Monday, November 14, 2011

ARKIB JIHAD EKONOMI

Kempen menguasai Negara melalui penguasaan Ekonomi itu bukan baru; memperoleh kekuatan melalui kekuatan ekonomi juga bukan baru; ia idea lama yang diciplak dan diberi nafas baru (oleh Orientalis) daripada Kempen yang pernah dilancarkan oleh Sayyidul Anbiya wal Mursalin Muhammad Rasulullah saw. ketika baginda menubuhkan Negara Islam Madinah.

Jadi apa yang dianjurkan oleh Jhon Labu itu sebenarnya sudah jadi kewajiban setiap orang Islam, sama ada dia tahu atau tidak, suka atau tidak.

Cuma setiap amalan baik itu mesti betul niatnya, dan mesti betul caranya (iaitu mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi saw., bukan ikut akal dan nafsu sendiri)

1) Pertama sekali kita kena ingat Nabi saw. bukan pengikut fahaman perkauman/ kebangsaan/ nasionalis; baginda saw. sangat benci dengan fahaman ini yang jadi berhala sembahan kabilah-kabilah arab ketika itu (di akhir zaman fahaman ini meruntuhkan Khilafah Islam terakhir)

2) Kedua Nabi saw. bukan seorang agressor/ penyerang/ pemusnah, Nabi Muhammad saw. ialah pembawa Rahmat ke seluruh alam, baginda saw. bukan pembawa Azab; dalam setiap kempen peperangan/ serangan ia semua bermula dari ancaman jelas dari musuh - tak terkecuali juga peperangan/ serangan ekonomi yang dilancarkan oleh Nabi saw. yang akan diceritakan nanti insyaAllah

3) Setiap tindakan keras wajib didahului dengan Da'wah, Sunnah Rasulullah saw adalah dengan menawarkan Iman atau Perdamaian (submission) sebelum lancarkan serangan

4) Nabi saw. juga kuatkan institusi masjid sebelum lancarkan peperangan ini; masjid zaman Nabi saw. produknya ialah modal insan yang beriman dan bertaqwa (mereka ini yang digembeling dan sumber kejayaan dalam kempen ekonomi yang paling berjaya dalam sejarah tersebut)

Jadi pertama sekali kita kena betulkan niat; kita berjihad BUKAN atas dasar PERKAUMAN dan BUKAN atas tujuan untuk MEMUSNAHKAN.

Kedua mesti juga jalankan usaha hidupkan masjid supaya saf-safnya penuh pada setiap waktu dan amal-amal di dalamnya hidup untuk terus keluarkan produk utamanya iaitu manusia-manusia yang beriman dan bertaqwa

Kita buat mengikut dasar kekasih kita Rasulullah saw. dan ikut cara baginda saw. iaitu berjihad untuk menguasai Negara melalui penguasaan ekonomi dan supaya umat Islam memperoleh kekuatan melalui kekuatan ekonomi.

Sambung.. (jika tak kena delete)
· · · 18 hours ago
    • Alexander Rayyan
      Sunnah Nabi saw. bukanlah terlalu kompleks sampai tak dapat difahami, ia mudah sahaja agar ia senang diikuti oleh umat baginda pada kemudian hari (contohnya miswak, punyalah banyak hadis sahih :

      1) Pada zaman itu ekonomi 100% dikuasai oleh kaum Yahudi, orang Ansar sangat lemah ekonominya dan dikuasai hutang Riba disebabkan peperangan yang sudah berlanjutan selama berpuluh tahun, orang Muhajirin pula dalam keadaan yang sangat daif setelah meninggalkan segala harta di Mekah

      INGAT, umat Islam pada zaman Nabi saw. bangkit dalam keadaan yang daif dan pada tingkat ekonomi yang paling bawah sekali (rujuk kedaifan angkatan perang Badar, terserlah sekali kedaifan umat Islam ketika itu sehinggakan pada saat nak tentukan hidup-mati pun mereka tak mampu nak sediakan kelengkapan).

