Monday, March 12, 2012

KHIYAR DAN HUKUMNYA


KHIYAR DAN HUKUMNYA

KHIYAR DAN HUKUMNYA
   Perkataan khiyar itu maknanya boleh pilih antara jadi atau tidak jadi beli, atau boleh ditarik balik (boleh batal).
   Kihyar itu ada 3 macam (1) khiyar majlis (2) khiyar syarat (3) khiyar aib (cacat).
   Pihak penjual dan pihak pembali diluluskan boleh khiyar majlis (tempat akad) selagi keduanya berada dalam tempat akad, sama ada hendak diteruskan (dilazimkan) jual beli itu atau hendak dibatal Jika keduanya telah memilih lazim (jadi beli) gugurlah hak khiyar daripada keduanya dan jika salah seorang memilih lazim gugurlah haknya dan tinggal hak tulinnya.
   Demikian jua gugur hak khiyar keduanya dengan berpisah (bercerai badan) kedua-duanya atau salah seorang daripada keduanya dari tempat akad pada a’raf sekalipun terlupa atau tidak tahu hukumnya.
   Jika akad itu dalam rumah besar apabila berpindah ke lain atau bilik lain itu berpisahlah namanya. Dan jika dalam rumah yang kecil atau dalam perahu apabila keluar daripadanya itu berpisah namanya, dan jika di tengah lapang atau dalam kedai apabila berpaling salah seorang daripadanya berjalan sedikit kira-kira 3 hasta itu berpisahlah namanya, tetapi jika keduanya diam dalam tempat akad itu atau kedua-duanya berjalan bersama-sama ke beberapa tempat lain sekalipun lebih daripada masa 3 hari masih kekal khiyar keduanya kerana tidak bercerai badan keduanya.
   Harus bagi penjual dan pembeli atau salah seorangnya mensyaratkan khiyar dalam masa yang tertentu jangan lebih daripada 3 hari dari waktu disyaratkan, jadi dalam tempoh itu kedua-duanya boleh pilih beli terus atau batal, syaratnya barang itu tidak binasa dalam masa itu sekiranya barang itu jenis yang boleh rosak batallah akad jual beli itu. Melainkan jualan barang jenis riba, jualan yang membawa kepada merdeheka (seperti anak membeli bapanya yang sahaya) dan jualan salam (jualan secara pesanan) tidaklah harus disyaratkan khiyar.
   Maka barang jualan atau manfaatnya dalam masa khiyar syarat itu dimilikkan oleh siapa yang meletak syarat sama ada penjual atau pembeli, tetapi jika kedua-duanya membuat syarat maka keadaan barang itu muquf (tergantung atau terhenti) tidak dimilikkan oleh siapa-siapa, apabila sempurna jualannya nyatalah barang itu milik pembeli dari sejak mula akad lagi, dan jika tidak sempurna (dibatal) barang itu milik penjual.
   Hasillah batal jual dalam masa khiyar itu dengan katanya: saya batal jualan ini. Dan tetap jadi jual dengan katanya: saya luluskan jualan ini atau saya teruskan dia atau saya lazimkan dia.
   Hasillah juga batal dengan perbuatan seperti disetubuhi (pada sahaya perempuan) atau dimerdekakan atau dijual atau disewakan atau dikahwinkan atau diwakafkan oleh penjual dan tetap jadi beli jika perbuatan-perbuatan itu dilakukan oleh pembeli.
   Harus bagi pembeli khiyar dengan sebab nyata ada aib (kecacatan) yang ada lebih dahulu pada barang jualan dengan tiada diketahuinya, demikian jua penjual harus khiyar nyata ada cacat yang ada lebih pada harga yang tiada diketahui.
   Cacat pada sahaya iaitu seperti yang telah dipotong buah kemaluannya atau berzina atau mencuri atau pelari atau kencing di tempat tidur atau mulut busuk atau ketiak busuk. Dan cacat pada binatang seperti menendang, menggigit, kasar berjalan sekira-kira ditakuti jatuh siapa-siapa yang menunggangnya, atau makan sedikit.
    Cacat pada rumah seperti itu jadi tempat askar berhenti atau di sebelahnya ada tukang dobi membasuh kain bising dengan hampasnya atau jin yang mengacau dan sebagainya. Demikian jua tiap-tiap perkara yang mengurangkan zatnya atau harganya kurang yang merosakkan tujuan yang sebenar dibeli barang itu.
   Cacat yang berlaku selepas qibad tidaklah harus pembeli hendak khiyar lagi.
   Bila didapati ada cacat pada barang jualan atau pada harga, bolehlah salah seorang daripada kedua pihak itu memulangkan balik kepada tulinnya dengan kadar yang segera pada adat, tidak mengapa terlewat sedikit kerana sembahyang atau kerana makan yang sudah masuk waktunya, demikian jua qada hajat hingga selesai dan jika hari malam bolehlah tunggu hingga subuh (pagi).
