jernih tanpa ada kontaminasi dengan sistem kufur Barat. Sayang sekali jika umat Islam hanya melihat atau cuba melaksanakan hanya salah satu aspek sahaja dari Islam dan terkeliru pula dengan konsep Negara Kebajikan dalam versi konsep ekonomi campuran iaitu kepincangan sistem ekonomi kapitalis yang ingin dibetulkan dengan tempelan ekonomi Islam. Apa yang wajib kita lakukan ialah membuang semua sistem Kapitalis ini semuanya (bukan bidang ekonomi sahaja) dan menggantikannya dengan Sistem Pemerintahan Islam yakni Sistem Khilafah secara menyeluruh di dunia Islam. Sesungguhnya Islam memiliki konsep bernegaranya yang tersendiri dan sistematik dan sesungguhnya model negara ini telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah dan Khulafa’ Rasyidin. Adalah teramat keliru jika kita mengaitkan model pemerintahan Islam dengan model negara kebajikan, kerana model negara yang dibawa oleh Rasullah ini amat jauh berbeza dengan mana-mana model sistem pemerintahan yang ada pada hari ini...

Sistem Pendidikan Percuma Daulah Khilafah


Islam merupakan sebuah sistem yang memberikan penyelesaian terhadap berbagai masalah yang dihadapi manusia. Setiap penyelesaian yang disajikan Islam secara pasti selaras dengan fitrah manusia. Dalam konteks pendidikan, Islam telah menentukan bahwa negaralah yang berkewajiban untuk mengatur segala aspek yang berkenaan dengan sistem pendidikan yang diterapkan dan
mengupayakan agar pendidikan dapat diperoleh rakyat secara mudah. Rasulullah saw. bersabda:

“Imam (Khalifah) adalah pengurus rakyat dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas urusan rakyatnya.”(HR Al-Bukhari dan Muslim ).


Perhatian Rasulullah saw. terhadap dunia pendidikan tampak ketika beliau menetapkan para tawanan Perang Badar dapat bebas jika mereka mengajar sepuluh orang anak kaum muslimin Madinah sehingga pandai membaca dan menulis. Hal ini merupakan tebusan. Dalam pandangan Islam, barang tebusan itu merupakan hak Baitul Mal . Tebusan ini sama nilainya dengan
pembebasan tawanan Perang Badar. Ertinya, Rasulullah saw. telah menjadikan biaya pendidikan itu setara nilainya dengan barang tebusan yang seharusnya milik Baitul Mal. Dengan kata lain, beliau memberikan upah kepada para pengajar (yang tawanan perang itu) dengan harta benda yang seharusnya menjadi milik Baitul Mal. Kebijakan polisi beliau ini bermakna bahawa ketua negara bertanggungjawab penuh atas setiap keperluan rakyatnya, termasuk pendidikan.
Imam Ibnu Hazm, dalam kitabnya, Al-Ihkâm, menjelaskan bahawa ketua negara (khalifah) berkewajiban untuk memenuhi sarana pendidikan, sistemnya, dan orang-orang yang digaji untuk mendidik masyarakat. Jika kita melihat sejarah Kekhalifahan Islam, kita akan melihat begitu besarnya perhatian para khalifah terhadap pendidikan rakyatnya. Demikian pula perhatiannya terhadap nasib para pendidiknya.

Imam ad-Damsyiqi telah menceritakan sebuah riwayat darial-Wadliyah bin Atha’ yang menyatakan, bahwa di kota Madinah pernah ada tiga orang guru yang mengajar kanak-kanak. Khalifah Umar bin al-Khaththab memberikan gaji kepada mereka masing-masing sebesar 15 dinar (1 dinar = 4.25 gram emas). Jika harga 1 gram emas = RM650 maka gaji seorang pendidik yang diberikan oleh Daulah Khilafah sejak 13 abad yang lalu jumlahnya mencapai RM9,750! (subhanallah), sungguh merupakan angka yang sangat mengamgumkan, apalagi jika dibandingkan dengan keadaan saat ini dimana berlangsungnya sistem ekonomi kapitalisme telah nyata sangat tidak menghargai peranan pendidik, contohnya upah yang didapatkan seorang guru hanya berkisar RM2000-RM3000 untuk setiap bulan. Sistem pendidikan bebas biaya tersebut didasarkan pada Ijma’ Sahabat yang memberikan gaji kepada para pendidik dari Baitul Mal dengan jumlah tertentu.

