Wednesday, August 3, 2011

ZAKAT FITRAH

http://www.facebook.com/notes/ust-rafidi-hashim/zakat-fitrah/154007894624945

ZAKAT FITRAH

Menunaikan zakat fitrah dengan wang fiat ??????




Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah Yang Berubah Mengikut Zaman

Di Malaysia, Zakat Negeri - Negeri menentukan zakat fitrah ialah segantang beras atau RM yang senilai dengannya yang perlu dibayar kepada amil bertauliah. Amil berhak mengambil 1/8 bahagian daripada jumlah yang dikutipnya sebagai komisen. Maka bersungguh-sungguhlah amil-amil itu dengan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan kutipan fitrah sebanyak mungkin. Sebab itu, hari ini kita dapati setiap bulan Ramadan, amil berada dimana sahaja orang berada samada di kaki lima, depan shopping complex atau pejabat.


Menunaikan zakat fitrah dengan beras dianggap lebih afdal (lebih pahala) dan hampir kepada sunnah daripada dengan RM. Itulah yang biasa diamalkan tidak berapa lama dahulu. Apabila masyarakat bertambah maju, mereka menganggap bayaran fitrah dengan beras menyusahkan pembayar dan amil. Maka amil pun menggunakan kreativiti mereka dengan menyediakan segantang beras yang dibungkus dengan karung kertas. Seseorang yang ingin membayar fitrah dengan beras, cuma perlu membeli beras itu terlebih dahulu daripada amil mengikut harga yang ditetapkan dan beras itu kemudiannya diberikan semula kepada amil sebagai zakat fitrah. Jika seseorang itu ada sepuluh orang ahli keluarganya, dia akan membeli beras yang sama berulang-berulang sepuluh kali dan menyerahkannya kembali kepada amil sebagai zakat fitrah. Demikianlah beras sebungkus itu dijual beratus-ratus kali dalam sehari.


Amalan membeli beras dari amil untuk membayar zakat juga sudah tidak popular dizaman sekarang. Namun ia masih terdapat dikampung-kampung. Hari ini kebanyakan orang cuma pentingkan kemudahan; maka membayar fitrah dengan wang sahaja menjadi pilihan ramai.


Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik Kedah saran kembali guna beras sebagai zakat fitrah :


Mengikut pendapat Imam Syafei dalam kitabnya ar-Risalah, pemberian zakat fitrah adalah lebih baik dilakukan mengikut sunnah nabi. Ia lebih baik dilakukan sebelum menunaikan solat Eid. Zakat fitrah lebih afdal diberikan terus kepada yang layak menerimanya dan lebih diutamakan jiran-jiran yang terdekatnya terutama dari golongan faqir dan miskin.. Mengikut Imam Syafei, yang layak menerima zakat fitrah hanya terdiri dari 6 asnaf saja dimana Amil dan Muallaf tidak termasuk dalam kategori tersebut. Bahan-bahan yang boleh dikeluarkan zakat fitrah pula adalah bahan-bahan asas makanan seperti beras,gandum dsbnya dan bukannya duit.



Tuan Guru Hj Salleh Musa

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. berkata : Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah dari bulan Ramadhan satu sha' dari kurma, atau satu sha' dari sya'iir. atas seorang hamba, seorang merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslilmin. (H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Diriwayatkan dari Umar bin Nafi' dari ayahnya dari Ibnu Umar ia berkata ; Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah satu sha' dari kurma atau satu sha' dari sya'iir atas seorang hamba, merdeka, laki-laki, wanita, anak kecil dan orang dewasa dari kaum muslimin dan beliau memerintahkan agar di tunaikan / dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk shalat 'ied. (H. R : Al-Bukhary, Abu Daud dan Nasa'i)

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Rasulullah saw telah memfardhukan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang shaum dari perbuatan sia-sia dan dari perkataan keji dan untuk memberi makan orang miskin. Barang siapa yang mengeluarkannya sebelum shalat, maka ia berarti zakat yang di terima dan barang siapa yang mengeluarkannya sesudah shalat 'ied, maka itu berarti shadaqah seperti shadaqah biasa (bukan zakat fitrah). (H.R : Abu Daud, Ibnu Majah dan Daaruquthni)

Diriwayatkan dari Hisyam bin urwah dari ayahnya dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda : Tangan di atas (memberi dan menolong) lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta), mulailah orang yang menjadi tanggunganmu (keluarga dll) dan sebaik-baik shadaqah adalah yang di keluarkan dari kelebihan kekayaan (yang di perlukan oleh keluarga) (H.R : Al-Bukhary dan Ahmad)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Rasulullah Saw. memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah unutk anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya dari orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu). (H.R : Daaruquthni, hadits hasan)

Pihak pemerintah disaran mengembalikan kaedah pembayaran zakat fitrah dengan menggunakan beras sebagaimana ajaran Mazhab Syafie yang menjadi pegangan di negara ini.

Demikian saranan yang dilontarkan Mudir Madrasah ar-Rahmaniah, Tuan Guru Salleh Musa . Katanya, kaedah pembayaran yang diamalkan kini iaitu menggunakan wang tidak sah dan tidak memadai.

Jelasnya, sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab fekah Mazhab Syafie, zakat fitrah mestilah ditunaikan dengan memberi fakir miskin makanan yang mengenyangkan dan afdal pemberi sendiri memberi kepada penerima.

