Monday, May 30, 2011


Dinar Dirham dan Inflasi. Hubung Kait Kepimpinan dan Sistem Kemasyarakatan

Pada hari ini,umum manusia menilai kemajuan atau ketinggalannya sesuatu negara itu adalah berdasarkan dua aspek :

1 – banyak atau sedikitnya sumber kekayaan

2 – tahap kecanggihan alat-alat pengeluaran

Akan tetapi, kedua-udanya bergantung pad akonsep pemikiran yang mengoalahkan cara-cara memperoleh kekayaan dan membelanjakannya sekali. Apabila konsep ini berdiri di atas aturan syariat Tuhan , maka kehidupan ekonomi akan maju dan kemakmuran melata.

Konsep pertama (cara memperoleh kekayaan) mengarakan cara-cara memperoleh kekayaan serta membelanjakannya pada sektor-sektor umum dan peranan orang yang bertugas pada sektor ekonomi adalah sebagai pengumpul sekaligus pengedar.

Adapun, apabila konsep ini bertentangan dengan cara-cara aturan Tuhan, maka kehidupan ekonomi akan menjadi sebaliknya dan krisis melanda dimana-mana.

Kosep kedua mengarahkan cara-cara memperoleh kekayaan dan membelanjakannya pada sektor-sektor kemaslahatan individu, peranan orang-orang yang bertugas pada sektor ekonomi adalah sebagai perampas dan penimbun.

Mereka merampas apa sahaja yang dimiliki orang dengan cara yang curang

1 – menaikkan harga barang

2 – menaikkan cukai-cukai , pajak, ufti yang sebelumnya tidak pernah dikenali namanya.

Kemudian mereka menimbunkan harta buat diri sendiri lalu membelanjakannya untuk memenuhi keinginan nafsunya.

Oleh kerana itu, Allah melalui ucapannya di dalam Alquran secara terperinci mengarahkan manusia supaya memerhatikan cara-cara memperoleh kekayaan yang halal dan membelanjakannya pada perkara-perkara yang halal juga, serta menunanikan perintah Allah yang harus ditunaikan.

Sungguh, mencampur adukkan antara kedua-dua konsep yang disebut merupakan sumber kekacauan dan kepincangan yang terjadi dalam masyarakat Islam pada masa-masa kemundurannya, keadaan ini mewarnai kehidupan ekonomi masyarakat Islam pada masa sebelum dan sesudah serangan tentera Salib.

Pada masa tersebut, cara-cara memperoleh kekayaan sangat bertentangan dengan kaedah-kaedah agama.

Negara mengenakan berbagai-bagai cukai dan ufti hingga orang-orang yang hendak pergi haji sekalipun diwajibkan membayar cukai yang sangat tinggi keapda negeri yang dilaluinya, sebagimana yang telah dilakukan oleh pemerintahan Fatimiyah terhadap calon haji Morokko yang melalui Mesir, dan barangsiapa yang tidak mampu membayarnya akan ditahan hingga selalu ada yang terlambah wuquf di Arafah. *1

Di tengah-tegah berlangsungnya amalan kotor dan jijik ini, para petugas pentadbiran kerjaaan berlumba-lumba memperkayakan diri.

Inilah yang disebut oleh Ibn khilkan tentang kekayaan yang dimiliki oleh Perdana Menteri Fatimiyah , Badrul Jamali , telah meninggal dunia pada tahun 515 H, berkata :

Dia meninggalkan 600 juta dinar, 250 irdab (kira-kira 14900 kg), 75 000 baju sutera, 30 pelana unta diperbuat dari emas, bejana dari emas yang di dalamnya terdapat mutiara seharga 12 000 dinar, 100 paku emas yang berat masing-masing paku 100 misqal (1 misqal = 1.5 dirham = 4.6 gram) terletak di sepuluh tempat duduk dan setiap tempat duduk terdapat sepuluh paku, di atas setiap paku terdapat sehelai sapu tangan yang disulam emas, 500 peti baj, dan dia juga meninggalkan kuda, budak-budak, baghal, kenderaan, minyak wangi, perhiasan dan make up dengan jumlah yang sangat besar, lembu, kerbau,dan domba banyak sekali sehingga manusia malu menyebutnya, yang air susunya pada tahun meninggalnya itu senilai 30 000 dinar. Dan di antara peninggalannya pula 2 peti besar, di dalamnya paku-paku emas banyak sekali dengan bergambarkan perempuan. *2