Contoh praktikal lainnya adalah Madrasah al-Muntashiriah yang didirikan Khalifah al-Muntahsir Billah di kota Baghdad ketika zaman kekhilafahan Abbasiyah. Madrasah ini memiliki sebuah auditorium megah. Perpustakaannya sungguh besar, yang memuat ribuan koleksi buku untuk belajar dan mengajar. Dilengkapi dengan hospital beserta dokter yang bersiaga 24 jam. Tempat Permandian pun tersedia. Semuanya percuma. Sudah begitu, setiap siswa menerima tunjangan pendidikan berupa emas 4.25 gram atau senilai 1 dinar (setara RM650) setiap bulan. Dengan fasiliti yang lebih dari cukup, para siswa hanya tinggal belajar, beribadah, dan mencapai prestasi setinggi mungkin.

Perhatian para khalifah tidak hanya tertuju pada gaji pendidik dan sekolah, tetapi juga sarana pendidikan seperti perpustakaan, auditorium, observatorium, dll. Pada masa Kekhilafahan Islam, di antara perpustakaan yang terkenal adalah perpustakaan Mosul didirikan oleh Ja‘far bin Muhammad (w. 940 M). Perpustakaan ini sering dikunjungi para ulama, baik untuk membaca atau menyalin. Pengunjung perpustakaan ini mendapatkan segala alat yang diperlukan secara percuma, seperti pena, dakwat, kertas, dll. Bahkan para mahasiswa yang secara rutin belajar di perpustakaan itu diberi pinjaman buku secara teratur. Seorang ulama Yaqut ar-Rumi memuji para pengawas perpustakaan di kota Mer Khurasa kerana mereka mengizinkan peminjaman sebanyak 200 buku tanpa jaminan apapun untuk setiap orang. Ini terjadi pada masa Kekhalifahan Islam abad 10 M. Bahkan para khalifah memberikan penghargaan yang sangat besar terhadap para penulis buku, iaitu memberikan imbalan emas seberat buku yang ditulisnya.


Friday, August 12, 2011

PEMIMPIN KATA UNTUK INVESTASI PENGGUNA KATA JOM MUAMALAHKAN DnD

Terkedu den bila ada orang tanya... Kalau betullah sejenis DnD tu dikeluarkan oleh suatu pemerintah, kenapa perlu ada tim aktivis?
17 hours ago · · ·
  • Azreen Hc likes this.
    • Monster Low maap..apa itu team aktivis???
      17 hours ago ·
    • Ahmad Asyraf team aktivis=kgt? or rakyat yg dah ad kesedaran?
      17 hours ago ·
    • Au Ag orang perseorangan atau suatu kumpulan yang mempromosikan penggunaan DnD jenis tu
      17 hours ago ·
    • Ahmad Asyraf in my opinion..ak amek cnth kerajaan kelantan. dia bg mandat kat kgt suh terangkan kat orang ramai.. yg aktivis laen, sbg supporter kot..
      17 hours ago · · 1 person
    • Sophy Sufian Sulaiman Team aktivis diperlukan sbb 'pemerintah' tak cukup kakitangan nak buat kerja2 tarbiah...
      16 hours ago · · 3 people
    • Kobod Corebideen sebab semua dah di asuh Yahudi utk terima fiat. Maka tim ini perlu utk tarbiyyah semula
      16 hours ago · · 2 people
    • Sophy Sufian Sulaiman Harap-harapnya aktivis2 ni berjuang secara ikhlas utk memartabatkan sistem muamalah Islam melalui matawang syariah DnD dan bukan setakat nak membantu promosikan DnD keluaran satu-satu syarikat sahaja...
      15 hours ago · · 3 people
    • Abi KHuzai ‎;) double mining....
      15 hours ago ·
    • Au Ag Kalau betullah pemerintah yang keluarkan, bukan ke pemerintah itu boleh perintahkan semua orang dijajahannya untuk gunakan DnD keluarannya?
      10 hours ago · · 2 people
    • Irwan Ambak Au Ag, diakui "betullah sejenis DnD tu dikeluarkan oleh suatu pemerintah", jika merujuk kepada Dinar & Dirham Kelantan. Dan di dalam senario model pemerintahan tersebut khususnya dalam konteks sistem kerajaan Malaysia, ada banyak kekurangan yg mengekang penggunaan meluas dikalangan rakyat, khasnya di Kelantan. Oleh kerana itulah, memandangkan had-had kekuasaan kerajaan negeri dan "priority" pada isu-isu lain, maka "perlu ada tim aktivis" yang berda'wah utk memperluaskan penggunaanya.

