Tuesday, July 19, 2011

Zakat .....emas, perak dan wang kertas

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah :
" Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "
Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya : " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".
10 hours ago · · ·
    • Rizal Din berat nih :)
      10 hours ago ·
    • Izzul Hanif B Zamre perkara yang bertentangan dengan realiti pada hari ini..
      walaupun ianya benar..
      10 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Tunggu komen dari org yg angkat level wang kertas dari segi hukum zakat sama dengan emas dan perak ... bab riba dan tipu dah selesai ..
      10 hours ago ·
    • Izzul Hanif B Zamre kenapa benda ni tidak diajar dekat sekolah dan ipta/s
      belajar bab zakat tetapi tidak disentuh pun benda2 ni..
      bab riba pun sama..
      11 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Ramai Ulamak - Ulamak yang menghukum wang kertas itu semacam wang tembaga. maka tiada wajib zakatnya pada mazhab shafie. Antaranya :

      1. Al 'alamah Shaikhul Islam Negeri Mesir masa dahulu ialah Muhammmad Anba bi iaitu guru bagi as Saiyid Ahmad Bek al Husaini.

      2. Al ' alamah Shaikh Hasbullah , ulamak besar Mekah di zamannya.

      3. Al 'alamah As Saiyid Abdullah bin Abi Bakar.

      4. Al ' alamah Shaikh muhammad I'jaz Hussain.

      5. Al 'alamah Shaikh Muhammad Nazri Ali.

      6. Al ' alamah Shaikh Muhammad Irshad Hussain.

      7. Al ' alamah Shaikh Muhammad Abdul Qadir.

      8.Al ' alamah Shaikh Muhammad Inayatullah.

      9. Al ' alamah Shaikh Abdul Jalil.

      10. Al Mufti Shaikh Muhammad 'Illisyh.

      11. Al ' alamah Shaikh Muhammad Khatib

      Telah menyebut nama - nama ulamak - ulamak yang tersebut itu oleh Syaikh Ali al Maliki didalam kitabnya Shamsul Asyhraq.

      12. Al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki.
      13 Shaikhul Islam Kedah Al Haj Wan Sulaiman iaitu semasa dia muda dahulu.
      14. Shaikh Al Haj Wan Ahmad Bermin Fathani.

      15. Tuan Guru Shaikh saya ( Ayah Chik ) Shaikh Al Haj Abdullah Fahim , Mufti Pulau Pinang. Pada masa itu dia belum menjadi mufti dan dia menyuruh saya berpegang dengan barang yang didalam Kitab Iqna' an nufus yang saya mengaji padanya itu kitab dan dia khabar kepada saya, Shaikh Ahmad Khatib itu ia kata guru aku dan Shaikh Ali Al Maliki itu sahabat aku.
      11 hours ago · · 1 person
    • Ammar Rawi Kepada yang berpegang kepada pendapat ini, ada syarat2 yang harus dipatuhi iaitu :-

      1) Langsung tidak boleh menyimpan menggunakan wang kertas (penipuan zakat akan berlaku jika orang jahil menggunakan wang kertas; dia tidak mengeluarkan zakat kerana mengumpul wang kertas)

      2)Semua simpanan mestilah dalam bentuk dinar, dirham atau emas supaya zakat boleh dikeluarkan bila cukup haul dan nisabnya

      HARAM ke atas mereka menggunakan wang kertas walau dalam apa jua keadaan sekalipun termasuk zakat, muamalat, sedekah, dan lain2.