      2) tutup PC, nak balik.. malam sebelum tidur nanti sambung insyaAllah.
      18 hours ago · · 4
    • Zulkifli Sharif Tak pe tuan .....saya tunggu sampai abis
      18 hours ago ·
    • Jhon Labu Selama ni muslim kelemasan dalam lautan ekonomi non muslim. Mulakan gerakan jihad sekarang. Kita tidak mampu berjihad di medan perang tapi kita mampu jihad mengembalikan kegemilangan ekonomi muslim kerana kuasa membeli di tgn kita.
      16 hours ago via Mobile ·
    • Khairulazmi Mohamed
      Ini adalah pandangan peribadi saya, kekuatan negara Islam tidak akan tercapai selagi sistem Khilafah tidak ditegakkan. Namun begitu dakwah kearah itu harus digerakkan setiap masa dan zaman bagi memberi kesedaran keatas kewajiban umat Islam seluruhnya.
      pada waktu ini kerajaan-kerajaan Islam di asia barat telah pun bangkit satu persatu. namun disebabkan kerajaan ini tidak menerapkan sistek khilafah sepenuhnya maka bakal lihat kerajaan-kerajaan yang bangkit ini nanti akan ditewaskan semuanya.

      Islam hanya akan kembali menang di Bumi Allah ini bila Khilafah itu ditegakkan semula dan umatnya sedar akan tanggungjawabnya mempertahankan Islam dimuka bumi ini walaupun terpaksa bergadai nyawa. Jihad kerana Allah adalah nyawa bagi kerajaan Islam. Sistem sekular moden, demokrasi, sistem tentera bergaji, dll tidak mampu untuk memberikan kemenangan dalam menegakkan Khilafah.
      16 hours ago · · 2
    • Noor Arifin Allah tidak akan bertanya kejayaan kita tapi apakah usaha yang kita dah lakukan.
      15 hours ago · · 2
    • Khairulazmi Mohamed
      dakwah itu lah salah satu usaha. mereka yang berada di Arab sekarang ini pun sedang diambang jihad fisabilillah. yang mana mereka akan berkorban dan menjadi korban demi agama. mereka tidak peduli samada mereka akan menang atau kalah mereka ...See more
      14 hours ago · · 4
    • Alexander Rayyan
      Perkataan "JIHAD" itu sangat lembut pada lidah untuk diucapkan, namun berapa ramai antara kita yang faham dengan perkataan ini?

      Tahukah kita JIHAD itu adalah pengorbanan dan susah-payah untuk kepentingan agama? bukankah sebelum datang tuntutan dari Allah swt supaya orang Islam serahkan nyawa mereka, Allah swt minta orang Islam serahkan harta, diri dan masa mereka untuk agama-Nya?

      Tidak sukar nak fahami JIHAD ini, tanyakan pada diri sebelum tidur malam ini:

      1) Wang ringgit, kereta, rumah yang aku pakai semua Allah swt yang punya; hari ini berapa RM aku korbankan untuk agama Allah swt.? apakah aku ada guna kereta dan rumah aku hari ini dalam usaha supaya orang dapat rapat dan dapat kenal Allah swt.?

      2) Hari ini aku makan rezeki Allah swt. dan tubuh aku jadi kuat bertenaga dan sihat; berapa banyak tenaga yang aku berikan untuk agama hari ini? apakah aku ada guna diri aku untuk tolong Allah swt. hari ini?

      3) Allah swt. masih beri aku nyawa sampai saat ini, dari pagi tadi berapa banyak masa yang aku guna untuk agama Allah swt.?

      atau hari ini aku gunakan harta aku, diri aku dan masa aku sepenuhnya untuk tambah RM supaya aku dapat mewahkan kereta, besarkan rumah dan makan sedap-sedap?

      Ketahuilah, mereka yang berJIHAD paling kurang mestilah sanggup korbankan harta, diri dan masa mereka untuk agama.

      Daripada Rasulullah saw, seperti yang diceritakan oleh Abi Barzah Nadhlah ‘Ubayd al-Aslamiy yang bermaksud:

      “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal terhadap empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?”

      (HR at-Tirmidzi, hadis ini bertaraf Hasan Sahih)

      insyaAllah akan lebih mudah untuk faham sambungan seterusnya jika faham pesanan di atas; kerana sambungan seterusnya melibatkan perbuatan yang mudah namun dianggap "tidak masuk akal" atau "gila" oleh umat zaman ini.
      12 hours ago · · 3
    • Alexander Rayyan
      Khairulazmi Mohamed sila perhatikan fakta penting dalam perbincangan kita:

      "Khilafah dalam ertikata sebenar belum wujud semasa penjanaan modal insan yang beriman dan bertaqwa giat dijalankan; dan juga belum wujud bentuk kerajaan yang lengkap pada waktu kempen penguasaan ekonomi tersebut, maknanya penjanaan modal insan dan penguasaan ekonomi itu adalah asas kepada pembentukan Khilafah; bukan sebaliknya iaitu membentuk Khilafah dahulu."

