Monday, July 25, 2011

UZAR lagi ...part 2.

  • Faizi Rizal Ab Aziz ‎1- Pasal UZAR attack tu lah yang "manisnya" perjuangan DnD. Terima kasih
    pada beliau.
    2- Berbaik sangka pada KGT, walau tinggi harganya dalam nilaian fiat, ianya boleh digunakan untuk muamalat pada nilaian tersebut.
    3- Adalah tidak digalakkan tukar kembali DnD ke fiat seperti hujah SC di
    atas.
    4- Bila kita dah tukar ke DnD, nilaian fiat dalam urusan muamalat hanyalah PANDUAN, bukan SANDARAN .. contoh 1 dirham (RM 25) untuk beli sebotol madu.
    jadi 1 dirham tetap bertukar dengan madu.. nilaian fiat hanya panduan untuk proses penukaran ini sehingga peranan menentukan sukatan oleh pemerintah
    secara islam sebenar dapat dilaksanakan.
    5- Bagi yang tidak bersetuju dengan KGT dengan penetapan harga DnD juga ada betulnya mengikut hujah, pengalaman, perspektif masing-masing. Harap dapat bersemuka demi jemaah.

    Hanya menyatakan pandangan peribadi semata.. harap maaf kalau menyinggung sesiapa.
    7 hours ago via · · 5 people
  • Yusmilawati Ibrahim FRAZ : Sangat mantap. Marilah join kami Aktivis Penggunaan DnD Sebagai Matawang Syariah Untuk Muamalat. Insyaallah.
    7 hours ago ·
  • Yusmilawati Ibrahim FRAZ : Sebenarnya, Umar Ibrahim Vadillo ada mengatakan perkara yang sama pada hari Jumaat lalu semasa saya bersembang dengan dia hal UZAR ni...`pasal UZAR attact tu lah yang `manisnya' perjuangan DnD'. Masyaallah.
    7 hours ago ·
  • DuaLogam Merlimau UZAR pun boleh kata benda yg sama :)
    kekeke
    7 hours ago · · 1 person
  • Yusmilawati Ibrahim Benar, UZAR pun boleh kata benda yang sama. Dan hanyalah YANG ESA yang tahu mana batil dan mana haq.
    7 hours ago · · 1 person
  • Sophy Sufian Sulaiman Aku dah bgtau dah bila nilai DnD disandarkan kepada nilai duit kertas dan HANYA SEMATA-MATA duit kertas maka ia PASTI akan menimbulkan fitnah... sekarang dah terbukti... bagi lah apa jua alasan untuk menghalalkan penggunaan duit kertas... yang halal tetap halal yang haram tetap haram...

    Saya dah letih dah sebenarnya asyik nak ulang beritahu perkara yg sama... tapi kalau masih tak faham jugak dan masih nak berikan pelbagai alasan untuk menghalalkan apa yang haram... terpulang lah...

    apa2 pun matlamat tidak menghalalkan cara...

    dalam posting yg lepas2 saya ada share pandangan saya bagaimana cara nak elakkan fitnah macam ni tapi saya rasa posting saya mungkin hanya sebagai pembacaan sahaja...

    apa2 pun saya akui sebagai org yg masih baru sahaja melihat kepentingan muamalah secara Islam melalui DnD hanya mampu berkongsi pendapat dan pemikiran saya yang masih baru ini juga... terpulanglah kepada mereka yang merasa diri mereka yg lebih bijak dan tahu segala-galanya berbanding saya untuk bertindak secara hikmah... kalau saya nak cakap lebih2 kang... korang akan cakap siapa saya... dan tak kurang yang pandang lekeh pada saya...

    setakat ini lah sahaja pandangan saya yg tak seberapa... kalau rasa2 komen saya ni hanya picisan dan tak penting admin boleh delete bila2 masa...

    Saya hanya sekadar nak lihat DnD dimartabatkan di tempatnya yang tersendiri yang cukup istimewa (sebab saya dah mula faham kejahatan ekonomi kapitalis dan istimewanya muamalah secara Islam)

    Wallahualam...