      Namun, perlu difahami di sisi Islam, matawang syariah yg diseragamkan di bawah satu standard ini tidak boleh dipaksakan penggunaannya oleh pemerintah mahupun aktivis ke atas rakyat jajahan pemerintah tersebut. Kerana pilihan wang yg diguna adalah bebas ditentukan oleh individu. Pemerintah hanya boleh memastikan satu-satu standard Dinar dirham yg dikeluarkan itu menepati piawaian yg diikitiraf utk kemudahan pengguna bermuamalat.

      Berkenaan soalan yg berkaitan, tiada masalah bagi "aktivis2 ni berjuang secara ikhlas utk memartabatkan sistem muamalah Islam melalui matawang syariah DnD setakat nak membantu promosikan DnD keluaran satu-satu syarikat sahaja", yg boleh dimaksudkan di sini adalah syarikat Kelantan Golden Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - sebuah syarikat milik kerajaan negeri Kelantan, jika aktivis2 tersebut yakin pada kebenaran dan kesahihan kedudukan DnD tersebut. Aktivis2 yg hanya menumpukan da'wah pada Dinar & Dirham Kelantan yg berpiawaian WIM tidak boleh disalahkan kerana tidak mempromosikan Dinar dirham lain kerana itu bukanlah tanggungjawab mereka.

      Tanggungjawab mempromosikan DnD pengeluar2 lain adalah tanggungjawab pengeluar2 DnD lain tersebut, sekiranya mereka berniat menyediakan Dinar dirham tersebut sebagai matawang syariah dengan penuh tanggungjawab; atau pengguna Dinar dirham tersebut, sekiranya mereka ingin mengangkat taraf Dinar dirham pengeluar2 lain tersebut sebagai matawang syariah walaupun pengeluar2 lain tersebut tidak berpendirian sedemikian. Namun, isu ini menjurus kepada pelbagai perbincangan lain yg berkaitan yg tidak diolahkan di sini.
      9 hours ago · · 5 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Au Ag, ia mesti datang dengan kesedaran. Infrastruktur yang ada sekarang adalah dari sistem sekular. Jual beli dan bayaran zakat menggunakan DnD mesti di sokong oleh satu sistem berlainan. Betul, ini satu tugas kerajaan. Tetapi tanggungjawab kerajaan dan kita semua untuk merealisasikan penggunaan DnD dan dirikan infrastruktur. Masih ramai ulama dan yang berilmu belum berani menyarankan kepada kerajaan masing untuk bertukar kearah ini. Tetapi, alhamdulillah, dari banyak perjumpaan Umar Vadillo dan beberapa pihak,ini sudah mendapat perhatian dan usaha kearah ini sedang bersama2 difikirkan.

