Tuesday, July 19, 2011

Takrif riba baru oleh ulamak moden :

Takrif riba baru oleh ulamak moden :

Bahagian-bahagian Riba:

Riba dapat dibahagikan kepada dua bahagian:

Pertama: Riba al-Nasiah (Riba Hutang)

Kedua: Riba al-Fadl (Riba Jual Beli)

Maka riba itu bukan sahaja berlaku apabila kita memberi hutang dengan syarat dibayar melebihi jumlah pinjaman namun juga berlaku dalam jual beli terhadap beberapa jenis mata benda. [al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, al-Zuhaili, Wahbah, 5/353].

Riba Nasiah النسيئة

Riba al-Nasiah atau Riba Duyun atau disebut juga Riba Jahiliah dan Riba Jali (Terang) adalah riba yang diamalkan oleh kaum musyrikin Mekah di zaman Jahiliah dan pada jenis riba inilah Allah Taala menurunkan ayat-ayat yang mengharamkan riba menurut satu wajah daripada Qaul Ashab al-Syafiiah dan sebahagian Ulama. [al-Majmuk Syarhul Muhazzab, 9/391, al-Fiqh alal Mazahib al-Arba’ah, 2/172].

Maksud Riba Nasiah adalah: “Pertambahan pada hutang dengan bertambahnya tempoh pembayaran”. Ini berdasarkan tafsiran para Ulama dengan ijmak maksud riba Jahiliah adalah kaum Musyrikin Mekah apabila mereka memberi hutang sampai kepada tempoh pembayaran balik maka mereka memberi pilihan kepada peminjam sama ada membayar atau menangguhkan pembayaran dengan syarat menambah pembayaran. [al-Fiqh alal Mazahib al-Arba’ah, 2/172, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 5/353, al-Mausuah al-Fiqhiah al-Kuwaitiah, 22/57-58].
33 minutes ago · · ·
  • Mujahid Altercronic and Za Mo like this.
    • Ust Rafidi Hashim Maksud riba sebenar adalah:
      عقد على عوض مخصوص غير معلوم التماثل في معيار الشرع حالة العقد أو مع تأخير في البدلين أو أحدهما
      Maksudnya: “Aqad atas pertukaran dengan benda tukaran yang tertentu yang tidak diketahui persamaan antara keduanya pada timbangan syarak pada waktu aqad atau dengan dilewatkan (penyerahan) tukaran keduanya atau salah satunya”. [Mughni al-Muhtaj, al-Syarbini, Muhammad al-Khatib, 2/210, Furuk al-Masail, al-Fatani, Daud, 2/11].
      30 minutes ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Riba al Fadl sebenarnya ialah tambahan pada pertukaran barang ribawi dan pada hutang.
      Riba An nasiah sebenarnya ialah penangguhan pada pertukaran barang ribawi .
      24 minutes ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Kedua dua takrif riba al fadl dan nasiah jadi terbalik
      23 minutes ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Sedikit cerita sejarah matawang di Mesir dan bagaimana takrif riba ditukar untuk enghalalkan wang kertas yg ketika itu masih lagi disandarkan dengan emas (riba nasiah) : Duit syiling emas kekal sebagai alat pertukaran sehinggalah tahun 1898, apabila National Bank of Egypt ditubuhkan dan telah diberikan hak dan kebenaran selama 50 tahun, oleh kerajaan, keistimewaan untuk mengeluarkan wang kertas Mesir, boleh ditukar dengan emas, promissory note. National Bank of Egypt mula mengeluarkan wang kertas buat kali pertama pada 3 April 1899.
      Maka mata wang yang beredar di Mesir mengandungi pound Sterling emas dan banknote wang kertas Mesir yang boleh ditukar dengan emas. Keadaan ini berterusan sehingga 2/8/1914 semasa satu Decree khas telah dikeluarkan , mata wang kertas Mesir sah diperlakukan melalui legal tender dan tidak boleh lagi ditukar dengan emas. Oleh itu, wang kertas pound Mesir menjadi wang fiat semata – mata. Maka, duit syiling emas tidak lagi digunakan dalam edaran.



      Fatwa Abduh - Pintu Perbankan dibuka



      " Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal; manakala Pejabat Pos melabur wang yang diambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak Pos. Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat - syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad "("Al-Manar", vol. VI, bahagian 18, m/s. 717)



      Pintu untuk menggunakan bank dan wang kertas perbankan mereka oleh itu telah dibuka. Asas kepada "Islamic Bank" terbina dengan menggambarkan interest/faedah itu dapat dipertimbangkan seolah-olah ianya adalah sebahagian dari perkongsian dalam qirad.



      Anak murid Abduh,Muhammad Rashid Reda penyambung pemikiran mentornya adalah pengasas majalah "Al-Manar" diedarkan di seluruh dunia Islam.



