Monday, November 14, 2011

Kempen menguasai Negara melalui penguasaan Ekonomi

Kempen menguasai Negara melalui penguasaan Ekonomiitu bukan baru; memperoleh kekuatan melalui kekuatan ekonomi juga bukan baru; ia idea lama yang diciplak dan diberi nafas baru (oleh Orientalis) daripada Kempen yang pernah dilancarkan oleh Sayyidul Anbiya wal Mursalin Muhammad Rasulullah saw. ketika baginda menubuhkan Negara Islam Madinah.

Jadi apa yang dianjurkan oleh Jhon Labu itu sebenarnya sudah jadi kewajiban setiap orang Islam, sama ada dia tahu atau tidak, suka atau tidak.

Cuma setiap amalan baik itu mesti betul niatnya, dan mesti betul caranya (iaitu mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi saw., bukan ikut akal dan nafsu sendiri)

1) Pertama sekali kita kena ingat Nabi saw. bukan pengikut fahaman perkauman/ kebangsaan/ nasionalis; baginda saw. sangat benci dengan fahaman ini yang jadi berhala sembahan kabilah-kabilah arab ketika itu (di akhir zaman fahaman ini meruntuhkan Khilafah Islam terakhir)

2) Kedua Nabi saw. bukan seorang agressor/ penyerang/ pemusnah, Nabi Muhammad saw. ialah pembawa Rahmat ke seluruh alam, baginda saw. bukan pembawa Azab; dalam setiap kempen peperangan/ serangan ia semua bermula dari ancaman jelas dari musuh - tak terkecuali juga peperangan/ serangan ekonomi yang dilancarkan oleh Nabi saw. yang akan diceritakan nanti insyaAllah

3) Setiap tindakan keras wajib didahului dengan Da'wah, Sunnah Rasulullah saw adalah dengan menawarkan Iman atau Perdamaian (submission) sebelum lancarkan serangan

4) Nabi saw. juga kuatkan institusi masjid sebelum lancarkan peperangan ini; masjid zaman Nabi saw. produknya ialah modal insan yang beriman dan bertaqwa (mereka ini yang digembeling dan sumber kejayaan dalam kempen ekonomi yang paling berjaya dalam sejarah tersebut)

Jadi pertama sekali kita kena betulkan niat; kita berjihad BUKAN atas dasar PERKAUMAN dan BUKAN atas tujuan untuk MEMUSNAHKAN.

Kedua mesti juga jalankan usaha hidupkan masjid supaya saf-safnya penuh pada setiap waktu dan amal-amal di dalamnya hidup untuk terus keluarkan produk utamanya iaitu manusia-manusia yang beriman dan bertaqwa

Kita buat mengikut dasar kekasih kita Rasulullah saw. dan ikut cara baginda saw. iaitu berjihad untuk menguasai Negara melalui penguasaan ekonomi dan supaya umat Islam memperoleh kekuatan melalui kekuatan ekonomi.

Sunnah Nabi saw. bukanlah terlalu kompleks sampai tak dapat difahami, ia mudah sahaja agar ia senang diikuti oleh umat baginda pada kemudian hari (contohnya miswak, punyalah banyak hadis sahih :

1) Pada zaman itu ekonomi 100% dikuasai oleh kaum Yahudi, orang Ansar sangat lemah ekonominya dan dikuasai hutang Riba disebabkan peperangan yang sudah berlanjutan selama berpuluh tahun, orang Muhajirin pula dalam keadaan yang sangat daif setelah meninggalkan segala harta di Mekah

INGAT, umat Islam pada zaman Nabi saw. bangkit dalam keadaan yang daif dan pada tingkat ekonomi yang paling bawah sekali (rujuk kedaifan angkatan perang Badar, terserlah sekali kedaifan umat Islam ketika itu sehinggakan pada saat nak tentukan hidup-mati pun mereka tak mampu nak sediakan kelengkapan).

Sambungan Perkongsian, saya akan cuba ringkaskan insyaAllah:

2) Kita sudah ketahui daripada posting sebelumnya akan keadaan umat Islam pada awal penubuhan Negara Islam Madinah; apakah dalam kedaifan itu mereka akan berjaya dalam Jihad Ekonomi yang bakal dilancarkan?

Kedengaran rancangan ini seperti mimpi di siang hari memandangkan pada waktu itu peniaga-peniaga Yahudi sudah sangat kukuh kedudukan mereka menguasai ekonomi Madinah;

Jangan kata nak tutup gedung Yahudi, nak buka satu gerai sendiri pun susah dalam keadaan dimana rata-rata peniaga Islam menghadapi masalah:

a) mendapatkan modal; dan
b) mendapatkan barang perniagaan.

Masalah (a) tak perlu dijelaskan lagi (sila rujuk perenggan (1) di atas); masalah (b) pula bukan kecil memandangkan langsung tiada kafilah dagang orang Islam yang keluar pada masa itu disebabkan kesibukan mereka mempertahankan diri daripada ancaman musyrik Mekah, resources (manusia, unta & kelengkapan lain yang diperlukan oleh kafilah dagang) yang ada juga digunakan untuk tujuan pertahanan ini; kafilah dagang pada zaman moden ialah importer/ main supplier.

Jihad Ekonomi ini betul-betul kedengaran seperti suatu yang sangat mustahil (oleh kita manusia neo-munafik zaman ini).

Bagusnya pada zaman itu orang beriman dan bertaqwa (rujuk Modal Insan, produk Masjid Nabawi) sangat ramai, dan mereka tidak skeptikal dengan Nabi saw., jauh sekali mengingkari arahan Baginda saw.

3) sambung..

No comments:

Post a Comment