Monday, August 1, 2011

Dirham Mahal Vs Dirham Murah

Soalan: Adakah harga Dinar dirham yang 'tinggi' membebankan rakyat?
Contoh: Harga Dirham Kelantan RM25 berbanding Dirham XYZ RM20. Dirham Kelantan RM25 boleh beli barang ('kuasa membeli') di kedai yang terima DnD, mana-mana barangan dengan jumlah harga pada nilai RM25. Sementara Dirham XYZ hanya mempunyai kuasa membeli RM20.
Di manakah bebannya kepada rakyat jika ingin menggunakan Dirham Kelantan?
(Sila fokus jawapan pada soalan sahaja.)
18 hours ago · · ·
  • Abi KHuzai and Amin Ledang like this.
    • DuaLogam Merlimau ‎"Di manakah bebannya kepada rakyat jika ingin menggunakan Dirham Kelantan?"
      semoga menjumpai jawapannya
      18 hours ago · · 1 person
    • Faizi Rizal Ab Aziz mungkin sesetengah berpendapat dgn dirham 20 nilainya, 'kuasa membeli' ke atas dirham tu sendiri (tukar fiat ke dirham) akan dpt lebih berbanding dirham 25.
      18 hours ago ·
    • Gold Man adakah perjuangan dinar dan dirham masih disandarkan pada fiat?
      17 hours ago · · 2 people
    • Nasron Bob Abdullah realiti semasa, kalau tak ada fiat atau tak cukup fiat, tak mungkin dapat berjuang untuk dinar dan dirham sekarang... haaa, jgn tuduh ada yg nuduh aku tak beriman pulak karang...
      17 hours ago · · 2 people
    • DuaLogam Merlimau Realitinya macamtu lah.
      kalau ada fiat lebih boleh beli emas/perak lebih murah.
      CUma kita usahakanlah yang terbaik untuk rakyat.
      17 hours ago · · 1 person
    • Irwan Ambak Faizi Rizal Ab Aziz, boleh tolong huraikan.. "dpt lebih berbanding dirham 25" - lebih apa?
      17 hours ago ·
    • Au Ag Seigniorage
      17 hours ago via Facebook Mobile ·
    • Gold Man tuan Irwan Ambak adakah hanya DnD yg sah? atas dasar apa hanya KGT yang sah? ketulenannya kah? atau keberatannyakah?atau kecantikannye kah?
      17 hours ago · · 2 people
    • Irwan Ambak Sila fokus jawapan pada soalan sahaja.
      17 hours ago ·
    • Irwan Ambak Kalau saya tak jawab, kemungkinan besar anda silap faham soalan saya atau jawapan anda tidak berkaitan.
      17 hours ago ·
    • Gold Man saya hanya fokus pada soalan.. kenapa masih disandarkan pada rm iaitu KGT RM25 yg lain RM20... semua dirham saya cukup berat dan tulennya..dan sbg penyedia perkhidmatan.. saya tidak membeza2kan antara dirham2 tersebut.. sbb tu saya tanya ..kenapa hanya KGT yg tuan tekankan?
      17 hours ago · · 1 person
    • Gold Man kalau jujur perjuangan utk mengembalikan Dinar dan Dirham ke tanah bertuah ini.. pada saya ..biarkan ianya berleluasa didalam masyarakat dahulu..tanpa perlu dibeza2kan ..sama spt perjuangan yahudi menebarkan fiat/kertas dalam muamalah kita....
      17 hours ago · · 2 people
    • Irwan Ambak Gold Man, di bahagian mana soalan saya yang saya kata 'hanya (KGT) DnD yg sah? atas dasar apa hanya KGT yang sah...'? Jgn menyimpang dari persoalan saya.
      17 hours ago ·
    • Faizi Rizal Ab Aziz lebih dirham.. cnth dgn rm100 dpt tukar 4 dirham kelantan, berbanding 5 dirham xyz..
      17 hours ago ·
    • DuaLogam Merlimau RM 100, beli barang, jual barang tu , dpr 6 dirham :)
      17 hours ago ·
    • Gold Man maafkan saya.. silap saya.. maksud saya KUASA BELI..
      17 hours ago ·
    • Gold Man bukankah patut kita biarkan dahulu DnD ini berleluasa didalam masyarakat tanpa perlu di tekankan nilaibuat pada Rmnye? sedangkan kita mahu singkirkan RM dalam muamalah ..tetapi kita masih "sandarkan pada kenangan" tersebut
      17 hours ago · · 1 person
    • Irwan Ambak Faizi Rizal Ab Aziz, perbandingan tersebut adalah betul dari satu segi, tetapi ia masih tidak menjawab persoalan saya yang di atas, di mana saya bertanyakan di manakah 'beban' kepada rakyat sekiranya Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25?
      17 hours ago ·
    • Irwan Ambak Gold Man, saya bertujuan bertanya soalan pasal Dirham Kelantan (KGT) kerana hendak memahami apakah yang dikatakan oleh segelintir ahli Group ini bahawa Dirham KGT yang 'mahal' membebankan rakyat.
      17 hours ago ·
    • Quezzo Corp's Tak larat nak komen... nanti panjang sanggat...
      16 hours ago · · 1 person
    • Vion Jasni Khairuddin skg kata mahal,esok da murah plak kata kenapa murah sgt
      15 hours ago ·
    • Nasron Bob Abdullah mengikut ilmu hisab pa'chik... sekarang dah malam laa... eloklah kita tidur dulu... karang boleh tahajud kalau larat... atau bangun sahur dgn segar... :) aku yg tukang bacha pun naik penat la tengok korang yg pandai2 ni gadoh...
      15 hours ago · · 3 people
    • Husain ابو فرحان Saya tolong faizi jelaskan.

      Katakan saya ada rm10 untuk beli karipap untuk jamu kawan makan.
      Kalau satu karipap harga rm1, saya cuma boleh belanja 10 orang kawan.
      Tapi kalau karipap yg sama harganya rm0.50, saya boleh belanja 20 orang kawan.

      Org yg waras akal fikiran & bijak mengurus kewangan sudah semestinya memilih untuk membeli karipap yg rm0.50 kerana rasa, saiz & beratnya sama. Seterusnya Boleh memberi manfaat kepada lebih ramai kawan.

