Tuesday, August 2, 2011

Pandangan Peribadi Syazwan

Resolusi saya terhadap sikap dan peranan WIM @ KGT:

1 - Mengelirukan masyarakat umum dengan meletakkan istilah Mint, sedangkan mereka secara total tidaklah mempunyai pusat percetakan sendiri.

ini mengakibatkan kekeliruan mendalam terhadap masyarakat.

2 - Sikap mencantas dan tidak berupaya memahami realiti masyarakat, menunjukkan bahawa mereka tidak cuba untuk hidup dalam realiti masyarakat, hanya meminta masyarakat memahami mereka,dan menolak prinsip bahawa dakwah itu perlu melihat kepada suasana dan realiti.

3 - piawaian harga yang semberono - mempergunakan kerajaan- kerajaan negeri dalam menghalalkan harga tinggi dan mengistilahkan ianya sebagai tiada bebanan.

Ini tidak lari dari sikap sperti kerajaan BN suatu ketika dahulu, yang mana tika harga minyak dinaikkan mendadak pada zaman pemimpin zalim Abdullah Badawi - masyarakat dinasihatkan agar tidak menimbulkan huru hara dan seterusnya perlu mengurangkan penggunaan petrol sedangkan masyarakat dididik untuk bertumpu pada petrol.

Mereka (WIM @ KGT) didik masyarakat agar terima dirham dari kerajaan sahaja atau dengan istilah lain - kita mempunyai autoriti - kemudian melihat kepada demand yang tinggi, diletakkan harga sesuka hati.

------------------------------​------------------
**saya tidak suka menimbulkan kontroversi.

Allahummaghfirli waliwalidayya.
about an hour ago · · ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif nanti ni pun aku bukukan gak hehe.. sila-sila komen
      about an hour ago · · 1 person
    • Simpan Emas Silver mungkin silap Tuan Irwan juga - baik buat mcm dulu kena kritik cemana pun diam membisu .... ( mmg double meaning :) )
      about an hour ago ·
    • Gold Man ‎.............
      about an hour ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif GM.. kemas beg oi..
      about an hour ago ·
    • Gold Man tunggu siren dibunyikan je.. aku terus sampai kat airport hehehhehe
      about an hour ago ·
    • Mohamad Firdaus Apa kata syazwan ambik alih usaha WIM/KGT ikut acuan yg syazwan nk... untuk first step, bukak kuliah didik masyarakat ttg DnD macam dinihari Dinar... kalau yg nih pun x dapat wat, mcmana nk wat yg lbh besar spt yg atas tuh....
      about an hour ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus sblm tu betulkn niat dlu... buang dulu niat nk jatuhkn WIM supaya dapat buka laluan IMN bertapak gantikan WIM. dah la.. x nk cakap la pasal WIM vs IMN... xkn abis mcm syiah n sunni
      about an hour ago · · 1 person
    • Mujahid Altercronic manusia manusia manusia...
      about an hour ago ·
    • Mohamad Firdaus WIM ada ikhtijad ikhtiraf berat mithqal yg di timbang oleh khalifah umar, manakala IMN ada ikhtijad ikhtiraf berat yg ditimbang sendiri pastu selaraskn ngan berat 0z omputih punya (bukan ikut berat purata atau slh satu berat yg di timbang pun)
      about an hour ago ·
    • Mohamad Firdaus begitu juga syiah, ada ikhtijad sendiri, sunni oun ada ikhtijad sendiri.. meja bulat xkn selesai apa2 pun. so, penyelesaian cuma 1, jgn masuk/kacau wilayah slh satu pihak n hormat pegangan pihak satu lg walaupun pada pandangan kita pihak satu lg tu salah
      about an hour ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus titik persamaan sunnah n sunni ialah sembah tuhan yg satu, kalau titik persamaan tu di sepakati, maka iraq, afghanistan, libya, dll xkn d tawan begitu mudah
      about an hour ago · · 1 person
    • Quezzo Corp's Tuan-tuan semua... Aper yang gua nampak ini semua berlaku bilamana pihak WIM mengambil sikap tidak mahu menerima konsep kesamarataan (1 DnD berkalimah tauhid = 1 DnD berkalimah tauhid) yang sama berat dan sama ketulenan. Malah dari aper yang gua dapat... program penerangan yang dianjurkan lebih kepada menanam mindset orang ramai untuk hanya menerima dan mengtahui bahawa hanya ader 1 DnD sahaja yang diterima pakai, DnD yang lain adalah sama ada palsu, dakyah ataupun tidak sah taraf.

