SELOKA WANG MERDEKA – MDE 2011
Alat tukaran anugerah Tuhan,
Boleh berupa emas dan kurma;
Apa sahaja asalkan bahan,
Jikalau sudi boleh diterima.
Wang itu simbol kemerdekaan,
Boleh dipegang, dihidu, disukat;
Bukan “fiat” atau paksaan,
Moga dagangan beroleh berkat.
Wang merdeka tiada sempadan,
Diterima insan Timur ke Barat;
Baru sejahtera jiwa dan badan,
Tidak dijajah Bankir keparat.
Wang BNM diperLAKUkan sah,
Nombor dicetak dipaksa guna;
Warga yang degil mendapat susah,
Merdeka itu tiada bermakna.
Mata wang adalah syiling dan kertas,
Digelar Ringgit, Dollar dan Krona;
Melalui “seigniorage” rakyat ditindas,
Ulama’ dan Umara’ usahlah lena!
“Legal Tender” perkakas zalim,
Diciptakan wang melalui ayat;
Tua, muda, jahil dan ‘alim,
Kebebasan semua dirobek disiat.
Payah menyebut “Fractional Reserve Banking”,
Bankir mencipta wang digital;
Baru nak explain, kawan dah pening,
Punca inflasi dan masuk hospital.
Wahai Ulama’ dan Umara’ sekelian,
Jalankan tugas usahlah leka;
Agar akhirat tidak terkilan,
Beri kami wang merdeka!
………………….
Perihal wang kertas dan kezaliman,
Dibentang nanti secara jelas;
Ambil yang baik buat pedoman,
Jumpa di MDE dua puluh sebelas.
Muhamad Mazli Alias.
26 Rabiul Akhir 1432H.
No comments:
Post a Comment