Masa mula-mula bertemu di rumah Umar Vadillo , dia baru balik dari mana entah.Mula-mula rasa cam jumpa diktator.haha..sebabnya, dia macam tak bertanya nama saya dan sume2..(gile terasa..hihi)
Sekarang isu kita, bagi saya, kalau kita peg semua dirham lain rm 25 pun xsalah, harga rm 30 pun xsalah. UV benar dengan pendapatnya, kita benar dengan ijtihad kita.
Satu berniat untuk fahamkan orang, walau orang rasa berat. - rm 30
Satu lagi berniat untuk mudahkan orang. - rm 25.
Isu di blog WIM - dan harga KGT.
Recommended Retail Price di blog WIM- ini sebenarnya, dari apa yang difahami dari ucapan Umar Vadillo, beliau menyatakan, jika dirham itu dinyatakan sebagai matawang, ianya tidak boleh rendah dari harga yang ditulis dalam blog WIM.
Ini kerana, apabila ianya rendah, ianya lebih terdedah kepada harga spekulasi kepada matawang masyarakat umat islam, sedangkan spekulasi itu tidak lebih melainkan hanyalah sistem yahudi yang membuka ruang kepada perjudian.
Jika kita mahu buat simpanan, beli emas dan perak dalam bentuk jongkong atau lain-lain yang nampak lebih ''murah''.
Kita benar-benar dah jatuh kepada perangkap Yahudi dan Nasrani sebenarnya.
Jika diikutkan dalam islam - 1 dinar = 10 dirham.
Lihatlah ratio hari ini, dirham (perak) tidak dinilaikan pada nilaian sepatutnya
Harga seekor kambing - 10 dirham ada dinyatakan dalam hadis, bukanlah seperti hari ni.
1 dinar hari ini = ?? dirham..nilaian yang tidak sepatutnya pada barang yang Allah dah angkat.
Isu dinar dirham ini, ianya adalah salah satu alat kita kembali kepada Allah.
Bila kita faham sebenar-benar dari tuntutan Allah dan cara hidup yang diturunkan - Islam - maka kita akan segera kembali pada perkara yang sepatutnya.
Apa-apapun, kerja kita biar masyarakat faham fungsi sebenar sistem barter , dinar dan dirham sepertimana ahli madinan mengamalkannya, bila orang dah faham macam mana barter sebenar, harga dalam kertas ni, hampir tiada isu dah antara kita (walaupun sebenarnya masih isu kalau kita masih ada rasa selesa/cenderung dengan kertas ini)
Harap kalian tidak salah faham dengan artikel saya ni.
Ini tidaklah menjadikan saya pertahan WIM sungguh-sungguh, cuma saya sekadar kongsi apa yang saya dapat dari pertemuan dengan Umar Vadillo hari tu.
Bagi saya, apa yang benar itu, kita sokong dan kita bantu tegakkannya, yang nampak batil , kita tegur dan halanginya dari terus tersebar.
Allah sebaik-baik pembantu dan penunjuk jalan.
No comments:
Post a Comment