      Kita mula dengan kesedaran. Aktivis hanya sukarelawan yang bergerak memberi kesedaran kepada orang ramai tentang penggunaan DnD dan memartabatkan wang syariah DnD.
      9 hours ago · · 4 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Buat takat ini hanya kerajaan Kelantan yang mengisytiharkan dan mengeluarkan Dinar dan Dirham sebagai wang syariah. InsyaAllah, apabila banyak negeri2 seperti Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka turut bersama, perubahan akan mula ketara. Infrastruktur akan dibina bersama. Dan pengutipan zakat dalam bentuk DnD akan dilaksanakan, insyaAllah.
      9 hours ago · · 4 people
    • Hazrin Marjan DnD yang dihasilkan oleh Pemerintah yang sebenar ialah PERCUMA. Terbitan DnD ini hasil dari tabung Baitulmal ini akan menanggung nilai Emas dan kos minting. Sistem Monetary ini akan membolehkan cairan wang yang akan menggalakkan perniagaan di bawah jajahan Pemerintah. Dalam bahasa Mudah, DnD adalah seperti air, di atas Rahmatnya perlu di alirkan ke muka Bumi dan sebagaimana air dan zatnya air adalah PERCUMA...
      9 hours ago · · 1 person
    • Hazrin Marjan Kegagalan Pemerintah menyebabkan ujudnya aktivis DnD...
      9 hours ago ·
    • Au Ag Kekeliruan yang ditimbulkan oleh orang yang bertanya kepada den itu adalah mengapa tidak kerajaan tersebut membuat sebuah tim khas yang ditaja olehnya untuk terang-terangan mempromosikan penggunaan DnD kerajaan itu dan bukannya tim aktivis yang kononnya mempromosikan penggunaan DnD tetapi secara tidak langsung hanya untuk sejenis DnD sahaja.
      8 hours ago ·
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Hazrin Marjan, easier said. Jom turun padang.?
      'Kegagalan Pemerintah menyebabkan ujudnya aktivis DnD...' a sweeping statement like this is not commendable. Kita dibelenggu 300 tahun sistem riba, what do you expect ? A miracle wand to change eveything in a glimpse! Malulah kalau Umar Vadillo boleh menerusi jalan2 sempit yang boleh membuka kepada kebebasan umat di malaysia, sedangkan Sdr sendiri belum tentu boleh ikut mengalami bersama. Ini satu perjuangan, kita tangani dari mana2 pintu2 yang Allah bukakan.
      8 hours ago · · 3 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Au Ag, tolong baca balik tulisan Sdr Irwan Ambak diatas. Disitu ada jawapan.
      8 hours ago ·
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Au Ag, sebenarnya tiada kekeliruan. Keliru kalau kita tak menyahut seruan untuk ikut berdakwah bersama. Hati2 kita semua kena bergerak. Kita semua adalah aktvis. Bukan kerajaan sahaja.
      Kita juga sudah dibelenggu sistem demokrasi dari warisan ideoloji Greek.
      8 hours ago · · 2 people
    • Au Ag Tidak salah untuk tim aktivis untuk bersama-sama memerangi sistem kewangan sekular ini, namun bila namanya tim aktivis, orang kebanyakan akan berpendapat bahawa tim aktivis ini akan memerangi sistem kewangan sekular tanpa membezakan pengeluar DnD. Lainlah kalau namanya "tim aktivis DnD KGT" yang bukan sahaja memerangi sistem kewangan sekular, malah juga mempromosikan DnD KGT. Bila ada perbezaan pendapat ini dan dengan ada banyaknya DnD dipasaran, maka kekeliruan ini timbul.
      8 hours ago ·
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Au Ag, buat masa ini hanya DnD kerajaan Kelantan mertabatkan Dnd sebagai wang syariah. Negeri lain belum buat lagi walaupun aktivis sedang giat jumpa sultan dan ketua negeri untuk usaha ini.
      Sdr Au Ag, tolong baca balik tulisan Sdr Irwan Ambak diatas. Disitu ada jawapan yang tersangat jelas.
      8 hours ago · · 2 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Buat masa ni memanglah aktivis promote DnD Kelantan. The only wang syariah yang diisytiharkan.Ini saya sokong. Yang lain, DnD hanya untuk savings dan investment. Savings dan investmenti bukan interest aktivis seperti saya.
      8 hours ago · · 2 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Irwan Ambak telah menjawab soalan diatas dengan kemas dan jelas. Harap fahamkan isi penerangan beliau.
      8 hours ago · · 1 person
    • Mazli Alias Au Ag, maka perlulah difahami isu apa itu dinar & apa itu "nampak macam dinar tapi bukan dinar" (seperti koin bulion). Jika tidak, muncullah isu dinar ini murah, dinar itu mahal; premium itu tinggi dan ini rendah. Sebaiknya datang bertemu muka dengan berlapang dada di Dinihari Dinar esok, inshaallah.http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=14913092516994​2
      8 hours ago · · 2 people
    • Suhaimi Mohamed Sharif yer isu ini lebih baik dibincang oleh team tersebut.itu citer dalam kelambu kena jumpa direct
      6 hours ago ·
    • Mohamad Firdaus ‎"Alawiyah Abdul Rahman Vadillo :Yang lain, DnD hanya untuk savings dan investment. Savings dan investmenti bukan interest aktivis seperti saya."
      "Mazli Alias : maka perlulah difahami isu apa itu dinar & apa itu "nampak macam dinar tapi bukan dinar" (seperti koin bulion)."