      Jika mereka masih menggunakan wang kertas atas alasan dharurat, pendapat di atas tidak terpakai lagi, dan mereka harus terimapakai segala hukum yang ada pada emas & perak termasuk riba'.
      11 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie zakat pendapat=zakat wang kertas..
      11 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie ‎*pendapatan..
      10 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim ohh Imam Shafie bagi pendapat ye
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor bermakna selagi gaji/upah diterima dlm bentuk wang fiat,tak perlu keluar zakatkah?
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor ‎*zakat pendapatan
      10 hours ago ·
    • Nizam Ali benar .. itulah yg dimaksud kan dgn tazkirah rgkas di atas .. tdk wajib zakat pendapatan
      10 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Pendapat Shaikh Ammar RawiJika mereka masih menggunakan wang kertas atas alasan dharurat, pendapat di atas tidak terpakai lagi, dan mereka harus terimapakai segala hukum yang ada pada emas & perak termasuk riba'.
      10 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie sbb ia wang kertas...
      10 hours ago ·
    • Nizam Ali betul tak apa yg di katakan oleh ust AR tuh, ya ust rafidi ..
      10 hours ago ·
    • Nizam Ali takleh pakai walau atas alasan darurat?
      10 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Saya rasa lebih selamat dengan pendapat Imam Syafie dari ikut pendapat Shaikh Ammar Rawi
      10 hours ago ·
    • Nizam Ali maknanya .. kita blh guna fiat skrg ni atas alasan dharurah?
      10 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Shaikh Ammar Rawi yang kata tak boleh walau darurat ..saya tak tahu dia mengaji mana siapa tok guru dia
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor dan mcm mana pulak dengan urusan sedekah dan derma...dengan urusan utama masih menggunakan fiat.kadang2 kita nk sedekah benda susah,nk wakaf tanah,xde harta...yg ada cuma pendapatan je (contohnya org makan gaji mcm saya)...apakah jalan terbaik nk bersedekah?
      10 hours ago ·
    • Nizam Ali syamsul .. kalu darurat, kena pkai seminima mgkin, nk sedekah, kena tkar ke DnD dulu .... kalu xleh sgt, baru sedekah guna fiat .. (betul?kalu salah sila betulkn)
      10 hours ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Jangan makan babi sampai kenyang, buat gulai taruk santan pulak tu dah tu tak ada usaha nak keluar dari darurat
      10 hours ago · · 1 person
    • Izzul Hanif B Zamre apa yg dibincangkan bab fekah..ianya boleh berubah setiap zaman..
      10 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie zakat wajib...sedekah tu..niat kita sndiri..
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor ya,saya faham.cuma situasi bg org makan gaji (termasuk saya buat masa kini) pendapatan fixed.sebab saya ada buat list pendapatan bulanan dgn niat utk keluarkan zakat pendapatan.sbb sy sudah genap setahun bekerja.
      10 hours ago ·
    • Insan Setia Pendapat Imam As-Syafie yang dibentangkan di atas mmg layak di pakai dn sememangnya terpakai..masalah dharurat rasanya telah di bincang semalam..tp masih x faham lagi ke?
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor saya baru masuk malam ni...maaf.
      10 hours ago ·
    • Fithrie BijakEmas Tak payah kuar zakat ler, bykkan sedekah sbb zakat dah tak wajib bg awak MSNM.
      10 hours ago ·
    • Insan Setia eh...bkn sy tujukan pada Mohd Syamsyul Nahar Mansorye..alhamdulillah anda dh melibatkan diri dlm DnD..teruskan belajar mengenai DnD kepada org yg benar2 memahami spt Ust Rafidi Hashim
      10 hours ago · · 1 person
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor dan saya mohon penjelasan.sekiranya saya jumlahkan pendapatan tahunan,lalu dinisbahkan dengan emas,lalu dikeluarkan zakat.betulkah tindakan sebegitu?saya mohon sgt kerana sebolehnya saya mahu rezki yg sy perolehi dpt dibersihkan dengan ibadah zakat.
      10 hours ago · · 1 person
    • Muhammad Fauzie bohong je tu..zakat pendapatan...
      10 hours ago ·
    • Nizam Ali atas dasar apa plak nk nisbah kan kertas tu kpd emas? sbb tazkirah kt atas tu dh jelas, xleh qiaskan selain keduanya iaitu emas dan perak
      10 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie kira level wang kertas dgn emas sama ke abg MSNM??
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor MF - saya tak tahu...
      jadi,yg wajib hanyalah zakat emas dan perak la ye.dan setahu saya zakat emas dan perak ni jika berada dlm simpanan sahaja.betulkan saya jika salah...
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor NA: ok saya makin faham.al-maklumlah,masih baru masuk dlm bab2 wang ni...selama ni tau guna ja...
      10 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif hmm..
      10 hours ago ·
    • Mohd Syamsyul Nahar Mansor Musa berkata kepada Khidhr: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?" (18:66)

      saya juga nak ikut langkah Nabi Musa menuntut ilmu dari org yg lebih mengetahui atas apa yg tidak dia ketahui.
      10 hours ago ·
    • Suriana Mohd Nor Apakah pekerjaan sebenar seorg penanam padi dan penternak lembu atau kambing. Zakat yg dibayar tu zakat pendapatan ke? Zakat binatang ternakan ke? Atau zakat tanaman?
      10 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie dalam islam ada zakat emas/perak, zakat fitrah dan zakat ternakan ..zakat perniagaan t'masuk dalam zakat emas/perak
      9 hours ago ·
    • Ammar Rawi Berikut merupakan fatwa ulama' sedunia mengenai penggunaan wnag kertas.