    Jazakallah...
    7 hours ago · · 4 people
  • Sophy Sufian Sulaiman Jgn lupa saya juga seperti mereka yang menjadi mangsa kekejaman penjajahan ekonomi dan penindasan minda dan kerosakan iman akibat penjajahan kapitalis melalui duit kertas...
    7 hours ago · · 2 people
  • Slock Crow nak je rasanya aku doakan agar sistem wang kertas cepat2 lumpuh. bila duit kertas dah lumpuh takde lagi orang nak bandingkan wang kertas dengan dnd. talibarut bank pun masa tu akan terkebil2 melihat kertas ditangan mereka dah tak berharga lagi. UZAR pulak tak tau nak perjuang apa lagi... Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran, hancurkanlah kebatilan. Hancurkanlah wang kertas ya Allah, agar mereka tidak lagi berbantah2...
    6 hours ago · · 4 people
  • Pendita Emas Umpama lalang atau tanya sama pokok apa sbb goyang
    6 hours ago · · 1 person
  • Pendita Emas Sebagai pemegang US dolar setiap hari, PE pun dah terasa bahang bahang ketidak seimbangan matawang
    6 hours ago ·
  • Sophy Sufian Sulaiman At least perjuangan DnD dah mula dapat perhatian org2 yg fofular seperti UZAR... secara tak langsung perkataan 'Dinar' dan 'Dirham' akan menjadi bualan orang ramai dan semoga Allah terus memberikan hidayah kepada mereka yang ingin mencari kebenaran dan keadilan dalam perjalanan kita kembali kepada fitrah...

    Kita kena ingat hidayah itu milik Allah... jadi jangan persoalkan... kita hanya mampu berusaha... mungkin ini salah satu cara Allah nak memberitahu org ramai tentang kewujudan Dinar dan Dirham...

    Cuma saya berharap sangat lah agar pelaksanaannya berjalan lancar.... jangan pentingkan soal untung rugi dan jangan ada kepentingan diri sendiri... kita sendiri tak tau kontrak hidup kita kat dunia ni berapa lama lagi... apa yg kita buat ni untuk anak cucu Islam kita yg akan datang sebenarnya... semoga anak cucu kita terselamat dari bencana duit kertas ni bila kita dah takde kat dunia lagi nanti...
    6 hours ago · · 3 people
  • Syed Abdul Rahman UZAR ke, ARZu ke, ZARU ke :D, atau mana2 ahli SAC yg pro-backdoor RIBA ni, tidak mahu berbincang dgn sesiapa pun ttg "technical quantifications" setiap produk perbankan & kewangan yg mrk (sbg ahli SAC yg digajikan bank2 yg mengeluarkan produk2 "Selam" ini), menghalalkan/mengharuskan.​ Tidak nanti tebongkar pulak formula2 RIBA yg digunapakai dlm setiap produk2 perbankan & kewangan "Islam" tu yg mrk katakan mengikut syarie. Mustahil, tak masuk akal dan mathematically-impossible produk perbankan mempunyai 2 harga berbeza mengikut masa kalau tak guna konsep asas RIBA "time value of money" (TVM)! Inilah dia prinsip yg paling asas dlm badan ilmu kewangan (Finance) yg semua bank didunia menggunakan sejak 500 tahun lagi ... TERMASUK bank2 yg dgn angkuh menggelarkan diri mrk bank "Islam" masakini. TVM tu konsep RIBA yg dicipta Barat, kalau tak boleh nak terima tu, tak tau la apa nak jadi ustaz2 oi, especially yg dah ada berdozen PhD ke, hDP ke, DPh ke! :D. Patutnya, mrk2 ini diPAKSA meluangkan masa utk memahami dgn mendalam konsep2/prinsip2 'kewangan & perbankan konvensyenal' (yg SEMUA bank didunia kena guna utk menjalankan aktiviti perbankan mrk) SEBELUM menjadi penasihat bank2 "Selam" yg semuanya bernaung dibawah sistem sekular perbankan konvensyenal sedunia.

    Kenapa perlu kita memahami konsep2/prinsip2 kontemporari dlm 'kewangan & perbankan konvensyenal' yg sekular ini? Sebab kesemuanya mengandungi asas2 nilai wang mengikut masa (TVM), nilai wang berubah mengikut masa tanpa usaha, penat lelah, etc. .. that the value of money changes over time, without toil nor the slightest effort. Tanpa mengikuti prinsip asas TVM ini, bank tak boleh beroperasi (mustahil PLUS impossible), apatah lagi mengaut keuntungan $$berbillion selama berdekad/berkurun. Disinilah bermulanya penindasan, pengeksploitan & manipulasi keatas umat manusia masakini, bila mana kita boleh mencetak kekayangan dgn tangan sendiri dan bukan lagi kita bergantung kpd Yang Maha Esa. Bila kita semua mudah setuju serta menghalalkan konsep "turun-naiknya nilai wang mengikut masa" ini, maka dgn mudah juga kita setuju memberi nilai kepada pembayaran kredit (bayar lebih [RIBA] bila pembayaran dibuat dlm masa tertangguh). Maka keluarlah beribu2 fatwa seluruh dunia, menghalalkan RIBA "kredit", atau dgn perkataan yg lebih lembut dan menambat hati rakyat jelata - backdoor-RIBA! Dan Bank (yg operasi asas mrk adalah penghasilan untung RIBA) dimartabatkan dunia Islam.