      Tak tahulah kalau ada ramai org yg berfikiran berbeza pula
      15 hours ago ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin Karipap brand ayam dinilaikan lebih dari karipap brand wau. Walhal karipap sama inti dan sama kuantiti tepung dan kualiti
      15 hours ago via Facebook Mobile · · 1 person
    • Mohamad Zamri Bin Musa banyak bercakap, muamalat tak jadi
      15 hours ago · · 2 people
    • Mohamad Zamri Bin Musa ‎1dirham = 1dirham yang lain....
      15 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Tak semua org berfikiran mcm tuan haji =)
      15 hours ago ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa sekiranya masih meletakan DnD untuk diperdagangkan, 100 tahun lagi pun tak akan berhasil untuk memuamalatkannya
      15 hours ago · · 4 people
    • Kamil Shop jgn risau beli beg sy, sy terima apa2 dirham pon demi perjuangkan dinar dan dirham.. sempena promosi balik raya.. cepat2 smentara stok masih ada..
      15 hours ago · · 5 people
    • Mohamad Zamri Bin Musa terbaek kamil...
      15 hours ago ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa Korang tak nak berhenti daripada membincangkan perkara ini, teruskanlah. Saya dah nak masuk fasa kedua...
      15 hours ago · · 2 people
    • Kamil Shop sy masuk dlm group nie sbnarya utk perjuangkan dnd.. wsalam.. alhamdulilah ramai kawan2 yg brurusan dgn sy
      15 hours ago · · 3 people
    • Slock Crow hamba pun dah penat tengok... letih nak baca banyak2 bln pose ni...huhu...
      14 hours ago · · 3 people
    • Ammar Rawi Secara logik, mana ada barang mahal menyenangkan rakyat.. Semua rakyat nak nak harga murah. Kalau murah, kuasa membeli akan menjadi lebih tinggi.
      14 hours ago · · 1 person
    • Azeman Shah Abd Samad sapa sapa nak beli tshirt muslimah dewasa dan kanak kanak boleh datang kedai saya di uptown bazar puchong permai. kedai no 42. terima semua jenis dirham. baru nak belajar.
      14 hours ago · · 2 people
    • Kamil Shop azeman shah terbaik.. takbir...
      14 hours ago ·
    • Slock Crow Dinar dan dirham adalah utk kebebasan.. seorang penjual boleh menjual sebiji durian dengan harga 1 dirham, atau pun 1 dinar, tak kira dirham jenama apa brand mana, selagimana ada pembeli yang nak beli dan keduanya saling meredhai...bukankah ini KEBEBASAN??

      Pengeluar A menjual dirhamnya dengan harga rm30, dan pengeluar B menjual dirhamnya dengan harga rm80, jika ada pembeli dan antara penjual dan pembeli saling meredhai…bukankah ini KEBEBASAN??

      Jika seorang pembeli merasakan dirham dari pengeluar A terlalu mahal, dan beralih kepada pengeluar B, tanpa paksaan dari mana2 pihak… bukankah ini KEBEBASAN??

      Seorang pengeluar dinar dirham merasakan dinar dirham dalam pasaran terlalu mahal, maka dicetaknya dinar dan dirham sendiri mengikut spesifikasi tertentu, dan menjualnya kepada orang ramai dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran. Selagimana ada pembeli dan pengeluar tersebut tak rasa rugi, dan keduanya saling meredhai….bukankah ini KEBEBASAN??
      14 hours ago ·
    • Slock Crow kita dah lama dalam sistem paksaan wang kertas.. marilah kita keluar dari sistem yg zalim ini dan beralih kepada dinar dan dirham..
      14 hours ago ·
    • Gold Man tuan Irwan Ambak barang yg sama dibeli dgn harga yg berlainan adalah perbezaannya.. kalau laa kalian semua masih meletakkan RM pada nilai tukaran Dinar dan Dirham kalian ... saya yang bodoh ni akan berkaata bahawa perjuangan ni hanya menipu dan kalian masih meletakkan RM sebagai tukaran perkhidmatan dan barang ..dan Dinar dan Dirham adalah komoditi/barang. bukan sbg matawang. .disini.. DnD masih belum jadi matawang... tolong pahamkan saya sebab saya adalah segelintir peniaga/usahawan yg menyokong penggunaan DnD dalam urusan perkhidmatan yg saya berikan.. dan perit yg saya terima adalah... "matawang" saya beku tanpa boleh diterima oleh yg lain kerana..circulationnya masih belum sempurna.. TAPI.. sbg salah seorang yg menerima ini sbg perjuangan ..saya tetap teruskan kerana.. perjuang itu jalannya penuh berduri dan hasilnya bukan utk diri sendiri..... dan disini saya masih berpendapat bahawa Dinar Dan Dirham masih dalam MOOD mendididik dan salam perkenalan... saya akan terus sokong penggunaannya sehingga tiada lagi orang yg mahu menggunakannya sbg matawang. insyaallah...
      13 hours ago · · 5 people
    • Gold Man tuan Slock Crow mcm mana ini yg dinamakan kebebasan bila saya pergi ke satu kedai utk bermuamalah.. owner cakap.. "kami hanya terima dirham/dinar KGT? so apa akan jadi pada dinar/dirham saya yg lain ..yg saya "sanggup " terima dalam perkhidmatan yg saya bagi pada masyarakat? bukan kah disini ..saya telah dizalimi? sedangkan dari penerangan yg saya terima, dinar dan dirham diukur atas berat dan ketulenan?
      13 hours ago · · 2 people
    • Vion Jasni Khairuddin Gold Man, kalau nk repair laptop dan komputer dgn saya,semua jenis dirham sy terima.
      13 hours ago · · 1 person
    • Gold Man saya belum ada leptop hehehhehe..
      13 hours ago ·
    • Jurutera Aurum So, kalau saya nak tukar 1 dirham KGT dengan 1 dirham DGE atau ddt, saya kena tambah fiatkah?? Bukankah perak = perak?? KGT sanggup offer tukar tak??
      13 hours ago ·
    • DuaLogam Merlimau bab tukar, bergantung kepada persetujuan
      13 hours ago · · 1 person
    • Jurutera Aurum Tapi timbangan dan purity sama tu...
      13 hours ago ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa keje org ilang akal JA...meh sini...1dirham = 1dirham yang lain
      13 hours ago · · 1 person
    • Vion Jasni Khairuddin backpack mcm2 warna dan corak 2 Dirham sahaja
      13 hours ago · · 1 person
    • Lukman Fitrizah inilah masalahnya kita skrg ni...belum ada kesepakatan...mungkin 1 hari nnt akan dibuat satu DnD yang diterima pakai/recognize satu nusantara dan diseluruh dunia/worldwide...1 Nusantara/1 Dunia 1 DnD
      9 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Di dalam Islam, tidak semua boleh gunakan tagline KEBEBASAN. Itu agenda org kafir secara halus untuk merosakkan aqidah kita.

      Ada hukum yang Allah SWT telah tetapkan yang mana kita tidak bebas untuk menidakkan mengikut aqal & nafsu semata-mata.

      Apabila satu dirham tidak diterima pakai dalam urusan mu'amalat, itu sudah jatuh sebagai menzalimi kerana kita menggunakan hukum manusia (standard yang ditentukan oleh manusia) untuk menidakkan ayat-ayat Al-Qur'an.

      Ada sebab Allah SWT tidak suruh Rasulullah SAW cetak dinar & dirham sendiri. Rasulullah SAW sendiri hanya menggunapakai wang emas & perak sedia ada daripada kerajaan Rom & Farsi.

      Tidak pula dijaja untuk tidak diterimapakai hanya kerana ia dikeluarkan oleh orang kafir. Apatah lagi hari ini, dinar & dirham yang dicetak oleh orang muslim sendiri yang mempunyai amir juga.

      Membezakan dinar & dirham sedemikian tiada beza dengan sistem kapitalis & matawang sedia ada, bukan? Wang kertas Malaysia tidak sah diperlakukan di Amerika, bukankah sama apa yang dibuat sekarang dengan dinar & dirham?
      8 hours ago · · 3 people
    • Irwan Ambak Cuba saudara kalian berfikir secara terbuka sedikit sebelum menghukum tidak tentu arah. Berbalik kepada tujuan asal persoalan saya, "Di manakah 'beban' kepada rakyat sekiranya Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25?", saya masih belum memperolehi jawapan yang munasabah.