      Wallahu'alam.
      12 hours ago · · 1
    • Khairulazmi Mohamed ya saya setuju Alexander Rayyan, sebab itu didalam posting saya diatas saya ada nyatakan dan tekankan aspek 'dakwah' terutamanya dalam menanamkan kefahaman dan perjuangan agama Islam.
      Jihad Harta, Jihad Nafsu, Jihad keluarga, Jihad Nyawa, dan lain-lain bentuk jihad perlu berfokus dengan niat menegakkan agama dan Hukum Allah di Muka Bumi-NYA. wallahualam.
      11 hours ago ·
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Skrg ni kedaan ekonomi islam sgt daif!! kita perlu bangkit seperti zaman nabi?? ape cara yg terbaik?? Skrg umat islam mcm tak dengar cakp jer?? Bila umat islam tak dengar cakap, adakah jihad yg terbaik skrg kita serang kafir?? kita musnahka...See more
      10 hours ago ·
    • Mujahid Altercronic http://www.facebook.com/photo.php?fbid=204427792963074&set=a.202808476458339.51545.202752153130638&type=1&theater
      Cuci / potong rambut di kedai orang bukan Islam
      Bismillahirrahmanirrahim.. Jika tidak faham,boleh rujuk pada yang pakar untuk pe...See more
      10 hours ago · ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (A-li'Imraan 3:139)
      4 hours ago ·
    • Jhon Labu
      Di msia pemerintah beragama islam dan majoriti rakyat beragama islam. Namun pemerintah ibarat boneka org2 kafir. Kuasa di tgn muslim tetapi oleh kerana tidak mahu racist maka muslim berlembut dan bertolak ansur dgn kafir. Hinggakan nk mengg...See more
      3 hours ago via Mobile ·
    • Jhon Labu Cuba anda kaji pajak gadai PG. Berapa ramai muslim diheret dalam riba dan urusniaga haram? Malang skali kerana kekayaan muslim sanggup sesatkan muslim yg lain.
      3 hours ago via Mobile · · 1
    • Jhon Labu Inilah bukti jelas agenda kafir. Dahulu pendakwah (dealer) PG bermati2an ingin berdakwah agar owner PG tertarik dgn islam tanpa mengejar untung. Sekarang owner PG menarik pendakwah2 (delaer) PG mengaut hasil haram. Inilah yg sedang berlaku di depan mata kita. Kafir memanipulasi muslim utk mengukuhkan ekonomi mereka. Atas dasar dakwah muslim bersabar dan berlembut sehingga membenarkan saudara muslim di pergunakan.
      3 hours ago via Mobile · · 1
    • Khairulazmi Mohamed
      Jhon Labu sesunnguhnya kita kini hidup dizaman 'mulkan jabariyah',
      mereka yang mengkaji bab akhir zaman didalam Al-Quran boleh paham kenapa zaman ini tidak ada negara Islam yang boleh bangkit walaupun ramainya umat Islam didalamnya.
      Zaman dimana YakjutMajkut memerintah dunia, mereka punya world order. Amat sukar utk Negara Islam itu dibangkitkan di negeri-negeri bumi Allah. Negeri-negeri Islam hanya boleh bebas melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam bila Khilafah itu wujud dan memerintah Darul Islam.
      Zaman mulkan jabariyah ini adalah zaman yang kita harus banyak bersabar, samada kita bangkit dan berjihad dengan nyawa kita, atau menyokong jihad dengan mendidik dan membina generasi yang punya nur, jasmani dan rohaniah yang mantap terhadap pemahaman perjuangan Islam..teruskan berdakwah dan memberi kesedaran.
      Bagi mereka yang ingin turut serta dalam jalan dakwah dalam group ni boleh follow Alexander Rayyan dan juga Ust Rafidi Hashim.
      wallahualam.
      3 hours ago ·
    • Jhon Labu
      Mmg malang apabila kuasa memerintah di tgn muslim tapi muslim tak mampu menyaingi non muslim. Ini kerana rakyat muslim yg lesu. Hanya mampu berdoa tanpa usaha. Usaha utk menyokong peniaga muslim pun susah utk dilakasanakan. Jgn jadi muslim yg hanya pandai mengharap kpd pemerintah shj. Perlu jadi muslim proaktif. Kita tidak boleh diam dan tidak lakukan apa2 kerana ini zaman 'mulkan Jabariyah'. Apakah kita digalakkan utk redho dan berkata aku tidak buat apa2 krn Allah dah bagi hidup dlm zaman ini. Beruntunglah org yg Allah bg hidup pada zaman kegemilangan islam. Jadi kita tak perlu buat apa2 kerana takdir kita hidup dalam zaman ini.
      3 hours ago via Mobile · · 1
    • Jhon Labu Jgn jadikan alasan hidup di zaman 'mulkan jabariyah' utk kita menyokong non muslim. Usaha perlu ditingkatkan bukan hanya mengeluh kerana kita hidup dizaman ini.
      3 hours ago via Mobile · · 1
    • Khairulazmi Mohamed itu bukan alasan, tetapi hakikat.
      ada kalanya kita kene menerima hakikat.
      bila kita tahu dimana zaman kita, siapa musuh sebenar kita yang harus kita tumpaskan dahulu baru kita boleh tegakkan dan kukuhkan agama Allah.
      3 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li'Imraan 3:200)
      2 hours ago · · 1
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Majoriti muslim masih ramai menyokong peniaga non muslim.. perhati di uptown, pasar malam.. tp dlm setengah perniagaan mng dimonopoli oleh kaum lain.. tgk perniagaan H/P, hardware.. kebanyakkan kaum lain.. malah nk tau kat mana letakNya ked...See more
      about an hour ago · · 1
    • Saiful Rizal Jamaludin Silap!! bukan israel ingin menjajah bumi palestine
      about an hour ago · · 1
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li'Imraan 3:200)

