ARKIB JIHAD EKONOMI
Kempen menguasai Negara melalui penguasaan Ekonomi itu bukan baru; memperoleh kekuatan melalui kekuatan ekonomi juga bukan baru; ia idea lama yang diciplak dan diberi nafas baru (oleh Orientalis) daripada Kempen yang pernah dilancarkan oleh Sayyidul Anbiya wal Mursalin Muhammad Rasulullah saw. ketika baginda menubuhkan Negara Islam Madinah.
Jadi apa yang dianjurkan oleh Jhon Labu itu sebenarnya sudah jadi kewajiban setiap orang Islam, sama ada dia tahu atau tidak, suka atau tidak.
Cuma setiap amalan baik itu mesti betul niatnya, dan mesti betul caranya (iaitu mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi saw., bukan ikut akal dan nafsu sendiri)
1) Pertama sekali kita kena ingat Nabi saw. bukan pengikut fahaman perkauman/ kebangsaan/ nasionalis; baginda saw. sangat benci dengan fahaman ini yang jadi berhala sembahan kabilah-kabilah arab ketika itu (di akhir zaman fahaman ini meruntuhkan Khilafah Islam terakhir)
2) Kedua Nabi saw. bukan seorang agressor/ penyerang/ pemusnah, Nabi Muhammad saw. ialah pembawa Rahmat ke seluruh alam, baginda saw. bukan pembawa Azab; dalam setiap kempen peperangan/ serangan ia semua bermula dari ancaman jelas dari musuh - tak terkecuali juga peperangan/ serangan ekonomi yang dilancarkan oleh Nabi saw. yang akan diceritakan nanti insyaAllah
3) Setiap tindakan keras wajib didahului dengan Da'wah, Sunnah Rasulullah saw adalah dengan menawarkan Iman atau Perdamaian (submission) sebelum lancarkan serangan
4) Nabi saw. juga kuatkan institusi masjid sebelum lancarkan peperangan ini; masjid zaman Nabi saw. produknya ialah modal insan yang beriman dan bertaqwa (mereka ini yang digembeling dan sumber kejayaan dalam kempen ekonomi yang paling berjaya dalam sejarah tersebut)
Jadi pertama sekali kita kena betulkan niat; kita berjihad BUKAN atas dasar PERKAUMAN dan BUKAN atas tujuan untuk MEMUSNAHKAN.
Kedua mesti juga jalankan usaha hidupkan masjid supaya saf-safnya penuh pada setiap waktu dan amal-amal di dalamnya hidup untuk terus keluarkan produk utamanya iaitu manusia-manusia yang beriman dan bertaqwa
Kita buat mengikut dasar kekasih kita Rasulullah saw. dan ikut cara baginda saw. iaitu berjihad untuk menguasai Negara melalui penguasaan ekonomi dan supaya umat Islam memperoleh kekuatan melalui kekuatan ekonomi.
Sambung.. (jika tak kena delete)
No comments:
Post a Comment