      Saya BELUM menyentuh hal-hal lain, contohnya:
      -mengenai perbezaan antara nilai (kecuali membuat perbandingan berkaitan soalan - yakni Dirham XYZ yg dibeli pada RM20 mempunyai kuasa membeli RM20)
      -mengenai penerimaan sekata
      -perihal nilaian pada fiat
      -ketidak-sepakatan
      Insya-Allah, sekiranya diizinkan masa, kita boleh sama-sama menghuraikan aspek-aspek tersebut di masa hadapan. Buat masa ini sila FOKUS pada persoalan saya.

      Saya ulangi, tujuan pos asal ini adalah untuk mencari sebab-musabab mengapa ada orang kata Dinar dirham KGT yang 'mahal' membebankan rakyat.

      Jawapan yg lazim dikemukan iaitu analogi karipap adalah tidak tepat walaupun dikatakan kedua karipap itu sama. Ini kerana analogi ini tidak dapat menjawab aspek penting persoalan iaitu perbandingan lanjut di mana "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25; Dirham yang diperolehi pada RM20 boleh membeli barang bernilai RM20." (2 karipap tu dah habis ditelan, cerita tamat di situ saje.)

      Serupa seperti komen "Secara logik, mana ada barang mahal menyenangkan rakyat.. Semua rakyat nak nak harga murah. Kalau murah, kuasa membeli akan menjadi lebih tinggi." Ini hanya menjawab persoalan am, dan bukan aspek penting persoalan saya. Kalau tak silap, tukang komen ini yang pernah mengatakan "Dinar dirham KGT yang 'mahal' membebankan rakyat."

      Jadi, saya ingin memberi peluang utk beliau utk menjustifikasikan pernyataan beliau di sini.
      7 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Secara mudah saya jawab soalan tuan : kalau kos satu dirham hanya sekitar rm15, dijual kepada ummah pada harga rm25, tiadakah pembebanan kepada rakyat disitu? Kalau masa harga rm30 tempohhari juga tidak membebankan rakyat?
      7 hours ago ·
    • Irwan Ambak Secara mudah saya jawab soalan tuan : itu bukan soalan saya. Saya tak tanya pasal perbandingan kos dan harga jualan. Tidak pula ditanya perbandingan harga RM25 dan RM30.

      Saya ulangi soalan, "Di manakah 'beban' kepada rakyat sekiranya Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25?"
      7 hours ago ·
    • Irwan Ambak Jangan salah faham. Saya bukan mengelak utk menjawab 'permasalahan' yang sering diungkap di sini. Saya akan berusaha utk menjawab aspek2 lain di post yg lain.

      Saya cuma harapkan, kenyataan yg diberi dapat dihujahkan secara adil di sini. Saya tidak suka melihat orang2 yg hanya pandai menghukum ikut suka hati tanpa memberikan penjelasan yg tepat.
      7 hours ago ·
    • Irwan Ambak Dan tujuan saya mengutarakan pos ini adalah untuk mencari kesepaktan dalam satu perkara.

      Kalau benar "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25" itu membebankan rakyat, kita akan mendapat jawapannya di sini. (Dan boleh diDOCkan).

      Dan jikalau ternyata palsu kenyataan "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25 itu membebankan rakyat", maka sama-samalah kita menyanggah mana-mana pihak yang akan menimbulkan semula perkara yg kita sudah sama-sama tolak ini.

      Bukankah itu adil?
      7 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Tuan mencari solusi atau sesuatu yg lain? Kaitkan apa yang diutarakan dengan persoalan, bukan diputar-putarkan hanya kerana tidak sealiran isinya.

      Dirham yang dikeluarkan pada kos yang rendah dan dijual kepada ummah pada harga tinggi adalah satu pembebanan, jika bukan satu penzaliman kepada rakyat.

      Tuan hanya nampak perspektif pengeluar dirham sahaja. Aku cetak, aku jual, Aku cetak, aku jual, Aku cetak, aku jual. Sedangkan dalam persekitaran mu'amalat ada juga perspektif peniaga dan pengguna.

      Kalau dirham harga rm25, tetapi dengan kadar spread 10%, peniaga hanya boleh mencairkan (jual semula) pada harga rm22.50. Itu satu beban kepada rakyat yang berniaga.

      Maka peniaga terpaksa menjual barang pada nilai rm22.50, sedangkan pengguna/pembeli memperolehi dirham pada harga rm25. Itu satu beban kepada rakyat yang membeli barang
      7 hours ago · · 2 people
    • Anam M. Alhabsyi tuan Irwan Ambak apabila saya nak Dirham dengan membawa butiran perak, mengapa saya bisa mendapat Dirham lebih banyak dari IMN daripada dirham dengan KGT? ini menjawab "beban" yang tuan utarakan.
      7 hours ago · · 1 person
    • Irwan Ambak Saya mencari kesepakatan dalam perkara tersebut:

      "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25" - membebankan atau tidak?

      Ini adalah kerana ada kenyataan sebelum ini bahawa "Dinar dirham KGT yang 'mahal' membebankan rakyat". Kenyataan ini adalah kenyataan am (blanket statement) yg perlu diperbetulkan sekiranya kita bersepakat bahawa ia terbukti salah. Dan sehingga sekarang, saya masih belum menerima jawapan untuk menjelaskan persoalan saya, "Dimanakah beban kepada rakyat jika Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25?"

      Saya nampak saudara @Husain tidak mahu menjawab persoalan saya, cuma mahu saya "Kaitkan apa yang diutarakan dengan persoalan". Adakah ini kerana saudara tidak dapat memberikan jawapannya? Saya tidak memaksa, hanya mencari kebenaran. Sila abaikan pos ini sekiranya tiada jawapan tepat, cuba lagi di pos yang lain dgn isu yg lain.

      Saya BELUM menyentuh bab pengeluaran, spread, dll. Sila jawab soalan yang saya utarakan sahaja.
      7 hours ago ·
    • Irwan Ambak ‎@Anam M. Alhabsyi - persoalan saya tidak berkitar pada perbezaan kuantiti dirham yang boleh didapati dari IMN mahupun KGT dengan butiran perak sekian-sekian.
      7 hours ago ·
    • Anam M. Alhabsyi intinya tuan Irwan Ambak prinsip "mitslan bi mitslin" harus ditegakkan. Seandainya dia tidak ditegakkan berarti ada "pencuri". Saya nak tahu akad apa yang tuan tegakkan dari RM ke Dirham? jual beli ke? tasharuf ke? atau riba ke?

      Ramai orang tahu bahwa otoritas harus berani menanggung beban tanggung jawab maka orang berwakaf agar tidak ada ongkos premium. Jika orang masih kehendakkan premium dia bukanlah otoritas, dia pastilah peniaga biasa sahaja.

      Oleh karena peniaga biasa menerapkan premium maka itu "mencuri" dari riba rakyat. Membebani tak? biarpun kata 1 RM uang kertas harta curian tidaklah ridho seseorang tuan.
      6 hours ago · · 1 person
    • Irwan Ambak ‎@Anam M. Alhabsyi, saya tidak mengiyakan atau menidakkan penghuraian saudara di dalam pos saya ini kerana itu BUKAN persoalan saya.

