Monday, May 30, 2011

Wang Kertas dan Perbankan Islam

Rashid Reda, Muhammad Abduh, Jamaluddin Al Afghani , Shaikh Dr.Yusof Al Qardawi : Wang Kertas dan Perbankan Islam

by Ust Rafidi Hashim on Saturday, October 9, 2010 at 10:22pm


Sheikh Rashid Reda, mendapat inspirasi dari Sheikh Muhammad Abduh yang berguru dengan Jamaluddin Al Afghani , membentuk reformis Islam yang baru , dari rangkaian dan pemikiran merekalah, sistem perbankan masuk ke dalam dunia Islam.

Sultan Abdul Hamid , Khalifah Uthmaniyyah terakhir ada mencatat di dalam Catatan Harian Baginda yang dibukukan dengan nama Mudzakkiratu as-Sulthan ‘Abdul Hamid oleh Dr Muhammad Harb berhubung Jamalud-Din Al-Afghani .'Kata Baginda , "Telah sampai kepadaku sebuah tulisan yang dipersiapkan oleh Kementerian Luar British tentang seorang pelawak yang bernama Jamaluddin Al-Afghani. Inggeris menyatakan bahawa orang tersebut bersama dengan Blunt (Wilfred Blunt) telah membuat pernyataan pakatan untuk menjauhkan khilafah dari Bangsa Turki. Dia juga mengusulkan kepada Inggeris untuk segera mengumumkan Gabenur Makkah, Syarif Husain , sebagai Khalifah baru bagi kaum Muslimin. Aku sendiri sangat mengenali Jamaluddin Al-Afghani ini. Dia tinggal di Mesir dan dia seorang manusia yang berbahaya. Satu saat dia mengusulkan kepadaku dengan menamakan dirinya al-Mahdiyah (berdasarkan faham Syi'ah bahawa dia Imam Mahdi) dan bahawa dia akan mengerakkan seluruh kaum Muslimin Asia Tengah. Aku tahu bahawa dia tidak akan mampu melakukannya. Dia adalah kakitangan British, dan sudah pastilah British telah mempersiapkan orang tersebut sebagai sumber maklumat perisikkanya. Aku menolak usulnya dan dia berpakat dengan Blunt kemudiannya".Sekian Baginda As-Sulthan Abdul Hamid.

Mesir

Selama hampir 400 tahun, Mesir adalah sebuah daerah dari Empayar Othmaniah. Mohammed Ali Pasha adalah bekas pegawai tentera, Empayar Othmaniah . Beliau menjadi Gabenur Mesir di awal abad ke-19, (1805-1848) dan satu dinasti Kesultanan diteruskan sehingga raja terakhir iaitu Raja Farouk pada tahun 1956.

Dalam usaha-usahanya untuk memodenkan negara, Mohammed Ali Pasha telah menjemput rakyat asing untuk membawa Mesir kepada pembaharuan dan pembangunan. Perasmian Suez Canal pada tahun1869 membawa kepada bertambahnya kemasukan ramai warga asing, terutamanya orang Yahudi yang hidup di kawasan lain dari Empayar Othmaniah, terutamanya dari wilayah Turki dan Syria. Pada akhir dari abad yang ke-19, terdapat sejumlah besar keluarga-keluarga Yahudi yang kaya raya, satu fenomena yang tidak wujud di negara-negara Timur Tengah lain. Yang paling awal dikenali, adalah Keluarga Cattauis yang dipercayai telah datang dari Belanda. Mereka adalah orang Yahudi pertama yang meninggalkan Haret el Yahoud (Suku Yahudi) untuk hidup di Shubra, Mesir, yang pada masa itu adalah kota baru di pinggir Kaherah. Kawasan lain di mana orang Yahudi membina penempatan dan berpindah termasuk di Maadi, Zamalek, Heliopolis dan Garden City, Roda, Giza, dan sebagainya.