    Bila kita semua dah dibiasakan dgn fatwa 'halal'nya backdoor-riba sehinggakan ekonomi org Islam kita bergantung sepenuhnya kpd produk2 backdoor-riba ni, maka akan menjadi masalah jika ekonomi backdoor-riba ini dihentikan atau diharamkan .... that's why hujjah2 ahli2 SAC ni menjurus kpd kemaslahatan rakyat (public benefits) dlm menghalalkan backdoor-riba .... andaiannya, tanpa backdoor-riba ni, kehidupan rakyat terjejas! Pada masa yg sama, usaha ditingkatkan olh mrk2 ini utk mengecam kebangkitan wang sunnah DnD dlm mykt ..... krn mrk tahu bank2 tak boleh untung, mungkin akan bungkus tutup kedai kalau rakyat menggunakan riba-free DnD sbg matawang .... and the SACs become irrelevant!

    Bagi kita yg dah ada ditangan sedikit sebanyak DnD tu, gunakan utk bermuamalat, bukan utk simpanan atau melabur .... we need to circulate DnD in the marketplace, in the economy, as much as we have, as often as we can, and as fast as we can get them ... DnD is NOT meant to be an investment ..... PERIOD!
    6 hours ago · · 5 people
  • Simpan Emas Silver ‎"rilek" ler ,mungkin apa yg dikata UZAR berbentuk nasihat tapi anda2 rasa diserang :) , dia cool je bila "anda2" semua perlekeh apa yg dia usahakan :)
    6 hours ago · · 2 people
  • Hafiz Salman Sebenarnya dok gado gado ni sebab KGT mahal je kan...aduhai, yang mahal tu la membantutkan penggunaan dinar2 dan dirham2 lain ni. Contohnya sekor kambing bole je dapat dalam RM650 dalam fiat. Alih2 guna dinar KGT RM734. Rasa rasa nak gune fiat ke nak gune KGT dinar? Atau better gune dinar IMN ke? Selagi NEGARA menguatkuasakan FIAT.. memang tak boleh lari dari perbalahan ni kecuali kita MENUKARKAN NEGARA itu sendiri.
    6 hours ago · · 2 people
  • Mohd Radhi Abdul Wahab pergh ayat hehehehe mmg beranilahehehe
    5 hours ago ·
  • Yusmilawati Ibrahim Istilah matawang tu berdasarkan populariti kegunaan atau Acceptability yang menyeluruh berdasarkan kualiti DnD tu, dan paling pentingnya Amir/Pemerintah yang memikul tanggunjawab. Kalau nak guna IMN punya sebagai matawang syariah, gunalah, cuma berhati-hati tentang kualiti dalam circulation dan kalau ada apa-apa khilaf, siapa yang nak ambil tanggungjawab, orang yang mengedar atau the minters? Wallahu'alam.
    5 hours ago ·
  • Apih Marang UZAR attack dgn Apache ke? kui3
    5 hours ago ·
  • Hafiz Salman Itulah kak Yus, kenapa Amir/Pemerintah KGT dengan WIN tak sama plak? Bukan sume under Islamic Mint ke? Dah tu kita orang Malaysia tak diberi beli banyak Dinar/Dirham WIN sebab akan mengganggu "market" KGT... Itu yang mungkin ramai tak puah hati.
    5 hours ago · · 1 person
  • Suhaimi Kadir ‎"Bila kita semua dah dibiasakan dgn fatwa 'halal'nya backdoor-riba sehinggakan ekonomi org Islam kita bergantung sepenuhnya kpd produk2 backdoor-riba ni, maka akan menjadi masalah jika ekonomi backdoor-riba ini dihentikan atau diharamkan .... that's why hujjah2 ahli2 SAC ni menjurus kpd kemaslahatan rakyat (public benefits) dlm menghalalkan backdoor-riba .... andaiannya, tanpa backdoor-riba ni, kehidupan rakyat terjejas! Pada masa yg sama, usaha ditingkatkan olh mrk2 ini utk mengecam kebangkitan wang sunnah DnD dlm mykt ..... krn mrk tahu bank2 tak boleh untung, mungkin akan bungkus tutup kedai kalau rakyat menggunakan riba-free DnD sbg matawang .... and the SACs become irrelevant!"..nice statement man, mereka (SAC) takut tjejas perut nasi mereka sbnarnya, antar sunnah ngn kemaslahatan mana lg penting?
    5 hours ago · · 2 people
  • Hafiz Salman Suhaimi: Itulah bila usul Fiqh dah ditungganglanggang... patut segala hukum perlu ikut: 1)Al-Quran 2)Sunnah 3)Ijma' Sahabat 4)Qias 5)Baru Maslahat Ummat. Ini buatUlama' kontemporori kita neh intinbath hukum terus2 5)MASLAHAT!!?
    5 hours ago · · 1 person
  • Nazly Tahir Hujah Uzar tu senang kata satu cabaran untuk pejuang memperkemaskan memakisma yang ada, so semua pihak harus mengambil iktibar atas teguran dan memainkan peranan agar DnD dapat memainkan peranan sebaik mungkin walaupun tidak 100% sempurna. Bila proses DnD dapat dilengkapkan dalam kitaran dan ada pihak yang menerima dan bayaran boleh dibuat dalam DnD.. orang2 yang mengata pasal DnD nanti diamlah... selagi banyak kelemahan memang mudah pihak lain untuk menyerang DnD... tingkatkan usaha memartabatkan Islam.....
    5 hours ago · · 2 people
  • Ust Rafidi Hashim UZAR hanya mengikut Fatwa ini : Islamic Fiqh Academy Resolution (1986)