      Dikatakan oleh pihak-pihak tertentu di sini koin KGT 'mahal'. Dan ditakrifkan pada 'mahal' tersebut angkanya dalam RM. (Contoh: KGT RM25, XYZ RM20 - perbezaan ini adalah 'mahal'). Dan diunjurkan juga, akibat 'mahal' ini, ia membebankan rakyat.

      Jadi saya bertanya, jika dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25, adakah ini membebankan rakyat?

      Soalannya terang, nyata, mudah difahamai. Kenapa susah nak jawab? Kenapa perlu merumitkan persoalan dgn perkara lain? Jawab ini dulu, cuba kita capai kesepakatan dlm persoalan ini, dan Insya-Allah kita jawab benda lain.

      Tak perlulah buat masa ini cuba menyelitkan isu-isu lain yg tidak kena-mengena dgn persoalan ini untuk menyesuaikan pendapat sampingan dgn prinsip-prinsip murni.

      Prinsip murni soalan ini adalah: Adakah wajar hukuman secara am (blanket judgement) dinyatakan terhadap sesuatu perkara itu walaupun ianya tidak terbukti benar? (Ini bukan persoalannya, hanya prinsip murni disebalik persoalan ini.)

      Sila buktikan bahawa "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25, adalah satu bebanan kepada rakyat" sekiranya saudara ingin menjawab soalan saya.
      6 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Saya sudah beri penerangan sewajarnya. Sama ada tuan tidak faham atau sengaja tidak mahu faham, wa Allahu A'alam
      6 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Masha-Allah. Beli dirham rm25, tapi nilai barang rm22.50 masih bukan membebankan rakyat??? (sebab sudah dijelaskan diatas)
      6 hours ago ·
    • Simpan Emas Silver mungkin "mahal" dikatakan pada masa tertentu tuan Irwan, misalnya ketika Silver didalam USD36/oz /, KGT masih berpegang pada rm30 .

      terkini selepas "pelarasan" harga kepada rm25 - walaupun telah diwar-warkan ramai "penggiat" - org yang paling penting di balik tabir DnD (WIM sahaja bukan IMN ) telah menyatakan secara terbuka harga Dirham tidak akan diturunkan lagi setelah di naikkan rm30 - difahami masih ramai yg marah kerana janji ini - sehingga ada yg terkeluar kecaman "munafik" - walau mereka hanya mahu KGT menyatakan "maaf".

      saya tahu saya tak menjawab soalan tuan Irwan lagi..:) , tetapi membandingkan KGT 25 vs XYZ 20 ...

      Siapa XYZ yg jual 20 tuan Irwan ? mcm minat juga nak beli ni dari xyz ... kalau dapat 1 dirham lebih murah pada rm 20 - boleh diterima/transaksi pada barangan rm20 walaupun bukan KGT - boleh dipertimbangkan kalau nak beli tu ..:)
      6 hours ago ·
    • Maqua Mohican Sila buktikan bahawa "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25, adalah satu bebanan kepada rakyat"------>mmg membebankan rakyat jika brg tersebut boleh juga dibeli dgn Dirham berharga rm20.
      contoh: 1kampit beras 10kg berharga 1dirham
      1) Abu beli dgn menggunakan dirham berharga rm25
      2) Ahmad beli dgn menggunakan dirham berharga rm20
      siapa yg teraniaya, Abu atau Ahmad atau kedua2nya?
      6 hours ago · · 2 people
    • Suhaimi Mohamed Sharif hmm.. masih terbelengu ngan fiat yer.. kesian..
      6 hours ago ·
    • Husain ابو فرحان Pengguna beli dirham dgn fiat
      Penjual barang beli stok d
      6 hours ago · · 1 person
    • Husain ابو فرحان Pengguna beli barang dgn fiat
      Penjual beli stok dgn fiat
      Pengeluar dirham pun jual dirham harga fiat

      So ada idea nak buang belenggu fiat?
      5 hours ago · · 2 people
    • Husain ابو فرحان Typo: pengguna beli dirham dgn fiat
      5 hours ago ·
    • Cabaran D'kota APA MAKSUD DND PADA PERINGKAT ASAS?
      5 hours ago ·
    • Cabaran D'kota MAKSUDNYA D AWAL PENGENALAN DAN PENGGUNAAN DIMALAYSIA?
      5 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif aaa... penat je aku taip panjang fb biol takdek lak komen ..
      5 hours ago · · 1 person
    • Faizi Rizal Ab Aziz pendapat ambe fiat dh bertukar ke dirham lalu dirham itu dimuamalatkan dgn barang lain dgn merujuk harga fiat adalah tidak salah..yg penting yg bertukar adalah antara barang dgn dirham bkn fiat lg dan saling meredhai..memandangkan dnd masih duduk bawah ekonomi fiat masa ini..ambe agak setuju dgn komen MM di atas berkenaan beban rakyat..ambe sekadar menyatakan pendapat..
      5 hours ago · · 1 person
    • Noor Azurah Anuar Biar saya cuba jawab. Katakanlah di kedai buku saya ada menjual sebuah buku dengann harga rm20. Kemudian saya terima dirham 'apasaja' dengan nilaian 1 dirham. Ada dua pelanggan ingin membelinya. Seorang bayar guna dirham 'bukan-KGT' dan seorang lagi beli dengan dirham KGT.

      Dengan urusniaga tersebut saya telah menerima 2 dirham. Tetapi dari aspek pelanggan, seorang pelanggan telah mengeluarkan belanja yg lebih.
      4 hours ago via Facebook Mobile · · 1 person
    • Zulkifli Sharif Jom jom perkarangan mesjid shah alam lpas asar ....... 8/8/2011 .... tunggu lori beras datang ........... buka ala kadar sekali bawah pokok ketapang.
      4 hours ago ·
    • Amir Hasyim Kamaruddin pertimbangkan situasi berikut:

      1) Peniaga jual barang berharga RM25 dan nilaikan barangnya dalam dirham ikut rate WIM, jadi barangnya harga 1dirham, satu cutomer datang beli guna 1dirham KGT, satu lagi datang guna dirham xyz...siapa yg terbeban?
      4 hours ago ·
    • Maqua Mohican minter kot yg terbeban!
      4 hours ago ·
    • Noor Azurah Anuar Walaupun pelanggan telah bersetuju dengan urusniaga tersebut, namun kasihan juga pada pelanggan kerana telah terbeban sekiranya dia mendapat dirham tersebut dengan cara menukarkan fiat. Lainlah kalau dia dapat dirham itu dalam urusniaga tukar beli yang lain juga.

      Jika dia hendak beli 5 buah buku, dia sudah terbeban dengan terpaksa membelanjakan lebih rm25 pula walhal pelanggan satu lagi membayar 5 dirham juga
      4 hours ago via Facebook Mobile · · 1 person
    • Amir Hasyim Kamaruddin ‎2) Peniaga jual barang yg modalnya rm22 dengan 1 dirham (RM25 ikut harga WIM), datang customer offer 1 dirham xyz (RM20), peniaga xmo terima tp dia kena tiaw pulak sebab memilih & membezakan nilai dirham..siapa yg zalim disini? peniaga atau customer yg marah2?
      4 hours ago · · 1 person
    • Noor Azurah Anuar Agaknya ada beban tak disitu?
      4 hours ago via Facebook Mobile ·
    • Imau Cenyum apa kata kita tetapkan begini.

