Tuesday, August 9, 2011

ZAKAT

Bahan fikir sempena akan berakhirnya 1/3 pertama Ramadan:

Zakat Fitrah berbeza dengan zakat-zakat lain yang diwajibkan ke atas orang beriman:

a) Ia bukan dikeluarkan secara khusus untuk membersihkan harta seperti lazimnya dalam zakat-zakat lain dimana kita keluarkan daripada harta kita bahagian hak Hamba Allah yang lain (i.e. zakat fitrah wajib ke atas hamba dan kanak-kanak)

b) Walaupun ia dikeluarkan kepada golongan fakir miskin sebagai bantuan kepada mereka, ia tiada kena-mengena dengan "pemilikan harta" secara khusus - maknanya, bantuan utama kepada fakir miskin bukan dari zakat fitrah tetapi dari zakat-zakat lainnya (yang dikeluarkan oleh orang-orang Islam pada sepanjang tahun) - ia bukan tujuan utama kenapa zakat fitrah diwajibkan

c) Batas masanya pula sangat tegas sekali - ia punya batas masa yang bila ia (batas masa) tidak dipatuhi maka apa-apa yang dikeluarkan itu akan dikira sebagai sedekah biasa sahaja (orang ini akan berdosa kerana melanggar perintah zakat fitrah - siapa yang perintah? Allah dan Rasul-Nya)

d) Boleh difahami Zakat Fitrah dikeluarkan untuk membaiki kekurangan ibadah puasa kita sebelum ia dinilai oleh Allah swt. - dan pembaikan mesti dibuat di penghujung Ramadan sebelum "deadline" hari lebaran (solat sunat Idil Fitri)

Persoalan besar di sini:

Amil itu hanya "wakil kutipan", fungsinya dalam agama tidak pernah berubah - dia itu wakil sahaja, bukan penerima mutlak zakat fitrah

Walaupun penggunaan amil tidak pernah ditemui riwayat penggunaannya dalam amalan Zakat Fitrah oleh Sahabah, Tabi'in, Tabi' al-Tabi'in; penggunaannya tidaklah salah - asalkan:

KUTIPAN WAJIB DISERAHKAN KEPADA PENERIMA SEBELUM TARIKH AKHIR YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH DAN RASUL-NYA

Kerana Zakat Fitrah itu tidak boleh dijadikan hutang, ia hanya tertunai apabila penyerahan dan penerimaan berlaku dari bermula Ramadan sehingga ke akhir Ramadan sebelum solat sunat Idil fitri.

Sebelum bayar zakat fitrah, saudara wajib pastikan perkara ini -tidak boleh hanya berserah dengan alasan "patuh pada pemerintah".

Wallahu'alam.
28 minutes ago · · ·
    • Alexander Rayyan
      Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata:

      “Rasulullah saw. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka, baik laki-laki maupun perempuan, baik kecil maupun tua dari kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat shalat ‘Idul Fitri.”

      (Muttafaqun ‘alaih : Fathul Bari III :367 no:1503, Muslim II: 277 no:279/984 dan 986, Tirmidzi II : 92 dan 93 no: 670 dan 672, ‘Aunul Ma’bud V:4-5 no: 1595 dan 1596, Nasa’i V:45, Ibnu Majah I: 584 no:1826 dan dalam Sunan Ibnu Majah ini tidak terdapat “WA AMARA BIHA…”).

      Dari Ibnu Abbas r.a. berkata:

      “Rasulullah saw. telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan yang kotor, dan sebagai makanan bagi orang-orang miskin. Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum (selesai) shalat ‘id, maka itu adalah zakat yang diterima (oleh Allah); dan siapa saja yang mengeluarkannya sesuai shalat ‘id, maka itu adalah shadaqah biasa, (bukan zakat fitrah).”

      (Hasan : Shahihul Ibnu Majah no: 1480, Ibnu Majah I: 585 no: 1827 dan ‘Aunul Ma’bud V: 3 no:1594).
      22 minutes ago ·
    • Alexander Rayyan
      ‎"Dan telah diajarlah oleh Allah akan Adam as dengan beberapa nama benda. Lalu apabila Adam as menghafal nama-nama benda tersebut, maka Allah panggil malaikat (Allah hadirkan malaikat di hadapan Nabi Adam as), kemudian Allah suruh malaikat sebut pula nama-nama benda yang telah Allah ajar kepada Adam as. Maka menjawab para malaikat: Maha suci Engkau wahai Allah, kami tidaklah tahu apa-apa pun, kecuali yang telah Engkau ajar kepada kami. Sesungguhnya Engkau ini adalah Tuhan yang Amat Mengetahui lagi Amat Bijaksana." (Surah al-Baqarah: 31-32)

      "...dan sesungguhnya Allah telah mengangkat dikalangan orang-orang yang beriman itu akan darjat-darjat mereka melalui ilmu pengetahuan..." (Surah al-Mujaadalah: 11)

      Wallahu'alam, Mufassirin membahaskan bahawa inilah dalil yang menunjukkan tingginya darjat manusia daripada malaikat.

      dan rendahnya darjat manusia lebih rendah daripada binatang dek kerana kejahilan dan keingkaran.

      Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud :

      "Sesungguhnya telah Kami jadikan untuk (isi neraka) jahannam kebanyakan daripada jin dan manusia. Mereka mempunya hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) mempunya mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai BINATANG TERNAKAN, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al-A'raf: 179)

      BaarakAllahu fiikum.
      8 minutes ago ·
    • Alexander Rayyan
      ayat 179 al-A'raf ini-lah yang Ustaz Azhar Idrus selalu guna bila dia gelar orang yang tak suka dengan majlis ilmu sebagai "kerbau, lembu dan kambing (binatang ternakan)"

      dia kata kurang-lebih: "kewajipan menuntut ilmu bagi orang awam bukan berat sangat, cukup jika boleh beri masa antara waktu maghrib dan isya' pada setiap malam dan sedikit lagi masa pada hujung minggu - guna HATI, guna MATA, guna TELINGA untuk cari ilmu supaya dapat taat pada Allah swt, JANGAN JADI KERBAU DAN LEMBU, SATU HARI CARI MAKAN BILA BALIK TAHU DIA NAK REHAT-REHAT."

No comments:

Post a Comment