    Resolution No.21 (9-3)
    Concerning Shari'a Rules Governing Paper Money and Fluctuations in Currency Rates

    * The Council of the Islamic Fiqh Academy, holding its Third Session in Amman (Hashemite Kingdom of Jordan), from 8 to 13 Safar 1407 H (1 to 16 October 1986);

    Having taken note of the studies submitted on "Shari'a rules governing paper money and fluctuation in currency rate":

    RESOLVES

    First: Regarding Shari'a rules governing paper money:
    A. Paper money is real money, possessing all characteristics of value, and subject to a Shari'a rules governing gold and silver vis-a-vis usury, Zakat, Salam and other transactions.
    5 hours ago ·
  • Ust Rafidi Hashim Tak sebut pun darurat
    5 hours ago · · 1 person
  • Khairulazmi Mohamed Pilihan sebenarnya ada ditangan kita, bila dah diberitahu dan sudah diperjelaskan wang kertas itu "riba" maka sudah selesailah tanggungjawab sipenyampai itu..kalau kita nak teruskan guna wang fiat pun boleh, tinggal dosa debu-debu riba itu kenelah masing-masing tanggung. saya sendiri masih belum mampu utk keluar daripada "penjara" ini, namun didalam hati sudah tersemat untuk melakukan 'jihrah' bila mana tempat yg kita duduk itu sudah tidak boleh diubah dan boleh mendatangkan 'bala'..
    5 hours ago · · 1 person
  • JejaKa Syuhud Mungkin patut buat satu perjumpaan/forum antara pihak DnD dan Uzar berkaitan hal ini..semoga org awam mcm saya ni lebih terbuka minda utk melihat keduax2 pihak berhujah. Apa pun sy menyokong usaha Dnd dlm mertabatkan matawang syariah..Jika KarangKraf boleh jemput pembangkang dan wakil kerajaan dlm satu forum..Sure DnD dan uzar boleh duduk dlm satu bumbung utk membincangkan hal ini utk mashlahat umum..Mungkin tajuk forum tu "DnD vs Islamic Banking" ^_^
    5 hours ago · · 1 person
  • Ust Rafidi Hashim Resolution of the Islamic Fiqh Academy of the Muslim World League in Makkah