Keluarga-keluarga ini berfungsi sebagai "Sarafim", pengurup wang, penguji duit syiling, dan pemungut-pemungut cukai. Peralihan kepada sistem perbankan moden membawa mereka berjaya mencapai jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan Mesir. Orang Yahudi menjadi tulang belakang ekonomi orang Mesir melalui National Bank of Egypt, Credit Foncier Mesir, Misr Bank, dan keluarga Mosseris menubuhkan bank mereka sendiri, JN MOSSERI et Compagnie. Bank-bank ini terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pembangunan tanah, kilang - kilang industri, infrastruktur, dan sebagainya.


Sejarah Mesir moden bermula sejak 1882 ketika Mesir berada dalam pengaruh British, satu situasi yang membawa kepada konflik kepentingan dengan kedudukan Mesir sebagai sebahagian daripada wilayah Khilafah Othmaniah.


Tujuan pencerobohan British ialah bagi memulihkan kestabilan politik di Mesir dibawah kerajaan Khedive Tawfiq dan membuat kawalan antarabangsa yang keatas pembiayaan kewangan kerajaan Mesir semenjak 1876. Lord Cromer, Ketua Wakil Britain di Mesir pada masa itu, melihat reformasi-reformasi kewangan Mesir sebagai sebahagian daripada satu objektif jangka panjang. Cromer mengambil pandangan kestabilan politik itu untuk kestabilan kewangan, dan memulakan satu program pelaburan tempoh lama di Mesir melalui sumber produktif, paling penting dalam ekonomi kapas, yang menjadi tulang belakang negara itu.


Ada dua pemimpin Islam yang sangat penting di Mesir, ketika itu, Jamal al-Din al-Afghani dan Mohammed Abduh. Al-Afghani adalah seorang aktivis di Iran dan Russia sebelum muncul di Mesir. Dia adalah dianggap "pengasas pergerakan pan-Islamik ," dan pergerakannya adalah dikenali sebagai pergerakan Salafiyyah. Dia menentang imperialisme British tetapi pada masa yang sama dia menyokong pemodenan untuk dunia Islam dan sangat kagum dengan sistem barat. Sebelum dibuang negeri dari Mesir dia menjadi satu tokoh penting di Universiti Al-Azhar di Kaherah dan pengikut paling pentingnya adalah Mohammed Abduh.

Selepas al-Afghani telah disingkirkan dari Mesir pada 1879, Mohammed Abduh meneruskan mesej pembawa pembaharuannya. Untuk ini Abduh telah disingkirkan pada 1882. Semasa buangannya dia berjumpa dengan al-Afghani di Paris di mana mereka bekerjasama untuk menerbit sebuah jurnal Islam. Empat tahun kemudian British membuat satu perubahan besar dalam polisi mereka dan membenarkan Abduh untuk kembali. Dia menjadi seorang guru di Universiti Al-Azhar di mana dia membuat tumpuan membentuk semula institusi Islam berkedudukan tinggi itu sesuai dengan cita – cita permodenannya.. Pada masa yang sama dia cepat-cepat naik untuk menjadi seorang hakim di Mahkamah Kebangsaan.


Memang terdapat satu motif terselindung untuk perbuatan Cromer membenarkan Abduh pulang ke Mesir. Anda boleh melihat, pada tahun 1898 majlis ulamak Universiti Al-Azhar telah mengesahkan bahawa perbankan adalah haram dan riba menurut shariat Islam. Ini tidak boleh diterima kepada Lord Cromer kerana beliau datang dari keluarga perbankan Evelyn Baring - salah satu anggota penting keluarga perbankan Yahudi di Britain.


Beliau perlu mencari seseorang yang boleh membenarkan perbankan dalam dunia Islam. Lord Cromer melantik kawannya Abduh untuk mengubah undang-undang shariah bagi menghalalkan fatwa Al Azhar sebelumnya. Dia dilantik menjadi Mufti besar Al Azhar oleh Cromer.