      http://www.isra.my/fatwas/​topics/general/others/item​/364-paper-money-and-chang​e-in-the-value-of-a-curren​cy.html

      Mengikut kata Ibn Uthaymin, ‘Mazhab orang awam adalah mazhab pemerintahnya.’ Maka, dalam hal ini keputusan Majma’ Fiqh Sedunia yang menerima pendapat ulama dalam isu matawang tidak terhad emas dan perak telah diguna pakai secara meluas oleh semua negara umat Islam, maka wajiblah kita selaku orang awam mengikut ketetapan ini.
      -Al-Mudawwanah, 3/90-

      Berikut pula merupakan pendapat Imam Malik bin Anas menghenai hal ini:-

      "Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untuk menjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh"
      -Jami' fi Usul Al-Riba, Dr Rafiq Al-Masri, hlm 114

      Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba.

      Juga perlu fahami, bukan semua ulama' terdahulu berkeras hanya emas & perak yang layak dijadikan matawang, Cara Ustaz Rafidi terangkan tu, seolah-olah semua ulama' terdahulu sependapat bahawa selain emas dan perak tidak layak untuk dijadikan matawang.

      Antara ulama' terdahulu yang menyatakan matawang tidak terhad kepada emas dan perak adalah Imam Shaybani dari mazhab Hanafi; ulama mazhab Maliki seperti al-Hattab dan al-Wansharisi, sebahagian ulama Shafi’i dan sebahagian ulama Hanbali seperti Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, ulama dari mazhab Zahiri seperti Ibn Hazm, golongan tabi’in seperti Laith ibn Sa’ad dan Al-Zuhri

      Tak mustahil jika ulama' terdahulu masih hidup pada zaman sekarang, mereka juga akan sepakat mengeluarkan fatwa yang sama seperti ulama' terkini.

      Kumpulan besar ulama’ ini mempunyai sandaran Syariah masing-masing. Pendapat mereka, kaedah fiqh menyatakan selagi mana tidak ada dalil yang mengharam sesuatu perkara, maka ia adalah perkara yang boleh dibuat. Justeru, tidak ada larangan khusus yang menyatakan matawang selain emas dan perak adalah haram. Yang ada dalam hal ini adalah khilaf.
      9 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie sbb waktu tu guna matawang dinar dan dirham..
      9 hours ago ·
    • Ammar Rawi Islam ini tetap pada prinsipnya seperti pengharaman riba. Ulama sepakat menyatakan dalam matawang ada riba berlaku, justeru ada syarat yang mesti kita patuhi. Mereka cuma tidak sepakat, adakah matawang mesti terhad emas dan perak sahaja.

      Maka, dalam mendepani hal ini kita mesti berlapang dada dengan perbezaan pendapat yang berlaku ini dan pemerintah ada kuasa untuk mengambil mana-mana pendapat yang ada.
      9 hours ago ·
    • Suriana Mohd Nor Maaf dgn soalan ini, bilamasa semua ulamak ni berjumpa dan bersidang sehingga kita mengatakan adanya kesepakatan dikalangan mereka. Setahu saya yg serba jahil ni, mereka tidak merendah2kan pendapat yg dikeluarkan oleh teman2 mereka dan mereka juga tidak memaksa kita mengikutnya tanpa mengetahui di mana sumber asalnya pendapat itu.
      9 hours ago ·
    • Ammar Rawi Saya bukannya nak berkeras dalam hal ini, cuma saya berpegang realiti apa yang berlaku hari ini. Dunia sekarang masih bersandarkan fiat. Emas masih lagi dijadikan komoditi, bukannya matawang. Pengeluar yang declare ianya matawang pon, masih menggunakan wang fiat dalam hukum riba'.