      ~ klu macam tu jatuh la martabat DnD kelantan sbb skg DnD klantan bkn lg untuk muamalat, tp untuk saving dan investment. Dnd klantan dah downgrade jadi koin bullion. cuba baca berita harakahdaily nih.
      http://bm.harakahdaily.net​/index.php/berita-utama/48​30-dinar-masa-lancar-rm323​-hari-ini-rm809
      bm.harakahdaily.net
      Harakahdaily
      6 hours ago · · 3 people ·
    • Mohamad Firdaus sy bukan nk fitnah atau buat cerita.. tgk link berita kt atas tuh, Husam Musa byk kali sebut invest dan saving d samping megah2 ngan kenaikan harga emas dunia. siap bangga2 ngan keuntungan lbh rm130k sbln (mungkin merujuk KGT)
      6 hours ago · · 3 people
    • Mohamad Firdaus xder pon sebut untuk muamalat...........
      6 hours ago · · 3 people
    • Masdi Mohd Facts
      6 hours ago · · 1 person
    • Ismail Trading Resources agree with Mohamad Firdaus
      6 hours ago · · 1 person
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor masalah ummat sekrang,suma nk ikut kepala masing2.tiada lagi baiah.tiada lagi wala'.tiada lagi adab.meyebabkan 'izzah Islam itu terus berada dalam kabut.

      saya fikir isu dinar-dirham ini sangat simple.pada saya,point utama adalah niat.Nabi SAW bersabda yg bermaksud,"setiap amalan bermula dengan niat"
      Dinar kelantan diisytiharkan sebagai mata wang syariah!tiba2 seantero Malaya pun bergegak gempita.dinar A, dinar B, dinar C.saban hari pelbagai jenama baru muncul.dan kebanyakkannya memang berniatkan pelaburan.

      umum pelik.awam macam saya pun lagilah takjub.beginikah zaman dahulu?pelbagai dinar/dirham kah wujud di pasaran.jadi bagaimana kelak tercapainya hasrat dinar-dirham untuk menjadi mata wang andai puluhan jenis dinar berlegar di dalam daulah dimana tiada keseragaman?

      lalu bila saya hadiri majis Dinihari Dinar,segalanya terungkai.kita sudah lama tinggalkan khazanah2 ilmu terdahulu.
      al-Muwatta pun selama ini sekadar dengar nama.isinya pun tak habis baca,bahkan mungkin isi kandungan pun tak pernah kita tahu.

      KITA PERLU SEDAR YANG KITA NI SEMAKIN JAUH DARI NABI SAW.KALAU NAK DEKAT,KITA KENA TURUTI LANGKAH ORANG TERDAHULU!
      Nabi SAW bersabda,"ummatku adalah yang terbaik.bermula dari generasi yang berjuang bersama2ku,kemudian generasi kalian (para sahabat),kemudian generasi selepas kalian (para tabi' tabi'in),dan seterusnya,seterusnya..."

      jadi berhentilah mencari perbezaan.ayuh bersatu perangi sistem ekonomi riba'