Setahun selepas itu ,1899. Abduh menggunakan satu penafsiran Al Quran yang amat liberal dan kreatif untuk merobek satu lubang yang membenarkan amalan perbankan riba. Maka British melalui bank-banknya kemudian bebas untuk menguasai ekonomi Mesir. Dalam tulisan-tulisannya Lord Cromer mengulas pergerakan Salafiyya Abduh dengan mengatakan, "Mereka adalah sekutu-sekutu semulajadi bagi gerakan reformasi Eropah." Cromer mengerti bahawa pergerakan Islam ini telah memberi kelebihan kepada Britain.

Pada tahun yang sama Fatwa mengharamkan bank dikeluarkan Al Azhar , tahun 1898 ,National Bank of Egypt (NBE) ditubuhkan dengan penguasaan Sir Earnest Cassel (50% pemilikan), Ralph Isaac Suarez, abang-abangnya Joseph dan Felix dan pihak berkaitan (25%) dan Constantine Salvagos Alexandria (25%) walaupun Cassel kekal di England. NBE menubuhkan sebuah pejabat di London.

Duit syiling emas kekal sebagai alat pertukaran sehinggalah tahun 1898, apabila National Bank of Egypt ditubuhkan dan telah diberikan hak dan kebenaran selama 50 tahun, oleh kerajaan, keistimewaan untuk mengeluarkan wang kertas Mesir, boleh ditukar dengan emas, promissory note. National Bank of Egypt mula mengeluarkan wang kertas buat kali pertama pada 3 April 1899.

Maka mata wang yang beredar di Mesir mengandungi pound Sterling emas dan banknote wang kertas Mesir yang boleh ditukar dengan emas. Keadaan ini berterusan sehingga 2/8/1914 semasa satu Decree khas telah dikeluarkan , mata wang kertas Mesir sah diperlakukan melalui legal tender dan tidak boleh lagi ditukar dengan emas. Oleh itu, wang kertas pound Mesir menjadi wang fiat semata – mata. Maka, duit syiling emas tidak lagi digunakan dalam edaran.


Fatwa Abduh - Pintu Perbankan dibuka

" Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal; manakala Pejabat Pos melabur wang yang diambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak Pos. Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat - syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad "("Al-Manar", vol. VI, bahagian 18, m/s. 717)

Pintu untuk menggunakan bank dan wang kertas perbankan mereka oleh itu telah dibuka. Asas kepada "Islamic Bank" terbina dengan menggambarkan interest/faedah itu dapat dipertimbangkan seolah-olah ianya adalah sebahagian dari perkongsian dalam qirad.

Anak murid Abduh,Muhammad Rashid Reda penyambung pemikiran mentornya adalah pengasas majalah "Al-Manar" diedarkan di seluruh dunia Islam.


Beliau mengatakan "Tiada apa-apa dalam agama kita yang adalah tidak sesuai dengan tamadun semasa, terutama aspek-aspek itu dianggap sebagai berguna oleh semua negara bertamadun, kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba dan saya bersedia untuk membenarkan [daripada sudut pandangan Shari'a] semuanya dimana pengalaman orang-orang Eropah sebelum kita akan diperlukan untuk kemajuan negeri dalam bagi menyatakan Islam sebenar (maju sebagaimana Eropah). Tetapi saya tidak akan membataskan diri saya dengan mazhab - mazhab, tetapi hanya dengan Al Qur'an dan Hadith yang sahih " ("Al-Manar", vol. XII, m/s.239)

"Kecuali mengenai beberapa persoalan mengenai riba" Apa yang dia maksudkan dengan " beberapa persoalan mengenai riba " sebagai contohnya yang dia melihat tidak ada kesalahan dalam mengambil insuran nyawa ("Al-Manar", vol. XXVII, m/s 346, serta vol.VII, m/s. 384-8, dan vol. VIII, m/s 588). Dia juga memperkecil-kecilkan ahli fiqh yang menggunakan Qiyas untuk memperluaskan larangan riba itu dalam mengambil interest/faedah ke atas modal dan memberikan pendapatnya bahawa interest atau faedah daripada wang deposit di bank atau Pejabat Pos tidak termasuk riba yang dilarang. ("Al-Manar", vol. VII, m/s. 28).