      1 dinar = 1 ekor kambing
      1 dirham = 1 ekor ayam kampung

      dengan kata lain, tidak kisah la berapa harga seekor kambing/ayam pada nilaian RM ketika itu, dan tidak kisahlah berapa harga sekeping dinar/dirham pada nilaian RM ketika itu. Ukuran yang kita tetapkan utk belian seekor kambing/ayam adalah seperti diatas. Produk/komoditi lain boleh ditambah pada senarai seperti di atas.

      saya bersetuju sekiranya, pengeluar dinar/dirham mendapat restu dr Kerajaan yg memerintah berbanding dinar/dirham yg dikeluarkan bukan dr restu pemerintah.
      justru sy mohon pihak berkenanaan yg mendapat perkenan dari Duli Tuanku agar menetapkan kadar tukaran dinar/dirham agar lebih rasional serta stabil supaya rakyat dapat segera dibantu untuk berubah dan gelombang Kebangkitan ini segera dipercepatkan.
      4 hours ago ·
    • Noor Azurah Anuar Pada hemat saya, selagi ada sandaran fiat disitu, memang susah hendak kira. Tapi jika saya sudah dapat dirham dari planggan saya, saya boleh beli beg atau kopi radix atau kurma dengan dirham tanpa perlu tanya nilai rm-nya. Jadi saya tidak terbeban.
      4 hours ago via Facebook Mobile · · 2 people
    • Amir Hasyim Kamaruddin peniaga yg memilih untuk menerima HANYA menerima dnd KGT adalah lebih baik peniaga yg HANYA menerima kertas, cuma kena dakwah lebih sikit la supaya berfikiran lebih terbuka.
      apapun, jangan la kita marah kepada mereka semata2 mereka HANYA menerima DnD KGT, boleh jadi mereka ada rintangan lain untuk menerima DnD XYZ, antaranya susah nak guna kat kedai lain sebab banyak kedai terima DnD KGT, kita masih dalam mode perubahan, so kena lebih flexibel, bersangka baik & saling meredhai..
      4 hours ago · · 1 person
    • Zulkifli Sharif Ala peniaga la best .....terima semua transaction dalam dirham special ........ tetapan harga pada dirham ..... tapi beli barang orang lain pakai dirham tak special .... untung-untung. Yang special tu jual online .......... dapat lah RM baik punya. Yang tak special buat muamalah kepada peniaga2 kurang bijak yang samakan semua nilaian pada dirham pada ringgit-ringgit Malaysia tercinta. He he he tiap2 transaction gua untung 5 hinggit ...klau tak pun jual murah la sikit kurang 0.50 sen. Ha ha ha ha ha ...ni boleh buat untung atas angin nih. Eh ....klau nak jual barang ...ade customer ...check online dulu ..... tengok harga ........nampak gaya kena beli I-phone jugak nih.
      4 hours ago · · 3 people
    • Gold Man nnt aku joint laa discussion nie... ada meeting jap
      4 hours ago ·
    • Amir Hasyim Kamaruddin kalau pelanggan pula yg guna DnD tak special beli barang pada harga special?
      4 hours ago ·
    • Noor Azurah Anuar Tapi peniaga pun pada asalnya nak kena ambil stok guna fiat. Dalam 50 produk mungkin 1 supplier sahaja terima dnd. Kalau tak dapat pusing dnd cepat2 kerana ramai nak dirham KGT sahaja, esok2 sudah tiada lagi barang yang hendak diniagakan. Beban juga tu.
      4 hours ago via Facebook Mobile ·
    • Imau Cenyum menjawab persoalan sidi Irwan Ambak berkenaan Soalan: Adakah harga Dinar dirham yang 'tinggi' membebankan rakyat?

      ya, ianya membebankan. kerana :

      masyarakat/pembeli: mendapatkan dirham mereka secara amnya dgn menukar Fiat.

      peniaga/pembekal: mendapatkan bekalan dengan terpaksa men'cair'kan dinar/dirham mereka kepada Fiat.

      apabila masyarakat/penjual mendapat pilihan tawaran tukaran dinar/dirham dengan Fiat yang lebih rendah, pastinya mereka akan tertumpu kepada tawaran harga yg rendah pada kualiti dan berat yg sama. biarpun tawaran itu tiada Jaminan dari kerajaan memerintah sekalipun.
      4 hours ago ·
    • Zulkifli Sharif Tak pa Noor Azurah Anura ...meh join circle kami yang menerima pakai semua dirham ...kerana keyakinan kami kepada nilaian silver pada dirham yang disebutkan oleh imam ghazali sebagai hakim kepada transaksi yang lebih adil. Join saja mana2 pasar yang ada tak kisahlah sapa yang organise ...the feel buat transaksi dalam dirham tu sangat BEST. Pasal polisi la spek tu lantak dema lah orang2 "atasan" ni perbalah sesama sendiri ....kerana itu semua kita boleh serahkan kepada ALLAH. Mereka yang akan dipertanggugjawabkan kelak diAkhirat ...sekiranya ada cela maka kita pertanggungjawbkan keatas mereka sahaja.
      4 hours ago · · 4 people
    • Muhammad Fauzie Saya rasa bukan dnd selain kgt tak nak di terima peniaga..cuma
      kebanyakkan aktivis dan pendakwah dari kalangan meraka yang menggunakan DnD KGT, banyak ceramah dan program2 DnD di wakali oleh KGT, oleh demikian ramai yang memilih KGT...
      DnD yang lain2 kebanyakkan hanya dibawa masuk ke Malaysia oleh orang perseorangan atau peniaga secara kecilan, namun mereka ini jarang membuat program2, dialog2 atau ceramah2 untuk penggunaan DnD mereka.
      4 hours ago · · 2 people
    • Muhammad Fauzie DnD yang lain2 hanya menyasarkan DnD tersebut dikitarkan oleh mereka yang menggunakannya, memberi pencerahan kepada pengguna dan peniaga dengan inisiatif mereka sendiri.. oleh kerana ianya banyak terkitar dikalangan peniaga emas dan perak atas faktor pelaburan/simpanan dan keuntungan, penggunaan secara muamalat kurang popular berbanding KGT yang mengeluarkan, membuat program kesedaran DnD juga menyebarkan DnD mereka sendiri dan menggalakkan peniagan menggunakan DnD mereka... disinilah perbezaan antara usaha KGT dan pihak pengeluar DnD yang lain.. sebab itu DnD KGT lebih popular berbanding yang lain dalam muamalat.. tetapi bagi sesetengah peniaga mereka juga menerima DnD lain, mungkin dalam nisbah yang tertentu... ianya bergantung antara pembeli dan penjual...
      4 hours ago · · 2 people
    • Hazrin Marjan Isu ini perlu merujuk kepada Prinsip Muamalah dengan Komoditi yang ada Ayn. Dasar Ayn yang boleh ditentuukur dan WIM sebagai badan piawaian.
      3 hours ago · · 1 person
    • Noor Azurah Anuar Terim kasih tuan zulkifli.
      3 hours ago via Facebook Mobile ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif komen iklas.. pakai je mana-mana dnd yang mampu dan urusan diredhai oleh pihak peniaga-pembeli...

      kalau beli dirham yang murah nak paksa peniaga dinilaikan pada dirham yang mahal.. rasanya salah amalan tu..
      kalau peniaga tu nak setarakan pada fiat semua dirham pada nilaian dia..itu hak peniaga semoga usaha beliau dirahmati Allah.
      kepada peniaga yang terima satu jenis dirham je?.. alah banyak lagi peniaga lain yang terim semua.
      3 hours ago · · 3 people
    • Irwan Ambak Tuan-tuan, Puan-Puan yang dirahmati Allah sekalian.

