Wednesday, May 4, 2011

RIBA dan Perbincangan PUM di Shah Alam.

Abu Alex
Woduhh.. hebat betul bila hari ini saya disuruh orang supaya berjumpa dengan Ahli Majlis Fatwa dan Ahli Panel Syariah bila cuba kongsi sedikit ilmu mengenai Riba dan beri sedikit teguran mengenai amalan meminjam menggunakan kad kredit.. saya memang mahu jumpa "Ahli-Ahli" ini, soalnya mereka mahu jumpa saya-kah? soal pun tak pernah dijawab!

Bismillah, ini infak masa sebelum dan selepas solat zuhur, demikian saya salinkan daripada kitab Tafsir Ibnu Kathier, Jilid 1 sebahagian mukasurat 570-572:

"Dan urusan Riba ini termasuk amat sulit terhadap kebanyakan ahli ilmu sehingga Umar Al-Khattab r.a. berkata, "macam yang aku ingin andaikan Rasulullah s.a.w. memberikan kepada kami panduan untuk menjadi pegangan batasnya, iaitu waris nenek (datuk) dan adakalanya beberapa masalah Riba, soal yang serupa dengan Riba dan dapat menyebabkan Riba".

An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya halal dan haram itu sudah jelas, dan di antara keduanya ada hal yang samar-samar dan syubhat, maka siapa yang menjaga dirinya daripada syubhat, bersih agama dan kehormatannya; sebaliknya siapa yang terjerumus ke dalam syubhat dan jatuh ke dalam keharaman, bagaikan gembala yang memelihara ternakannya di sekitar tempat terlarang, mungkin terjerumus ke dalamnya” (HR Bukhari dan Muslim).

Al-Hasan bin Ali r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkan apa yang kamu ragukan dan lakukan apa yang kamu tidak ragukan.” (HR Asahabussunan)

Dan hadith lain pula, “Dosa itu yang goyah dalam hati, dan ragu dalam perasaan dan tidak suka dilihat orang”.

Di lain riwayat pula, “Tanyakan pada hatimu sendiri, meskipun sudah diberi fatwa oleh semua orang”.

Umar Al-Khattab r.a. berkata, “Di antara ayat-ayat yang terakhir turun ialah ayat Riba, dan Rasulullah s.a.w. wafat sebelum menerangkan semuanya dengan terperinci kepada kami, kerana itu tinggalkan Riba dan semua yang meragukan.”
Abu Said berkata, “Umar Al-Khattab r.a. berkhutbah, “Sesungguhnya aku melarang kamu dari apa-apa yang mungkin berguna kepada kamu, atau menyuruh apa-apa yang tidak baik bagi kamu, dan termasuk diantara ayat-ayat yang terakhir turunnya ialah ayat Riba, sehingga Rasulullah s.a.w. wafat dan belum menerangkannya dengan terperinci, kerana itu tinggalkanlah apa yang kamu ragukan, kepada apa yang tidak meragukan” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Mardawaih)

Ibnu Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Riba itu ada tujuh puluh tiga bab (cara), sedangkan yang paling ringan adalah seperti bersetubuh dengan ibunya.”

Wallahu'alam, sila baca seterusnya untuk lebih pemahaman

Kepada yang terlibat, saya hanya berkongsi ilmu dan mengajak orang berfikir untuk mengelak dosa riba, hanya mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Saiyidina Umar Al-Khattab R.A. pada masa pemerintahan beliau, mengatakan setiap orang bertanggungjawab untuk berfikir sendiri bagi mengelak riba mengikut ilmu masing-masing walaupun fatwa sudah dikeluarkan dalam sesuatu perkara yang baharu.
    • Abu Alex keluar sedikit dirham dan dapatkan jilid-jilid Tafsir ini dari Tuan Abu Ilkiya

      kamu kata kamu mahu ikut Allah dan Rasul-Nya, Mereka beri kamu "road-map" (Quran dan Hadith) menuju pada Mereka

      APA KAMU BUAT?

      baca sahaja tapi tak tahu makna, lebih teruk lagi beli terjemahan dan cuba tafsir sendiri!

      Woduhh..
      15 hours ago · · 3 people
    • Khalid Embong ramai2 join konvensyen keewangan islam 2011 pada 7 May 2001 di Masjid Shah Alam. antaranya bincang pasal ribahttp://ulamadaily.blogspot.com/2011/04/konvensyen-kewangan-islam-2011.html
      15 hours ago · · 1 person
    • Abu Alex please read my lips,

      "BANKING IN WHATEVER NAME YOU GIVE IT IS HARAM"

      terjemahan dia panjang sedikit, orang melayu tak reti baca diantara perenggan (between the lines)

      "PERBANKAN SELAGI DUDUK DI BAWAH BANK NEGARA DAN MENGAMBIL KEUNTUNGAN DARI PEMBERIAN PINJAMAN, BERI NAMA APA SEKALIPUN TETAP HARAM, ALLAH DAN RASUL-NYA LAKNAT"

      wallahu'alam.

