Thursday, July 28, 2011

Pertemuan dengan IMN secara tidak formal

Hujung minggu lepas , saya bersama dua orang teman mengunjungi jakarta, bertemu dengan penggerak-penggerak badan Islamic Mint Nusantara (IMN).

Bersemuka secara langsung dengan Pak Abbas Firman, salah seorang pengasas IMN.

Di sini saya ringkaskan hasil
perbincangan dan borak-borak kami.

1 - Berkongsi perkembangan terkini dnd di Malaysia dan Indonesia.Kami sempat menunjukkan hampir semua jenis dirham yang ada di pasaran Malaysia. Dari situ sedikit perbincangan diluaskan.

2 - Daniq terbaru yang dikeluarkan adalah mengikut berat 6 daniq = 1 dirham = 3.11 gram.Berat 3.11 gram adalah hasil dari ratio berat 7 dinar = 10 dirham.Berat terbaru yang dikeluarkan adalah hasil dari kajian terperinci terutama dari timbangan berat 72 biji barli yang dipotong hujungnya.72 biji barli itu khusus untuk berat dinar. Yang didapati - 4.44 gram itu memang hasil dari pelbagai kaji ulang berat.4.44 gram x 7 = 31.1 / 10 = 3.11 gram

Ratio 7:10 ini adalah hasil dari penetapan dari Saidina Umar Alkhattab dalam menetapkan berat dinar dirham.

3 - Sebelum ini dan kini , IMN dibiaya dari wakaf masyarakat.

4 - Dalam penyebaran dnd di sana, IMN cuba lebih menekankan pada pedagang . Pedagang menjadi pusat utama penyebaran dnd selain dari wakala.

Apabila pedagang sudah memainkan peranan mereka sebagai pusat utama penyebaran dnd, maka wakala akan dihapuskan sepenuhnya. 5 - Dalam meminimakan dan merendahkan harga dinar dirham agar bezanya tidak terlalu jauh dari harga syiling perak dan emas dari negara dunia - silver eagle, perth mint, cananda, maka IMN cuba meningkatkan kualiti minting dan meningkatkan wakaf/hasil dari masyarakat.Kini mereka sedaya upaya agar kos cetakan dinar dirham dibiaya sepenuhnya dibawah Baitul Mal.Apabila kos cetakan dibiaya sepenuhnya oleh baitul mal, maka harga dnd dapat direndahkan serendah mungkin mendekati harga/nilai syiling perak emas negara dunia. Mereka berusaha agar jurang perbezaan dengan syiling emas perak dunia yang lain tidak terlalu beza, kerna ini lebih memudahkan mereka untuk dakwah kepada bukan muslim, walaupun secara kasarnya, penyebaran dnd ini lebih tertumpu kepada warga muslim.Bila harga dinar dirham mendekati harga syiling emas perak dunia yang lain, ini lebih memudahkan mereka untuk lebih terus menggunakan dinar dirham, berbanding hanya menyimpan sahaja syiling emas dan perak.

6 - Jika kos cetakan sudah dibiaya, wakala yang bukan pedagang dihapuskan, cetakan adalah dari teknologi yang dikembangkan sendiri , ini semua memainkan peranan besar dalam merendahkan nilai/harga dinar dirham. jika semua faktor ini sudah berada di dalam tangan, maka IMN tidak lagi mengadakan spread bagi dinar dirhamnya. Spread kini , walau hanya 2% , ianya satu jumlah yang besar bagi masyarakat indonesia, yang rata-ratanya , gaji satu hari hanya sekitar 100 000 rupiah ( sekitar rm 30) dan kebawah.

8 hours ago · · ·
    • Mohamad Firdaus ‎5-6 sependapat dgn wa selama nih...
      tapi point no 2.. x tanya kenapa x timbang guna dacing? kalau guna unit sukatan lama, penimbang pun kena la guna kaedah lama.
      8 hours ago ·
    • Nur Judyana Rasidi MF..aritu ada terbaca penerangan mereka bhw pengujian perlu dilakukan seteliti yg mgkn..tp xigt dh kt mn nk cr..maksudnya..berat kene ikut pd keadaan semasa..setepat yg mgkn sbb tu titik perpuluhan diambil kira jadi kene ambil penimbang bertitik perpuluhan..begitu juga cara pemotongan 72 biji gandum tuh..xsilap dari buku ibnu khaldun..
      7 hours ago ·
    • Mohamad Firdaus masalahnya ambil unit mikhqal guna penimbang elektronik sedangkan mikhqal tu unit timbangan untuk dacing. ibarat menimbang 72 buku getah guna penimbang elektronik, bukannya penimbang getah. jadi dapat la unit gram berlainan.
      7 hours ago ·
    • Nur Judyana Rasidi berat yg dpt bkn 1 digit jer...rsnya sy stop bg penjelasan mengenai ini..biar Allah SWT yg menentukan betul/tidak mereka lakukan..bg sy segalanya telah jelas..
      7 hours ago ·
    • Nur Judyana Rasidi sorry maksu sy 1 nombor jer..antara 4.3-4.6g
      7 hours ago ·
    • Mohamad Firdaus sejak bila titik perpuluhan ni (unit gram) nih di cipta..? ada perbezaan ketara bila di timbang guna dacing ker berat 4.25 ngan 4.44g nih? kalau xder maknanya bila di timbang atas dacing 2-2 adalah sama iaitu 4g...
      7 hours ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif akhirnya hehe
      7 hours ago · · 1 person
    • Nazly Tahir Ukuran timbangan lama semua dalam kadaran yang tepat pada unitnya yakni 1 mithqal, 1 sa', 1 gantang dan sebagainya, paling kuat kita dengar adalah suku, setengah, tiga suku yakni 1/4 jika sukatan berada diantara senggatan pertama dan kedua dan seterusnya.. namun dalam dunia moden ukuran paling kecil, paling tepat dan jitu telah dihasilkan iaitu ukuran metrik digital yang dibundarkan senggatan sehingga 1⁄1000 atau lebih bagi setiap perbezaan. Berbanding ukuran lama 1/4 atau 1/5 yang digunapakai kemudian menjadi 1/6, 1/8 dan umumnya kini 1/10 bagi metrik...