      Selagi sikap ini berlanjutan dan pihak WIM sendiri juga tidak menerima secara setara mana-mana DnD yang mendapat piawaian WIM (sepertimana yang berlaku sekarang), gua berani jamin bahawa ianya akan terus menjadi satu kekangan dan isu besar.

      Aper yang pasti, dimulut sesetengah penyokong dan pendokong tegar WIM mengatakan bahawa 1 DnD = 1 DnD ... namun... realitinya tidak seperti yang dikatakan.
      about an hour ago · · 1 person
    • Mohamad Zamri Bin Musa biarlah mereka dengan labu2 mereka. Mereka perdagang DnD bukan buat DnD untuk dimuamalatkan...
      about an hour ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif ye ye sokong.. kita spotkan rega dnd hehe..sapa mau 1dirham=2.975x(harga spotx8%) hehe 1 dinar=4.25x(harga spot 8%).. haha
      about an hour ago · · 4 people
    • Quezzo Corp's Gua tetap bertegas bahawa isunya bukanlah kepada nilaian dalam FIAT.. tapi isunya adalah kesamarataan dalam DnD.. iaitu 1 DnD = 1 DnD yang lain....
      about an hour ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif tidak di educate sebegitu nak buat lagu mana
      about an hour ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif dnd itu tidak dinilai dengan kandungan emas peraknya.. tapi dinilai pada fiat dan pengeluarnya
      59 minutes ago · · 2 people
    • Suhaimi Mohamed Sharif dalam penyebaran kita dieducate utk membenci wang kertas atau membenci riba atau suka emas dan perak?
      57 minutes ago · · 1 person
    • Quezzo Corp's Bukanlah tujuan gua menulis nih pasai gua benci atau dengki ngan WIM.... tapi pasai gua sayangkan WIM la yang gua buat camnie....
      56 minutes ago ·
    • Quezzo Corp's WIM buat standard... tapi WIM sendiri mendouble standardkan standard WIM tue... macam mana nak buat...
      55 minutes ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif ke investasi... jom investasi dalam dinar dan dirham
      52 minutes ago · · 1 person
    • Aziz Abas lemah dah mcam nie, kalau DnD yg lain x diterima, KGT je laku... kita yg perjuangkan nie pun kalau nak bermuamalat mesti nak KGT je... cuba ubah terima sahaja DnD utk muamalat asalkan ada kalimah tauhid... Zaman Rasulallah dulu macam mana diseragamkan?
      45 minutes ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif ikut peniaga.
      45 minutes ago ·
    • Anam M. Alhabsyi afwan sedikit bertanya sekaligus memberikan pendapat dari kami di Indonesia. Pertama, yang kami tahu KGT adalah sebuah korporat di bawah kementrian. Jika ini benar, maka KGT tidak ada otoriti, yang memiliki otoriti adalah Sultan. Kedua, konsekuensinya, Umar Vadillo bukanlah otoriti (amir), tapi menjalankan tugas daripada sultan. Sultan mengamanatkan kepada menteri (wazir) dan Wazir membuat setiausaha untuk pelaksanaannya. Maka Umar Vadilo hanyalah pelaksana sahaja. CMIIW.

      Ketiga, saya belum pernah mendengar daripada Sultan memerintahkan ini itu agar mematuhi KGT. Ertinya, tidak ada kewajiban apapun untuk mengikuti apa kata KGT. KGT hanyalah sebuah korporat bisnes yang boleh bersaing dengan siapa saja dalam dinar dirham ini. Adapun mereka ada keluar kos untuk ceramah dan pengajaran, itu adalah promote mereka punya barang. Boleh2 saja.

      Keempat, seandainya pun Sultan ada wajibkan umatnya untuk mematuhi KGT maka tetap tidak terkeluar dari pepatah "Raja_adil_raja_disembah,_​raja_lalim_raja_disanggah"