      p.s. Jom Gi Masjid, doa panjang-panjang sebelum Maghrib insyaAllah Allah makbulkan kalau makan pakai bersih dari yang haram.
      14 hours ago · · 1 person
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo ‎3 perkara kenapa Perbankan Islam tidak islamic 1. Ia mengamalkan riba yang jelas HARAM. Perbankan jelas haram 2. Ia dihalalkan oleh sekutu pe-riba yang menghalalkan apa yang HARAM. Yang ternyata jelas yang HARAM telah dihalalkan oleh mereka. Ini haram 3.Apa yang telah diperkatakan oleh orang islam bahawa perbankan (yang HARAM ini) boleh DITERIMA umat. Ini adalah yang tidak tergamak di perkatakan oleh orang kafir kepada umat Rasul (saw). Ini yang disarankan oleh Umar Vadillo 'Perbankan Islam adalah HARAM, HARAM ... HARAM'.
      14 hours ago · · 1 person
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Bila Umar Vadillo bertanya pensyarah2 Fakulti Ekonomi di UIAM, Gombak pada tahun 2009 jika perbankan islam itu halal, x de pun seorang bangun defend perbankan islam. Tak de yang bangun menentang apabila beliau berkata 'Islamic Banking is HARAM'. Tapi pada amalan pula mereka tidak menentang pembangunan bank2 islam yang berleluasa dalam negara. Adakah mulut mereka terkacip atau mereka tak nampak institusi ni jelas HARAM. Heran sebab mereka ni ada berkelulusan PhD ....
      13 hours ago · · 1 person
    • Abu Alex Wallahu'alam, 7 Mei hari Sabtu nanti tepat jam 8.30 pagi, saudara yang berada di Masjid Negeri Shah Alam boleh naik ke ruang solat di atas;

      daripada bercampur-gaul dengan pemakan riba, jauhlah lebih baik kita duduk tawajjuh solat Tasbih dan berzikir sama-sama di belakang Sheikh Nuruddin Marbu, dengar dia cerita macamana nak selamat di akhirat nanti.. habis sebelum jam 11 insyaAllah, pergi ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab pula, kita sama-sama berkenalan dengan matawang syari'ah di sana.
      13 hours ago · · 4 people
    • Khalid Embong saya cuma membntu mewarwarkan program anjuran Persatuan Ulama Malaysia (Selangor) tuuu. Berdasarkan tajuk kerta2s kerja yg akan dibentangkan, perbincangan merangkumi isu2 berkaitan yg dibangkitkan oleh Bro Abu dan Sis alawiyah. wallahuwalam. sila lihat objective program dan juga senarai kertas kerja yg akan dibentangkan di konvensyen tersebut di blog Persatuan Ulama Malaysia (selangor) ni http://ulamadaily.blogspot.com/2011/04/konvensyen-kewangan-islam-2011.html setiap individu di anugerahkan 'otak' utk berfikir dan membuat pertimbangan. Otak kita ni macam payung terjun.. it only works when it is open.
      10 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim open to riba
      10 hours ago ·
    • Mohamad Firdaus open mind. x salah kalau datang n dgr hujah2 pihak mereka... kalau x kita termasuk dalam kategori "hanya dgr hujah sblh pihak". kn ke tu bias namanya... mungkin kalau dberi peluang hadirin leh bertanya soalan n kita d beri peluang utk utarakan soalan kita itu... soalan kita tu akn d dengari smua hadirin. bukan kah ia jg satu bentuk dakwah... ibarat Rasulullah berada di kaabah yg dikelilingi berhala semata2 untuk sampaikn syiar islam la...
      10 hours ago ·
    • Khalid Embong Ust awak sound cynical... sila lihat tajuk kertas2 kerja konvensyen ajuran PUMSEL tersebut...dan hubungi PUMSEL utk penerangan lanjut.
      10 hours ago ·
    • Nor Fazilah Abd Mohd sy gembira baca post KE di sini..thanks utk post anda..smoga percmbahan idea dri anda dan yg lain di group ini..akan memantapkan lagi perjuangan menuju ke arah matawang islam dinar dan dirham..
      10 hours ago ·
    • En Altercronic KE hadir ke konvensyen berkenaan?
      10 hours ago · · 1 person
    • Norull Ahmad Shamsudin Ya, Riba adalah satu bab yang sukar, jika kita tiada alternatif seperti Sistem Perbankan Tanpa Riba kerana urusan perdagangan dan perniagaan terkini melibat soal-soal kewangan yang tak dapat lari dari soal 'interest'. Bayangkan jika anda melarikan diri dari 'shubahat' ini dan kita tiada alternatif mengamalkan urusan perbankan Islam; bagaimana bentuk perniagaan yang akan anda jalankan. Mungkin anda boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan yang besar jelas agak sukar kerana ia melibatkan kewangan yang besar yang melibatkan perbankan.Disebabkan tiada alternatif perbankan Islam inilah, kenapa kita lihat ekonomi umat Islam sebelum era bank Islam tidak berkembang; umat Islam ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana mereka takut terjerumus dalam 'Riba'. Malah masakini, jika kita ingin meninggalkan soal 'interest bank' atau 'Riba' agak sukar diamalkan. Kalau tidak tercebur, pasti terpalit juga .... Perlu ada kepastian untuk kesejahteraan Ummah; jangan hidup dalam syubahat. AllahuA'lam.
      10 hours ago ·
    • Nor Fazilah Abd Mohd impian sy nk tgk KE ada dlm group ni tercapai..alhamdulillah..byk yg beliau blh kongsikan
      10 hours ago ·
    • Khalid Embong En altercronic, insyaallah, saya akan hadir utk belajar dan hearing from the 'horses' mouth dan mendapatkan pejelasan dari mereka yg banyak membuat kajian.
      10 hours ago ·
    • En Altercronic KE akan hadir konvensyen tue ke?
      10 hours ago ·
    • En Altercronic jika begitu, tolöng record videanya atau audio, bleh kongsi disini
      10 hours ago ·
    • Abu Alex menangis saya baca komentar Norull Ahmad Shamsudin