      Dalam perkara ini ada dua pendapat. Jadi, perkara ni adalah perkara khilaf, dua-dua betul, tiada siapa yang salah. Tiada siapa yang akan dihitung pada hari akhirat, insya' Allah. Tidak perlu kita salahkan sesiapa dalam hal ini sebagaimana kenyataan Ustaz Rafidi yang mengatakan ulama' tak betul. Itu kenyatan yang tidak beradab dan kurang hormat namanya. Beliau harus berlapang dada dalam menerima pendapat ulama' lain. Jika ijtihad mereka betul, dapat 2, kalau salah dapat 1.

      Saya juga tak nafikan pendapat Ustaz Rafidi. Saya cuma tak bersetuju bila dia bagitau seolah-olah hanya ada satu pendapat sahaja, dan menyalahkan pendapat yang lagi satu, walhal pendapat yang lagi satu adalah pendapat majoriti ulama' muktabar.

      Jadi,kita boleh ikut pendapat mana yang bersesuaian dengan diri kita. Begitu juga dengan orang awam, tapi mereka harus diberi penerangan yang terperinci bagi kedua-dua ini, bukannya sekadar bagitau hukum, then full stop seperti yang Ustaz rafidi maklumkan. Mesti ada syarat2 yang harus dipatuhi dan mereka yang berpegang kepada pendapat tersebut, mesti berpegang sepenuhnya. Jika ikut pendapat ini, dua perkara di bawah mesti diambil kira:-

      1) Langsung tidak boleh menyimpan menggunakan wang kertas (penipuan zakat akan berlaku jika orang jahil menggunakan wang kertas; dia tidak mengeluarkan zakat kerana mengumpul wang kertas)

      2)Semua simpanan mestilah dalam bentuk dinar, dirham atau emas supaya zakat boleh dikeluarkan bila cukup haul dan nisabnya

      Jika mengikut pendapat jumhur ulama', mereka harus ikut semua hukum yang ada pada emas & perak termasuk riba, zakat, dan lain-lain.

      Perlu difahami fatwa dikeluarkan untuk kemaslahatan awam. Ulama' telah membuat pertimbangan dari semua sudut. Jika fatwa keluarkan apa yang Ustaz Rafidi pegang, ramai yang terpesong dan ambil mudah hukum hakam berkaitan riba' dan zakat. Semua yang menyimpan wang kertas tidak perlu keluarkan zakat. Hampir semua orang tidak perlu keluarkan zakat walaupun ada yang bertaraf jutawan melainkan yang menyimpan emas dan perak.

      Orang-orang miskin tidak akan mendapat bantuan zakat kerana tiada orang yang mengeluarkan zakat. Jika mereka diberi zakat emas sekalipun, mereka terpaksa tukarkan emas tersebut kepada wang kertas juga akhirnya untuk membeli keperluan harian.

      Majlis Ulama' tahu, bukan semua orang boleh buat syarat menyimpan emas dan langsung tidak boleh menyimpan menggunakan wang kertas dalam keadaan zaman yang masih menerima fiat sebagai matawang dan emas sebagai komoditi.

      Ditambah pula harga emas yang berbeza bagi bagi setiap pengeluar, ianya menambahkan lagi kesukaran untuk semua orang melaksanakannya. Mungkin ada yang boleh melakukannya , tapi secara umumnya,majoriti sukar untuk berbuat demikian.

      Allahu a'alam.
      9 hours ago · · 3 people
    • Suriana Mohd Nor Jika kita mengkaji fenomena Hadith palsu, maka kita akan jumpa salah satu puncanya ialah perbedaan pendapat dlm semua isu. Jadi berhati2lah dlm menangani perbedaan pendapat. Hormati semua pendapat yg ada w/pun mungkin berbeda dgn pendapat kita.
      9 hours ago ·
    • Ammar Rawi Saya tak pasti sama ada Cik Suriana Mohd Nor buka atau tak link yang saya bagi di atas. Di sana ada tarikh persidangan tersebut diadakan.