      Dimana kah perginya peniaga dan pembeli beriman dan bertaqwa??
      Diama kah perginya peniaga dan pembeli yg bersabar yg sanggup mengerjakan perkara kebajikan dalam muamalat??
      Adakah kekuatan mereka ini lebih lemah dari musuh mereka?? Dimanakah letaknya peniaga muslm yg siap bertahan di daerah dan sempadan mengempur ekonomi dan melaksanakan muamalat islam?? Bertaqwa itu adalah kunci untuk mencpai kemenangan.. insyallah...
      about an hour ago ·
    • Alexander Rayyan
      Sambungan Perkongsian, saya akan cuba ringkaskan insyaAllah:

      2) Kita sudah ketahui daripada posting sebelumnya akan keadaan umat Islam pada awal penubuhan Negara Islam Madinah; apakah dalam kedaifan itu mereka akan berjaya dalam Jihad Ekonomi yang bakal dilancarkan?

      Kedengaran rancangan ini seperti mimpi di siang hari memandangkan pada waktu itu peniaga-peniaga Yahudi sudah sangat kukuh kedudukan mereka menguasai ekonomi Madinah;

      Jangan kata nak tutup gedung Yahudi, nak buka satu gerai sendiri pun susah dalam keadaan dimana rata-rata peniaga Islam menghadapi masalah:

      a) mendapatkan modal; dan
      b) mendapatkan barang perniagaan.

      Masalah (a) tak perlu dijelaskan lagi (sila rujuk perenggan (1) di atas); masalah (b) pula bukan kecil memandangkan langsung tiada kafilah dagang orang Islam yang keluar pada masa itu disebabkan kesibukan mereka mempertahankan diri daripada ancaman musyrik Mekah, resources (manusia, unta & kelengkapan lain yang diperlukan oleh kafilah dagang) yang ada juga digunakan untuk tujuan pertahanan ini; kafilah dagang pada zaman moden ialah importer/ main supplier.

      Jihad Ekonomi ini betul-betul kedengaran seperti suatu yang sangat mustahil (oleh kita manusia neo-munafik zaman ini).

      Bagusnya pada zaman itu orang beriman dan bertaqwa (rujuk Modal Insan, produk Masjid Nabawi) sangat ramai, dan mereka tidak skeptikal dengan Nabi saw., jauh sekali mengingkari arahan Baginda saw.