      terutama "Mungkin anda boleh menjalankan perniagaan kecil-kecilan tetapi untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan yang besar jelas agak sukar kerana ia melibatkan kewangan yang besar yang melibatkan perbankan"

      dan "Malah masakini, jika kita ingin meninggalkan soal 'interest bank' atau 'Riba' agak sukar diamalkan."

      saya cuba baca berulang-kali dan sebagaimana disarankan cuba nak buka minda dan hati untuk memahami hakikat "Quran sudah obsolete, Islam sudah outdated, buat masa ini kita belum mampu atau tidak boleh laksanakan", naudzubillah memang saya tak mampu buka minda sampai sebegitu luas.

      naudzubillah kerana faham saya, menerima suatu yang lain daripada apa yang sudah ditetapkan Allah dan Rasul-Nya itu (atas apa alasan sekalipun) adalah perbuatan kufur pada Allah, perbuatan ini mengingkari Rasulullah s.a.w.

      Norull tolong beritahu saya jika ada maksud lain ayat Norull itu.. insyaAllah.

      p.s. sejak bila kita ada pilihan lain bila sudah sampai perintah Allah pada kita, kita kenal kah dengan siapa kita berdolak-dalik ini?
      9 hours ago · · 1 person
    • Riza Ahmad Perkara yang baik memang sukar...

      Pun begitu, kita tidak boleh kecewa dengan mereka yang kebanyakannya mula berfikiran jahat akibat perbuatan jahat orang yang sebelumnya. Tidak ada lagi kebaikan melainkan apabila sesuatu datang kepada mereka pasti dengan tipu muslihat. Istiqamah merupakan jalan yang terbaik. Insya-Allah, akan terbuka juga pintu hati mereka untuk kembali bantu membantu dalam kerja kebaikan.

      Apabila semua orang menjadi baik maka tiada lagi kejahatan atau sekurang-kurangnya orang-orang yang baik akan berhimpun bersama-sama orang yang baik juga maka kebaikan jugalah yang akan kita perolehi. Amin...! http://kerjaya-muslim.blogspot.com/2011/03/alhamdulillah.html
      9 hours ago · · 1 person
    • Gold Man kata2 Norull Ahmad Shamsudin membenarkansabda nabi s.a.w diakhir zaman semua org akan terlibat dgn riba` dan barang siapa yg bersungguh2 utk mengelakkannya masih terpalit debu2 riba`....wallahua`lam
      about an hour ago · · 1 person
    • Norull Ahmad Shamsudin Tentang pandangan Abu Alex "Quran sudah obsolete, Islam sudah outdated, buat masa ini kita belum mampu atau tidak boleh laksanakan", naudzubillah memang saya tak mampu buka minda sampai sebegitu luas" ...... Nauzubillah, tidak sekali-kali pemikiran saya. Berfikir begini boleh membatalkan syahadat kita. Saya ingin membawa kepada pendekatan keterbukaan dalam diskusi. Janganlah kita mematikan hujah dengan segera menghukum sebelum menilai dan mengkaji sesuatu isu. Be an pen-minded. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa niat dan yang ada dalam hati. Dialah seadil-adil Hakim. AllahuAlam. :)
      about an hour ago ·
    • Riza Ahmad ‎@ Norull Ahmad Shamsudin, please checkhttp://kerjaya-muslim.blogspot.com/... Need people like u to make things work...
      about an hour ago ·
    • Norull Ahmad Shamsudin Saudara Abu Alex, adakah anda berpendapat saya menghalalkan Riba ? Nauzubillah, tidak sekali-kali ! Jika saya begitu jelas kufur saya. ....................................... Apa yang maksudkan, dalam kehidupan realiti hari ini kita mesti ada sistem alternatif perbankan iaitu sistem perbankan Islam yang bebas dari Riba. Jika sistem ini tiada, umat Islam akan tercebur dalam Riba dan juga kemunduran Ekonomi seperti yang kita alami sebelum era Bank Islam. .................................... Isu Riba adalah soal yang rumit sebagaimana yang telah diakui oleh Saidina Umar dan pakar ekonomi dan ulamak Islam kerana ia berkaitan dengan terminologi, biah dan praktikaliti . Walhal,hidup umat Islam tidak perlu rumit dan semestinya progresif. Maka menjadi fardhu Kifayah bagi cediakawan Islam tidak wajar merungkaikan kekusutan ini.Dan menjadi fardhu Ain melaksanakannya secara individu. . ..................................... Ternyata ulamak traditional sebelum era Bank Islam tidak dapat menyelesaikan soal ini. Alhamdulillah, hasil dari kesarjanaan dan pemikiran innovatif, cediakawan kontemporari Islam berjaya membina sistem dan institusi kewangan Islam dalam bentuk nyata dan boleh dipraktikkan secara konvensional. Malah telah diterima dunia. . ..................................... Persoalannya sekarang, hidup kita di Malaysia masih bercampur baur antara sistem kewangan Islam dan bukan Islam. Banyak orang Islam pinjam duit dari bank bukan Islam. Tanya diri anda, dari mana anda dapat duit untuk beli rumah dan kereta ? Kebanyakan tidak pilih Bank Islam. Ini disebabkan oleh kerana kejahilan kita, dan ramai yang menganggap "interest bank bukan Islam sama saja dengan bukan Bank Islam." Padahal dalam Islam, Islam menghalalkan juakbeli dan mengharamkan Riba. . ................................... Jadi bagi Sarjana Islam, segera rungkaikan persoalan ' Adakah INTEREST Bank sekarang sama dengan Riba dalam epistemologi Islam. Kerana mereka tidak boleh meletakkan Umat Islam dalam syubahat dalam soal ini, kerana soal kewangan adalah 'bloodline' dalam kehidupan seharian. . ......................................... Kalau soal syariat Islam tidak dapat dilaksanakan dalam bentuk pratikaliti, ia hanya tinggal sebagai ideologi dan sentimen sahaja. Sesungguhnya Islam itu cara hidup, bukan ideologi atau bahan polemik.
      about an hour ago ·
    • Abu Alex Norull Ahmad Shamsudin: terima kasih atas penjelasan, saya kongsikan perkara yang saya jumpa dalam kitab-kitab Tauhid/Akidah karangan lama dan baru, kurang lebih bunyinya

