Abu Alex
Woduhh.. hebat betul bila hari ini saya disuruh orang supaya berjumpa dengan Ahli Majlis Fatwa dan Ahli Panel Syariah bila cuba kongsi sedikit ilmu mengenai Riba dan beri sedikit teguran mengenai amalan meminjam menggunakan kad kredit.. saya memang mahu jumpa "Ahli-Ahli" ini, soalnya mereka mahu jumpa saya-kah? soal pun tak pernah dijawab!
Bismillah, ini infak masa sebelum dan selepas solat zuhur, demikian saya salinkan daripada kitab Tafsir Ibnu Kathier, Jilid 1 sebahagian mukasurat 570-572:
"Dan urusan Riba ini termasuk amat sulit terhadap kebanyakan ahli ilmu sehingga Umar Al-Khattab r.a. berkata, "macam yang aku ingin andaikan Rasulullah s.a.w. memberikan kepada kami panduan untuk menjadi pegangan batasnya, iaitu waris nenek (datuk) dan adakalanya beberapa masalah Riba, soal yang serupa dengan Riba dan dapat menyebabkan Riba".
An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya halal dan haram itu sudah jelas, dan di antara keduanya ada hal yang samar-samar dan syubhat, maka siapa yang menjaga dirinya daripada syubhat, bersih agama dan kehormatannya; sebaliknya siapa yang terjerumus ke dalam syubhat dan jatuh ke dalam keharaman, bagaikan gembala yang memelihara ternakannya di sekitar tempat terlarang, mungkin terjerumus ke dalamnya” (HR Bukhari dan Muslim).
Al-Hasan bin Ali r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkan apa yang kamu ragukan dan lakukan apa yang kamu tidak ragukan.” (HR Asahabussunan)
Dan hadith lain pula, “Dosa itu yang goyah dalam hati, dan ragu dalam perasaan dan tidak suka dilihat orang”.
Di lain riwayat pula, “Tanyakan pada hatimu sendiri, meskipun sudah diberi fatwa oleh semua orang”.
Umar Al-Khattab r.a. berkata, “Di antara ayat-ayat yang terakhir turun ialah ayat Riba, dan Rasulullah s.a.w. wafat sebelum menerangkan semuanya dengan terperinci kepada kami, kerana itu tinggalkan Riba dan semua yang meragukan.”
Abu Said berkata, “Umar Al-Khattab r.a. berkhutbah, “Sesungguhnya aku melarang kamu dari apa-apa yang mungkin berguna kepada kamu, atau menyuruh apa-apa yang tidak baik bagi kamu, dan termasuk diantara ayat-ayat yang terakhir turunnya ialah ayat Riba, sehingga Rasulullah s.a.w. wafat dan belum menerangkannya dengan terperinci, kerana itu tinggalkanlah apa yang kamu ragukan, kepada apa yang tidak meragukan” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Mardawaih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Riba itu ada tujuh puluh tiga bab (cara), sedangkan yang paling ringan adalah seperti bersetubuh dengan ibunya.”
Wallahu'alam, sila baca seterusnya untuk lebih pemahaman
Kepada yang terlibat, saya hanya berkongsi ilmu dan mengajak orang berfikir untuk mengelak dosa riba, hanya mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Saiyidina Umar Al-Khattab R.A. pada masa pemerintahan beliau, mengatakan setiap orang bertanggungjawab untuk berfikir sendiri bagi mengelak riba mengikut ilmu masing-masing walaupun fatwa sudah dikeluarkan dalam sesuatu perkara yang baharu.

Selain bank, riba juga berlaku dalam perkara lain yang kita kena bayar lebih.
ReplyDeleteContoh kompaun parking, kena bayar RM30 dalam 14 hari. Kalau lebih 14 hari kena bayar RM50. Kalau lebih 30 hari kena bayar RM100 (istilah digunakan penalti).
Cukai harta, kena bayar RM100 dalam masa 30 hari. Kalau lambat kena bayar RM300 (istilah digunakan notis waran tahanan, dsb)