      Jadi, saya bagi link sekali lagi untuk dibaca

      http://www.isra.my/fatwas/​topics/general/others/item​/364-paper-money-and-chang​e-in-the-value-of-a-curren​cy.html

      Kalau nak baca penerangan serba sedikit boleh baca di sini

      http://www.isra.my/fatwas/​topics/general/others/item​/365-paper-currency.html

      Kalau nak baca full report mengenai persidangan tersebut boleh baca di sini

      http://www.scribd.com/doc/​52448672/Resolution-and-Re​commendations-of-the-Counc​il-of-the-Islamic-Fiqh-Aca​demy
      8 hours ago ·
    • Ammar Rawi ‎"Shaikh Ammar Rawi yang kata tak boleh walau darurat ..saya tak tahu dia mengaji mana siapa tok guru dia"

      Adakah ini bermaksud ustaz setuju mengatakan kita boleh menggunakan wang kertas sebagai matawang dalam keadaan semasa hari ni?

      Jika ya, bermakna ustaz setuju dengan pendapat jumhur ulama' fiqh sedunia yang megharuskan penggunaannya dan wajib keluarkan zakat ke atasnya. =)
      7 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie abg ammar..tajuk semalam ust ada beritahu...ust guna matawang kertas..tapi terhad..sbb tiada alternatif lain buat masa ni.. ustaz xkata pulak setuju ke x?? : )..
      7 hours ago ·
    • Ammar Rawi Itu yang menjadi masalah. Kenyataan ustaz bercanggah dalam hal ini. Dalam satu keadaan kata tak boleh guna, dalam satu keadaan kata boleh. Dalam satu keadaan kata tipu, dalam satu keadaan yang lain kata riba'.

      Kalau ianya harus digunakan dalam keadaan dharurat, just bagitau la ianya harus tapi mesti berpada-pada. Dalam keharusan tersebut, maka semua hukum terpakai ke atasnya termasuklah keluarkan zakat.