      "Syahadah boleh terbatal dengan lafaz percakapan, tindak-tanduk perbuatan dan lintasan hati, atau salah satu daripadanya.."

      sama-sama kita berhati-hati, supaya dapat berada dalam Deen-ul Islam (dalam lafaz percakapan, tindak-tanduk perbuatan dan lintasan hati) sepanjang masa sampai kita hembuskan nafas yang terakhir insyaAllah.

      wallahu'alam.
      about an hour ago ·
    • Riza Ahmad ‎@Abu Alex: its sound like anything to do with Muslim strikes you... So by all means, please read through http://kerjaya-muslim.blogspot.com/... :)
      about an hour ago ·
    • Abu Alex dalam mengerjakan perintah Allah, saya memilih jalan yang diambil oleh Sahabat r.a. dan orang-orang soleh selepas mereka kerana jalan mereka ini Allah sudah jamin memang jalan orang-orang yang berjaya.

      apa Sahabat r.a. buat bila sampai perintah Allah mengharamkan Riba?

      p.s. sedangkan zaman itu Riba sudah jadi amalan turun-temurun dan berakar-umbi dalam kehidupan, bapa saudara Nabi s.a.w. sendiri adalah pemakan Riba paling besar ketika itu wallahu'alam (rujuk khutbah wida').

      Info Riba: berbeda dengan penghapusan amalan Jahiliyah yang lain, penghapusan amalan Riba tidak berlaku secara beransur-ansur atau secara toleransi ~ perhatikan, bila turun ayat Riba, ramai orang fasik dan munafik datang berjumpa Nabi s.a.w. untuk "slow-talk" atau mencari "jalan-tengah" dalam perkara Riba ini, sama dengan apa yang kita kerjakan sekarang ini.
      about an hour ago ·
    • Abu Alex Saudara Riza: insyaAllah, the blog already got my attention since the first time you announce it, barakAllahu fikum.
      about an hour ago ·
    • Norull Ahmad Shamsudin Saudara Abu Alex , dengan tegas saya katakan, saya katakan tidak bersetuju dengan pengertian "Pembatalan Syahadah seperti di bawah : "Syahadah boleh terbatal dengan lafaz percakapan, tindak-tanduk perbuatan dan lintasan hati, atau salah satu daripadanya.." Kerana ia pendapat seorang yang dikatakan Ulamak, bukan jumhur Ulamak. Cuba dapatkan pandangan lebih lanjut soal ini. Pengertian seperti di atas terlalu 'extreme'. Islam itu bersumberkan AlQuran dan Sunnah, bukan pandangan individu. Bahaya kalau kita ambil bulat-bulat pandangan seseorang lalu dikatakan itulah Islam. Perkara beginilah yang menyebabkan banyak umat Islam yang jahil jadi 'extreme' dan sesat. Bagaikan, semua kita pasti terbatal syahadah kita setiap hari. Seandainya begitu, muga solat 5 fardhu kita sentiasa memperbaharui Syahadah kita. Bagaimana mereka yang TIDAK menunaikan Solat ? AllahuAlam.
      about an hour ago ·
    • Abu Alex Saudara Riza Ahmad, saudara ini Amil Profesional, apa pendapat anda mengenai perbuatan Pusat Zakat yang tak mahu menerima Ayn (i.e. Dinar, Dirham khususnya), mereka sangat tegas untuk menerima hanya wang kertas sahaja, seperti ia itu adalah perintah Allah.