   Jika penjual itu berada dalam negeri hendaklah dikembalikan barang itu kepadanya atau kepada wakilnya atau kepada orang yang berwakil kepada dia atau kepada walinya seperti bapa atau datuknya atau kepada warisnya atau diserahkan ke mahkamah, dan jika penjual itu ghaib (tidak ada dalam negeri) dan wakilnya pun tidak ada hendaklah dirujukkan kepada mahkamah.
   Selain daripada itu wajib atas pembeli mencari orang yang menyaksikan fasakh atau batal itu masa dalam perjalanan menuju ke tempat penjual atau ke mahkamah.
   Disyaratkan lagi jangan digunakan barang jualan itu setelah diketahui ada cacatnya sekiranya pembeli menyuruh sahaya yang dibelinya yang cacat itu dengan katanya ambilkan aku air minum atau tunjukkan aku kain itu atau pergi kunci pintu atau angkat pelana yang ada di atas belakang kuda itu nescaya tiada boleh dikembalikan lagi dengan cara berkeras.
   Sekiranya tidak dapat diketahui cacat yang lama melainkan dengan cacatkan pula seperti ditebuk telur burung kasawari atau buah tembikai yang berulat di dalamnya atau sebagainya baharu diketahui ada cacat lama. Nescaya harus dikembalikan dengan cacat itu dengan tidak wajib membayar ganti cacat yang baharu itu kerana diuzurkan dalam perkara semacam ini.
   Jika berlaku pertelingkahan antara penjual dan pembeli tentang cacat lama dan cacat baharu, penjual mengatakan cacat baharu nescaya di benarkan dia dengan bersumpah dan sumpah itu mengikut jawabnya. Misalnya:berkata pembeli “Saya pulangkan balik barang ini dengan sebab ada cacat lama.” Jawab penjual: “Dia tidak boleh pulangkan balik dengan sebab cacat yang disebutnya itu”. Maka sumpahnya pun mengikut jawabnya itu dengan berkata: “Wallah, dia tidak boleh pulangkan balik dengan sebab cacat yang disebutnya itu”.
   Jika ia menjawab: “Saya tidak mesti menerima cakapnya itu”. Maka sumpahnya pun mengikut jawapnya itu. (Wallah saya tidak mesti menerima cakapnya itu).
   Jika ia menjawap: “Saya tidak serahkan kepadanya dengan cacat ini sumpahnya” Wallah saya tidak serahkan kepadanya dengan cacat ini.
   Atau dijawapnya: “Saya tiada serahkan kepadanya melainkan sejahtera daripada cacat”. Sumpahnya “Wallah saya tiada serahkan kepadanya melainkan sejahtera daripada cacatnya”.
   Hukum ini pada cacat uang tiada terang lama atau baharu yakni boleh jadi sudah lama atau boleh jadi cacat baharu.
   Adapun jika nyata cacat itu baharu seperti yang masih basah lagi pada hal jualan dan qibad sudah berlaku sebulan atau 2 bulan lalu maka hukumnya di benarkan cakap penjual dengan tidak payah bersumpah. Sebaliknya jika cacat itu tidak munasabah baharu jadi malahan sudah lama umpama luka yang sudah baik pada hal jualan dan qibad baharu berlaku nescaya dibenarkan cakap pembeli dan tidak payah sumpah.
   Peringatan: setengah daripada perbuatan yang membolehkan pembeli khiyar cacat iaitu perbuatan tasriyah. Maknanya membiarkan tetek lembu bengkak diperah susunya supaya di sangka lembu itu banyak susu, perbuatan itu haram dan pihak pembeli boleh khiyar dengan memulangkan balik kepada penjual dengan segera, jika sudah diperah susunya wajib ia mengganti dengan segantang kurma, demikian jua jualan tanah yang ada parit di dalamnya ditahan atau diempang ketika melakukan jualan dilepaskan airnya dengan tujuan supaya di sangka parit itu banyak air. Perbuatan itu haram juga sama macam menghitamkan rambut sahaya dengan dai atau dikerintingkan sampai muda atau di sangka kuat bekerja. Semua perbuatan-perbuatan itu membolehkan khiyar dan batal dengan segera.
   Tetapi di dalam masalah merecikkan bju sahaya dengan dakwat hitam supaya disangka pandai menulis, tiada hak bagi pembeli khiyar kerana cuainya tidak menjawab lebih dahulu. Demikian jua membeli kaca dengan harga permata tidak boleh khiyar kerana kecuaiannya sendiri itupun kalau kaca itu ada harga. Sekiranya tidak ada harga langsung nescaya jualan itu tidak sah.

