Sunday, August 7, 2011

Perjalanan Group Dinar Dirham

Syazwan Madihah created a doc.
Sobahal Khair.


Bagi yang baru masuk dan baru mengenali group ini.
Antara tujuan utama group ini hanyalah sebagai medium perbincangan dan didikan mengenai dinar dirham (syiling yang diperbuat dari emas dan perak) yang digunakan sebagai matawang (medium
of exchange) , riba dan segala yang berkaitan dengannya.


Jika kalian mendapati adanya ketidaksefahaman ahli-ahli di dalam group ini berkaitan sesuatu isu, anggaplah ianya sebagai perbincangan terbuka, dan ambillah yang mana yang baik sahaja.


Jika perbincangan sudah mencapai tahap 'ada nada kemarahan' , berhentilah seketika, ambil wudu dan duduk sejenak agar diri dapat dikawal.


Di sini ada beberapa perkara untuk kalian ketahui berkenaan group ini dan perjalanannya.


A - DI sini ada beberapa perkara, yang mana , kalian boleh rujuk agar sebarang perbincangan di dalam ini terus berjalan seadanya ,ilmu terus dicurrahkan, maka elakkan dari menyebut isu-isu yang diterangkan.


1 - Elakkan melabel dinar dan dirham sesuatu produk dengan perkataan yang tidak disenangi sama ada ianya dari pemerintah atau dari swasta.


sebagai contoh : ini dirham makruha (dirham dibenci) , ini dirham sebenar, ini dinarius itu a , ini b, yang hujung tu c.


Dirham dan dinar itu adalah syiling yang diperbuat dari emas ,yang dijadikan sebagai medium of exchange . Jika sesuatu produk dari emas dan perak (syiling) itu dijadikan sebagai barang perantara, maka layaklah disebut sebagai dinar ataupun dirham.


2 - Elakkan dari komen menghasut sebagai contoh : dirham ini sekian sekian, tokey dia sekian-sekian.


3 - Isu-isu berkaitan harga dnd. Persoalan harga ini , boleh merujuk kepada pihak yang menjadi wakil kepada sesuatu produk DnD. Seboleh, jika anda ingin penjelasan mengapa sesuatu produk itu harga sekian dan yang ini sekian, elakkan pos atau komen secara terbuka.


Ini bagi menjaga keharmonian group ini.



B - Jika anda ingin mengedar dnd atau menjual barangan.


i - seeloknya quote harga di dalam dinar atau dirham dan ditambah di dalam nilaian kertas (RM berapa)


ii - elakkan post barangan yang sama berulang kali setiap hari.


iii - Jika post yang lalu masih valid harganya, tulis satu perkataan atau huruf di ruangan komen post tersebut, maka post tersebut dengan sendirinya akan menjadi tajuk utama atau naik jadi post paling atas di dalam group ini.


walau ditulis satu titik ' . ' , ini sudah cukup buat post itu naik semula ke atas.



**saya bukan admin group ini, sekadar memberikan sedikit petunjuk agar kita sama-sama menjaga hubungan kita sesama manusia agar
ianya mempermudahkan urusan kita di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment