Monday, August 1, 2011

PELUPUSAN DUIT RIBA?

Pendapatan hasil Riba- Apa yang perlu dilakukan dengan duit itu?

Pendapat Sheikh Imran Hossein.
sumber penterjemahan adalah dari saudara Khairulazmi Mohamed menurut beliau "saya sendiri turut hadir masa Sheikh bagi ceramah dan jawapan diatas di Masjid Ar-Ridhuwan..sebab tu saya boleh ingat, dan ingat sampai bila2 selagi saya punya ingatan dan fikiran yg waras..pendapat diatas hanyalah pendapat dari Sheikh Imran, nak terima atau tidak itu terpulang kepada masing2. Wallahualam bi shawab."


http://www.youtube.com/watch?v=yjbKQ3ZABII&t=55m5s
Mula dari minit 00:55:03
Apa yang akan kamu lakukan dengan duit riba.kamu ada RM10,000 duit riba,dan kamu mahu apa yg kamu perlu lakukan dengan duit itu,sudah tentunya kamu tak boleh guna duit itu utk kegunaan kamu sendiri,ianya haram untuk kamu,dan kamu tak boleh bagi kepada orang lain sebab ianya haram kepada yang lain juga,
haram untuk semua orang,
haram kepada yg kaya, haram kepada yg miskin,
haram kepada orang kulit putih, orang kulit hitam, haram kepada semua orang,
haram kepada orang muslim, orang hindu, orang kristian, orang yahudi, semua manusia, Allah mengharamkannya kepada semua orang.

jadi apa yang anda harus buat kepada duit haram itu?
Saya bagitau apa yg saya nak buat dan kamu pilih apa yg kamu nak lakukan.
Ini yang akan saya lakukan, saya jemput semua keluarga saya dan semua anak-anak, pada waktu hampir Magrib, dan bila ia sudah gelap, saya akan tunjukkan duit tadi kepada semua orang, dan bagitau ini adalah duit haram duit riba.

dan saya bagitau mereka, "lihat apa yg akan saya lakukan kepada duit ini",
dan saya bagitau kepada mereka, "tutup semua lampu", maka tempat itu menjadi gelap,
dan saya ambil mancis, dan hidupkan api, dan bakar duit itu, ooh kanak-kanak akan melihatnya dengan mata yang terbeliak, dan selagi mereka hidup mereka tidak akan lupa apa yg duit itu adalah Haram.

Dimasa sebelum waktu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. , banjir melanda dan meranapkan bangunan Ka'abah, dan kaum Quraish terpaksa membina semula Ka'abah.
dimasa itu mereka masih menyembah berhala(idola mereka yg diperbuat daripada kayu dan batu), dan ianya direkodkan didalam buku/kitab mereka, yang idola mereka memberi arahan tidak boleh guna duit riba bagi tujuan membina Ka'abah.
Hari ini kita hidup didalam dunia yg berbeza, anda hendak bina Masjid, anda meminta sumbangan, dan anda tidak kisah dari mana duit itu datang.

Tetapi golongan Arab (pada zaman sebelum kedatangan Nabi yg disebut tadi) yang menyembah idola dan berhala itu sendiri tidak mahu menerima duit Riba.

Siapa yang lebih kuat kepercayaannya? Golongan Arab yang menyembah berhala? atau kita yang Muslim yang mempunyai Al-Quran sebagai pegangan? Siapa yang punya lebih kepercayaan?.
.........................................................................................................​.....
fatwa yang digunapakai di malaysia..sumbangan tuan Muhammad Shah
Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Keputusan (English):

Distribution of Syariah Non Compliance Property to the Baitul Mal and Other Islamic Institutions

Decision:
The 87th Muzakarah (Conference ) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd-25th June 2009 has discussed the distribution of Syariah non-compliance property to the Baitul Mal and other Islamic institutions. The Committee has decided that:
In Islam, property gained from illegal means such as gharar (uncertainties), riba (usury), gambling, fraudulence, robbery, bribery and others is unlawful and cannot be used as a benefit or for personal use. The property therefore can only be utilized using the methods listed below:
1. Handed over to the Baitul Mal so it can be used for public good such as building, maintaining bridges, roads, toilets and many more;
2. Handed over to the poor and needy; or

3. If the property was gained from robbery activities or alike, the property should be returned to the rightful owner. If the owner is dead or cannot be found, it must be returned to the family of the owner (heir). If the heirs were not known, the property should be handed over to the Baitul Mal.

Keterangan/Hujah:

Imam al-Nawawi di dalam kaedah penyelesaian harta haram telah menukilkan pandangan al-Ghazali yang menyatakan jika seseorang lelaki itu memiliki harta haram dan hendak bertaubat serta melepaskan tanggungan daripada harta haram tersebut, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada pemiliknya atau wakil pemilik tersebut. Sekiranya pemilik tersebut telah meninggal dunia, berkewajipan untuk menyerahkan kepada ahli warisnya. Sekiranya pemilik harta tersebut tidak dapat dikenal pasti, maka harta tersebut mestilah diserah (dibelanjakan) kepada maslahah-maslahah umum umat Islam seperti (membiayai pembinaan atau menyelenggara) jambatan, masjid-masjid, dan seumpamanya yang bersangkut-paut dengan urusan orang Islam. Sekiranya tidak digunakan untuk tujuan kemaslahatan umat Islam, harta haram tersebut diserahkan kepada golongan fakir.

Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika ditanya bagaimana mengurus faedah yang terkumpul di dalam bank konvensional, sama ada hanya perlu dibiarkan sahaja berada di dalam bank konvensional tersebut atau sebaliknya, telah menyatakan bahawa:
a. Faedah-faedah bank yang terkumpul hukumnya adalah sama seperti harta- harta lain yang diperolehi melalui jalan yang haram.

b. Tidak harus seseorang menggunakannya (wang faedah) tersebut kerana tindakan menggunakan wang tersebut adalah termasuk di dalam kategori memakan harta yang diperolehi melalui jalan kezaliman. Tidak boleh dimanfaatkan melalui jalan makanan, minuman, tempat tinggal, membayar cukai dan seumpamanya.

c. Meninggalkan wang faedah itu di dalam bank konvensional adalah haram secara muktamad. Dasar ini telah dipersetujui di dalam Muktamar Bank Islam Kedua di Kuwait oleh ulama’ secara ijma’. Tindakan tersebut hanya akan mengukuhkan lagi ekonomi bank riba dan dikira sebagai menolong dalam urusan maksiat. Menolong perkara yang haram adalah haram.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institus​i-islam-lain
.........................................................................................................​......
fatwa atau pendapat lain search under- riba money fatwa ..

No comments:

Post a Comment