Rashid Reda memberi pengkelasan ( takrif ) baru tentang riba, beliau membezakan apa yang beliau bahagikan sebagai ‘riba dalam Al Qur’an’ dan ‘riba dalam Sunnah’. Reda mempertahankan asas riba adalah dalam Al Quran dan diharamkan sampai bila – bila sementara text sunnah melarang bentuk riba yang lebih ringan dan mengikut pendapatnya juga dilarang tetapi dibolehkan jika berlaku keperluan (Darurah ).

Dia mengatakan riba yang dilarang didalam Al Quran sebagai ‘ riba al jahilliyah’ ( jika seseorang tidak membayar mengikut masa yang ditetapkan , penjual akan menaikkan harga ) kesilapannya mengatakan ini riba al – nasiah. Dia juga melakukan kesalahan dengan mengatakan riba al – nasiah ( silap bertukar maksud ) hanya menjadi haram jika melibatkan denda berbunga ( compound interest ) jadi bunga/interest biasa (simple interest ) tidak termasuk riba al – nasiah dan dibolehkan. Dia membuat kesimpulan bahawa interest/bunga biasa yang dikenakan atau yang dibayar oleh Bank tidak dilarang mengikut Al Quran dan sunnah.


Larangan dari Sunnah mengikutnya, merujuk kepada pertukaran tertentu. Seperti dua orang yang menukar emas antara satu sama lain, jumlah emas mesti seimbang dan ditukar pada masa itu juga. Pada pendapatnya, tidak seperti riba al jahiliyah , cara ini tidak diketahui orang Arab kerana sukar untuk difahami mengapa harus ada dua orang yang melakukan pertukaran yang melibatkan kuantiti yang sama serentak pulak. Jadi riba al fadl dilihat sebagai amalan yang ditinggalkan didalam perdagagan dimana pertukaran emas yang sama dilakukan sudah tidak diamalkan lagi.


Hadis yang terkenal yang menyebut tentang “ tangan dengan tangan “ dan “seimbang “ merujuk pada riba, tidak difahami oleh golongan moden.

Mereka tidak faham relevannya dan bentuk yang disebut. Emas dengan emas, seimbang dan tangan dengan tangan merujuk kepada perseimbangan dalam traksaksi. Satu aspek merujuk kepada keseimbangan dalam kuantiti jika berlaku ketidakseimbangan menjadi riba al-fadl dan satu lagi merujuk kepada kesegeraan (tanpa penangguhan) dan jika berlaku penangguhan dirujuk sebagai riba al – nasiah. Ini akan menghalang keadaan dimana 'emas yang tidak ada' (dayn) ditukar dengan emas yang ada (ayn) . Ini sangat relevan kerana cara beginilah orang Islam ditipu dengan emas mereka dengan cara menukar dengan kertas janji palsu emas ( bentuk asal wang kertas ). Seterusnya untuk menjadikan wang kertas halal, ulamak – ulamak modenis mengabaikan maksud dan relevannya hadis tersebut.

Hadis itu merujuk kepada pertukaran dinar dan dirham khususnya pada cetakan berlainan , ia melarang sama sekali kewujudan nota/resit sebagai janji pembayaran. Dua bentuk ini sangat relevan dan penting kepada kita :

Kesimpulannya, pandangan Reda adalah seperti berikut :A] Riba al-nasiah hanyalah riba al-jahiliyya dan hanya denda berbunga/compound interest dilarang dengannya.B] Riba al-fadl hanya melibatkan pertukaran, hanya peringkat kedua dan boleh diterima sekiranya berlakunya keperluan ( darurah ).


Pengikut Reda pada asasnya mengambil pendekatan yang sama dalam mengklasifikasikan riba tetapi berbeza sedikit dalam isu denda berbunga/compound interest. Mereka bersetuju bahawa interest biasa/simple interest juga adalah haram tetapi prinsip darurah boleh diguna pakai dan mereka melihat riba al – fadl sebagai masalah kedua melibat hanya pada perdagagan ( bukan mata wang ).

