Thursday, April 28, 2011

HuKum Membeli emas dengan wang kertas secara bertangguh (fiat

HuKum Membeli emas dengan wang kertas secara bertangguh (fiat)

- Ust Rafidi

Hukum membeli emas dengan duit kertas secara jualbeli salam (order) adalah harus kerana hadis tersebut hanya menyebut emas , perak dan makanan dengan tempoh simpanan sahaja sebagai barang ribawi. Emas dan Perak apabila ditukar atau berjualb...eli antara keduanya jadi riba jika bertangguh sebab satu illah (sebab) tapi boleh berlebih kurang.

Syarat kesepuluh dalam jualbeli salam ( Kitab Sairus Salikin) JANGAN ADA SESUATU YANG DIBELI DENGAN AQAD SALAM ITU MAKANAN JIKA HARGANYA MAKANAN, SAMADA IA DARI JENISNYA ATAU DARIPADA LAIN JENISNYA KERANA AQAD SALAM ITU BERTANGGUH (JADI RIBA TANGGUH). DEMIKIAN JUGA JANGAN ADA SESUATU DALAM AQAD SALAM ITU EMAS DENGAN PERAK. JIKA HARTA YANG DIJADIKAN HARGANYA ITU EMAS DAN PERAK KERANA DEMIKIAN ITU JADI RIBA SEBAB BERTANGGUH.

Jelas yang disebut harta dan harga disini yang tidak dibolehkan dalam jualbeli salam ialah :1. Emas ditukar dengan Perak atau sebaliknya. 2. Makanan ditukar dengan makanan lain yang satu jenis atau sama jenis.

Yang lain daripada yang disebut diatas boleh. Samada Perak ditukar dengan makanan atau emas dengan makanan. Ada pun duit kertas tidak termasuk barang ribawi kerana ia bukan emas. Kertas ditukar dengan emas harus berlbih kurang dan bertangguh kerana ia bukan satu illat emas atu perak.

Yang menjadi kita keliru sekarang ini kerana ada orang mengangkat level wang kertas sama dengan emas dan perak. Bila levelnya sama maka jualbeli salam jadi riba padahal tak riba. Zakat kertas tak ada dari hukum asalnya , tetapi diadakan kerana levelnya sama dengan emas dan perak. Mudharabah yang asalnya hanya harus dengan emas dan perak sahaja, yang laintak boleh tetapi dibolehkan kerana wang kertas telah diangkat sama level dengan emas dan perak. Mereka ini sebenarnya telah menukar dari harm jadi halal atau halal jadi haram.

Kesimpulan : Harus menukar kertas dengan emas secara tangghu , tiada riba tangguh disitu pada jualbeli salam.

        • Quinton Flynn KESIMPULAN : bayar hari ini, minggj depan br dapat emas kira boleh la yer? x pon bayar ansuran ngan kertas... Mohon pencerahan.
          14 hours ago · · 1 person
        • En Altercronic jika beli emas dengan dirham, wajib tangan ke tangan pada masa yg sama, kalo beli DnD pakai duit kertas x perlu..
          14 hours ago · · 2 people
        • Abu Alex
          ‎"Yang menjadi kita keliru sekarang ini kerana ada orang mengangkat level wang kertas sama dengan emas dan perak. Bila levelnya sama maka jualbeli salam jadi riba padahal tak riba. Zakat kertas tak ada dari hukum asalnya , tetapi diadakan k...See more
          14 hours ago · · 3 people
        • Dyg Emma kalau beli perhiasan silver dengan dirham plak macamana? wajib gak ke tgn ke tgn, atau boleh pos?
          14 hours ago ·
        • Abu Alex
          ‎..mereka yang beriktikad bahawa wang kertas itu emas nanti boleh jawab dihadapan Allah bila ditanya, "macam mana engkau boleh anggap kertas itu emas, sedangkan sudah Aku jadikan emas itu mengikut kejadiannya dan manusia pula Aku jadikan mengikut kejadiannya yang suka pada emas, ia rahmat pada manusia dalam urusan sesama manusia, dalam urusan dengan Aku"