Para pedagang juga acap kali menaikkan harga, khususnya ketika kemelesetan, seperti yang terjadi pada tahun 428H , diriwayatkan secara ringkas oleh Ibn Taghri Bardi :

...dan seorang lelaki menjual rumahnya di Kairo yang sebelumnya ia membeli seharga 900 dinar (harga rumah 900 dinar) , dengan harga 20 ritl tepung (1 ritl = 8 auns) , sedangkan sebutir telur berharga 1 dinar dan 1 irdab gandum ( 1 irdab = 576 auns = 17.913kg) berharga 100 dinar, kemudian setelah itu gandum itu tidak ada sama sekali.

...pada tahun 449 H, harga sebiji delima mencapai 1 dinar, begitu juga timun dan bunga teratai. (harga sbeiji timun = 1 dinar).

..Pada tahu 511 H, harga makanan naik sangat tinggi dan bhaan makanan utama habis, sehingga harga satu takar tepung gandum mencapai 300 dinar. *3

Adapun kekayaan hanya berputar pada orang-orang kaya semata-mata.

Mereka dikelilingi harta dan befoya-foya sehingga pada batas yang sukar digambarkan. Contoh-contoh boleh kita dapati dari kisah yang diriwayatkn oleh ibn Katsir.

Ibn Katsir meriwayatkan satu kisah dari kehidupan Abu Nashr bin Marwan kurdi, gabenor (menteri besar) negeri Bakr dan Mayarifin, meninggal tahun 453H berkata,

...Dia memiliki 500 gundik ditambah budak-budak perempuan melayani mereka, 500 pelayan lelaki dan banyak sekali penyanyi wanita, setiap penyanyi dia beli dengan harga 5000 dinar atau lebih. Di tempat peristirehatannya terhadap pelbagai alat muzik dan bejana-bejana emas sehingga 200 000 dinar. *4

Kemudian Ibn katsir meriwayatkan lagi tentang sebuah kisah bagaimana pernikahan seorang puteri Sultan Maliksyah pada tahun 480 H ,

.. Pada bulan Muharram di tahun itu juga, perlengkapan puteri Sultan Maliksyah dibawa ke istana khalifah dengan iringan 130 unta berhiaskan kain sutera buatan romawi yang membawa berbagai bejana dari emas dan perak, 34 baghal berhiaskan kain sutera, kalung dan loceng baghal-bagahl itu diperbuat dari emas dan perak, di antaranya 6 ekor baghal membawa 12 peti dari perak yang di dalamnya terdapat bermacam perhiasan dari intan dan permata, Di depan iringan baghal-bagha; terdapat 33 kuda yang menarik kereta emas yang berhiaskan kain sutera, di atasnya terdapat beberapa pedang berlapiskan emas dan bertatahkan mutiara. *5

Pada tahun 516 H, ketika perdana menteri Sultan mahmud Saljuqi yang bernama Abu Thalib Sumairi terbunuh, telah keluar isterinya diiringi oleh 100 dayang yang menunggang kereta-kereta berlapiskankan emas, maka ketika khabar pembunuhannya sampai kepadanya, mereka semua kembali pulang dengan wajah penuh kesedihan setelah baru sahaja bersenang-senang.

pada tahun 517 H, permaisuri khalifah Murtasyid Billah mengadakan perayaan khatan anaknya. Maka kota Baghdad dihias, di puntu kosa masuk kota Nawa didirikan kubah yang dihiasi dengan kain sutera dan mutiara yang sangat menakjubakn, dan pada pintu masuk kota Sayyid Alwi dihiasi dengan beragai-bagai perhiasan yang sangat indah. *6

Dua peristiwa ini, pemerintah yang bermewah-mewah serta golongan bangsawan yang berlebihan ini melahirkan satu generasi kepimpinan yang tidak memerhatikan masalah umum.