Sebenarnya kedua – dua riba al – nasiah dan riba al – fadl dilarang dalam Al Quran, malah riba dalam Al Quran dan Sunnah adalah sama . Sunnah adalah amalan hidup sebagai penafsiran dari Al Quran.

Riba yang dikenali sebagai riba al Jahiliyah mengandungi kedua – duanya riba al-nasiah dan riba al-fadl. Dalam transaksi ini, pembayaran ditangguh ( nasiah ) ditukar dengan penambahan (fadl), tetapi riba al – nasiah melibatkan lebih dari hanya riba al – jahilliyah.

Implikasi dari kedudukan ulamak modenis.

Dengan mengabaikan makna sebenar riba al nasiah , mereka mengelak daripada menyentuh tentang isu mata wang kertas.

Memahami riba al-nasiah adalah asas kapada pemahaman tentang kedudukan kita keatas duit kertas. Sebab ulamak modenis mengambil sikap yang memutarbelitkan makna riba secara jelasnya ialah untuk menghalalkan suatu yang tak terfikir : PERBANKAN. Inilah justifikasi kepada apa yang dipanggil Perbankan Islam. Konsep darurah bersama penyingkiran riba al-nasiah memberi mereka alasan untuk membenarkan penggunaan duit kertas dan seterusnya menggunakan kaedah fractional reserve banking yang menjadi asas kepada perbankan moden hari ini.


Syaikh Dr. Yusof Al Qaradhawi, rujukan utama golongan ini menulis dalam bukunya " Keutamaan Pergerakan Islam dalam fasa mendatang " :" Kalau kita melihat sejarah lalu, antara yang membawa panji - panji tradisional moden ialah al a'lamah Rashid Reda melalui majalah Al Manar yang sangat terkenal di dunia Islam. Imam Rashid Reda adalah mujadid di zamannya. Sesiapa sahaja yang membaca tulisannya ..... akan melihatnya sebagai benar - benar al manar yakni yang memberi cahaya. Imam Reda adalah punca dari idea dimana Hassan Al banna menyebut ' Kita patut saling bantu membantu dalam perkara yang dipersetujui dan mencari alasan masing - masing dalam perkara yang tak dipersetujui. "

Tidak hairanlah mereka melihat isu wang kertas sebagai suatu isu moden dan praktikal. Hujjah mereka hanyalah atas dasar pragmatisme bukan dalil Al Quran dan Sunnah. Beliau menulis dalam Fiqh az Zakat tentang wang kertas " Kerajaan pada mulanya mengeluarkan wang kertas atas sebahagian rizab emas atau perak. Atas keperluan semasa dan penerimaan wang kertas secara berleluasa maka kerajaan berpindah dari rizab emas ke penggunaan bank pusat sebagai pengeluar wang kertas. Maka kita telah masuk ke fasa dimana wang kertas tidak boleh ditukar lagi dan menjadi kemestian (legal tender) mengikut sempadan negara masing - masing ".

Syaikh Dr Yusof Al Qardawi mengatakan :


" WANG KERTAS TELAH MENJADI WANG YANG DIGUNAKAN SELURUH DUNIA. BAGAIMANAKAH INGIN MEMBATALKAN HUKUM RIBA PADANYA SEDANGKAN SEMUA MANUSIA BERMUAMALAT DENGANNYA TIDAK LAGI DENGAN EMAS DAN PERAK ? SESIAPA YANG MEMILIKINYA DIANGGAP KAYA WALAUPUN TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN EMAS DAN PERAK. DENGAN WANG INI, LELAKI MENJADIKAN MAHAR, DIGUNA DALAM JUAL BELI, SEWA DAN MEMBAYAR DIAT. SEMUA MUAMALAT MELALUI WANG KERTAS SUDAH MENCAPAI TAHAP EMAS DAN PERAK "


Semoga Allah memberi petunjuk kepada Syaikh Yusof Al Qaradhawi untuk melihat tipu daya wang kertas. Amin

No comments:

Post a Comment