      Kalau semua orang tak perlu keluarkan zakat,seronoklah orang-orang yang kaya. Orang yang ingin bersedekah dan berzakat pula, mereka perlu tukar wang kertas mereka kepada emas terlebih dahulu untuk bersedekah. Kemudian, orang yang terima zakat dan sedekah emas tersebut perlu pula tukar emas tersebut kepada wang kertas untuk membeli keperluan asas kerana bukan semua peniaga yang menerima D&D. Kalau ada pun, maybe jauh dari tempat mereka.
      6 hours ago · · 1 person
    • Muhammad Fauzie ini pointnya..xpe..kita tunggu jawapan dari ustaz nnti...
      6 hours ago ·
    • Amir Hasyim Kamaruddin Ammar Rawi, ust rafidi dah jawab semua soalan hang, hang kumpul balik komen2 ust rafidi, baca & cuba fahamkan betul2
      5 hours ago ·
    • Amir Hasyim Kamaruddin ‎[Dunia sekarang masih bersandarkan fiat. Emas masih lagi dijadikan komoditi, bukannya matawang.]...tgk balik takrif jual beli...bukankah konmoditi tu 'barang/'ain'? istilah matawang tak wujud pun zaman Nabi, yg ada komoditi ditukarkan dengan komoditi, kadar tukaran tertakluk kepada supply & demand, penawaran & penerimaan...siapa kata zaman Nabi 1 kambing = 1dinar? kalau baca betul hadith Nabi, harga kambing pada waktu sekitar 1~2 ekor/dinar. harganya tak fix, market yg akan tentukan...
      5 hours ago ·
    • Ammar Rawi Err, adakah riba' berlaku dalam perbankan Tuan Amir Hasyim Kamaruddin?
      5 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie kambing bukan komoditi..sbb bernyawa..
      5 hours ago ·
    • Muhammad Fauzie perbandingan kambing tu cuma nak menunjukkan dinar dan dirham tu stabil...
      4 hours ago ·
    • Gold Man makin menarik utk aku faham.... terima kasih ust2,sahabat2.. teruskan mengeluarkan ilmu...sebab ilmu allah maha luas.. banyal yg aku dapat dari perbincangan ini..masyaallah ..thank Q Allah..
      4 hours ago · · 2 people
    • Ust Rafidi Hashim Alhamdullilah , InsyaAllah saya akan minta KGT jemput Shaikh Ammar Rawi ke Majlis Berbuka Puasa dgn Tuan Guru Nik Aziz sempena majlis penyerahan zakat dalam dinar dan dirham di Kelantan bulan Ramadhan , majlis sudah diatur. Kata Tok Guru dulu tak ada air kita tayamum, bila dah ada air hilanglah darurat tersebut, Shaikh Ammar masih bayar zakay dalam wang kertas ke ?
      3 hours ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Kata Syaihk Abdus Samad Al Falimbani dalam kitab sairus salikin, zakat hendaklah dibayar dengan ain benda yang kena zakat. Tidak memadai zakat emas dibayar dengan dirham.
      Zakat emas bayar dengan emas, perak dengan perak, ternakan dengan ternakan dan tanaman dengan tanaman...zakat perniagaan hanya boleh dibayar dengan nuqud(emas atau perak)
      3 hours ago · · 1 person
    • Ust Rafidi Hashim Adakah zakat kertas relevan disini ?
      3 hours ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif kena bagi emas terus kat asnaf la yer.. pusat zakat terima rm
      3 hours ago ·
    • Gold Man ust. masalah yg saya nampak plak.. kekayaan sekarang di nilai dgn byknya RM/kertas fiat. so adakah kekayaan tersebut terlepas dari zakat?
      3 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Bila kita tak bercerita hukum Islam sebenar. org tak berasa bersalah guna duit kertas, tunaikan rukun zakat dalam duit ciptaan Yahudi, pada hal alternertif dah ada didepan mata.. masalahnya Majlis Fiqh OIC sendiri bukan terdiri dari mereka yg nak memperjuangkan dinar dirham, mereka ini selesa dengan duit kertas, bagi mereka duit tak penting yg penting kegunaannya, samada riba atau tidak. Sebenarnya mafhum dari cadangan penggunaan kulit unta oleh Saidina Umar Al khattab ialah fulus, bukan macam kita sekarang reject terus dinar dan dirham , pakai duit ciptaan Yahudi shj. Matawang Islam ialah dinar , dirham dan fulus. Fulus tak kena zakat, kegunaan fuqara wal masakin dan barangan transaksi kecil kecilan. Ketika Tok Guru Ayah Chik Pendang membicarakan bab zakat wang kertas diatas, dinar dan dirham masih ada, dan wang kertas baru diperkenalkan.Ketika itu di Mesir berlaku pertembungan antara Syaikh Muhammad Illyish dan Shaikh Muhammad Abduh. Wang kertas pound Mesir yg disandarkan dengan emas baru diperkenalkan di Mesir oleh British ...ulamak dah bahas lama dah....malangnya Abduh bersekongkol dengan Bristh membawa sistem Bank ke Mesir ,,,, dari golongan inilah wujudnya Masjlis Fiqh OIC lahir...kaum muda vs kaum tua bukan bab aqidah sahaja ..bab dinar dirham dan wang kertas pun ada ....perbahasan... tak percaya baca Kitab Iqna un Nufus teks ada Ustaz Wan Muhammad Hafiz guru muamalat kami , anak murid Tok Guru Ayah Chik di Pendang. Saya bukan keseorangan ... ramai alim pondok di kawasan utara sependapat dengan saya ....sebab kami belajar dari guru guru sebelum kami yg mempertahankan cara lama, cara Madinah yg asal... Anak murid Abduh juga telah menukar takrif riba ...ini saya akan postkan kemudian...InsyaAllah....b​uat kerja kurangkan kontroversi..
      2 hours ago · · 3 people
    • Gold Man Ibrahimov Mujib try bagi maklumat...
      2 hours ago ·
    • Gold Man ust rafidi .. bukan bikin kontreversi.. cuma bertanya dan menambah ilmu... sebab bab muamalah ni bukan ilmu arus perdana sekarang ...
      2 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Setuju dengan Goldman
      2 hours ago ·
    • Gold Man sedangkan muamalah adalah sebahagian cabangan yg dijalankan oleh semua umat islam..
      2 hours ago ·
    • Gold Man kita jgn nak salahkan sistem sekarang pulak dan jangan naksalahkan yahudi dan what so ever sebab.. dah mmg jadi tugas hakiki mereka menyesatkan kita dari landasan islam.. yg menjadi tugas utama kita ialah pertahankan dan kembalikan ummah pada jalan yg sebenar..
      2 hours ago · · 3 people
    • Gold Man that why laa ULAMA PEWARIS NABI.. ingat keje nabi senang ker? hehehehhe
      2 hours ago · · 1 person

1 comment:

  1. masalahnya kenapa ulamak sedunia tak suruh pemerintah islam tinggalkan fiat dan guna DnD? soalan mudah. atau ulamak hari ini penakut untuk tegur pemerintah?

    ReplyDelete