Monday, May 16, 2011

Kad Kredit

Persoalan : Bolehkah seseorang Muslim menggunakan Kad Kredit? ( Dalam Bahasa Inggeris dan B. Melayu)

Soalan : Bolehkah Seseorang Muslim memiliki dan menggunakan Kad kredit?

Jawapan (oleh Syeikh Imran Hossein di dalam bukunya, Larangan Riba dalam quran dan sunnah , m/s 197 )

Kad kredit adalah kad yang membolehkan pemegangnya untuk meminjam sejumlah wang tertentu dalam satu tempoh waktu tertentu (biasanya sebulan) .

Jika pinjaman itu dibayar semula sebelum waktu yang dijanjikan (tempoh tamat), maka pinjaman itu akan bebas dari bunga (tiada interest/riba)

Tetapi, jika keadaan sebaliknya, pinjaman itu tidak dibayar di dalam waktu yang dijanjikan, maka , interest/bunga/ riba akan dikenakan ke atas pinjaman tersebut.

Seorang Muslim dilarang dari membayar interest/bunga/riba , dan seorang muslim yang membayar semua hutang kad kreditnya dalam masa yang ditetapkan, dan tidak pernah perlu membayar bunga, dia akan mengatakan bahawa dia tidak melanggar peraturan/hukum dalam menggunakan kad kredit.

Tetapi, cuba pertimbangkan situasi ini :

Persetujuan dimana seseorang itu dapat menggunakan kad kredit adalah perjanjian di atas riba.

Perjanjian sebegini adalah haram bagi seorang muslim.

Maka, dengan memasuki kepada persetujuan itu, seseorang sudah masuk kedalam riba.

Apakah boleh seseorang muslim menerima kredit dalam keadaan dimana jika dia tidak berjaya membayarnya dalam waktu yang ditetapkan, dia akan minum segelas arak?

Tidak!

Apakah boleh seseorang muslim menerima kredit dalam keadaan dimana jika dia tidak berjaya membayarnya dalam waktu yang ditetapkan, pemberi hutang mempunyai hak untuk tidur dengan isterinya?

Tidak!

Baik, jadinya, bagaimana seorang muslim boleh menerima kredit dalam keadaan dimana jika dia tidak berjaya membaayrnya dalam waktu yang ditetapkan dia wajib membayar RIBA?

Kedua, sesuatu yang membawa kepada Haram adalah jelas Haram.

Walaupun seorang sudah menunjukkan tanggungjawab dalam membayar hutang dalam waktunya, di sana 99 orang yang lain tidak, yang secara terangnya terus masuk dalam membayar riba.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Question : Can a muslim own and use a credit card?

Answer (by Sheikh imran hossein in his book , prohibition of riba in quran and sunnah) - Page 197 :

A credit card is a card which permits its owner to borrow a certain amount within a period ...of time (usually aone month) . If that loan is repaid within the stipulated period then that load would be an interest-free loan.

if, on the other hand, the loan is not repaid within the stipulated time, then interest (riba) would be charged on the loan.

A muslim is prohibited from paying interest, and so a muslim wo pays all his credit card debts on time, and has never has to pay interest , may argue that he has not violated the law in using a credit card.

But consider the following :

the agreement with which one acquires a credit card is an agreement with provisions for riba.

Such an agreement is haram for a muslim.

Thus, by entering into the agreement one has entered into riba.

Can a Muslim accept credit on the condition that if it is not repaid on time the Muslim commits himself to drink a glass of whisky?

NO!

Can a muslim accept credit on the condition that if it is not repaid on time the creditor will have the right to sleep with his wife?

NO!

Well, then, how can a muslim accept credit on the condition that if it is not repaid on time he will be obliged to repay riba?

Secondly, whatever leads to haram is itself haram. While one person may display financial responsibility ti the extent of paying all credit card loans on time, there will be ninety-nie who will not, and who will enter directly into paying riba.

To accept such a possibility one would have to adopt the pronciple in life of 'every man unto himself and the devil take the hindmost'. A muslim is prohibited from living such a life.