      Berbalik kita pada persoalan pokoknya.

      "Dirham yang diperolehi pada RM25 boleh membeli barang bernilai RM25, adakah ia satu bebanan kepada rakyat?". (Di mana, contoh, Dirham RM25 dikatakan lebih mahal dari Dirham RM20).

      Analogi tanpa fiat: Abdul ada satu karipap. Dia hendak mendapatkan satu pisang goreng. Satu pisang goreng boleh didapati menggunakan satu kuih seri muka. Satu karipap boleh ditukarkan dengan satu kuih seri muka. Jadi Abdul menukarkan satu karipapnya kepada satu kuih seri muka untuk mendapatkan satu pisang goreng. Pada Abdul, ketiga-tiga makanan ini sama nilainya setiap satu.

      Persoalan saya mudah. Dimanakah bebanannya?

      Jawapannya juga mudah. TIADA BEBAN. Kerana ini adalah soalan yang terfokus. Kalau A=B=C, maka tiada unsur beban di mana-mana.

      Maka, resolusi yang saya ingin bawa di sini adalah seperti berikut:-

      1. Kenyataan "Dinar & Dirham Kelantan (KGT) yang nilainya adalah lebih 'mahal' dari lain-lain Dinar dirham akan membebankan rakyat" boleh dikatakan TIDAK BENAR sekiranya persoalan yang khusus seperti di atas diperhatikan.

      2. Kenyataan tersebut terlalu umum dan akan mengakibatkan kekeliruan oleh pengguna Dinar dirham.

      3. Pengunaan kenyataan tersebut haruslah diberhentikan.

      4. Kenyataan yang lebih spesifik hendaklah digunakan sekiranya pendakwa ingin membawa hujjah bahawa Dinar & Dirham Kelantan yang lebih 'mahal' membebankan rakyat dari segi premium, spread, perbandingan pengunaan dirham-dirham lain, samaada dari segi nilaian antara dirham tanpa rujukan fiat, rupabentuk, ciri-ciri, dll.

      5. Orang yang terus menerus menggunakan kenyataan tersebut hanya menimbulkan fitnah menjerumuskan kepada perpecahan.

      6. Fitnah yang menjerumuskan kepada perpecahan adalah tindakan fasad/kemungkaran yang tidak wajar dilakukukan oleh seorang Islam.

      7. Orang Islam yang beriman, sekiranya ia melihat fasad/kemungkaran berlaku, maka perlulah ia melarangnya dengan perbuatan, kata-kata atau sekurang-kurangnya benci pada perbuatan tersebut. Dan kebencian itu selemah-lemah imannya.

      8. Oleh itu, para Admin Group ini yang beriman haruslah menDELETE mana-mana kenyataan tersebut sekiranya iman anda kuat dan tiada prejudis.

      Cadangan resolusi ini masih terbuka pada perbincangan sekiranya persoalan pokok yang saya utarakan boleh dibahaskan secara relevan. Saya dah tak larat nak jawab hujah-hujah yang tak relevan pada persoalan pokok saya DI SINI. Tetapi, Insya-Allah saya akan menjawabnya dalam posting-posting yang lain.
      3 hours ago ·
    • DuaLogam Merlimau persoalannya, adakah semua orang yang beli DnD itu dapat belanjakan ikut nilaian yang dia beli.
      macam mana pula timbul persoalan ada org nak "simpan 1 bulan 1 dirham" atau "nak simpan dirham untuk ke Mekah" ?
      3 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif tapi satu aku nak tekankan sini..forex akar umbi dia spread.. jika mengambil keputusan pengharam forex dalam perniagaan matawang.. maka spread adalah haram jika mengaanggap dinar dirham tu matawang.. namun jika dianggap sebagai komiditi Allah Knows Best.
      3 hours ago · · 4 people
    • Amir Hasyim Kamaruddin sekadar bertanya, KGT ada buy-back ke?
      3 hours ago ·
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor Soalan: Adakah harga Dinar dirham yang 'tinggi' membebankan rakyat?
      Contoh: Harga Dirham Kelantan RM25 berbanding Dirham XYZ RM20. Dirham Kelantan RM25 boleh beli barang ('kuasa membeli') di kedai yang terima DnD, mana-mana barangan dengan jumlah harga pada nilai RM25. Sementara Dirham XYZ hanya mempunyai kuasa membeli RM20.

      Kena buat reality check nii...
      3 hours ago · · 2 people
    • DuaLogam Merlimau ‎"Peniaga jual barang yg modalnya rm22 dengan 1 dirham (RM25 ikut harga WIM), datang customer offer 1 dirham xyz (RM20), peniaga xmo terima tp dia kena tiaw pulak sebab memilih & membezakan nilai dirham..siapa yg zalim disini? peniaga atau customer yg marah2?"

      nampak macam pembeli bengong.

      kalau tak ada persetujuan, mana boleh teruskan transaksi
      3 hours ago · · 4 people
    • Maqua Mohican hahaha..lawak2
      3 hours ago ·
    • Alexander Rayyan Sedikit makanan jiwa untuk ahli-ahli fikir di sini. bismillah:

      1) InsyaAllah saya akan beli gadget epad dengan harga 21 Dirham, ia merupakan wang yang saya perolehi dari "tabungan kutu" dimana kebanyakan Dirham-Dirham itu saya perolehi dengan pertukaran kertas fiat RM30 se-dirham

      2) Saya juga hampir pasti insyaAllah akan beli 10 kampit beras dengan menggunakan 10 Dirham simpanan yang dahulu-nya saya perolehi dengan pertukaran kertas fiat RM30 se-dirham

      Soalan:

      Apakah saya sudah rugi membeli epad dan beras tersebut guna Dirham; patutkah saya membelinya guna kertas fiat sahaja?.

      Patutkah saya simpan sahaja Dirham yang saya perolehi; tunggu sampai "kuasa beli"nya naik sampai RM30 (atau RM35, atau RM40) semula?

      Jazakallahu khair.
      2 hours ago · · 1 person
    • Alexander Rayyan ‎"The true element of thinking is Truth"

      ubah cara fikir, insyaAllah akan terangkatlah hijab dan akan nampaklah kebenaran.

      jika anda fikir dalam RM, maka RM-lah yang anda nampak

      -ALLAH-
      2 hours ago · · 1 person
    • Faizi Rizal Ab Aziz Mungkin jawapannya,

      Jika kita selesa dengan kenaikan nilaian fiat dalam dirham, kita patut jugak terima dengan penurunan nilaian fiat dalam dirham.

      tetapi buat masa ni, sy masih selesa menyimpan dirham 30 tu :)
      2 hours ago via · · 1 person
    • Faizi Rizal Ab Aziz Mungkin sebab DnD masih duduk bawah ekonomi fiat, jadi "rujukan ke fiat"
      masih perlu dijalankan. Yang penting bila kita mengamalkan muamalat, dirham bertukar dengan barang lain dan saling meredhai bukannya fiat walaupun masih dirujuk. Wallahu'alam..
      2 hours ago via ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif nak lari dari fiat jom wujudkan jaringan takde fiat kui kui
      2 hours ago ·
    • Alexander Rayyan baca artikel ini jika tuan-tuan ada masa, boleh ketahui daripada mana sebenarnya "cara fikir" kita semua ini - bagaimana sedari kecil "cara fikir" kita sudah dibentuk supaya tidak terarah kepada "Kebenaran Ilahi", tak nampak jalan yang lurus.