    B.D/2/3 7/1406

    Resolution No. 6

    Regarding Paper Currency

    Paper currency has become the medium of exchange for today’s goods; it has replaced gold and silver in today’s financial transactions, and as it is the standard by which goods are valued―since gold and silver are scarcely used―the public treats it as an asset, and it is used to store value in savings, even though it lacks intrinsic value. However, the people’s confidence in it and their regard for it as the medium of exchange has bestowed the quality of being a counter-value for any exchange upon it.
    5 hours ago · · 2 people
  • Khairulazmi Mohamed Islamic banking kalau 100% ikut syariah Islam (baitulmal ect) takde masalah, yg jadi masalah bila Islamic banking tu ikut sistem bank konvensional barat..terutamanya memberi pinjaman dengan faedah(bunga)..
    5 hours ago · · 2 people
  • Mohamad Zamri Bin Musa Islamic banking only with real currency bro....real currency are gold and silver..
    5 hours ago · · 3 people
  • Ust Rafidi Hashim Aktivis Dnd bukan shj akan berdepan dengan UZAR shj bahkan ramai lagi, bahkan majoriti ulamak masih berpegang kepada fatwa Majlis Fiqh Sedunia ....
    5 hours ago · · 7 people
  • Khairulazmi Mohamed ya betul, kalau dah 100% ikut syariah Islam, sudah tentu ianya menggunakan matawang sunnah :)
    5 hours ago · · 1 person
  • Mohamad Zamri Bin Musa I am Talktivist Ustaz...
    5 hours ago ·
  • Hafiz Salman Ust Rafidi Hashim: The concern here the paper money(fiat) currency still has value to buy Gold and Silver. So the paper money still subjected to gold/silver sharia law regarding vis-a-viss usury(Riba di sini maksud amek loan dan segala product bank yang tak mematuhi syariat), zakat, salam and other transactions. Berkenaan dengan hukum penggunaan wang kertas dianggap riba, kalau dah iktikad kita sebagai muqallid(one who accepts the interpretation of a mujtahid- kat sini kita sedia maklum Syeikh2 itu adalah mujtahid) dan anggap Fiat ni completely riba, maka ini sangat bahaya. Tapi kalau kita mengkaji lagi realiti kita akan faham bahawa fiat buat masa ini adalah Bathil atas sebab darurat yang Ust nyatakan patut disebut tu.
    5 hours ago ·
  • Ust Rafidi Hashim Dr Yusof Al Qaradhawi pun tak terima dnd ....
    5 hours ago · · 2 people
  • Khairulazmi Mohamed sebenarnya istilah darurat digunakan bila mana kita tiada jalan lain..tetapi disini kita masih ada jalan yg boleh kita pilih..
    5 hours ago ·
  • JejaKa Syuhud Siapa yg x kenal Dr.yusuf Al-Qardhawi..sebab tu DnD bukan shj akan berhadapan dgn Uzar malah Ketua Ulama Sedunia ><
    5 hours ago · · 1 person
  • Ust Rafidi Hashim Pada hukum asal kena cerita dekat orang, jangan sembunyi dan kena highlight darurat dan perlu dilihat kes kes bukan blanket penerimaan wang kertas level hukum sama dengan emas dan perak .
    5 hours ago · · 4 people
  • Nazly Tahir Masalah ulama2 yang banyak naik sekarang ini dalam kebanyakkan pentabdiran adalah mereka yang mengamalkan sistem sekular setelah rampasan kuasa dan kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah dan Kesultanan Usmaniyah, jadi kita tahulah siapa mereka sebenarnya dan apa pegangan mereka... ulama2 yang tidak mendokong sistem sekular tiada tempat dalam organisasi pemerintahan...
    5 hours ago · · 3 people
  • Ust Rafidi Hashim Yang mana yg kita dapat keluar dulu dari penggunaan wang kertas, buat dulu , step by step, kes by kes ..kalau zakat boleh keluar dulu dalam dnd , keluarlah zakat dalam dnd , kenapa nak mempertahankan wang kertas ... bagi yg faham la... yang tak faham kena dakwah dulu nanti terkejut ...Ust ni mai dari planet mana ?
    5 hours ago · · 4 people
  • Yusmilawati Ibrahim As Salam Hafiz Salman : Now, that's news to me. Nanti insyaallah Kak Yus katakan kepada orang KGT. Ye ke, orang Malaysia tak boleh beli banyak? Cuba selidik betul2, mungkin sebab stock tiap-tiap kali mint cepat habis or mungkin wakalah simpan? Nanti Kak Yus selidik sama. Sefaham Kak Yus, KGT nak tambah lagi wakalah untuk cepat circulate koin-koin syariah tu. WIM atau World Islamic Mint adalah badan piawaian atau standard bearer yang sepatutnya independent of minters. Dengan adanya WIM, perdagangan secara muamalat dapat di praktikkan diseluruh dunia. Emas di sini, Perak di sini sama aje dengan emas dan perak di tempat lain, nilainya tetap sama berdasarkan berat bahan logam tu dan kualiti of minting. Lain pulak halnya dengan duit kertas, kenapa plak US dollar tinggi nilai dan RM rendah nilai?
    5 hours ago · · 1 person
  • Nazly Tahir Bila mereka bersuara lantang pasti akan dijatuhkan dengan segera... sebagaimana ustaz2 yang dilucutkan jawatan iman dan pengajar mengaji di tv9 hanya kerana terlibat dalam aktiviti bersih....
    5 hours ago · · 1 person
  • Hafiz Salman Khairulazmi Mohamed: Sebab tu lah perlunya penggunaan meluas DnD tak kira KGT/World Islamic Mint atau apa sahaja. Barulah senang bermuamalat. Dan make sure kita boleh kalahkan market Fiat dengan harga lebih murah dengan DnD macam kes harga kambing yg ana bangkitkan tadi. Kalau kita betul2 nak menjayakan DnD ni. People always concern about how much value they can get from their money :)
    5 hours ago · · 2 people
  • Ust Rafidi Hashim Sekadar renungan :
    Hukum asal sebelum kedatangan wang fiat dan penjajah : Merujuk kepada kitab kitab fiqh 100 tahun dahulu sebelum kedatangan Sheikh Muhammmad Abduh dan rakan rakan sewaktu dengannya :
    TIDAK ADA JALAN UNTUK SISTEM PERBANKAN WANG FIAT (YAHUDI) MERESAP MASUK DALAM MUAMALAT ISLAM
    1. Jualbeli itu maksudnya tukar harta dengan harta atau ain’ (mata benda ) dengan ain’ (mata benda)
    Al Bai’ : al muqabalatu malin bi malin au ainin bi ainin