    • Jamaludin Ismail Al Fadhil Dr. Ustaz Hj.Zahazan dengan jelas megatakan kredit kad tu HARAM
      12 May at 11:07 · · 4 people
    • Ust Rafidi Hashim Bagaimana Selamik Bank boleh mengislamkan kad kredit ? 2 jualbeli dalam 1 berselindung disebalik hutang dengan tambahan...
      12 May at 11:58 · · 5 people
    • Nizam Ali up... thread ni pling kurang komen, maybe sbb ramai yg pakai nih .. hu hu
      12 May at 14:23 · · 2 people
    • Quezzo Corp masa mula-mula BIMB nak introduce kad kredit.. gua dah cuak.. biler diorang deal ngan MasterCard dan Visa .... pelik bin ajaib... sebab .. Mastercard dan Visa dier punya clearing system dier based on sistem riba...
      12 May at 14:33 ·
    • Abu Alex Alhamdulillah, teringat kenangan manis di Citibank Damansara Perdana semasa terminate kad dahulu, dalam borang ada ditanya sebab/ alasan pemegang tak mahu simpan kad:

      "Reason for termination: Seeking the pleasure of Allah and His Messenger (s.a.w.) insyaAllah."

      BaarakAllah.. ^_^
      12 May at 14:35 · · 6 people
    • Quezzo Corp Gua takder kat kredit... nehi...
      12 May at 14:35 · · 1 person
    • Nizam Ali gua pn nehi .. dh terminate lama ..
      12 May at 14:36 · · 2 people
    • Mohamad Firdaus wa ada sekeping.. islamic nyer... (sambil bersiul. hehehee...)
      12 May at 14:39 · · 4 people
    • Suriana Mohd Nor Hutang memang menyusahkan, x kiralah hutang rumah ke?, hutang kereta ke? atau kredit kad. Hutang adalah benda yg sama. Org zaman dulu buat hutang kerana nak beli makanan, kita buat hutang utk bergaya mungkin?
      12 May at 14:41 · · 5 people
    • Tok Belagak Biar pape asal bergaye
      12 May at 14:44 · · 2 people
    • Quezzo Corp MF ... dimana Islamicnya kredit kad tue???
      12 May at 14:47 · · 1 person
    • Emasepuluh Dinar Allahamdullilah sy dijauhkan oleh Allah s.w.t dr menjadi salah seorang yg dijerat oleh agen2 kad kredit ni.
      12 May at 14:50 ·
    • Halim Panji Timur Dulu pakai, dah terminate, tp tengah clearkan hutang.. skarang pakai Debit & Caj Kad saja..
      12 May at 14:52 ·
    • Abi KHuzai xpernah ada.... alhamdulillah ada baiknya nama aku ccris.. :) kes jual rumah nama bank muamalat xtukar2 selama 2thn ke nama pembeli baru.... nama aku yg buruk.. hampeh~
      12 May at 14:54 ·
    • Halim Panji Timur kalau apa yg aku ada ilmu yg aku ada sekarang 10 tahun dulu, sure tak pernah ambil hutang tak kiralah kredit kad ken, personal ke, kereta ke.. & rasanya boleh kaya dah gua simpan emas & perak..
      12 May at 14:56 · · 4 people
    • Mohamad Firdaus islamicnya pada tulisan ISLAM. hehehee
      12 May at 14:57 · · 1 person
    • Abi KHuzai masih belum terlambat.. kita antara yg terpilinh utk lari dari gejalan RIBA ni.. syukur
      12 May at 14:57 · · 3 people
    • Abu Alex setuju dengan Abi Khuzai, baru tadi dengar tazkirah "Allah tak hairan dengan dosa kita yang banyak, dia juga tak marah bila kita terlupa dan mengulang dosa, tapi Allah sangat murka bila kita tak mahu bertaubat, tak mahu mengulang taubat.."