      meminjam analogi simple sidi Mazli Alias - jersi beckham memang ramai yg pakai.tetapi hanya ada seorg saja David Beckham!
      5 hours ago · · 2 people
    • Suhaimi Mohamed Sharif banyakkan beramal.. kurangkan label melabel
      5 hours ago · · 2 people
    • Saiful Rizal Jamaludin Ape maksud nie ek?? tak boleh dipaksa.. Adakah tak salah wujud syarikat yg mengeluarkan wang lain .. pada masa kerajaan dah keluarkan matawangnya sendiri.. Namun, perlu difahami di sisi Islam, matawang syariah yg diseragamkan di bawah satu standard ini tidak boleh dipaksakan penggunaannya oleh pemerintah mahupun aktivis ke atas rakyat jajahan pemerintah tersebut. Kerana pilihan wang yg diguna adalah bebas ditentukan oleh individu. Pemerintah hanya boleh memastikan satu-satu standard Dinar dirham yg dikeluarkan itu menepati piawaian yg diikitiraf utk kemudahan pengguna bermuamalat.
      5 hours ago ·
    • Mohamad Firdaus ‎"dinar A, dinar B, dinar C.saban hari pelbagai jenama baru muncul.dan kebanyakkannya memang berniatkan pelaburan."
      ~ for ur information, sblm DnD klantan d lancarkn thn lps, dah ada dinar lain wujud spt DEG, restu, IMN, WIN, Muslim, dll...
      5 hours ago · · 1 person
    • Hazrin Marjan Puan Alawiyah, saya penyokong DnD sejak 10 tahun yang lalu dan memang turun padang dengan kapasiti saya sendiri. SILA JANGAN MELABEL.... Saya hormat Puan bukan saja sebagai isteri Umar Vadilo, saya hormati dengan perjuangan Puan dan kefahaman Puan. Platform ini, kita bersama cuba memberi kefahaman... Bukan memperkecilkan pengetahuan dan perjuangan di antara kita...Penerangan saya dapat menerangkan persoalan Sdr Au Ag. Budak Irwan hanya boleh copy and paste cerita dan bukan jawab persoalan yang timbul di Grassroot level...
      5 hours ago · · 2 people
    • Saiful Rizal Jamaludin Makna tak salah la kan penggunaan wang yg bebas. kerana pilihan wang adalah bebas di pilih oleh individu..
      5 hours ago · · 2 people
    • Saiful Rizal Jamaludin Lg satu pada zaman skrg nie.. cara yang paling berkesan dan disayangi orang untuk merakyatkan dinar adalah dengan menjual dinar dgn harga murah.. (Profit margin yang sikit) atau klu nak usaha atas iman mengedarkan dgn harga kos..
      5 hours ago · · 2 people
    • Hazrin Marjan Kita pun tahu dah ada orang turun padang dan Mint DnD dengan profit margin yang rendah..."Kulim Mali, baik punya" Aktivis Syariah lebih senang melabelkannya sebagai DnD bukan Syariah daripada memperkenalkan dan menerangkan piawaian DnD Syariah yang mereka tetapkan..
      4 hours ago · · 2 people
    • Suhaimi Mohamed Sharif idup Kulim hehe
      4 hours ago ·
    • Saiful Rizal Jamaludin Lg satu nak merakyatkan dinar.. memandangkan harga emas yg naik terlalu cepat.. adalah lebih baik dinar yang dibeli dan di tempa(cetak) pada harga rendah tidak di jual pada harga semasa emas yang naik tinggi.. Cth margin untung 1% esok harga emas naik. tp harga dinar tue takkan naik sebab ia telah di tempa pada harga rendah.. tetap jual pada keuntungan 1% dari nilaian kos..
      4 hours ago · · 2 people
    • Suhaimi Mohamed Sharif tuan saiful rasa elok tuan masuk grup dinihari dinar untuk menyatakan kembimbangan tuan
      4 hours ago · · 1 person
    • Saiful Rizal Jamaludin Apa kata tuan suhaimi ajukan.. kat mana group tue
      4 hours ago ·
    • Raisul Fadhla Bin Safiruddin Ni grou Dinihari Dinar.

      https://www.facebook.com/g​roups/diniharidinar/?id=13​5216893235479&ref=notif&no​tif_t=group_activity
      Official Facebook Group for Dinihari Dinar. "Facebook Group" rasmi untuk Dinihar...See more
      4 hours ago · ·
    • Saiful Rizal Jamaludin dah ask to join.. tp knp byk bahasa orang putih.. tak reti teman nak tanya guna bahasa enggeris..
      4 hours ago ·
    • Raisul Fadhla Bin Safiruddin He he he... Bahasa boleh campur-campur. English go on. BM pun boleh. Bahasa Inonesia juga bisa. :D
      4 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif tanya sana la.. lebih afdal
      4 hours ago ·
    • Saiful Rizal Jamaludin hehe!! dah tanya.. jom support sikit.. kklu sorang2 tak nampak..
      4 hours ago ·
    • Ikmal Putra masih dibelenggu dgn persoalan yang sama. bagus perbincangan ni...
      4 hours ago ·
    • Saiful Rizal Jamaludin sekali aku tanya salah tempat la.. dinihari dinar tak de kena mengena dengan KGT.. mereka hanya aktivis yang ingin educated tentang dinar.. Klu nak tanya kena tanya KGT la.. Ade tak group KGT kat FB nie..
      3 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif datang je event mingguan ni tanya direct .. rekod jawapan http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=14913092516994​2
      Location: Bangunan Bakti Siti Hasmah TTDI
      Time: Saturday, 13 August 2011 10:00
      3 hours ago · ·
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor tim aktivis ..mcm kipas-susah- mati la kot.. tolong pemerintah, support pemerintah. Mereka bekerja offline secara sukarela dan berjemaah. tak ramai yg sanggup buat mcm ni.
      about an hour ago · · 1 person
    • Irwan Ambak Dari @Hazrin Marjan: "SILA JANGAN MELABEL....
      Budak Irwan hanya boleh copy and paste cerita dan bukan jawab persoalan yang timbul di Grassroot level..."

      Alhamdulillah, saya sedang berpuasa.
      15 minutes ago · · 1 person