    2. Hutang : Memilikan satu ain kepada seseorang dengan pulangan ain’ yang sama.

    3. Riba dalam hutang , pulangan yang tak seimbang dalam ain’ barang yang dihutangkan.

    4. Pinjam : Mengambil manfaat atas ain ‘ tanpa memindah milikan ain’ tersebut kepada peminjam.

    5. Riba dalam jualbeli : Merujuk pada illat emas dan perak, dan illat makanan sesama makanan dengan tempoh simpanan.

    Maka :

    a) Emas ditukar emas mesti seimbang jika tidak jadi riba al Fadhl (lebih) dan mesti tunai tidak boleh tangguh jika tidak jadi riba an nasiah ( tangguh).
    b) Emas dan perak apabila bertukar boleh berlebih kurang , mesti tunai tidak boleh tangguh jika tidak , jadi riba an nasiah ( tangguh).
    c) Emas dengan gandum atau perak dengan beras boleh berlebih kurang dan boleh bertangguh, tidak ada riba al fadhl atau riba an nasiah kerana berlainan illat.

    6. Zakat : Hendaklah dibayar dengan ain’ barang yang kena zakat kecuali zakat perniagaan mengikut modal permulaan dengan nuqud ( emas atau perak).

    7. Qirad/ Mudharabah : Modal perniagaan hanya dibolehkan dalam nuqud (emas dan perak), tidak boleh dalam fulus kerana fulus tertakluk kepada pemberhentian pencetakan oleh kerajaan.
    5 hours ago · · 3 people
  • Yusmilawati Ibrahim Hafiz Salman : But who is going to bear the responsibility in the circulation? Who is going to act `Bank Negara' in this case? The path is drawn and it is by default via KGT, is there any other takers that can put together a full-fledged, complete, comprehensive mechanism to put DnD as syariah currency, not just in Malaysia but for international trade as well? Or simpler : Please draw up a plan to improve what you see is lacking in KGT's effort to circulate the DnD as matawang syariah. Let's work together.
    5 hours ago ·
  • Ust Rafidi Hashim Sepatutnya kita perlu kembali kepada pengamalan fiqh yg sebenar bukan ubah suai hukum untuk accomadate wang fiat ..dan berusaha untk keluar ...
    5 hours ago · · 1 person
  • Nazly Tahir Rata-rata ustaz yang berani bersuara lantang adalah ustaz2 yang berdakwah secara bebas, bekerja sendiri dan tidak berada di dalam mana2 organisasi pemerintahan.... yang ada dalam organisasi biasanya telah "diikat dan dikunci"... jika melawan pasti kena dalam masa yang singkat... itulah yang menjadi masalah di negara kita... majlis agama dibawah pemerintah dan tidak bebas melaksanakan hukum jika tidak memihak kepada pemerintah.....
    4 hours ago ·
  • Yusmilawati Ibrahim My mistake, maaf. Then, the Amir of WIN just need to come forward and get local minters to get a `government' or amir to be responsible for the circulation. I think the issue here is why WIM and not WIN working with KGT, kan?
    4 hours ago ·
  • Khairulazmi Mohamed kalau tanya pada saya adakah DnD sesuai utk dijadikan pengganti matawang fiat sekarang ini, jawapan saya ialah amat sukar dan menghampiri mustahil. saya sanggup tinggalkan dunia moden dan tinggal di kampung yang mengamalkan kehidupan Islam sebenar yg berlandaskan 100% Al-Quran dan Sunnah biar pun hidup susah. di kampung tu tak perlu pun guna DnD, guna matawang sunnah lain ataupun guna sistem barter jika perlu, hudup berkonsepkan kebajikan dan bergotong royong. saya tak hidup dizaman nenek moyang saya dulu, tapi saya yakin itulah yg mereka lakukan dulu..
    4 hours ago · · 3 people
  • DuaLogam Merlimau kenapa pula nak tinggalkan dunia modern?
    4 hours ago ·
  • Yusmilawati Ibrahim Maaf KM : Jangan regress, kita perlu progress ahead. Namanya saja `problem', adalah `solution'nya, insyaallah.
    4 hours ago ·
  • Khairulazmi Mohamed sebab dunia moden di sudah tercemar, sudah dikuasai oleh yakjut&makjut, kita withdraw ke kampung bukan hendak lari, tetapi bagi mengatur strategi, selain untuk memelihara Iman dan Islam, menjana jenerasi yang mampu bertahan ataupun menentang juncu dajjal nnti jika perlu..