      3) sambung..
      48 minutes ago ·
    • Jhon Labu Sebab umat islam amat menghormati non muslim dan membiarkan mereka mengusai ekonomi krn itu takdir Allah. Muslim hanya diminta utk bersabar dan berdoa sahaja. Jika muslim bertindak maka akan di cop pengganas atau berdakwah tanpa hikmah. Muslim yg agresif memajukan saudaranya akan di pandang serong.
      45 minutes ago via Mobile ·
    • Jhon Labu Saudara islam yg lain akan menggunakan quran dan hadis utk menyekat saudara islam yg berjihad ekonomi fi sabilillah. Maka jadilah umat islam yg hanya bersabar & berdoa sahaja tanpa berusaha. Jika ada usaha utk jihad ekonomi maka pelbagai dalil dikeluarkan utk melemahkan dan memperlekeh saudara2 yg ingin berjihad.
      40 minutes ago via Mobile ·
    • Saiful Rizal Jamaludin Rasanya tuan terlalu prejudis terhadap melayu!! diluar sana ramai yg meniaga dan ramai yg membeli.. tetapi dalam skop strategi perniagaan mereka lemah.. dan lg satu berniaga atas taqwa pun sy masih lemah dan jauh ketinggalan dari matlamat islam yg sebenarnya..

      Jd apa cadangan tuan untuk menyelesaikan masalah ini??
      39 minutes ago ·
    • Jhon Labu Di malaysia kuasa memerintah di pegang oleh muslim tapi tak boleh buat apa2 dgn kuasa memerintah kerana ekonomi kafir yg pegang. Pemerintah Muslim ibarat boneka kafir krn jika ekonomi dimusnahkan kafir maka kuasa pemerintah juga akan bertukar. Muslim perlu pegang ekonomi jika kita nak muslim berkuasa secara total.
      35 minutes ago via Mobile ·
    • Saiful Rizal Jamaludin Jgn lupa satu perkara!! kafir sendiri meniru model perniagaan yg mirip islam dan mereka berusaha dan merancang lebih lg dari perniagaan islam..

      Jd ape cadangan tuan untuk mehancurkan benda ini?? Mcmn nak lahirkan peniaga dan pembeli bertaqwa??

      Klu nak hancurkan kafir.. Angkat senjata halau mereka dari bumi ni.. dah tentu semua peniaga muslim. dah tak de opsyen dah nak beli kat peniaga kafir.. boleh ker mcm tue??
      33 minutes ago · · 1
    • Jhon Labu Saiful rizal: adakah kerana kelemahan2 melayu/muslim itu menjadikan alasan kukuh utk kita utk terus menyokong non muslim dan mengukuhkan ekonomi mereka???
      32 minutes ago via Mobile ·
    • Saiful Rizal Jamaludin Pemerintah tue satu hal!! klu betul nak berjaya tukar pemerintah.. sebab pemerintah ada kuasa untuk menentukan role model ekonomi bagi menaikkan kaum muslim.. dan pemerintah baru tue hendaklah yg lebih bertaqwa..
      31 minutes ago ·
    • Jhon Labu Apakah sebagai pengguna yg lemah utk berjihad di medan perang, kita tidak mampu juga utk membeli dari peniaga muslim dgn alasan peniaga muslim bermasalah dan tidak mampu menawarkan spt peniaga non muslim tawarkan?
      29 minutes ago via Mobile ·
    • Saiful Rizal Jamaludin Sebab tue sy tanya!! kita tahu kelemahan melayu muslim.. JD apa cara yg harus digunakan untuk menyerdarkan mereka agar jgn menyokong..

      Bg sy cara untuk melayu muslim bertindak dan biar lah cara tue praktikal dan cara tue mengambil kira kepentingan peniaga dan pembeli?? Klu kita ada cara dan strategi kita boleh perjuangkan..
      28 minutes ago ·
    • Jhon Labu Pada sy kita pengguna perlu mulakan. Jgn harap pemerintah atau muslim yg lebih kaya dari kita utk mulakan jihad ekonomi ni. Kita support peniaga muslim wpun mereka tak mampu utk bersaing dgn non muslim.
      25 minutes ago via Mobile · · 1
    • Saiful Rizal Jamaludin Ok!! 27juta penduduk. dan majoritiNya muslim.. Kuasa membeli yg besar dari kalangan umat islam... dan antar byk umat islam tue berapa % yg bertaqwa dan sanggup berjuang di jalan Allah...