Thursday, March 1, 2012

Maulana Haji Rafidi: Ulamak Timur Tengah & Hukum Wang Kertas

Hukum Majoriti Ulamak Timur Tengah Mengenai Wang Kertas Saya terbaca sebuah laman blog pelajar kita di Jordan. Pengajian di Jordan tidak mendedahkan bagaimana sejarah wang kertas terjadi, fractional reserve banking, tidak membincangkan samada wang sekarang ain atau dayn, masalah riba nasiah dan sebagainya. Wang kertas dilihat sebagai sesuatu yang moden dan dinar-dirham sebagai sesuatu lipatan sejarah lalu. Jika dahulu kita mengunakan dinar-dirham, sekarang kita menggunakan wang kertas! Tanpa melihat sejarah perkembangan sistem perbankan dan memahami riba secara terperinci, akhirnya jadilah begini: Pendapat ulama secara ringkas berkenaan hakikat wang kertas sekarang. Adakah ianya mempunyai illah sama seperti matawang emas dan perak (Dinar dan Dirham) zaman Rasulullah s.a.w.? Pendapat 1. Wang kertas hanyalah kertas yang membuktikan seseorang itu memiliki emas dan perak dalam simpanan negara dan negara mengeluarkan wang kertas sebagai tukaran untuk bermuamalat. Hakikatnya, bukanlah wang yang sebenar. Ini adalah pendapat Syeikh Abd Kadir bin Ahmad dan Syeikh Ahmad Husaini. Pendapat 2. Wang kertas dianggap sebagai mal mutaqawwan iaitu suatu barang yang mempunyai nilai seperti barang-barang lain juga namun bukanlah mempunyai nilai wang sebenar (emas dan perak). Ini pendapat Syeikh Abdul Rahman Saa'di dan Syeikh Hassan Ayyub. Pendapat 3. Wang kertas tidak mempunyai nilai langsung, hanyalah kertas kosong semata-mata. Ini adalah pendapat Syeikh Abdul Hamid Suraini. Pendapat 4. Wang kertas adalah wang yang sebenar sama dengan emas dan perak (dinar dan dirham) yang digunakan pada zaman Rasululllah s.a.w. Ini adalah pendapat majoriti Ulama muasirah seperti Dr.Yusof Al-Qaradhawi, Dr. Wahbah Zuhaili dan juga Resolusi Persidangan Ulama Sedunia pada 1402 hijrah. Apa perbezaan antara kesemua pendapat? Walaupun ada 4 pendapat namun, terdapat 2 perbezaan yang ketara iaitu, wang kertas adalah wang sebenar dan bukan wang sebenar. Bagi yang tidak mengiktirafnya maka: 1. Tidak perlu dikeluarkan zakat. 2. Tidak ada unsur riba nasi'ah 3. Tidak sah dijadikan modal syarikat ataupun jual beli salam (tangguh) Pendapat yang rajih adalah pendapat ke 4 kerana : 1. Seluruh dunia mengiktiraf penggunaan wang kertas, mereka tidak lagi bermuamalat dengan emas dan perak (uruf am). 2. Sekiranya tidak mengiktiraf sebagai wang sebenar, maka banyak hukum islam akan terbatal seperti tiada riba dan zakat. 3. Tiada nas yang mengatakan wang mestilah daripada emas dan perak, zaman Rasullullah menggunakan emas dan perak kerana islam diturunkan ketika masyarakat bermuamalat dengan kedua-dua jenis matawang tersebut dan Islam mengiktirafnya bukan mewajibkannya. Pendapat inilah yang paling tidak rajih (tepat) sebenarnya. 1. Adakah kerana seluruh dunia mengiktirafnya ia menjadi halal. Dunia dikuasai ekonomi riba Yahudi, Adakah apabila seluruh dunia sudah biasa dengan arak, judi dan penzinaan maka hukumnya menjadi halal kerana urf am. 2. Hukum Islam keatas wang kertas adalah sebagai fulus, kategori bukan wang emas dan perak, jadi tiada zakat dan riba. Masalahnya kita yang kena hidupkan semula wang emas dan perak. Bukannya mengangkat taraf wang kertas disamakan dengan wang emas dan perak. Hukum zakat dan riba tergadai kerana hendak menghalalkan wang kertas! Zakat sebenarnya hanya dikenakan ke atas emas dan perak, tidak pada logam lain; juga riba terkena hanya pada emas dan perak dan tidak pada logam lain menyebabkan hukum Islam tergadai. 3. Imam Malik mengatakan wang ialah sebarang benda yang dipilih manusia. Maknanya manusia bebas memilih apa sahaja sebagai mata wang, tetapi masih tertakluk kepada jual-beli riba, zakat dan sebagainya mengikut hukum fiqh. Manusia tidak boleh dipaksa menggunakan wang kertas semata-mata; tambah lagi disamakan pulak dengan emas dan perak. Seperti kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam fatwa muasirahnya: "Wang kertas telah menjadi menjadi wang yang digunakan diseluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalat dengannya tidak lagi dengan emas dan perak? Sesiapa yang memilikinya dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang ini, lelaki menjadikan mahar, digunakan dalam jual beli, sewa dan membayar diat. Semua muamalat melalui wang kertas sudah mencapai tahap emas dan perak" Prof. Umar Vadillo mengatakan tentang kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam bukunya Ecsoteric Deviation in Islam. Hujah ini bukan hujah Al Quran dan sunnah tetapi hujah pragmatisme, kerana wang kertas digunakan seluruh dunia maka ia menjadi wang yang iiktiraf. Sebab itu tidak hairan isu mata wang dinar dan dirham tidak diketahui pelajar lepasan Jordan. Dinar dan dirham hanya disentuh dalam pengajian Islam sebagai suatu sejarah yang telah lalu. Wang kertas dianggap wang yang sah sekarang, tidak lagi dinar dan dirham. Fiqh Muamalat Muasirah hanya membincang ekonomi semasa berdasarkan wang kertas. Dinar dan dirham hilang ...... dari pengajian. LINK ASAL:

Tuesday, February 28, 2012

Nama-nama ALLAH

  Found at Beemp3.com

just utk di pikir2 kan bersama


‎(just utk di pikir2 kan bersama)

kalau saya ada 10dirham PG yg baru keluar, sy pergi membeli belah di Souq Nabawi, saya beli brg yg berharga 1 dirham, katakan sy akan dpt baki 9 dirham IMN .. after that saya balik, dan jual 9 dirham tu at RM 20 .. sy akan dpt rm 180 dgn modal awal saya rm150 (harga 10dirham PG) .. persoalan, mcmn kita nk mengelakkan lubang manipulasi yg terbuka luas ini ?
 ·  ·  · Sunday at 04:41
    • Mukhlis AAzam perkara sebegini mmg tak dapat di elakkan dan sentiasa akan berlaku bila mana kita sentiasa membuat perbandingan dinar/dirham dgn wang fiat
      Sunday at 04:46 ·  ·  1
    • Liang Ng Bila tuan 9 dirham itu pada RM20, pihak yang membeli sudi menanggung subsidi koin itu.

      Cadangan saya, kita sediakan "slip subsidi harga" bagi Dirham. Kita catatkan "harga" Dirham setiap kali ia tukar tangan.
      Sunday at 04:54 · 
    • Mohammad Iskandar Bin Marzuki Ini dinamakan persaingan. Beli dirham KGT utk muamalat dan zakat. Beli dirham yang lain untuk kumpul banyak2 dan boleh juga untuk aktiviti muamalat sekiranya masing2 bersetuju. Kalau sy lebih gemar kepada koin2 yang berkilat macam proof spt KGT, Khalifah, SRDC, Perak dan beberapa dirham2 yang kurang popular. Masing2 ada kelebihan dan kelemahan.
      Sunday at 07:13 · 
    • Nizam Ali bkn mslh bersaing ke persaingan ke .. ini mslh "manipulasi" ..
      Sunday at 07:46 · 
    • Nizam Ali sila bincang-bincang kan ..
      Sunday at 07:47 · 
    • Nizam Ali Cadangan saya, kita sediakan "slip subsidi harga" bagi Dirham. Kita catatkan "harga" Dirham setiap kali ia tukar tangan. << sy tak paham yg ni .. buleh perincikan lg tuan Liang Ng
      Sunday at 07:48 · 
    • Mohamad Firdaus boleh jer... Nizam Ali bg saya 10dirham PG, saya pulang balik 1/2oz silver coin + beberapa KG beras. kalau tuan Nizam Ali x setuju, maka jual beli tersebut terbatal dan tuan boleh cari penjual lain. sama kes if bayar ngan 1oz silver coin gak...
      Sunday at 08:44 · 
    • Mohamad Firdaus xsemestinya if bayar dlm dirham kne pulangkan baki guna dirham gak.. boleh jer pulang baki dalam bentuk lain asalkan pembeli bersetuju.
      Sunday at 08:47 · 
    • Mohamad Firdaus NIZAM : "saya beli kad sim celcom broadband dengan 10 dirham PG"
      FIRDAUS : " saya jual kad sim celcom broadband dengan baki 1/2oz koin perak dan 10kg beras siam"
      NIZAM : "saya beli tuan"
      FIRDAUS : "saya jual"
