Monday, July 25, 2011

KENYATAAN WAKIL WIM MALAYSIA

Beberapa fakta berkenaan Dinar dirham dalam menjawab kemungkinan silap faham:

1. Pengasas World Islamic Mint (WIM), Umar Vadillo a.k.a Umar Pasha, adalah Amir bagi pergerakan Dinar dirham sedunia bagi jamaah yang mengiktirafnya. Beliau yang menetap di Malaysia juga memainkan peranan yang sama sebagai Amir di sini. Jawatan rasmi beliau adalah sebagai C.E.O. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT).

2. Jamaah yang bernaung di bawah Wakala Induk Nusantara (WIN) juga mengiktiraf Umar Pasha sebagai Amir bagi pergerakan Dinar dirham sedunia. Jamaah ini mempunyai Amir di Indonesia, Zaim Saidi.

3. Dinar dirham yang mendapat lesen WIM bagi piawaian terbaru hanyalah Dinar & Dirham Kelantan keluaran KGT (bagi seluruh dunia). Tahniah Kelantan! :)

4. Dinar dirham WIN yang sedia ada belum mengikut piawaian terbaru WIM. Namun, WIN sedang dalam proses untuk menaik-tarafkan keluaran Dinar dirham WIN baru mengikut piawaian WIM baru.

5. Dengan terseragamnya mana-mana Dinar dirham dengan piawaian WIM yang terkini, maka semua Dinar dirham WIM akan laku pada kadar nilai muka yang sama (1 Dinar=1 Dinar, 1 dirham=1 dirham, ...). Namun, kadar tukaran Dinar dirham pada nilaian wang kertas (fiat) akan tertakluk pada situasi yang bersesuaian dengan suasana tempatan termasuk faktor tukaran matawang asing, tahap taraf kehidupan, perundangan tempatan, dll.

6. Penilaian WIM setempat diselaraskan oleh wakil WIM setempat tersebut, walaupun WIM antarabangsa menetapkan kadar tukaran yang disyorkan (juga dinamakan harga runcit yang disyorkan, "RRP").

7. Bagi Malaysia, penilaian kadar tukaran dilakukan oleh WIM dan bukan KGT. Ini adalah kerana akan terdapat lebih dari satu pengeluar Dinar dirham di Malaysia seumpama KGT yang mengikut piawaian WIM di masa hadapan. Maka, kesama-rataan kadar tersebut adalah penting dalam mengunjurkan pengunaan matawang syariah untuk bermuamalat.

No comments:

Post a Comment