Abu Alex
Bismillah, saya tujukan status saya ini buat sahabat yang fikir "perkara muamalah ini tidaklah penting sangat, Iman lagi penting..".
Saya setuju dengan anda, sebab tanpa Iman segala yang kita buat tiada nilai disisi Allah SubhanaWaTaala, bagus macam mana pun jika kita mati dalam kekufuran tempat kita pastilah dalam neraka “buat selama-lamanya”, naudzubillah.
Cuma kurang setuju dengan "perkara muamalah ini tidaklah penting sangat..", ini satu hal yang saya sudah bahaskan panjang-lebar dengan ahli jamaah (other jamaah), namun saya lihat belum diperkatakan lagi di sini.
Kita lupa, ada satu Jalan lagi untuk ke neraka “buat selama-lamanya”, naudzubillah.
Saya tak layak nak memperkatakan suatu yang besar begini, saya biarkan yang layak bercakap:
Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari bin Abdullah pernah berkata,
1. Ketahuilah hukum syara' itu terdiri dari EMPAT MACAM, Ibadah, Muamalah, Munakahat dan Jinayat.
2. Pembahagian ini bersesuaian dengan EMPAT KEKUATAN yang ada pada setiap manusia:
a) Pertama Quwatun Natiqah iaitu kekuatan tanggap dan akal, Allah beri Ibadah untuk kita mengendalikannya,
Kita takluk ini, kita jadi kuat.
b) Kedua Quwatun Syahwiyah Bathniyah iaitu keinginan perlu untuk makan dan minum, Allah beri pada umat islam hukum Muamalah untuk kita mengendalikannya,
Kita kuasai ini, kita jadi kuat.
c) Ketiga Quwatun Syahwiyah Farjiyah iaitu kekuatan keinginan kelamin untuk bersenggama, Allah beri pada umat islam hukum Munakahat untuk kita mengendalikannya,
Kita kekang ini, kita jadi kuat.
d) Keempat Quwatun Gadhabiyah iaitu kekuatan emosi yang menyebabkan berlaku permusuhan, Allah beri pada umat islam hukum Jinayat untuk kita mengendalikannya,
Kita kawal ini, kita jadi kuat.
3. Setiap bahagian didahulukan mengikut kepentingannya pada manusia.
4. Apa yang kita ini (yang mengaku beriman pada Allah) faham setelah membaca perkataan ringkas dari ulama tersohor di atas?
5. Ia itu kita ini belum sempurna beriman bila belum melaksanakan kesemua (100%, bukan 99.9%, bukan 91.66%) hukum Allah di atas;
6. Ia itu Allah janjikan kekuatan pada orang beriman bukan dengan ucapan kalimah Syahadah semata-mata tetapi dengan kaedah-kaedah yang Allah berikan untuk memanipulasikan kekuatan yang sudah ada dalam diri setiap manusia; ini tidaklah menghairankan kerana Allah yang menjadikan manusia, hanya Dia-lah yang tahu kaedah untuk jadikan manusia itu "superhuman" dan mengatasi yang lain.
7. Sekarang sudah fahamkah saudara kenapa kita ini lemah?
i.e. lemah bukan dalam ertikata miskin (ramai umat Islam kaya), bukan pula dalam ertikata tidak berkuasa (umat Islam menguasai komoditi utama, itu adalah kuasa sebenar), etc. etc.
Wallahu'alam, sekian perkongsian pagi, semoga ia barokah sampai ke petang.

No comments:
Post a Comment