Saya sudah tak larat nak layan pertanyaan mengenai forex, saya hujah begini dia helah begitu, saya membelok, dia mencilok.. hubaya, hubaya, benarlah hidayah itu milik Allah jua.
Bismillah, ini infak masa sebelum dan selepas solat zuhur, demikian saya salinkan daripada kitab Tafsir Ibnu Kathier, Jilid 1 sebahagian mukasurat 570-572:
Dan urusan Riba ini termasuk amat sulit terhadap kebanyakan ahli ilmu sehingga Umar Al-Khattab r.a. berkata, "macam yang aku ingin andaikan Rasulullah s.a.w. memberikan kepada kami panduan untuk menjadi pegangan batasnya, iaitu waris nenek (datuk) dan adakalanya beberapa masalah Riba, soal yang serupa dengan Riba dan dapat menyebabkan Riba".
An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya halal dan haram itu sudah jelas, dan di antara keduanya ada hal yang samar-samar dan syubhat, maka siapa yang menjaga dirinya daripada syubhat, bersih agama dan kehormatannya; sebaliknya siapa yang terjerumus ke dalam syubhat dan jatuh ke dalam keharaman, bagaikan gembala yang memelihara ternakannya di sekitar tempat terlarang, mungkin terjerumus ke dalamnya” (HR Bukhari dan Muslim).
Al-Hasan bin Ali r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkan apa yang kamu ragukan dan lakukan apa yang kamu tidak ragukan.” (HR Asahabussunan)
Dan hadith lain pula, “Dosa itu yang goyah dalam hati, dan ragu dalam perasaan dan tidak suka dilihat orang”.
Di lain riwayat pula, “Tanyakan pada hatimu sendiri, meskipun sudah diberi fatwa oleh semua orang”.
Umar Al-Khattab r.a. berkata, “Di antara ayat-ayat yang terakhir turun ialah ayat Riba, dan Rasulullah s.a.w. wafat sebelum menerangkan semuanya dengan terperinci kepada kami, kerana itu tinggalkan Riba dan semua yang meragukan.”
Abu Said berkata, “Umar Al-Khattab r.a. berkhutbah, “Sesungguhnya aku melarang kamu dari apa-apa yang mungkin berguna kepada kamu, atau menyuruh apa-apa yang tidak baik bagi kamu, dan termasuk diantara ayat-ayat yang terakhir turunnya ialah ayat Riba, sehingga Rasulullah s.a.w. wafat dan belum menerangkannya dengan terperinci, kerana itu tinggalkanlah apa yang kamu ragukan, kepada apa yang tidak meragukan” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Mardawaih)
Ibnu Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Riba itu ada tujuh puluh tiga bab (cara), sedangkan yang paling ringan adalah seperti bersetubuh dengan ibunya.”
Semoga bermanfaat pada semua.

No comments:
Post a Comment