      Walaubagaimana pun setiap unit timbangan yang berbeza ini telah mempunyai kadar tukarannya sendiri dalam unit metrik yang telah digunapakai diiktiraf seluruh dunia.. oleh itu adalah tidak mustahil terdapatnya sedikit perbezaan tersebut dalam unit metrik bagi nilai perpuluhan... bila menggunakan unit timbangan lama anda tidak akan jumpa unit perpuluhan yang ketara tetapi jika anda menggunakan unit metrik anda perlu menggunakan nilai perpuluhan... itulah asas pengiraan bagi setiap unit timbangan yang berbeza.

      Jelas disini .25 dan .44 adalah masih berada dalam lingkungan antara suku dan setengah yang mana orang terdahulu tidak ambil kira dan saling meredhai. Bila kita menggunakan unit metrik adalah baik ia diseragamkan agar tidak menjadi fitnah kerana kini orang boleh melihatnya dengan jelas berbanding orang terdahulu. Adalah wajar 2 pendapat ini duduk semeja dan keluarkan 1 spesifikasi untuk kegunaan umat sedunia.

      Walau ada perbezaan pada masa sekarang bukanlah bermakna kita harus memulaukan salah satunya dan menimbulkan fitnah antara satu dengan yang lainnya... soal timbangan adalah tanggungjawab Amil dan Pemerintah yang berkuasa untuk menentukan piawaiannya.. Jika amil dan pemerintah menipu atau mengambil keuntungan dunia menjadi salah satu agenda, tunggulah azab dari Allah swt yang maha mengetahui perancangan makhluknya. Jika tidak diselesaikan masalah utama sebaliknya menumpukan hal yang lain, umat akan terus berpecah dan sukar bersatu.. apakah hukum dan ketentuan yang digariskan dalam Islam supaya umat saling bermusuhan dan memecahbelahkan kefahaman umat?

      "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Q.S. Al-'Asr; 1-3.

      Demi meneruskan perjuangan ke jalan Allah.. Adalah wajar fitnah harus dihentikan, perundingan dan perbincangan perlu dimulakan dan kesepakatan harus dilaksanakan dengan hujah/nas dan fatwa yang lengkap. Oleh itu penyelesaian harus disegerakan... Pihak terlibat harus mengeluarkan hujah dan dalilnya untuk melaksanakan sebolehnya 1 standard DnD. Selagi tiada kesepakatan gunakanlah DnD seadanya dengan kefahaman dan kesesuaian yang ada. Allah maha mengetahui setiap perbuatan kita.

      Firman Allah swt tentang memperbaiki diri "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memerhatikan apa yang diusahakannya untuk hari esok (Kiamat). Q.S. Al-Hasyr:18

      Dalam satu hadis tentang memperbaiki diri seorang lelaki telah hadir kepada Rasullullah saw lalu berkata "Wahai Rasullulah, wasiatilah aku! Baginda bertanya, "Sungguhkah engkau meminta wasiat?" lelaki itu berkata, "Ya" lalu Rasullulah bersabda "Jika engkau bermaksud pada sesuatu, hendaklah engkau fikirkan apakah akibatnya. Jika baik, teruskanlah dan jika tidak maka hendaklah kamu hentikan saja."

      Iktibar ukuran disini adalah orang sekarang lebih kedekut dan lebih terperinci dalam timbangan berbanding orang terdahulu dan kadangkala kemodenan bukanlah sesuatu yang baik jika terdapat banyak percanggahan yang merosakkan. Oleh itu wajiblah ianya disepakati dan diselesaikan untuk kemaslahatan umum.

      Jadi sama-samalah kita memperbaiki diri, berjuang atas landasan dan panduan Islam dengan menjadi Allah swt itu sebaik-baik penolong, berjihad ke jalan Allah dengan meninggalkan keuntungan dunia yang sementara... wallahualam.
      3 hours ago · · 5 people

No comments:

Post a Comment