          hal sebesar zarrah pun kita akan ditanya, inikan pula hal sebesar ini, wallahu'alam.
          14 hours ago · · 3 people
        • Quinton Flynn sapa yang sanggup tepek info nih kt FANPAGE UZAR.. pas tapek UNLIKE balik untuk elak kne BLOK
          14 hours ago · · 1 person
        • En Altercronic QF - bro la tepek.. haha
          14 hours ago · · 1 person
        • Tok Belagak DEN cadangkan siapa yg ada access kepada mana 2 ulama yg soleh...elok lah terangkan tentang wang Fiat..pasti mereka terkejut. sebab dulu memang duit ada sandaran emas...tapi selepas 1974 pengumuman Presiden Nixon...SUDAH TIDAK ADA LANSUNG FIAT BERSANDAR PADA EMAS. ..Sebab itu ada segelintir ulama masih ingat fiat bersandar pada emas...kalau mereka tahu...pasti mereka di depan memerangi RIBA dalam Fiat...
          13 hours ago · · 1 person
        • En Altercronic ‎1971 tok..
          13 hours ago ·
        • Tok Belagak Peranan mereka amat besar..bayangkan kalau Mufti Harussani keluar kenyataan di akhbar...WANG FIAT adalah Riba...
          13 hours ago · · 4 people
        • Abu Alex dia umum lewat EA, 1974 sebelum dia keluar dari oval office (skandal watergate), dia buat dahulu umum kemudian.. uar-uarkan langsung tak pernah, itu yang ramai masih jahil mengenai hakikat wang fiat tak sandarkan emas tu, bila kita terangkan dia kata kita ni membohong .. pulak..
          13 hours ago · · 1 person
        • En Altercronic ooo yeker.. thanx for info..
          13 hours ago ·
        • Uciha Madara kalau fiat HARAM kenapa kamu masih pakai fiat lagi?
          13 hours ago ·
        • Abu Alex
          ingat tak sejarah Tanah Melayu, bagaimana wakil Inggeris "round-up" raja-raja melayu ugut mereka supaya sain persetujuan penubuhan Malayan Union, ia dibuat diam-diam tapi perkara itu bocor juga kemudiannya dan kecoh-lah satu negara;

          U.S buat begitu juga, round-up semua negara supaya setuju membatalkan perjanjian Bretton Woods (Peranchis protes tapi tak boleh buat apa-apa, dia sekadar boleh keluarkan simpanan emas dari U.S sahaja); masa itu U.S dalam keadaan tertekan, Arab Saudi baru sahaja menerima wang fiat dalam urusniaga minyak (kurang sepuluh tahun), tidak akan cukup emas untuk disandarkan jika mereka nak borong minyak Arab Saudi.

          wallahu'alam; kawan-kawan yang lebih tahu boleh tambah.
          13 hours ago · · 1 person
        • Abu Alex
          Uchi Madara:

          Sila ikuti perbincangan di group ini dan anda akan lebih faham insyaAllah.

          kita guna wang fiat mengikut keadaan rukhsah keringanan dalam situasi dharurat seperti yang pernah difatwakan oleh Ulama; dan kami di sini sedang usaha untuk keluar dari keadaan dharurat.