      Beliau mengatakan "Tiada apa-apa dalam agama kita yang adalah tidak sesuai dengan tamadun semasa, terutama aspek-aspek itu dianggap sebagai berguna oleh semua negara bertamadun, kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba dan saya bersedia untuk membenarkan [daripada sudut pandangan Shari'a] semuanya dimana pengalaman orang-orang Eropah sebelum kita akan diperlukan untuk kemajuan negeri dalam bagi menyatakan Islam sebenar (maju sebagaimana Eropah). Tetapi saya tidak akan membataskan diri saya dengan mazhab - mazhab, tetapi hanya dengan Al Qur'an dan Hadith yang sahih " ("Al-Manar", vol. XII, m/s.239)



      "Kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba" Apa yang dia maksudkan dengan " beberapa persoalan mengenai riba " sebagai contohnya yang dia melihat tidak ada kesalahan dalam mengambil insuran nyawa ("Al-Manar", vol. XXVII, m/s 346, serta vol.VII, m/s. 384-8, dan vol. VIII, m/s 588). Dia juga memperkecil-kecilkan ahli fiqh yang menggunakan Qiyas untuk memperluaskan larangan riba itu dalam mengambil interest/faedah ke atas modal dan memberikan pendapatnya bahawa interest atau faedah daripada wang deposit di bank atau Pejabat Pos tidak termasuk riba yang dilarang. ("Al-Manar", vol. VII, m/s. 28).



      Rashid Reda memberi pengkelasan ( takrif ) baru tentang riba, beliau membezakan apa yang beliau bahagikan sebagai ‘riba dalam Al Qur’an’ dan ‘riba dalam Sunnah’. Reda mempertahankan asas riba adalah dalam Al Quran dan diharamkan sampai bila – bila sementara text sunnah melarang bentuk riba yang lebih ringan dan mengikut pendapatnya juga dilarang tetapi dibolehkan jika berlaku keperluan (Darurah ).



      Dia mengatakan riba yang dilarang didalam Al Quran sebagai ‘ riba al jahilliyah’ ( jika seseorang tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan , penjual akan menaikkan harga ) kesilapannya mengatakan ini riba al – nasiah. Dia juga melakukan kesalahan dengan mengatakan riba al – nasiah ( silap bertukar maksud ) hanya menjadi haram jika melibatkan denda berbunga ( compound interest ) jadi bunga/interest biasa (simple interest ) tidak termasuk riba al – nasiah dan dibolehkan. Dia membuat kesimpulan bahawa interest/bunga biasa yang dikenakan atau yang dibayar oleh Bank tidak dilarang mengikut Al Quran dan sunnah.



      Larangan dari Sunnah mengikutnya, merujuk kepada pertukaran tertentu. Seperti dua orang yang menukar emas antara satu sama lain, jumlah emas mesti seimbang dan ditukar pada masa itu juga. Pada pendapatnya, tidak seperti riba al jahiliyah , cara ini tidak diketahui orang Arab kerana sukar untuk difahami mengapa harus ada dua orang yang melakukan pertukaran yang melibatkan kuantiti yang sama serentak pulak. Jadi riba al fadl dilihat sebagai amalan yang ditinggalkan didalam perdagagan dimana pertukaran emas yang sama dilakukan sudah tidak diamalkan lagi.



      Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “ tangan dengan tangan “ dan “seimbang “ merujuk pada riba, tidak difahami oleh golongan moden.



      Mereka tidak faham relevannya dan bentuk yang disebut. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana 'emas yang tidak ada' (dayn) ditukar dengan emas yang ada (ayn) . Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas ( bentuk asal wang kertas ). Seterusnya untuk menjadikan wang kertas halal, ulamak – ulamak modenis mengabaikan maksud dan relevannya hadis tersebut.



      Hadis itu merujuk kepada pertukaran dinar dan dirham khususnya pada cetakan berlainan , ia melarang sama sekali kewujudan nota/resit sebagai janji pembayaran. Dua bentuk ini sangat relevan dan penting kepada kita :



      Kesimpulannya, pandangan Reda adalah seperti berikut :A] Riba al-nasiah hanyalah riba al-jahiliyya dan hanya denda berbunga/compound interest dilarang dengannya.B] Riba al-fadl hanya melibatkan pertukaran, hanya peringkat kedua dan boleh diterima sekiranya berlakunya keperluan ( darurah ).



      Pengikut Reda pada asasnya mengambil pendekatan yang sama dalam mengklasifikasikan riba tetapi berbeza sedikit dalam isu denda berbunga/compound interest. Mereka bersetuju bahawa interest biasa/simple interest juga adalah haram tetapi prinsip darurah boleh diguna pakai dan mereka melihat riba al – fadl sebagai masalah kedua melibat hanya pada perdagagan ( bukan mata wang ).
      12 minutes ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Pengikut - pengikut Reda dan Abduh lah sekarang ini yg menjadi ahli Majlis Fiqh OIC dan Penasihat Syariah Bank bank Islam antarabangsa.

No comments:

Post a Comment