      Wallahu a'lam
      44 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus ‎"Zaman Rasulallah dulu macam mana diseragamkan?"
      ~ zaman rasulullah pakai koin rom n parsi. sbb tu zaman perkembangan islam, pada zaman khalifah iaitu bila islam dh bertapak n kukuh plus ada kerajaan sendiri barulah khalifah cetak DnD sendiri. sesiapa yg guna/simpan DnD slain yg d keluarkn oleh pemerintah akan d hukum pancung......
      32 minutes ago · · 1 person
    • Izz At Next action yg maybe boleh dibuat berkenaan isu harga berbeza2 utk setiap pengeluar tu maybe boleh diatasi dengan menstandartkan setiap pembelian atau jualan haruslah diterima atau disandarkan pada makanan ruji.. cth beras n sebagainya. kite mulekan langkah baru utk sedikit sbyk keluar dr fiat yg slu dikatekan riba. barulah rmi petani wujud, penternak wujud, skrg ni xnmpak lg ade pengeluar yg mahu betul2 keluar dr fiat.. situasi kini, kami mencari fiat utk tukar kpd dirham. kemudian peram.. kurang dimuamalatkan.. :( skdr cdgan dr yg baru nk knl dinar dirham..
      26 minutes ago ·
    • Aziz Abas ooo.... jadi memang releven sperti yang diutarakan oleh Tuan Anam tadi..
      25 minutes ago ·
    • Hafiz Salman kalaulah KGT menten 1 dirham = RM30.....
      21 minutes ago ·
    • Nur Judyana Rasidi MF ...sentiasa menggunakan khalifah akn pancung rakyatnya tp xtaw sbb disebalik hukuman pancung tuh..& khalifah /pemerintah adalah 'wakil' Allah swt utk mentadbir jd tanggungjwb besar seharusnya dijalankan dengan penuh ketaatan p ALLAH swt & Rasulullah saw..
      18 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus ‎"khalifah /pemerintah adalah 'wakil' Allah swt utk mentadbir jd tanggungjwb besar seharusnya dijalankan dengan penuh ketaatan p ALLAH swt & Rasulullah saw.."
      ~ oleh krn skg bukan zaman khalifah, maka wajarlh amir yg menjalankan peranan menggantikan khalifah sehingga khalifah sebenar muncul nanti.
      15 minutes ago ·
    • Nur Judyana Rasidi amir=sultan
      14 minutes ago ·
    • Nur Judyana Rasidi ‎& sultan itu mentaati Allah swt & Rasulullah saw
      12 minutes ago · · 1 person
    • Anam M. Alhabsyi apabila di suatu negeri ada sultan yang sehat akal dan badan, mampu menjalankan tugas dalam pemerintahan dan mengurus umat, dan taat kepada Allah dan Rasulullah SAW, kemudiannya ada sebagian orang mengangkat amir lain, maka layaklah yang demikian berkeluar dari jama'ah, dan bolehlah sultan menghukum mereka karena mereka termasuk bughot
      12 minutes ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus apa maksud amir? definisi amir ikut pemahaman NJS?
      12 minutes ago ·
    • Nur Judyana Rasidi ‎& sultan itu mentaati Allah swt & Rasulullah saw
      2 hours ago · · 1 person
    • Anam M. Alhabsyi apabila di suatu negeri ada sultan yang sehat akal dan badan, mampu menjalankan tugas dalam pemerintahan dan mengurus umat, dan taat kepada Allah dan Rasulullah SAW, kemudiannya ada sebagian orang mengangkat amir lain, maka layaklah yang demikian berkeluar dari jama'ah, dan bolehlah sultan menghukum mereka karena mereka termasuk bughot
      2 hours ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus apa maksud amir? definisi amir ikut pemahaman NJS?
      2 hours ago ·
    • Hafiz Salman Dalam Islam ade Amir untuk muamalat je ke? Hukum len nak campak mana? (-_-)""
      about an hour ago · · 1 person
    • Halim Panji Timur orang melayu, dlm politik berpecah, dlm berjuang dinar&dirham pun mau berpecah juga? jgn gadu h bende titik bengiklah!
      about an hour ago via Facebook Mobile · · 1 person
    • Amir Hasyim Kamaruddin siapa tahu macamana umar vadillo boleh jadi ceo kgt? kalau pun taknak iktiraf dia sebagai Amir, cukup la terima dia sebagai wakil yg dilantik amir untuk hidupkan balik muamalat, kalau nk tahu cite lanjut, pi jumpa & tanya nik aziz atau husam musa
      about an hour ago ·
    • Amir Hasyim Kamaruddin nama saya Amir..:)
      about an hour ago · · 2 people
    • Mohd Aafiffuddin Ibnu Azhar amir a.k.a khalifah merupakan ketua ummat Islam. sekarang ini sudah tiada lagi amir. yang ada hanyalah ketua kelompok/masyarakat ummat Islam.
      about an hour ago ·