      Do yourself a favour in Holy Month Ramadan, do more "iqra'" less "talk" :)

      http://www.scribd.com/doc/​61120766/Heidegger-for-Mus​lims-Prof-Umar-Ibrahim-Vad​illo

      InsyaAllah, tumpukan pada m/s 9 - "You cannot define Allah by What?, Where? or How?... seterusnya"
      www.scribd.com
      About Dallas College: Dallas College is an educational institution in Cape Town, South Africa. Founded by Shaykh Dr. Abdalqadir As-Sufi (born Ian Dallas), the college's purpose is to provide its y... by ybeuken in Heidegger, Dallas, and VADILLO
      2 hours ago · · 2 people
    • Nur Judyana Rasidi ‎1 dirham=1 dirham
      2 hours ago ·
    • Faizi Rizal Ab Aziz sy letak mungkin di situ sebab, mungkin sy benar, mungkin sy salah..jadi terbuka kepada teguran :)
      2 hours ago via ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif ya betullllllllllllllllllllll​lllllllllllllll.. banyak lagi kedai lain
      2 hours ago ·
    • Aroma Bayu beli jer berbagai jenis dirham...kalau barangan yg di jual harga 25$,peniaga letak 1 dirham maka kita hulur lah dirham 25$,kalau barangan yg kurang dari $25 pun peniaga letak 1 dirham,maka kita hulur dirham yg murah sikit...semua peniaga biasanya terima semua jenis dirham.

      Kalau mereka tak terima cari jer kedai lain...jadi pengguna kena bijak manipulasi dan bijak buat pilihan ,pengguna adalah tuan dalam urusniaga,:)
      2 hours ago · · 1 person
    • Saiful Rizal Jamaludin JD pembeli bijak.. Klu dah dirham tue harga 25 cari la barang yg berharga RM25.. klu dirham tue harga RM20 cari barang harga RM20. klu harga barang harga RM25 blh pakai pakai dirham RM20 guna la dirham RM20.. Kita punya dirham, kita tahu nilai belian kita, pandai2 sendiri la nak tukar mcm mana.. Jgn bebankan diri sendiri sudah..
      2 hours ago · · 2 people
    • Alexander Rayyan wallahu'alam, saya sendiri mencontohi Rasulullah saw. dalam mengambil usaha mengamalkan wang syariah di tengah-tengah amalan kertas fiat yang mencengkam dan leluasa.

      dikatakan Rasulullah saw. tak pernah menyembah berhala seumur hidupnya (walaupun sebelum diangkat jadi Rasul Allah); dia mengamalkan Tauhid di tengah-tengah masyarakat yang menyembah berhala, di tengah-tengah syirik yang mencengkam dan leluasa.

      apakah baginda saw. takut pada kesusahan seperti kita ini?

      apakah baginda saw. bimbang kerugian bahagian dunia seperti kita ini?

      "Truth" seperti yang dinyatakan dalam "The true element of thinking is Truth" ialah "Kebenaran" mengikut Al-Quran dan Sunnah, bukan kebenaran ikut akal kita.
      2 hours ago · · 4 people
    • Alexander Rayyan BaarakAllahu fiikum.

      Apa yang saya lihat, "element of thinking" dan "truth" yang dipegang oleh kebanyakan orang di sini ialah "truth" seperti yang diajarkan di sekolah-sekolah ekonomi tajaan pemodal kapitalis.
      2 hours ago · · 1 person
    • Alexander Rayyan again my brother, do more iqra' less talk insyaAllah.
      2 hours ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif sebab banyak membaca yang diorang ni tanya dan timbulkan persoalan.. namun kefahaman dan penerimaan itu boleh menjadi sesuatu yang bercanggah.bergantung kepada iman individu tersebut. apabila faham dan mau menerima.atau faham tapi taknak terima jugak dan mencari dalil yang menghalang kefahaman itu atau suasana yang menghalang kefahaman itu.
      about an hour ago · · 2 people
    • Alexander Rayyan Tumpang sebar Info:

      sesiapa yang ada di sekitar Damansara, jom ke Masjid Al-Mujahideen - sana ada tazkirah sebelum Zohor setiap hari sepanjang Ramadan insyaAllah.

      dengar tazkirah masa nafsu tengah "jinak" ni lain sedikit kesannya.
      about an hour ago · · 1 person
    • Azeman Shah Abd Samad jawapan sebenar ada pada peniaga dan pengguna. kena buat soal selidik.
      about an hour ago via Facebook Mobile · · 1 person
    • Suhairul Lail Kamaruddin Nabi mulakan dakwah dimasa lazimnya kufur. Kita mulakan dakwah zaman umat islam no 1 byknya. Hanya kita yg menyusahkan benda walhal hakikat 1dirham=1 dirham yg lain yg sama berat dan komposisi
      about an hour ago via Facebook Mobile · · 3 people
    • Aroma Bayu Praktikalnya kita kena nilai juga,kekhilafan manusia tetap wujud.

      Tetap ada org yg memanipulasi DnD kita.Mereka bolih hidup bila kita beri sokongan pada kebatilan yg mereka bawa.Kebatilan akan ada sampai bila-bila ,kita hanya bolih lumpuhkannya dengan meninggalkannya beramai-ramai,dan jangan beri sokongan sedikitpun.

      Kalau kurma harga $20 hinggit dia letak harga 1 Dirham KGT ...cari jer lah kedai lain. ... :)
      about an hour ago · · 2 people
    • Imau Cenyum benar. 1 dirham = 1 dirham. dan bagi yg mengikut sunnah dan ingin kembalikan matawang islam. tiada persoalan berkenaan mahal atau murah. itu bukan persoalan pokok atau hal besar. Redho Allah yg dicari.

      maka terserahlah kpd pengguna2 DnD utk memilih brand DnD mana utk digunapakai.