      Allah, Allah, Allah.. benar ini Ya Allah.
      12 May at 15:29 · · 3 people
    • Fithrie BijakEmas saya pun ada kredit kads. tgh berusaha nak terminate. dah terminate bank islam. sy byk membeli barang secara online, mcm mana? cth tiket air asia. saya ingin pertolongan.
      12 May at 15:35 · · 1 person
    • Mohamad Firdaus fithrie : boleh pakai debit kad...
      untuk sistem paypal wa guna kad debit Public bank.. sebagai security
      12 May at 15:36 · · 1 person
    • Mohamad Firdaus kad debit public bank fungsi dia sama macam kad kredit..
      12 May at 15:37 · · 1 person
    • Abu Alex tak kira-lah Debit @ Kredit, duit yang diguna itu tetap duit Bank.. kenapa nak guna duit hasil Riba untuk membeli-belah?
      12 May at 15:41 ·
    • Abu Alex ‎.. sudah hilangkah iman dari dalam dada sampai perkara begini besar pun sudah tak dikisahkan lagi?
      12 May at 15:43 ·
    • Fithrie BijakEmas oooo debit card maybank ble? aku byk bli brg kat kitbag.com. bisnes jersi ori. mcm nih semua autopay pun aku nak kensel laa....
      12 May at 15:43 ·
    • Adam Sharif tuan AA saya nk tanya tentang konsep voucher atau yg sewaktu dgn nya...meaning dgn voucher boleh tukar barang... camne kalau camtu yer?
      12 May at 15:44 ·
    • Mohamad Firdaus tuan Abu Alex : anda isi minyak keta, bayar makanan kt kedai, bayar tol pakai DnD atau duit riba? kenapa nak guna duit hasil Riba untuk membeli-belah? =)
      12 May at 15:45 ·
    • Fithrie BijakEmas orang tak tahu, jgn trus menghukum. debit kad duit kita sendiri. tak ke???
      12 May at 15:45 · · 1 person
    • Fithrie BijakEmas nanti ramai orang lari ..........
      12 May at 15:47 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin debit card duit kita betul, tp bila cukup 30 hari, interest akan terkumpul....
      12 May at 15:47 · · 2 people
    • Fithrie BijakEmas aku penah dapat pun...asal cukup bulan aje...baki hampir 0
      12 May at 15:49 · · 1 person
    • Fithrie BijakEmas ‎*tak penah
      12 May at 15:49 ·
    • Muhammad Syukri As-Syariff g terminate kredit card sat...
      12 May at 15:58 · · 1 person
    • Abu Alex
      Untuk mereka yang berpegang pada kad kredit dan mengharuskannya atas alasan mereka tak pernah bayar interest (bayar prompt on-time); penjelasan paling baik ialah dari Sheikh Imran, "hukumnya sudah haram bila kita masuk dalam perjanjian kad kredit ini, bolehkah kita masuk dalam perjanjian yang salah-satu syaratnya ialah memestikan kita bayar riba jika.."

      Saya nak tambah untuk kad debit, "bolehkah kita masuk dalam perjanjian yang memestikan kita pakai duit hasil riba dan datang dari sistem riba.."

      p.s. Tuan Fithrie, tidaklah saya ini berani berkata suatu yang saya tiada kefahaman mengenainya; tahukah saudara wadi’ah Bank berlainan dengan wadi’ah yang diharuskan syarak? Berlawanan dengan amalan dan ketetapan syariat, bila kita letak duit dalam bank maka Bank akan bebas guna duit kita itu, tiada pengasingan yang jelas di dalam “wadi’ah”; setiap kali kita guna kad debit setiap kali itu juga kita guna duit Bank, cuma bezanya kemudian Bank tolak angka-angka dalam akaun kita (ini duit M2&M3).

      Wallahu'alam, saya di sini bukan mahu libur-liburan.. buang-buang masa nak cari musuh; saya sampaikan apa yang saya sudah yakini insyaAllah.
      12 May at 16:01 · · 1 person
    • Mohamad Firdaus sepanjang pakai debit card x pernah plak kena caj apa2 interest.. sbb kne pastikan baki wang cukup dalam kad debit tuh. if baki x cukup xleh guna
      12 May at 16:05 · · 1 person
    • Camo Trooper perkara ini halus... dan begitulah syaitan menyesatkan ummat manusia, setelah lelah dlm menjahanamkan manusia scr terang...
      12 May at 16:06 · · 1 person
    • Abu Alex
      ‎"tuan Abu Alex : anda isi minyak keta, bayar makanan kt kedai, bayar tol pakai DnD atau duit riba? kenapa nak guna duit hasil Riba untuk membeli-belah?"

      mereka yang nak guna ini untuk berhujah boleh teruskan, saya serahkan urusan saya pada Allah.

      oh ya MF, ulama dalam menghuraikan hadis beritahu "Allah tak tanya hasil perbuatan kita.. berjaya atau tidak Allah AzzaWaJalla tak tanya, Allah akan tanya apakah kita buat apa yang boleh kita perbuat".. maknanya, Allah tak tanya sama ada kita ini berjaya elak Riba sepenuhnya dalam keadaan sekarang di mana riba ada di mana-mana, yang Allah PASTI tanya ialah sama ada kita elak mana yang boleh kita elak, yang tak boleh elak Allah akan tanya kenapa tak mampu.. kalau Dia terima, Dia terima-lah.. Allah kan Penguasa hari pembalasan.

      wallahu'alam.
      12 May at 16:09 · · 6 people

No comments:

Post a Comment