"Mesti bagi beras, beras itupun tidak boleh berubah, mesti bagi biji beras. Apatah lagi duit.




Gembiranya sifakir miskin menerima zakat beras buat dimasak untuk makan bersama keluarga

"Mengikut Mazhab Syafie, harga makanan tidak boleh, mesti beri makanan yang mengenyangkan ahli negeri. Macam di Makkah itu makan gandum, ikut makanan negara masing-masing yang mengenyangkan ahli negeri. Macam kita di sini beraslah makanan yang mengenyangkan," terang beliau ketika diminta mengulas lanjut perkara itu selepas majlis tersebut.

Tegasnya, pembayaran menggunakan harga beras yakni menggunakan wang tidak ada dalam Mazhab Syafie.

Tanpa menafikan kaedah itu terdapat dalam mazhab lain, beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah mempersoalkan tindakan beralih dan berpindah mazhab itu.

Oleh itu, beliau melahirkan harapan agar kaedah pembayaran mengikut Mazhab Syafie itu diamalkan semula setidak-tidaknya di negeri Kedah yang kini diterajui oleh PAS.

"Satu lagi zakat fitrah ini, ia masuk dalam zakat amwalul batinah. Zakat ini ada dua, satu amwalul zahirah, satu lagi amwalul batinah. Amwalul zahirah ini macam zakat padi, zakat perniagaan....itu bolehlah kerajaan nak ambil.

"Zakat amwalul batinah, afdal tuannya itu beri sendiri. Jadi kalau ikut pandangan mazhab kita tidak memadailah, tidak sah," ujarnya melanjutkan hujah.

Beliau turut menyeru agar setiap sumbangan atau zakat diberikan kepada fakir miskin dari kalangan ahli khair (ahli kebajikan).

"Fakir miskin ini banyak, bukan semua serupa. Kita kena cari ahli khair, bagi bantuan kepada mereka besar pahalanya.

"Kerana ada fakir miskin yang tidak bersolat, tidak menunaikan puasa malah ada yang terlibat dengan penagihan dadah, itu bukan ahli khair," terangnya.

Pun begitu jelas beliau, pemberian kepada fakir miskin bukan dari kalangan ahli khair tidaklah menjadi satu kesalahan.

"Bagi boleh tapi kurang afdallah, pahalanya tidak banyak mana. Jika beri pada fakir miskin ahli khair memang kenalah. Jadi fakir miskin ini pun kena pilih (untuk beri)," ujar beliau.


Pendapat ulamak tentang zakat fitrah :

1.Menurut jumhur ulamak (Imam Syafi’ie, Malik dan Ahmad); Zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan (yakni makanan asasi penduduk setempat). Tidak harus dikeluarkan dengan wang sekalipun menyamai harga/nilai makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Alasan mereka ialah;mengeluarkan zakat fitrah dengan selain dari makanan asasi setempat adalah bercanggah dengan Sunnah Nabi s.a.w..

2. Menurut Imam Abu Hanifah; harus mengeluar zakat fitrah dengan wang yang seharga/senilai dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat. Menurut mereka; zakat fitrah adalah hak fakir-miskin. Untuk memenuhi hajat mereka boleh dengan makanan dan boleh juga dengan wang. Tidak ada beza antara kedua-duanya. Barangkali mengeluarkan dengan wang adalah lebih baik kerana dengan wang memudahkan orang fakir membeli apa sahaja barang keperluan yang mereka kehendaki (makanan, pakaian, daging, lauk-pauk dan sebagainya).

3. Menurut Imam Ishaq dan Abu Tsur; mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai (wang) hanya harus ketika darurat sahaja.



Sekali kita berdepan dengan persoalan wang. Adakah wang yang dimaksudkan oleh Imam Abu Hanifah itu wang fiat atau wang dirham ??? Bolehkah zakat fitrah dibayar dengan nilai fulus atau nilai nuqud ( wang emas atau wang perak ).


Pengalaman saya di sebuah Masjid di Kedah :

Masjid mengutip zakat dalam RM tetapi mengutip sumbangan untuk diedarkan kepada fakir miskin dalam beras. " Program sekampit beras ". Segalanya sudah terbalik. Sepatutnya zakat dalam beras , sumbangan dalam RM. Maka bertimbunlah orang ramai menyumbang beras kepada masjid untuk diedarkan kepada fakir miskin. Alasan tidak mahu beras dalam zakat fitrah kerana menyusahkan sudah tidak relevan. Masyarakat sebenarnya mampu mengagihkan sendiri beras zakat fitrah mereka dan mengikut mazhab Shafie lebih afdal beri sendiri.

Saya pernah diperli oleh orang yang nampak a'lim : " Zaman sekarang ada lagi orang bayar zakat dengan beras !!!!!!!

Fikirkan semula ketika hendak membayar zakat dalam wang fiat .......... adakah menggunakan wang fiat halal untuk membayar zakat halal ....

Kalau kita dah tahu wang fiat itu riba kan molek bayar zakat dengan beras. Moga - moga Allah menerima ibadat zakat kita. Amiiiiin.

Saya sendiri tidak pernah bayar zakat fitrah dalam wang fiat cuma dengan beras sahaja , tak susah pun nak ikut sunnah .....

No comments:

Post a Comment