      Sila nyatakan pendapat peribadi jika sudi dikongsi.
      about an hour ago ·
    • Faris Aiman saya ada terbaca jugak pasal tu,sebabtu setiap solat doa iftitah tu untuk memperbaharui ikrar kita
      about an hour ago ·
    • Mohamad Firdaus sbb kedai yg trima DnD belum meluas... kalau trima DnD n agihkan pada asnaf. apa yg asnaf tu boleh buat dgn DnD tuh? dorang cuma leh jual balik kt kdai emas sbg used gold, silver raw sbb xder kedai yg trima DnD tu.. blm meluas....
      about an hour ago ·
    • Abu Alex Norull Ahmad Shamsudin: saya kongsikan hadith ini supaya dapat kita ambil manfaatnya sama-sama, mengenai Ilmu Tauhid/ Akidah dan Fiqh pula saya nasihatkan kamu jangan berkomentar dahulu, tahan diri ~ buat apa yang saya dan ramai orang buat, dia itu cari Guru Mursyid dan pelajari Ilmu tauhid/ akidah, habis satu kitab, buka kitab yang lain pula.. buat ini sampai mati jangan berhenti insyaAllah Allah akan tambah kefahaman kita dalam urusan yang diperkatakan.

      Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (H.R.Muslim)

      Dalam mensyarahkan hadith ini, Ibnu Majah mengatakan semua orang tidak dapat tidak akan mengalami perkara yang dikatakan "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu".

      Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah SWT akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
      about an hour ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus contoh :-
      kita beri 1dinar sebagai Zakat pada sorang fakir miskin. Apa yg fakur miskin tuh leh buat ngan 1dinar tu untuk keperluan harian? xkn dia kne gi bangi/damansara/shah alam dari perlis semata2 nk beli beras, ayam organik, etc ngan 1dinar tu kot...
      about an hour ago ·
    • Abu Alex MF: baca semula semua komentar-komentar anda, letak diri anda sebagai Hamba Allah, hamba yang menurut perintah ~ insyaAllah anda akan nampak jalan.
      about an hour ago ·
    • Mohamad Firdaus sebelum kita nk desak pusat Zakat trima DnD, ada baiknya kita tumpukan dulu kepada peniaga2 trima DnD... bila dh banyak kedai trima DnD.. InsyaAllah tiada lg alasan pusat zakat xmau trima DnD utk d agihkan pada asnaf
      about an hour ago · · 2 people
    • Mohamad Firdaus AA : baca smula komentar2 saya sebagai hamba Allah dan tunjukkn jalan penyelesaian terhadap permasalahan yg saya nyatakan tersebut..
      59 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus bayangkan anda seorang asnaf di kg serengkam n diberi 1dinar oleh pusat zakat... Apa yg anda boleh buat dgn zakat 1dinar tersebut...?
      SILA tunjuk jalan keluar sebagai hamba Allah.
      56 minutes ago ·
    • Abu Alex ‎.. ramai orang tak nampak jalan kerana mereka tak pernah anggap diri Hamba Allah, Allah pun mereka tak kenal.. belum mengerti kekuasaan Yang Mengeluarkan Hukum, belum tahu kehebatan Yang Menguasai Hari Pembalasan.

      Hamba Allah akan BERUSAHA CARI JALAN laksanakan perintah Allah, yang tak kenal Allah akan sentiasa BERUSAHA CARI ALASAN untuk tak laksanakan perintah Allah.. (info: siapa yang tadah kitab Tauhid insyaAllah akan bincang perkara ini dalam muka pertama pengajian, dia berilmu akan tahu benar-benar tahu sifat-sifat orang yang ingkar pada Allah, dia akan berusaha jauhi sifat-sifat ini).

      Seperti Ustaz Azhar Idrus pernah beritahu dalam satu syarahan beliau, memusuhi Ilmu dengan tidak mahu belajar adalah sebesar-besar kecelakaan pada manusia, ia menyebabkan mereka jatuh dalam dosa tanpa mereka sedari.. mereka ini termasuk dalam golongan yang terperanjat besar nanti bila ditunjukkan buku amalan mereka.. ditunjukkan dosa-dosa yang mereka tak ingat pun pernah lakukan, naudzubillah.
      55 minutes ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus mana tau anda temui jalan penyelesaian n boleh d kongsi bersama d sini..m besar ganjaran Pahalanya.. InsyaAllah....
      jalan penyelesaian yg saya nampak hanyalah zakat atas inisiatif sendiri iaitu dgn cara beri sendiri 1dinar tu pada peniaga n peniaga tu berikan barang keperluan tu pada asnaf tersebut yg sama nilai ngan 1dinar... tp adakah smua kawasan peniaga faham n trima DnD?
      51 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus ‎"Hamba Allah akan BERUSAHA CARI JALAN laksanakan perintah Allah, yang tak kenal Allah akan sentiasa BERUSAHA CARI ALASAN untuk tak laksanakan perintah Allah.."

      Anda kenal atau x kenal Allah? jika kenal jgn bg alasan n jawablah persoalan yg saya nyatakan di atas... JANGAN ELAK DR SOALAN TU =)
      48 minutes ago ·
    • Mawaridi Abdullah tak akan jumpa jalan keluar jika tiada kemahuan. Tak akan ada jalan keluar jika hati dah mati... Kenapa tak yakin sangat2 yg Allah itu Maha melihat.. Maha mengetahui...
      47 minutes ago ·
    • Abu Alex MF:

      1) Tahukah anda berapa kutipan Pusat Zakat seluruh negara?