    4 hours ago ·
  • Emasepuluh Dinar Assalamualaikum, lama tak mencelah. Tak larat nak baca smua komen pasal UZAR attack ni. Apa yg boleh saya katakan disini hanyalah, jika ditakdirkan esok duit kertas tiada nilai atau USD merudum.
    Adakah esok kita masih berpegang lagi bahawa wang kertas itu halal. Adakah kita akan keluarkan zakat menggunakan duit kertas itu lagI? Ingat fatwa telah dikeluarkan mengatakan bahawa wang kertas halal dan boleh keluarkan zakat....fatwa ni tak boleh diubah sewenang-wenangnya. Maaf saya tak berani utk menjawabnya kerana saya buka pakar dln hukum hakam muamalat ni.
    Adakah oleh kerana esok wang kertas suadah tiada nilai..kita terus je tukar fatwa DnD halal dan boleh digunakan walaupun semalam pusat zakat dan amil tidak mahu menerima DnD krana katanya susah dan tiada mekanisma yg boleh digunakan. Padahal dalam kitab2 berlambak cara pengiraan zakat menggunakan DnD dan makanan ruji.
    Bagi saya yg tiada pengetahuan yg mendlm dlm DnD ni dan hanya belajar dr group ni shj ...DnD wajib kita gunakan bila dah ada dlm tgn kerana ianya matawang sunnah..dan wang kertas kita masih harus kita gunakan kerana kita tiada kuasa memerintah utk mengarahkan penggunaan DnD 100%. dan pemerintah telah mengarahkan kita utk menggunakan wang kertas..lagipun tiada sebuah kerajaan pun di dunia hari ini menggunakan DnD secara menyeluruh.
    Apa yg pasti selagi yahudi dan proksinya masih menguasai dunia ini ...kita hanya boleh menggunakan DnD ni dgn ahli group shj buat masa ini. Kalau jauh sedikit pun rakan2 di Indonesia. Wallahualam.
    4 hours ago ·
  • Khairulazmi Mohamed Yusmilawati Ibrahim, itu pilihan masing2, saya masih rasa perlunya pejuang2 daulah Islamiah diluar sana..teruskan usaha anda bagi yg berkemampuan..
    4 hours ago ·
  • Hafiz Salman Itulah kak Yus Yusma, kan harga DnD KGT tak sama dengan WIN(Wakala Induk Nusantara). Padahal keduanya bernaung bawah AMIR yang sama (I mean under World Islamic Mint). Am I right? So why not we are using both as currency like u said just now? Apa Umar Vadillo pikiaq neh? And u said about government act. Melainkan sebuah Authoriti NEGARA mengeluarkan DnD barulah betul kak Yus. And some more selagi ada pihak yang cuba mengaut untung berlebihan dengan DnD ni selagi tu tak dapat imarahkan penggunaan DnD. Jangan gunakan hujjah agama buat untung Fiat kow2. Itulah concern kami kepada pengasas WIM iaitu encik Umar Vadilloo.
    4 hours ago · · 1 person
  • Yusmilawati Ibrahim Betul, ada sahabat suami Kak Yus sugul mengatakan kita ni sebenarnya tak hidup dalam negara Islam sebenarnya. Wallahu'alam.
    4 hours ago ·
  • Aroma Bayu Minta-minta diorang buka mata pd nilai pasaran Emas sekarang ni...lihat sendiri bagaimana kenaikkan nilai yg semakin tinggi...hari ini USD 1621/auns...cer fikir kesan dan natijahnya pd masa hadapan.Kalau terus bergantung pd wang fiat,ada ke jaminan selamat? :)
    4 hours ago ·
  • Psikik Arm Memang Tepat Kata2 Itu.......
    4 hours ago ·
  • Yusmilawati Ibrahim Hafiz, marah Yus Yusma nanti, saya Yusmilawati. Okay, I hear you loud and clear, I'll try to get clarifications on this matter from both KGT and Umar Vadillo, insyaallah. I was not aware that WIN also is under WIM. But, kita setuju that this should be the least of our concern. Yang dah tersilap langkah kita insyaallah perbetulkan. Yang pastinya, (bunyi macam DJ IKIM plak), we want DnD to be the currencies for muamalat, insyaallah.
    4 hours ago · · 3 people
  • Hafiz Salman Maaf silap mention kak Yus Yusma :)
    4 hours ago · · 1 person
  • Imau Cenyum k.yus, setahu saya kita x pernah ada negara Islam sejak zaman Nabi.. yg ada cuma Daulah yg dinaungi Khalifah dan ditadbir besama gabenor2nya.