          dalam agama, ada beza orang yang makan babi dalam keadaan dia tiada pilihan lain dan orang yang pilih makan babi (dia tiada usaha nak keluar)

          wallahu'alam.
          13 hours ago · · 2 people
        • Uciha Madara ramai yang jual Dinar dan Dirham dalam nih.. banyak iklan. bukan sebab nak cari untung jual dinar dan dirham ke? macam org nak jual emas dan perak. kalau xder duit suruh pinjam kat bank atau pinjam kt agro arrahnu
          13 hours ago ·
        • Abu Alex
          begitu juga ada beza orang yang guna perkhidmatan bank dan terlibat dengan riba kerana terpaksa (saya hanya ada satu akaun bank sahaja, untuk terima duit gaji yang saya akan cepat-cepat keluarkan semuanya bila sudah terima) dengan orang yan...See more
          13 hours ago ·
        • Amir Hasyim Kamaruddin Uchi Madara. Ada 2 katogeri org yg jual DnD ni. satu memang jual sbb nak cari untung dunia. satu group lagi jual DnD untuk cari untung akhirat...Hanya Allah yg tahu apa yg ada dalam hati mereka.wallahu'alam...
          13 hours ago · · 1 person
        • Halim Panji Timur dulu saya dah tepek, & dah kena blok
          13 hours ago ·
        • Amir Hasyim Kamaruddin barangkali uzar pun dah menyampah...ni mesti dari group DnD yg tepek ni...klu dh xde phD, jangan nk berbahas dgn org yg ada phD
          12 hours ago · · 2 people
        • Quinton Flynn dlm diam2 budak uchiha nih da tepe4k kt fanpage UZAR
          http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10150162573716576&id=100002051737702
          9 hours ago · · 2 people
        • Halim Panji Timur habisla korang kena blok la
          9 hours ago ·
        • Quinton Flynn aku da lama kne block. hehee
          9 hours ago · · 1 person
        • Camo Trooper bila mata dah buta... kertas pun dikata emas.. sampah pun boleh dimakan.. najis boleh dibuat mainan... tp org2 buta ni suka menggelarkan org2 celik sbg gila.
          5 hours ago · · 2 people
        • Quezzo Corp gua pon.... dah kena...
          5 hours ago ·
        • Norbaini Hassan Umar Vadillo pernah memujuk kami yang merajuk (bukan kerana dia) lebih kerana dipanggil gila pasal DnD dengan megatakan orang yang panggil kamu gila (crazy) adalah lebih gila (delusional) kerana kertas yang tiada harga di beri penghargaan...
          4 hours ago · · 3 people
        • Abu Alex masyaAllah, ini group semua "UZAR-reject" ka?

          ^_^
          4 hours ago ·
        • Abu Alex tuan-tuan syor-kan group ini pada rakan-rakan yang UZAR block/ reject :)
          4 hours ago ·
        • GoldFish Trader aku selalu jugak msk website uzar and baca artikel dan buku beliau..adakah tulisan dan pandangan beliau demi utk kebaikan masyarakat langsung tidak berguna.. sekadar bertanya korang yg hebat2 kt sini....
          3 hours ago · · 1 person
        • Quezzo Corp Bukanlah kater tak berguna langsung.. cuma... err... cuak..
          2 hours ago ·
        • Abu Alex
          Tn GoldFish Trader, saya ini peminat UZAR ~ datang ke rumah kalau nak baca buku dan dengar rakaman ceramah dia (total 100++ hours), saya meminati pendekatan beliau dalam memberikan pencerahan dalam hampir setiap permasalahan agama; perkara biasa bila saya print artikel dia untuk diedarkan dan tampal di papan kenyataan masjid (paling popular hujah dia mengenai aurat wanita dan penjelasan mengenai interest bank).

          namun begitu, pendapat dia mengenai masalah perbankan dan wang fiat sangat menyakitkan iman dalam dada, sakit hati ini bila dia tak dapat lihat suatu yang sangat jelas dan nyata.
          about an hour ago · · 2 people
        • En Altercronic sy pembaca majalah solusi dan menggemari penulisan beliau dlm ruangan majalah ini, sy juga sentiasa mengikuti status beliau di fb
          about an hour ago · · 1 person
        • GoldFish Trader ‎:)
          48 minutes ago ·
        • Abu Alex ‎^_^
          23 minutes ago ·