      Skrg ni kita fokus kepada orang yg kurang bertaqwa.. Apa cadangan dan usaha untuk untuk menjadikan mereka pembeli bertaqwa???
      23 minutes ago · · 1
    • Jhon Labu Jgn fokus kpd org lain dan bertanya apa org lain akan buat. Tapi kena tanya diri sendiri apa yg sy perlu buat utk membantu saudara seagama sy utk jihad ekonomi. Sekiranya kita tak mampu utk bina kilang, kita buat setakat yg termampu.
      19 minutes ago via Mobile ·
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Sy bertanya mcm tue sb tgk berapa orang yg berjemaah di masjid!! tue antara golonga taqwa.. tuan bandingkan berapa orang pulak yg berada di shoping kompleks.. kedai2 makan dll!! mana lg ramai?? Skrg nie usaha nak menyedarkan golongan orang yg kurang bertaqwa dan kurang faham.. Tue sy tanya ape usaha kita?? Usaha nak menyedarkan golonga yg tak sedar.. Klu dah sedar tue alhamdulillah.. Jd adakah yg tak sedar tue dok beli kedai muslim jer.. sedangkan ramai lg yg tk beli.. jd sape nak menyedarkanNya??

      Sebab lebih ramai golongan yg berada luar dari masjid!! klu nk dgr ceramah tue berapa kerat yg ada.. slu ustaz tue ckp lebih byk tiang dari jamaah..
      14 minutes ago · · 1
    • Jhon Labu Sebab tu Allah wujudkan dosa dan pahala, syurga dan neraka, walau sebesar zarah sumbangan kita Allah akan lihat. Jadi tak perlu melihat apa yg org lain buat kerana akan merosakkan hati dan perasaan kita. Tugas kita menyedarkan saudara seagama. Tanya apa yg saya perlu buat, bukan apa yg org itu atau org ini dah buat utk meyedarkan umat islam.
      11 minutes ago via Mobile · · 1
    • Jhon Labu
      Jika kita melihat kemungkaran depan mata, maka kita tak perlu tunggu uztaz dtg utk tegur. Lepas tu kita salahkan ustaz kerana tak dakwah dgn betul sedangkan kemungkaran itu di depan kita, sewajarnya kita la yg tegur. Kebanyakan muslim sekarang hanya tau mencemuh dan meyalahkan org lain jika kemungkaran berlaku depan mata. Selemah2 iman kita tegur dalam hati. Inilah yg kita pelu lakukan dalam jihad ekonomi. Kita sumbangkan apa yg termampu dan jgn menyalahkan pihak lain dan persoalakan apa yg pihak lain dah buat kerana non muslim menguasai ekonomi. Semuanya di bahu kita.
      5 minutes ago via Mobile ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif save post ni.. karang ada yang delete pulak huhuhu
      5 minutes ago ·
    • Jhon Labu Post yg lepas sapa delete? Ada admin yg tak boleh terima jihad ekonomi ke?
      3 minutes ago via Mobile ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif tah.. sapa yang delete tu kot ye pun simpan la dulu buat arkib
      3 minutes ago ·
    • Mujahid Altercronic Terbaik Jhon Labu...
      3 minutes ago ·
    • Saiful Rizal Jamaludin
      Bukankah bila kita melontarkan pandangan tentang orang muslim tak support perniagaan melayu tue dah merenung pada orang lain.. klu mcm tue kita biarkan ajer la mereka sedar secara sendiri..

      Satu usaha yg dipandang sepi oleh semua orang termasuk sy!! mng susah nak buat perkara nie.. sunnah rasulullah iaitu menyampaikan!!

      Siapa nak mendekati golongan yg tak hadir ke masjid?? sebab masjid tempat ilmu.. siapa nak dekati golongn yg byk menghabiskan masa kat shoping kompleks, taman2 dan lain2... sebenarnya golongan ni la yg byk menyumbang kepada runtuhnya ekonomi islam.. bukan mereka tak nak buat.. sebab mereka ini jahil..

      klu nak cari ilmu agama pergi masjid, beli cd ceramah, tgk forum perdana.. siapa nk mendekati orang yg tak minat pun dgn semua perkara diatas..
      about a minute ago · · 1

No comments:

Post a Comment