      Sunday at 08:51 · 
    • Suhairul Lail Kamaruddin kalau nak kira manipulasi, beli 25 jual balik denda 10% atau 15% atau kira barang lusuh lagi la manipulasi besau.. Allah Maha Melihat apa yang anda buat!
      Sunday at 08:56 ·  ·  2
    • Liang Ng Nizam Ali: Bila kita beli satu koin Dirham (tak kira jenama apa), kita sudah bayar "subsidi miniting", iaitu (harga Dirham) - (harga spot) = (subsidi minting).

      Contoh, Dirham KGT, subsidi minting = RM25 - RM10 = RM15
      Sunday at 09:23 · 
    • Liang Ng harga spot Dirham = 3g perak (lebih kurang) = RM10
      Sunday at 09:24 · 
    • Liang Ng Contoh #2, Dirham Khalifah, subsidi minting = RM18 - RM10 = RM8
      Sunday at 09:24 · 
    • Liang Ng Setiap kali kita tukar tangan Dirham itu, kita boleh kurangkan "harga Dirham" itu, supaya subsidi minting dikurangkan, contoh, kali pertama saya guna Dirham KGT, saya gunakan pada RM24, maka subsidi mintingnya sudah jadi (RM24 - RM10) = RM14.

      Setiap kali kita guna koin Dirham itu, kita tanggung RM1 subsidi mintingnya, dan kita catatkan "harga Dirham" itu setiap kali ia digunakan. Selepas 15 kali digunakan, harga koin KGT itu pun sudah sama dengan harga spot (RM10). Maka selepas ini, koin ini boleh digunakan dengan harga spot -- Lepas itu, harganya naik turun ikut harga spot.
      Sunday at 09:28 · 
    • Liang Ng Dengan cara ini, makin lama maka banyak koin Dirham (tak kira jenama apa) yang "berhaga sama dengan spot". Maka penjual pun lebih sudi menerima mereka.

      Cara ini juga baik kerana tanggungan subsidi itu ditanggung bersama setiap pengguna, maka cara ini adil.
      Sunday at 09:30 · 
    • Liang Ng Saya juga akan masukkan fungsi subsidi minting ini dalam sistem Dinar SMS (bursa emas perak online), supaya kita boleh rekodkan harga tiap tiap koin Dirham dan berapa kali ia sudah tukar tangan.
      Sunday at 09:32 · 
    • Liang Ng Dinar SMS: http://www.facebook.com/pages/Dinar-SMS/168619023185505
      Dinar SMS Bazaar Mega Jaya (001923607-A) No. 27, Lorong Asas Jaya...See more
      Page: 107 like this.
      Sunday at 09:32 ·  · 
    • Muhammad Fauzie rasa macam rugi pula kalau buat macam tu..Liang Ng..
      Sunday at 10:13 ·  ·  1
    • Liang Ng Muhammad Fauzie: Kalau tak buat macam itu, hanya SATU orang yang tanggung subsidi minting itu, iaitu orang yang beli dan gunakan Dirham itu. Cara ini sebarkan tanggungan subsidi itu kepada setiap pengguna -- setiap orang tanggung RM1, sampai Dirham itu sama dengan harga spot.