      2) Jika diwajibkan zakat dibayar dalam Dinar dan Dirham, tahukah anda berapa banyak Dinar dan Dirham akan berada dalam tangan fakir dan miskin?

      3) Tahukah anda fakir dan miskin adalah golongan utama konsumer yang berbelanja tanpa ada menyimpan?

      4) Bayangkan anda seorang peniaga, anda tahu Dinar dan Dirham itu ada harga dan berharga, anda tahu ada berbilion-bilion (setelah zakat diwajibkan seperti penguatkuasaan I.Tax) matawang syari'ah itu akan beredar setiap tahun untuk anda miliki, apakah anda begitu bodoh untuk menolak matawang syari'ah ini apabila ditawarkan?

      Seperti Umar Pasha pernah beritahu ketika sidang di MIHAS, "Wang Fiat akan berkubur dalam masa 48 jam (saya calculate dalam masa setahun) jika hari ini semua negara umat Islam mewajibkan zakat dibayar dalam Dinar dan Dirham".

      Jangan kata Mydin, Ah Chong dan Muthusamy pun mahu kalimah Tauhid jika kita "mahu dahulu" insyaAllah.
      47 minutes ago ·
    • Norull Ahmad Shamsudin Apakah maknanya Syahadah kita terbatal. Adakah ia bermakna kita telah menjadi KAFIR? Saya juga mendapat pendidikan aliran Islam di sekolah menengah dan sentiasa mendalami Ilmu Islam. Sefaham saya, Syahadah kita akan terbatal, jika kita menjadikan sesuatu yang kufur dalam Islam sebagai Iktikad.Dengan kata lain, kita tak mengakui dan menerima Syariat Islam walaupun Daulah dan Ulamak telah mensyariatkannya. Perlu ada Daulah untuk melaksana Islam secara total. Jika tiada selagi itulah umat Islam berasa dalam keadaan 'zalim'. Tapi tidaklah sampai menjadi kufur yang kafir. Semua kita memang hamba Allah yang sentiasa menzalimi diri disebabkan manusia memang sifatnya jahil dan suka menzalimi diri. Itulah sebabnya kita disarankan sentiasa minta ampun dan mengingati Allah setiap masa.
      47 minutes ago ·
    • Abu Alex ‎.. cari Guru, facebook bukan tempat untuk belajar Akidah.. mohon.
      45 minutes ago ·
    • Abu Alex ‎.. facebook bukan gelanggang sebenar, ia "notice board", "sign board" dan "Human Resource Centre" sahaja ~ nak belajar secara formal bukan di sini ~ untuk kemudahan Norull Ahmad Shamsudin, insyaAllah saya akan berada di Masjid Umar Al-Khattab pada hari Sabtu nanti.. datanglah kita boleh bertukar pandangan (di facebook ni tak nampak mata, macam mana nak saling memandang?) ^_^

      Assalamualaikum wbt
      41 minutes ago ·
    • Riza Ahmad Islam tidak turun satu malam, malah selama 23 tahun. 13 tahun di makkah dan 10 tahun di madinah. Dan Riba telah diharamkan lebih 1,400 tahun dahulu. Hakikatnya, apabila sunnah ditinggalkan, maka sebenarnya islam itu pasti akan ke tepi ibarat kapal yang tiada nakhoda. Berpeganglah kepada al quran dan as sunnah kerana kita tidak akan sesat dengannya. Kembali kepada perkara2 asas. Dalam membangunkan daulah islamiyyah... Ianya bermula dengan individu itu sendiri, kemudian keluarga, kemudian jiran tetangga, kemudian baru lah masyarakat dan seterusnya pembinaan negara itu sendiri. Dalam senario hari ini, jiran tetangga boleh jadi rakan fb yang tinggal berdekatan dan masyarakat itu boleh jadi semua rakan fb. Alhamdulillah, kita sudah berjumpa di sini. Perubahan yang berlaku di sebelah sana juga bersebab oleh twitter dan internet. Islam itu valid sehingga akhir nanti kerana tidak ada rasul selepas muhammad s.a.w. Maka berbalik lah kita berpegang kepada tali Allah. Mungkin mediumnya berbeza, namun konsepnya sama. Negara islam itu bermula di madinah, tidak di makkah. Allah dan rasulnya telah menunjukkan kepada kita, walaupun mekah sudah sedia ada, oleh kerana di mekah ketika itu dikuasai oleh kaffar, maka dibangunkan madinah dahulu sebelum menawan semula makkah. Ini juga sunnah sebenarnya. Insya-Allah, jika saya diberi peluang untuk membentang perkara ini dengan masa dan audiance yang sesuai, kita pasti akan dapat menegakkan daulah islamiyyah itu... Wallahu'alam..
      41 minutes ago · · 3 people
    • Mohamad Firdaus Golongan Asnaf bukan golongan utama konsumer yg berbelanja, tp pekerja pertengahan... sebab? pekerja pertengahan nih x masak sendiri n x jimat cermat berbanding golongan asnaf yg sedaya upaya berjimat cermat... pekerja pertengahan ni lbh suka makan d kdai mamak, kopitiam, shopping d supermarket n melancong... mereka ni lah pengguna utama konsumer.... Saya bercakap berdasarkan hakikat n realiti sekarang. Dan that s why saya berpendapat harus mulakan dulu dgn peniaga n org ramai... bila dh ramai peniaga n org ramai letak picbadge accept DnD barulah boleh KAWTIM ngan pusat Zakat...
      38 minutes ago ·
    • Abu Alex Alhamdulillah, saya menjemput saudara datang ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab hari Sabtu nanti supaya dapat saudara kongsikan pandangan dengan kami semua insyaAllah, ia adalah program mingguan insyaAllah orang dari Kedah dan Johor pun ada hadir.