    • Imau Cenyum sy bimbang kemelut ini jika tidak ditangani dgn bijaksana boleh memecah belahkan kita.. dan musuh sememangnya menunggu peluang sebgitu untuk menghancurkan kita.
      about an hour ago ·
    • Anam M. Alhabsyi Jika Umar Vadillo mengaku amir a.k.a khalifah, maka selayaknya Sultan Kelantan ambil bay'ah kepadanya. Jika demikian, semua umat di Kelantan otomatis menerima ia sebagai amirnya. Dan dengan demikian pula Kelantan berlepas dari Malaysia
      about an hour ago ·
    • Mohd Aafiffuddin Ibnu Azhar mana datang isu Umar Vadillo jadi khalifah? saya tak faham.
      about an hour ago ·
    • Mardia Nasir banyaknya teori.. realitinya, negara kita demokrasi.. kita di selangor tapi selangor pun tak buat dinar dirham.. jadi kita buat apa yang boleh.. kalau nak semua dah siap sempurna, kita tunggu saja- tak payah buat apa-apa.. sekurang-kurangnya sekarang orang kebanyakan macam kita ni dah sedar pentingnya Dinar dan Dirham dan boleh pegang dinar dirham tanpa dikenakan tindakan.. kalau kita terlalu menghukum dan menyerang KGT, nanti ada alasan kerajaan nak mengharamkan terus dinar dirham ni atas alasan menindas rakyat jelata.. jadi kenapa tak ambil pendekatan sederhana - siapa suka beli, tak suka tak payah.. tiada paksaan.. KGT buat majlis memperkenalkan dinar dirham, tapi tak paksa sesiapa ikut.. bagi yang tak berapa faham tu, datanglah ke majlis Dinihari Dinar, boleh dapat maklumat dan tidak mengikut arus tanpa memahami isu yang lebih besar.. pasal pancung-memancung ni, begitukah kita nak memperkenalkan undang-undang Islam/syariah, belum apa-apa orang dah ngeri dah, macam saya dengar di Al Jazeera mengenai orang liberal Mesir tak mahu pemerintahan islam 'i don't want to wake up tomorrow and find that God is ruling the country' - tergamak dia sampai terkeluar perkataan begitu.. kalau kita asyik menakut-nakutkan orang tak mustahil anak cucu kita nanti pun cakap macam tu - Na'udzubillah.. btw, saya ni bukan dari pihak KGT pun.. saya dariwww.whitebrickoven.com sebuah bakeri sahaja.. tak banyak pun peranan dalam menggunakan DnD sebab bisnes saya pun part time, tapi sekurang-kurangnya kita berusaha sedikit demi sedikit..
      about an hour ago · · 3 people
    • Aliff Basri Al-Hadif semua perlu duduk semeja dan selesaikan scara baik. FB bukan tempat yang 'proper' untuk bincang perkara begini. Mungkin boleh diadakan mesyuarat untuk para pengeluar emas(dinar) dan dirham mencari kata temu bersama dengan KGT. Maksud KGT wajib difahami dengan baik dan jelas. Perjalanan masih panjang..
      about an hour ago · · 3 people
    • Mohd Aafiffuddin Ibnu Azhar kenapa ramai sangat takut dengan perlembagaan negara? bukankah kita yang mencipta perlembagaan? tak bolehkan kita pinda dan ubahnya sesuai dengan kehendak zaman? yang tidak boleh dipinda hanyalah hukum Al-Quran.
      about an hour ago ·
    • Anam M. Alhabsyi saya bersetuju dengan tuan Mardia Nasir bahawa KGT hanyalah korporat sahaja. Sebuah industri perniagaan, tak payah urusan amir dan taat. Semua orang boleh ambil atau menolak produknya, sesuai keadaan di pasar.
      53 minutes ago · · 3 people
    • Mardia Nasir sebenarnya kita ni salah ambil ilmu - the do's and dont's untuk kita - jangan buat itu jangan buat ini, yg sebelah oihak lagi - walau org lain buat jahat pada kita, kita cuba bersangka baik.. tapi kita ni selalu terbalik, kita sangka buruk kat orang dan susah nak maafkan orang sebab kita mengenangkan betapa besarnya dosa dia pada kita, entah-entah dia tak sengaja pun. macam pemimpin dengan rakyat pulak, kita selalu sebok nak bagi tahu cara nak memimpin, sedangkan kita rakyat, yg pemimpin pulak sebok nak menyuruh rakyat sabar sabar tanpa dia menjalankan tugas dia dengan baik.,. itu pasal semua kacau bilau.. kalau semua orang ambil perhatian pada tugas masing-masing, mungkin negara makin aman kot..
      41 minutes ago · · 2 people
    • Pengembara Bumi yup...sedap sikit sorg tmbh perasa...hehhehe..sebagai pemerhti,.memng best bcer komen2 nih..byk ilmu dpt ditimba...
      35 minutes ago · · 1 person
    • Ammar Rawi Admin yang beriman harap delete post yang beurunsur "fitnah" di mata pihak2 tertentu...
      8 minutes ago ·

No comments:

Post a Comment