      Subsidi minting MESTI ada orang tanggung. Kalau tidak, tak akan wujud Dirham pada harga spot!! Kalau tak ada Dirham pada harga spot, Dirham tak dapat ganti wang fiat!!

      Cara ini saje yang ada kalau kerajaan tak nak tanggung. Kita tak boleh tunggu kerajaan tanggung. Itu tak tahu bila akan jadi. Kalau kita buat cara ini, kerajaan pun boleh rujuk pengalaman kita, sekiranya kerajaan nak tanggung.
      Sunday at 11:18 · 
    • Slock Crow kepentingan khilafah tak dapat dinafikan lagi, siapakah yg sanggup menyerap kos minting ni selain khilafah.. namun masih ramai yg masih mempertahankan mulkan jabariyyan...
      Sunday at 22:55 ·  ·  2
    • Ust Rafidi Hashim Nak bermusafir kena ada Amir, nak sembahyang pun kena ada imam, sekarang nak berimamkan dgn siapa ? Syaikh Liang Ng yang tak kenal tuhan , mengajar kita ttg. fiqh muamalat ... masyaAllah ..
      Yesterday at 12:50 ·  ·  3
    • Alexander Rayyan Begitulah nampaknya Ustaz.. Dahulu saya pernah juga ingatkan saudara di sini mengenai perbezaan "niat" dan "tujuan"; tentang pentingnya kita orang Islam bezakan "niat" kita dengan orang bukan Islam walaupun tujuan kita dan mereka sama (di sini untuk mengembalikan muamalah madinah).

      Namun soal niat ini masih ramai yang tidak ambil peduli (atau masih belum faham).

      Allahu'alam, kita hanya mampu sampaikan hanya Allah yang boleh beri kefahaman.
      Yesterday at 13:24 via Mobile ·  ·  1
    • Suhairul Lail Kamaruddin menuntut ilmu bukan hanya dari orang islam saja, asalkan ilmu itu bermanfaat,
      Yesterday at 13:27 ·  ·  1
    • Nizam Ali sy dh lama mnyeru sheikh liang ng masuk islam, ucap dua kalimah shahadah .. maybe hidayah Tuhan belum smpai ..
    • Nizam Ali tapi kita akan sedih sgt la.. kalu esok dgr2 sheikh liang ng dh mninggal tanpa sempat mengucap
    • Suhairul Lail Kamaruddin haha camne la encik buleh bagi dia gelaran syeikh. ada menuntut apa2 ka ni?
    • Liang Ng Ust Rafidi Hashim: Saya tidak cuba MENGAJAR tuan-tuan/puan-puan apa-apa.

      Saya cuma memberi pandangan saya, dari sudut bukan Islam dan ekonomi, dan bertanya soalan, supaya saya dapat belajar dan memahami ajaran Islam, dan mencari penyelesaian untuk masalah Dinar/Dirham -- penyelesaian untuk semua Muslim dan bukan Muslim.

      Hujah saya bukan kesimpulan -- tetapi cadangan, bahan untuk perbincangan.
      10 hours ago ·  ·  1
    • Liang Ng Dalam ajaran Cina, cara ini disebut "pau zuan yin yu" 抛砖引玉 (baling batu dapat permata), 不耻下问 "bu chi xia wen" (jangan malu bertanya).

      Dalam bahasa Cina, pengetahuan itu ditulis sebagai 学问 (xue wen) maksudnya "belajar bertanya". Maka tak dapat pengetahuan kalau tak tanya. Perbahasan itu satu cara bertanya dan belajar juga.
      10 hours ago ·  ·  3
    • Mawaridi Abdullah Surah Al Kaafiruun
      Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
      Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
      Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah
      Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat
      Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
      Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku
      9 hours ago ·  ·  1
    • Halim Panji Timur cadangan dari bukan Islam bukan semuanya kena tolak terus. Jika baik, boleh diterima, spt Rasulullah memakai kaedah perang orang parsi menggali parit & juga spt S. Umar belajar kaedah pentadbiran dari empayar lain
      6 hours ago ·  ·  6