      Baarakallahu fikum.
      38 minutes ago ·
    • Abu Alex kita sambung nanti insyaAllah, cernakan dahulu apa-apa yang sudah kita "taip", minta ampun pada Allah SWT

      Assalamualaikum wbt.
      35 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus Tanya sebol... knapa dia x brani suggest PASTI trima DnD? sbb gaji cikgu2 dibayar ngan kutipan yuran tuh... kalau kedai2 sekitar PASTI tu dh letak sticker DnD barulah gaji cikgu boleh d bayar ngan DnD.
      34 minutes ago ·
    • Riza Ahmad Sementara itu, sama2 lah kita go throughhttp://kerjaya-muslim.blogspot.com/... Yang baik itu datangnya dari Allah, kekurangan itu adalah dari saya sendiri...
      33 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus situasinya sama seperti "kenapa kita masih guna duit riba nih? knapa x guna DnD 100%? sebab kita TERPAKSA guna gak duit riba nih utk keperluan harian"

      wallahualam....
      31 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus saya bukan anti DnD... sy cuma bercakap berdasarkan realiti semasa n x terlalu ekstrem... biarlah perkembangan DnD berperingkat... kukuhkan ASAS dulu. bila ASAS dah kuat br leh LASAK skit.
      29 minutes ago · · 2 people
    • Muhd Asri Seri saya setuju dengan MF... nak kembangkan DnD ni macam nak buat bangunan... kukuh ASAS.. kukuh tiang2 penyokongnye... maka kukuh la bangunan tu.... kalu buat tergesa2.... jahanam bangunan tu...
      26 minutes ago ·
    • Muhd Asri Seri uhuh banyak komentar2 di atas.... ambil masa gak saya nak baca..
      25 minutes ago ·
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Sdr Mohamad Firdaus, Dinar kelantan telah di bentangkan pada kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1992. Mengambil masa 18 tahun untuk pertama kali ditempa. Dalam masa itu beberapa dinar dan di dirham telah ditempa secara kecilan di spain, uk, afrika selatan, indonesia dan malaysia. Sudah masuk 8 bulan Dinar kelantan telah diedarkan. Kita mesti fikirkan bagaimana nak gerakkan penerimaan, penyebaran dan penggunaan palig efektif. Fikirkanlah cara2nya. Ini adalah satu khidmat Sdr bagi menyebarkan dakwah kita.
      25 minutes ago · · 1 person
    • Mohamad Firdaus kita kne ingat bahawa DnD sekarang datang Dalam keadaan asing..... ambil la ikhtibar ngan penguasaan Wang kertas terhadap umat islam... org yahudi buat secara berperingkat melalui nota janji yg leh tebus DnD. bila org islam dah biasa n makin ramai yg trima kertas hutang tu barulah mereka hapuskn DnD trus... Amerika pun buat mcm tu sblm perjanjian bretton wood dibatal. Masa perjanjian bretton wood d batalkn negara2 lain dh biasa ngan USD n cengkaman terhadap minyak arab saudi dh kuat. nk x nk negara lain terpaksa guna USD gak utk bli minyak.
      23 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus kita kne ingat bahawa DnD sekarang datang Dalam keadaan asing..... ambil la ikhtibar ngan penguasaan Wang kertas terhadap umat islam... org yahudi buat secara berperingkat melalui nota janji yg leh tebus DnD. bila org islam dah biasa n makin ramai yg trima kertas hutang tu barulah mereka hapuskn DnD trus... Amerika pun buat mcm tu sblm perjanjian bretton wood dibatal. Masa perjanjian bretton wood d batalkn negara2 lain dh biasa ngan USD n cengkaman terhadap minyak arab saudi dh kuat. nk x nk negara lain terpaksa guna USD gak utk bli minyak.
      23 minutes ago ·
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Semua kena difikirkan, bagaimana nak berdakwah, bagaimana nak sampaikan, bagaimana nak susun jemaah, bagaimana nak menolong oranga yang berniaga dalam business chain mereka, bagimana nak lindung peniaga jika berlaku mesaalah. Ini semua kena difikirkan. Ia tidak akan terjadi sekelip mata. Tapi ada sebahagian kita yang bergiat dan fikirkan semua ini dan bergiat aktif dalam usaha mereka. Ini bukan waktu bukan untuk kita hanya ditepi dan tunggu disuap atau dilayan oleh mereka yang gigih. Mari bersama dan kita usahakan bersama2.Kita fikirkan bersama. InsyaAllah kita semua bergerak bersama.
      20 minutes ago · · 3 people
    • Mohamad Firdaus kak alawiyah : masa DnD kelantan d tempa Kelantan hanya tempa untuk simpanan dan mas kawin. sbb tu letak dalam plastik laminate n sijil ketulenan... hanya tahun lepas barulah kelantan tukar versi dinar n mulakan usaha penggunaan utk muamalat. itu pun pas umar vadillo datang kasi brainwash kerajaan kelantan.
