Resolusi saya terhadap sikap dan peranan WIM @ KGT:
1 - Mengelirukan masyarakat umum dengan meletakkan istilah Mint, sedangkan mereka secara total tidaklah mempunyai pusat percetakan sendiri.
ini mengakibatkan kekeliruan mendalam terhadap masyarakat.
2 - Sikap mencantas dan tidak berupaya memahami realiti masyarakat, menunjukkan bahawa mereka tidak cuba untuk hidup dalam realiti masyarakat, hanya meminta masyarakat memahami mereka,dan menolak prinsip bahawa dakwah itu perlu melihat kepada suasana dan realiti.
3 - piawaian harga yang semberono - mempergunakan kerajaan- kerajaan negeri dalam menghalalkan harga tinggi dan mengistilahkan ianya sebagai tiada bebanan.
Ini tidak lari dari sikap sperti kerajaan BN suatu ketika dahulu, yang mana tika harga minyak dinaikkan mendadak pada zaman pemimpin zalim Abdullah Badawi - masyarakat dinasihatkan agar tidak menimbulkan huru hara dan seterusnya perlu mengurangkan penggunaan petrol sedangkan masyarakat dididik untuk bertumpu pada petrol.
Mereka (WIM @ KGT) didik masyarakat agar terima dirham dari kerajaan sahaja atau dengan istilah lain - kita mempunyai autoriti - kemudian melihat kepada demand yang tinggi, diletakkan harga sesuka hati.
------------------------------------------------
**saya tidak suka menimbulkan kontroversi.
Allahummaghfirli waliwalidayya.
**saya tidak suka menimbulkan kontroversi.
Allahummaghfirli waliwalidayya.
No comments:
Post a Comment