Tuesday, May 10, 2011

Dinar dan Dirham Kerajaan Negeri Kelantan sebagai matawang


Dinar dan Dirham Kerajaan Negeri Kelantan sebagai matawang

Pelancaran Dinar dan Dirham Kelantan pada 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431 adalah pengisyhtiharaan oleh Kerajaan Negeri Kelantan menengahkan matawang syari'ah kepada umat Islam. Ia bukan satu pelaburan atau untuk simpanan semata2, ia adalah sebagai matawang.

Majlis ini adalah satu pengisytiharaan meliputi tanggung-jawab Kerajaan Negeri Kelantan terhadap koin2 mereka yang bertujuan ditempa sebagai matawang. Pengisytiharaan ini membawa makna bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan bertanggungjawab keatas kesemua dinar dan dirham yang ditempa oleh kerajaan negeri ini.

Koin2 keluaran Negeri Kelantan juga di tempa mengikut piawaian World Islamic Mint (WIM). Satu badan yang jugak bertanggung-jawab atas kualiti, ketulenan dan 'security features' koin2 mereka.

Tanggungjawab ini penting untuk melindungi koin2 keluaran kerajaan negeri Kelantan dari 'counterfeiting', penipuan dan sebagainya.

Tiada masaalah dalam penerimaan umum kepada koin2 yang lain apabila tanggungjawab ini jelas. Pada hemat saya, koin2 lain yang dikeluarkan cuma perlu dijelaskan tanggungjawab ini dari pengeluar2 mereka.

Setahu saya, jika ada koin2 kerajaan negeri Kelantan yang 'cacat', mereka akan mengambil balik dan mengganti rugi 100%. Semua ini jelas.


No comments:

Post a Comment