      20 minutes ago · · 1 person
    • Nor Fazilah Abd Mohd bersatu kita teguh...
      18 minutes ago ·
    • Muhd Asri Seri bercerai kita roboh......
      17 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus kita anggap lah kita ni amerika n org awam tu sebagai negara2 lain.. kita biasakan org awam ngan DnD melalui minisiri free (bukan yg kne bayar). pastu anggaplah pasar DnD sebagai arab saudi yg hanya trima DnD. kalau org awam nk berbelanja di Pasar DnD kne pakai DnD sahaja... InsyaAllah DnD akan lbh mudah d sebarkan...
      16 minutes ago · · 2 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Ya saya tahu. Tak pe. Kita belajar dari kesemua yang dah di teroka orang terdahulu. Sekarang ni wang fiat USD dah menjunam jatuh tersungkur. Hakikat ini Allah telah memberi sign. Ini adalah plan Allah menolong dakwah kita. Kita peka, kita akan mencari jalan dengan apa cara pun untuk menegakkan DeenNya. Tugas kita adalah untuk kembali kepada cara Rasul (saw) berdagang dan bermu'amalat. Itu tugas kta yang di rahmati (blessed) dan membawa dinar yangdirahmati kepada umat Islam, dan keseluruhannya pada semua.
      16 minutes ago · · 1 person
    • Tok Belagak Bab Tauhid ni kena berguru
      Bahkan bab Kalimah Syahadah pun di pecahkan kepada 5 tahap. Dari Iman Taqlik kepada Iman Hak dan Makrifat. ilmu ini fardhu ain. Takan masih pemahaman kalimah tauhid semasa sebelum mumaiyiz, baligh, remaja, pemuda, orang tua..
      mereka yg di tahap iman haq atau makrifat. akan sentiasa patuh kepada perintah allah
      .kami dengar dan kami taat without question ask. Kerana itu para sahabat digelar the golden era. Tiada kita kena buat ini dulu dan sebagainya baru nak set sesuatu perintah Allah. KEYAKINAN HAKIKI DENGAR DAN TAAT maka Pasti ada jalan keluar yg ditunjuk Allah
      15 minutes ago · · 3 people
    • Tok Belagak Islam di zaman Sahabat hanya kalimah tauhid sahaja diterapkan. Tiada disuruh buat tempat wuduk atau mesjid agar senang semuanya sudah tersedia kalau masuk Islam.
      13 minutes ago · · 1 person
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Alhamdulillah, itulah yang dikatakan oleh Abu Alex malam kelmarin. Betul, itu cara Rasul (saw). Kita kejutkan umat dan ajak mereka kepada cara Rasul (saw) bermu'amalat. Walaupun kadang kal cara kita nampak ekstrim, tapi sebenarnya masih lembut kalau dibandingkan dengan para pejuang yang kena penggal kepala kekufuran dengan pedang. kita tak payah guna pedang.
      12 minutes ago · · 2 people
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Ataupun belum lagi perlu pedang, walaupun kadang kala kalau di beri pedang, saya nak penggal kepala bankers. Tapi bukan sekarang. Allah will deal with that. Saya tak mahu berpedang kerana marah, betulkan niat saya dan buat usaha memanggil umat kerana Allah.
      10 minutes ago · · 1 person
    • Norull Ahmad Shamsudin DnD akan dapat digunakan dalam transaksi muamalah seharian jika ia dilaksanakan dalam satu sistem kewangan yang ada 'Liquidity' atau 'Kecairan' yang terkawal dan sistematik. Maknanya, perlu ada urus-setia Bank Negara dan Kerajaan. Saya lebih suka jika ia menjadi sistem transaksi muamalat alternatif dan pelaburan. Sementara itu, kita di DnD Forum ini, war-warkanlah dan jadikan DnD popular. :)
      10 minutes ago · · 1 person
    • Tok Belagak Sahabat Den semasa menerima latihan mujahadah dari mursyidnya...dibekal rm 10 hengget dan disuruh berkelana dari JB ke Kedah. Letakan tawakal 100 % sebagaimana maksud ayat seribu dinar.
      9 minutes ago · · 1 person
    • Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Saya terpaksa beredar. InshaAllah sambung petang. Assalaamualaikum.
      9 minutes ago · · 1 person
    • Tok Belagak Write a comment...
      9 minutes ago · · 1 person
    • Muhd Asri Seri waalaikummusalam....
      8 minutes ago ·

1 comment:

  1. Selain bank, riba juga berlaku dalam perkara lain yang kita kena bayar lebih.
    Contoh kompaun parking, kena bayar RM30 dalam 14 hari. Kalau lebih 14 hari kena bayar RM50. Kalau lebih 30 hari kena bayar RM100 (istilah digunakan penalti).
    Cukai harta, kena bayar RM100 dalam masa 30 hari. Kalau lambat kena bayar RM300 (istilah digunakan notis waran tahanan, dsb)

    ReplyDelete