    saya harap ada perwakilan yg dpt berjumpa dgn UZAR. saya bimbang kemelut ini berkahir dgn persaudaraan diputuskan dan lebih dasyat, sesat menyesatkan dan kafir mengkafirkan.
    4 hours ago ·
  • Yusmilawati Ibrahim IC : Insyaallah, tak adalah sampai tahap kafir mengkafirkan. Siapalah kita ni, cuma hamba yang mengharapkan redhoNya semata-mata. Insyallah, adalah baiknya yang akan timbul dari ni semua. Yang Kak Yus nampak kita setuju adalah, kita perlu menggunakan DnD sebagai matawang syariah menggantikan wang kertas. "The journey of a thousand steps start with the first one." Bi Iznillah.
    4 hours ago · · 2 people
  • Suhaimi Mohamed Sharif ‎...ceramah ini sedikit sebanyanyak menjawab persoalan umat sekarang..http://www.youtube.com/wat​ch?v=K-lZ7BDrqAs
    www.youtube.com
    How much has the Muslim community been affected by Western ideologies? Is copyin...See more
    3 hours ago · · 1 person
  • Quezzo Corp's Tadi Puan Yusmilawati Ibrahim ader mengatakan begini "Yusmilawati Ibrahim Assalamu'alaikum. AB : Satu huraian yang baik, alhamdulillah. Izinkan saya. Alangkah baiknya jika kita dapat menerima 1 dirham = 1 dirham dan 1 dinar = 1 dinar berdasarkan nilai logam dan keberatan bagi setiap denominasi (dan ketulenan logam). Alangkah peritnya terpaksa menyandarkan dengan sistem kewangan kala ini untuk memertabatkan kembali penggunaan logam-logam berharga ini. Wallahu'alam.
    6 hours ago · Like · 4 people"

    Jawapan gua kepada persoalan "Alangkah baiknya jika kita dapat menerima 1 dirham = 1 dirham dan 1 dinar = 1 dinar berdasarkan nilai logam dan keberatan bagi setiap denominasi (dan ketulenan logam)" adalah......

    Ianya tidak realistik pada pandangan para pengamal, penyokong dan pendokong DnD Kelantan ..... so inilah sebenarnya kekangan yang paling utama sekali.... sebab walaupun nilai dan berat logam adalah sama.... masih tidak dinilaikan secara setara dengan yang lain (alasan yang selalu digunakan adalah "siapa yang akan mengawal dan menentusahkan sirkulasi DnD yang lain")
    2 hours ago · · 1 person
  • Simpan Emas Silver peniaga yg terima "hanya" Dnd KGT kena jawab tu :)
    2 hours ago · · 1 person
  • Hafiz Salman Teguran UZAR tentang DnD ade betulnya dalam realiti sekarang ni. Cuma tak betulnya cuma kelemahan Islamic Finance yang diperjuangkan ni. Bagi peniaga yang terima DnD KGT sekarang pon nak taknak gedebak gedebuk kene paham diorang nak pusing modal pon gune Fiat. Tak ada wakalah yang boleh tukar RM=dirham/dinar melainkan KGT. Cuma terkilan la bila dirham KGT tu baru nak tukar currency rate dia. Melainkan wakalah IMN, Kerajaan Negeri Perak, DGE, PG, GCP dan segala gala macam lagi pengeluar DnD memberi penukaran tanpa harga WE BUY :) Shud Be WE SELL=WE BUY. BARULAH CURRENCY NAMANYA. KALU TAK INVESTMENT AJE LA namanya atau depa dok panggil hedge of inflation bak kata omputeh tuh.. :)
    about an hour ago · · 2 people
  • Tok Belagak Bodoh punya cakap. Permulaan memang le kena pakai fiat. Bukan semua orang tahu pun. Uzar sendiri tak mau cerita bab D n D pada ramai orang walaupun mempunyai platform yg lebih luas dari kita. Permulaan memang le kena juga pakai fiat, sebab itu aje yg ada. Serupa gak makan. Dulu makan mee, beehon dll buatan orang kufar, lama2 barule ada kilang mee, tau fu fa , fishball dll yg dipunyai orang Islam.
    Cakap macam orang bangang je. Permulaan memang le tak logik 100% D n D. Nak bayar upah minting buat Dinar n Dirham pun kena pakai FIAT gak.

    Islam mula2 dulu slow slow kayuh, takdelah di ajar bab taharah seperti basuh berak ke hapa. Di ajar beriman dahulu.
    49 minutes ago via Facebook Mobile ·
  • Tok Belagak Teguran Uzar susah orang nak terima pasal dia kerja makan gaji dengan bank. So, takan dia nak bite back.
    48 minutes ago via Facebook Mobile · · 1 person
  • Ibnu Bakr Al-Quds ahaha..tul tok..dirham byk ha
    46 minutes ago ·
  • Tok Belagak KGT bila mau kasi naik harga dirham. silver sudah naik. boleh le yg teraniaya dulu recover.
    45 minutes ago via Facebook Mobile ·

No comments:

Post a Comment