Dalam hal ini, Ibn Jauzi dan Ibn Katsir telah menulis beberapa contohh kehidupan para syeikh mazhab ketika memangku jabatan kehakiman dan wakaf, mereka turut bersubahat , mengumpulkan beberapa gundik, membeli alat-alat muzik, dan alas tempat tidur dari sutera.

Mereka sama sekali tidak memerhatikan masalah umum, salira/ tali air yang tidak diuruskan dan pertanian yang dibiarkan, sehingga seringkali terjadi banjir, yang mengakibatkan rosaknya berbagai-bagai kemudahan umum.

Begitu juga jalan-jalan umum dan keamanan, sama sekali tidak mendapat perhatian, sehingga para pencuri selalu mengambil kesempatan merampas pasar-pasar dan rumah-rumah.

Ditambah pula orang-orang badui Arab seringkali menyerbu perkampungan dan merampas semua kekayaan, di samping merompak romboingan haji dan pedang.

Akibat semua ini, kaum Muslimin dari kalangan rakyat jelata seringkali menderita kelaparan. Terdapat ramai ornag yang tinggal di tepi sungai dan saliran, dimana mereka dapat memungut dedaunan hijau yang jatuh.

Kelaparan dan wabak penyakit melanda di mana-mana. Sehingga disebabkan kelaparan yang lama menimpa keluarga, dan mereka tidak mendapatkan cara lain untuk mengatasi kepedihan lapar itu, mereka terpaksa memakan salah seorang teman atau anaknya sendiri, atau anggota keluarga yang meninggal.

Riwayat seperti ini tidak hanya disampaikan oleh satu orang, semua ahli sejarah yang hdiup pada masa itu meriwayatkannya, seperti Ibn Jauzi, Ibn Katsir , Ibn Taghri bardi dan lain-lain.

Ibn Taghri Bardi menceritakan kelaparan yang melanda tahun 428 H. (rujuk harga makanan 1 biji telur = 1 dinar di atas)

Banyak sekali orang-orang yang meninggalkan negeri mesir kerana wabak penyakit dan kelaparan melanda di mana-mana, di tambah pula harga makanan sangat mahal, suatu musibah yang belum pernah terjadi di dunia. Banyak sekali rakyat mesir meninggal dunia, sebahaginnya memakan sebahagian yang lain. Mereka menyembelih banyak sekali anak-anak kecil dan perempuan lalu dimasak dan dimakan atau dijual. Segala macam haiwan dimakan tanpa terkecuali, seekor anjing dijual dengan harga 5 dinar sedang kucing 3 dinar.

Pernah berlaku, orang-orang Sudan masuk ke perkampungan lalu menculik para wanita, diambil dagingnya lalu dimakannya. Ada seorang wanita dari kampung Qanadil, mesir, berjaya menyelamatkan diri, dia adalah wanita yang gemuk. Wanita itu ditangguhkan penyembelihannya, kerana mereka ingin memakan yang kurus terlebih dahulu. Di saat mereka duduk berkerumun, sedang asyik makan daging-daging manusia, wanita tersebut berjaya melarikan diri dari rumah itu dan berteriak meminta pertolongan. Penuasa daerah datang dan menyerbu rumah penyembelihan itu. Dalam rumah tersebut didapati banyak sekali mayat. Dan orang-orang sudah itu akhirnya dibunuh. *8

Pada tahun 440 H, wabak penyakit melanda daerah Maushil, al-Jazair dan iraq yang menelan korban sebanyak 300 00 orang. Solat mayat dilaksanakan secara besar-besaran. Iaitu sekali solat untuk 400 orang. *9