      yg saya nampak, ketidak seragaman yg menjadikan isu ini timbul. saya berharap agar pihak pengeluar dapat bersatu tenaga dan menetapkan suatu standard agar muamalah islam dapat berjalan lebih lancar. Inisiatif pernah dimulakan oleh KGT dan saya harap ianya mendapat sambutan. bersatu teguh bercerai roboh

      sementara itu bagi pengguna, kehidupan diteruskan seperti biasa. DnD tetap perlu didaulatkan.1 dirham = 1 dirham, suka = suka.
      about an hour ago ·
    • Quezzo Corp's Standard... aper ader pada standard... kalu sendiri punya standard pon tabley nak ikut.... jadi double standard.... hahahaha
      about an hour ago ·
    • Imau Cenyum dah ada standard nilai harga untuk DnD? maaflah saya x tau. tuan QC lebih tahu sila kongsikan =)

      kalau dah ada , saya rasa tak timbul soal harga KGT lebih mahal atau murah dr brand lain. Sebab nilai semua brand sepatutnya jadi sama.
      about an hour ago ·
    • Slock Crow pada pendapat hamba yang tak berapa bijak ni... contoh nak beli durian; kalau orang jual rege mahal, hamba cari kat kedai yang jual dgn harga murah.. kalau kat kedai yang jual harga murah pun masih rasa mahal, hah hamba tanam je durian sendiri, boleh makan puas2, boleh jual lagi... kalau tuan punya durian taknak jual durian dia dengan harga singgit sebijik, takkan hamba nak paksa dia bagi harga tu jugak...
      56 minutes ago · · 2 people
    • Slock Crow serupa jugak kalau jadi penjual durian, hamba nak jual rm20 sebijik. sesaper nak beli boleh beli... saper rasa mahal, tak payah beli, jangan paksa diri sendiri, pegi je cari penjual lain...
      52 minutes ago · · 2 people
    • DuaLogam Merlimau ‎"Kalau kurma harga $20 hinggit dia letak harga 1 Dirham KGT ...cari jer lah kedai lain. ... :)" murah le tu
      46 minutes ago ·
    • Slock Crow dengan bahasa kasarnya; kalau rasa dirham KGT mahal, jgn jadi bodoh nak beli, beli jer dirham lain... kalau nak puas hati buat jer dirham sendiri, boleh jual rm10 1 dirham... begitu jgk utk muamalat, kalau rasa tak berbaloi nak bermuamalat dengan dirham KGT, pakai dirham lain, kalau rasa dirham lain pun mahal jugak, pakai dirham sendiri... selagimana penjual dan pembeli setuju tak wujud 1 masalah pun kat sini.... maaflah kalau terkasar sikit, lapar....hehehe
      43 minutes ago · · 3 people
    • Ammar Rawi Kalau ikut Irwan Ambak tu, boleh la letak harga 1 dirham = RM100, sebab ianya boleh beli barang berharga RM100.

      Agak2 membebankan tak kalau jual 1 drham dengan harg RM100?

      Jawapnnya, tak membebankan la sebab 1dirham tu kan boleh beli barang yang berharga RM100.. =)
      43 minutes ago · · 1 person
    • Slock Crow letak le rm1000 pun, kalau orang tu tau menilai dia takkan beli awal2 lagi...yg jadi susah dah tau orang tu jual mahal pi beli jugak...
      40 minutes ago ·
    • Ammar Rawi Mana ada mahal & membebankan coz 1 dirham tu still boleh beli barang yang berharga RM100, or Rm1000
      37 minutes ago ·
    • Ahmad Abdullah IRWAN ambak ni tak abih2 menyuruh orang ramai supaya memahami dia.... dia tak nak faham orang lain.... hmmmm
      36 minutes ago ·
    • Slock Crow kalau rasa mahal jangan beli... esok2 kalau semua orang tak beli tau la dia nak turunkan rege... takkan la orang jual karipap sebijik rm100 korang nak pegi beli... hamba sarankan kat admin2 tu delete jer posting ni.. takder pekdah bertekak perkara yang tak memberi ilmu...
      29 minutes ago ·
    • Ammar Rawi ‎"Analogi tanpa fiat: Abdul ada satu karipap. Dia hendak mendapatkan satu pisang goreng. Satu pisang goreng boleh didapati menggunakan satu kuih seri muka. Satu karipap boleh ditukarkan dengan satu kuih seri muka. Jadi Abdul menukarkan satu karipapnya kepada satu kuih seri muka untuk mendapatkan satu pisang goreng. Pada Abdul, ketiga-tiga makanan ini sama nilainya setiap satu.

      Persoalan saya mudah. Dimanakah bebanannya?

      Jawapannya juga mudah. TIADA BEBAN. Kerana ini adalah soalan yang terfokus. Kalau A=B=C, maka tiada unsur beban di mana-mana."

      Masalah yang ada hari ni, A ! = B != C. Ini kerana dalam sesetengah kes, penjual goreng pisang tersebut hanya menerima sesetengah2 kuih seri muka yang dibuat oleh orang tertentu sahaja walaupun ianya sama 100% dari semua aspek.

      Bila jadi begini, Abdul terpaksa mencari pembuat kuih seri muka yang diiktiraf sahaja, yang mana ianya diterima oleh penjual goreng pisang tersebut.

      Apa yang lebih menyedihkan lagi, untuk mendapatkan kuih seri muka yang diiktiraf tersebut, Abdul terpaksa tambah lagi satu karipap.Kesian kat Abdul, last2 yang untung pembuat kuih seri muka juga.
      13 minutes ago · · 1 person
    • Ammar Rawi Harap Admin jangan delete pos ni
      12 minutes ago ·
    • Ammar Rawi Biar semua orang dapat berfikir
      11 minutes ago ·
    • DuaLogam Merlimau ‎"boleh la letak harga 1 dirham = RM100, sebab ianya boleh beli barang berharga RM100.

      Agak2 membebankan tak kalau jual 1 drham dengan harg RM100?

      Jawapnnya, tak membebankan la sebab 1dirham tu kan boleh beli barang yang berharga RM100.. =)"

      Kena buat dinihari dinar tiap2 hari la gamaknya...
      11 minutes ago · · 1 person
    • Ammar Rawi Haha
      10 minutes ago ·
    • Slock Crow delete jer admin..hahaha...
      10 minutes ago ·
    • Gold Man konspirasi menjatuhkan admin ni heheheh
      9 minutes ago ·
    • Slock Crow To educate people about Sunnah Money (Dinar and Dirham).

      Ertinya:
      Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".
      (H.R. Ibnu Majah)

      Tujuan group ini di ujudkan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan tentang Dinar dan Dirham. Ianya juga berkait rapat dengan isu Riba, Zakat dan Muamalah. Serta memberi peluang kepada semua ahli group untuk mempromosikan Dinar dan Dirham sebagai medium bermuamalat.

      Sebarang posting yang tidak berkenaan dengan DnD tidak dibenarkan dan dikategori sebagai SPAM (akan dipadamkan oleh admin).
      9 minutes ago ·
    • Slock Crow takder nilai2 ilmu kat posting ni, hanya nilai2 perpecahan dan perbalahan... baik delete jer admin...delete jer..delete jer...hahaha..:-p
      6 minutes ago ·
    • Irwan Ambak Ahmad Abdullah, Alhamdulillah. Saya sedang berpuasa.
      4 minutes ago ·
    • Irwan Ambak ‎@Orang Lain: Saya tak minta persoalan saya yang terfokus ditokok-tambah. Kalau dah tak boleh jawab, tak perlu jawab OK.
      3 minutes ago ·
    • Rofa Adam simpan jer soalan......jgn tulis kat walll......fikir sendiri
      about a minute ago ·

3 comments:

  1. siapa ada jual dirham? nak cuba2 simpan

    ReplyDelete
  2. ada jugak yg x mengikut perkembangan...skrg Dirham KGT rm20.... rase2 dah lame jadi rm 20...., sblm pos mohon update sikit ilmu..., ade jugak orang yang suka mengaibkan atau menjatuhkan nama orang lain @ syarikat muslim...., kita islam, tahu hukum aibkan orang...besar dosanya...so apa2 ilmu tu penting...tq

    ReplyDelete