Sunday, July 31, 2011

Cupak gantang

Dari Sdr. Bahrul Kamil

2 3 hari lepas cuba mendapatkan cupak dan gantang di Kelantan sbb katanya disana masih boleh diperolehi cupak gantang.. Seblm pergi pun sebnrnya sudah menalipon bbrp kali utk mempastikan barangn tu ada.. Namun, setelah sampai di sana, info yg amat mengejutkan diperolehi drpd peniaga2 di sekitar daerah P.Puteh dan KB termasuk peniaga Cina.

1. Cupak Gantang sudah diharamkan penggunaannya sudah sekian lama di seluruh negara... Astaghfirullah..
2. Namun, kemudian drpd itu, di Kltn ramai lagi peniaga2 yg curi curi menggunakannya, kebanyakannya makcik makcik yg menjual etok (sejenis siput), belalang, kulat sisir dan beberapa hasil kampung yg lain. Di kedai2 lain, peniaga2 sprti kedai beras dsbnya hanya menggunakan cupak utk 'menyedok' shj bukan utk menyukat.
3. Kemudian drpd itu lagi, penguatkuasaan mula dilakukan oleh pemerintah, byk cupak dan gantang telah dirampas dr peniaga, haram dipamerkan, engkar, denda RM100 setiap bijik. Dulu ada yang menyorok di bwh guni, skrg mereka tidak berani lagi. Takut kena 'jail'.

Setelah gagal mendapatkannya dr peniaga2 walaupun yg 2nd hand, saya telah cuba bertanya di beberapa rumah org tua tua. Alhamdulillah, satu cupak telah diperolehi, sudah kelihatan agak lama, mungkin lebih berusia dr saya. Mmm.. saya sedang berfikir utk men'fabricate' model ini dgn mengekalkan isipadu sukatannya demi persediaan kita utk meninggalkan amalan duit kertas. InsyaAllah.

Ingin saya kongsikan beberapa kesimpulan di sini..
1. Walau apapun tujuannya, satu amalan sunah cuba diharamkan, na'uzubillah.
2. Sbrg usaha utk mengembalikannya mendapat ejekan dan sindiran. (Tak ape sbb mereka belum mengerti)
3. Cupak Gantang cuma dipandang sebagai satu sunah yg kecil shj. Dari sudut ekonomi Islam ramai yg jauh lagi drpd memahami konsep cupak gantang ini. InsyaAllah kita di al-Munawwarah akan memulakan dan mempromosikannya, sehingga ia memberi satu 'kesan' dan memperolehi keberkatan.

Wallahu Taalaa a'alam.

Sabda Nabi s.a.w : Ya Allah! jadikan kami mencintai Madinah sama seperti kami mencintai Makkah atau lebih dari itu. Berkatilah kami dalam sa (gantang) dan mudd (cupak) kami. Buangkan wabak (dari Madinah) dan pindahkan ke al-Juhfa. '" Al Muwatta' Imam Malik

Kemana perginya sunnah sa' dan mudd ? Gantang dan cupak adalah sunnah !

Yahya meriwayatkan kepada saya dari Malik dari Zaid bin Aslam dari lyad ibn Abdullah ibn Sad ibn Abi Sarh al-Amiri bahawa dia telah mendengar Abu Said al-Khudri berkata, "Kami membayar zakat al-Fitr dengan satu sa' gandum, atau satu sa' barli, atau sa' tamar, atau sa' susu masam kering, atau sa' kismis, menggunakan sa' Nabi s.a.w.

1 sa’ (gantang)= 4 mudd (cupak)

1 mudd (cupak) = cedukkan dua tapak tangan Rasullullah s.a.w

Bayar zakat fitrah dengan makanan ruji dengan ukuran sa’ (gantang ) – hidupkan kembali sunnah Nabi s.a.w
.

1 comment:

  1. salam Tuan...cupak yg tuan dapat tu tembaga atau besi...kalau tembaga saya berminat utk membeli jika nak jual..bole call saya 0199225200..tq

    ReplyDelete