Antara tahun 448H hingga 449 H , wabak penyakit dan kemelaratan telah melanda banyak negeri seperti Mesir, Iraq, Syam, dan negeri-negeri lain, sehigga tidak sedikit penduduknya yang memakan haiwan dan menggali kubur manusia. Orang-orang kaya pula membeli buah delima dan bunga teratai dengan harga satu dinar. *10

ada tahu 470H , wabak penyakit melanda di daerah-daerah subur Iraq dan negeri Syam. *11

Tahun 511H pla, harga makanan melambung tnggi, bahan makanan utama susah didapati, sehingga satu takar gandum mencapai 300 dinar dan akhirnya bahan makanan tersebut tidak langsung ada di pasar. Pada masa itu, banyak orang yang meninggal dunia kerana kelaparan dan tidak sedikit dari mereka memakan anjing dan kucing.

Kemiskinan melanda di mana-mana, berbagai-bagai musibah dan penyakit datang dair tahun ke tahun, semuanya itu menjadi ciri-ciri khas bagi kehidupan masyarakat Islam pada masa-masa tersebut dan merupakan salah satu faktor utama ketidakuatmaan kita mengahdapi segala masalah dan bahaya musuh dari luar.

Pengajaran :

1 – Bukan bermaksud apabila penggunaan dinar dirham sudah meluas, sistem masyarakat dibiarkan begitu sahaja, kepimpinan dibiarkan bermaharaja lela bermewah-mewah, golongan bangsawan menyimpan emas dan perak dalam bentuk selain dinar dirham.

2 – Harga barang di dalam sistem dinar dirham tertakluk pada sumber barangan, jika permintaan tinggi, barang tiada, harga naik, barang melimpah, barangan akan stabil walau 1000 tahun berlalu.

3- Bagi menjamin sistem dinar dirham berjaya, bukan semata aspek memberi kefahaman terhadap nilai emas dan perak, bahkan aspek memberi faham tentang kepimpinan, kejujuran dan aspek-aspek ruhiyah hubungan manusia dan Tuhan, hubungan manusia sesama manusia, hubungan manusia dan alam diberikan penekanan sewajarnya.

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan [ayat-ayat Kami] itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (Al-a'raf - 96)

------ ----- --------- ------ - ----- - – - – - - – - - - - - - -

Sumber :

1 – Ibn Katsir , albidayh wanNihayah , Juz 12 hlmn 299

2 - Ibn Khilkan , wafayatul a'yan, juz 2 hlmn 160-163 dan ibn Qadli syuhbah, alkawakibud Durriya hlmn 88-89

3 - Ibn taghri Badri , Annujumuz Zahirah Juz 5 , hlm 17

4 – Ibn Katsir , Al-Bidayah juz 12 hlm 87

5 – Ibid , hlm 132

6 – Ibn Qadli Syuhbah , alkawakibud durriyah , hlm 88-90

7 – Majid Arsan Bardi , Annujumuz Zahirah I akhbari misra wal qahirah , juz 5 , hlm 213

9 – ibid hlm 44

10 – ibid hlm 15-17

11 – Obn Katsir , albidayah wan nihayah , juz 12, hlm 117

12 – Ibn taghri Bardi, Annujumuz Sahirah , juz 5 , hlm 213

Dikeluarkan dari kitab karangan Dr. Majid Irsan Kaylani ''Kebangkitan Generasi Salahuddin dan kembalinya Al-aqsa ke pangkuan Islam)

http://umaralfateh.wordpress.com/2011/01/19/dinar-dirham-dan-inflasi-hubung-kait-kepimpinan-dan-sistem-kemasyarakatan/

1 comment:

  1. [94]
    Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
    [95]
    Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya): “Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
    [96]
    Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
    [97]
    Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
    [98]
    Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
    [99]
    Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
    [100]
    Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana), bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?
    [101]
    Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.
    (Al-a'raf - 94-101

    ReplyDelete