Tuesday, June 28, 2011

Antara Isi Asas Selepas Pertemuan Dengan Umar Vadillo

Masa mula-mula bertemu di rumah Umar Vadillo , dia baru balik dari mana entah.Mula-mula rasa cam jumpa diktator.haha..sebabnya, dia macam tak bertanya nama saya dan sume2..(gile terasa..hihi)

Lepas tu, ada majlis sket. Tazkirah dari Umar Vadillo.
Banyak yang diperkatakan.

Isu riba, isu perhambaan zaman moden hari ni, isu manusia seluruhnya ditipu oleh sistem penipu paling handal , bank negara, isu hutang, bank.

Ucapannya berkaitan isu-isu yang disebut, memang lain dari yang biasa didengar.

Memang intipatinya, saya rasa, ini memang betul-betul dari hati, yang Umar Vadillo memang menolak langsung duit kertas, sistem duit kertas dan seluruhnya.

Kemudian dari tazkirah abes semua tu, ada la jamuan sket. Yang lelaki tak silap saya, ada la dalam 10-15 orang, perempuan dalam 5-8 orang.

(secara kasar , ini ahli-ahli murabitun yang bahagian penggerak di malaysia)

Saya pergi sana sebab sebelum ni pun, Puan Alawiyah ada jemput saya, dan pernah pergi sana sekali, tapi masa tu UV ada kat kazakhstan, eh silap, ke Acheh.

Sambung dari jamuan tu. Umar Vadillo duduk kira agak bertentangan dengan saya.kira badan dia menghadap badan saya.

Masa nak makan tu, dia pandang saya. Senyum. lepas tu kata, '' kamu ni yang belajar ...?lepas tu dia sambung dari tu, pasal rusia n bla2...(kira borak pembukaan)..'' la, rupanya mesra je orangnya.

Dia ada sebut isu Abbas Firman, yang bila saya dengar, membuatkan saya dah tak boleh nak bezakan antara keduanya.

Abbas benar dan Umar Vadillo pun benar dengan pandangan masing-masing.

Bila dah buka perbicaraan, Umar Vadillo buka tajuk pasal pricing, saya tak tanya apa-apa lagi, tapi dia cakap, ini isu yang selalu orang tanya dia bila jumpa, cara dia cakap, macam tahu-tahu je saya nak tanya persoalan yang hampir sama.

Kefahaman dari ucapan awal dia, yang central bank dan duit kertas ni, sistem penipuan hidup-hidup, sistem sekular dan yahudi, maka UV bagitahu, yang harga KGT/WIM ni RM 30 adalah disebabkan bagaimana mereka mahu menerima kertas yang bertulis RM 30, sedangkan ianya langsung tidak bernilai? Ini harga paling rendah yang mereka boleh bagi untuk sistem penipuan ini.

Kerja kerajaan adalah menyedarkan masyarakat yang mereka dah terlalu lama ditipu.

Kenapa tetapkan rm 30 untuk dirham?

Stabiliti. Masyarakat/peniaga pelru kepada kestabilan. Dirham yang sentiasa naik turun macam harga dunia ini, tidaklah memberikan manfaat pada masyarakat bahkan ianya lebih membuka jiwa masyarakat pada syirik. Pada perjudian.

Jika mahu berjudi, main naik turun ni, elok pergi kasino, di sana nak judi berapa banyak pun boleh.

Dirham bukan untuk perjudian. Ia adalah currency. Currency yang tiada kestabilan hanya membuka ruang pada kemusnahan.

Dan kalau nak jadi speculator, dinar dan dirham bukan tempatnya. kalau nak buat simpanan dan nak speculate, beli bullion, dinar dirham adalah currency, guna tiap-tiap hari.

( Umar Vadillo nasihat, kalau nak buat simpanan jangka panjang, beli bullion, dinar dirham adalah untuk digunakan) - ini kebanyakan orang-orang yang datang semalam dah tahu.

Beza harga WIM dan KGT.

Dinar dan dirham adalah matawang masyarakat Islam.

Harga WIM di websitenya, menekankan, bahawa wang masyarakat islam (dinar dirham), paling rendah boleh diberi ( recommended retail price) ini adalah harga yang tertera di web WIM, lebih rendah dari itu sangat dilarang.

Jika sesiapa yang declare dirham mereka adalah matawang masyarakat, sepatutnya tidak boleh mengikut harga sistem kufur. Harga rendah yang direcommend , ini akan sedikit demi sedikit seperti mengikut sistem yahudi, kita akan termasuk dalam lubang mereka.

KGT letak harga RM 30 - (point macam di atas).

Harga rm 30 ini , kata UV, akan dikekalkan sehingga satu tahap yang betul-betul sudah mencapai limit. Harga dirham akan dilihat semula untuk 2-3 bulan.

Dinar dibiarkan fluctuate mengikut kenaikan ''harga'' dunia. Kenapa dinar tidak ditetapkan macam dirham? ini kerana dinar ini bukanlah urusan hari-hari, ianya duit orang kaya, maka dibiarkan harganya. Harga dirham yang ditetapkan kerana dirham duit masyarakat/golongan awam.

Isu pricing ni, tiada rule sebenarnya. Berapa premium sekian-sekian. Harga kalau ikut bahasa kkita ni ''ikut suka'', tapi bila UV sebut pasal tiada rule ni, explanation dia detail, ikut logik, boleh diterima. (bab pricing ni, memang kena dengar sendiri hujah dan sebab-sebab dia, kalau tulis, akan jadi lain, dan kalau dengar recorder pun , memang akan tangkap maksud lain)

Kerja kita ( Umar Vadillo macam tujukan pada semua yang hadir/umat Islam) adalah
Rasa cam banyak lagi isunya, macam terlupa.yang atas ni, apa yang saya ingat.

Betul, sangat-sangat beza antara membaca statement Umar Vadillo dengan ucapannya.

Umar Vadillo menyebut, bahawa jika ada yang mahu membuat satu standard dinar dirham yang boleh diterima masyarakat, dia akan berhenti dan mengikut mereka yang sanggup membuatnya. (ni ucapan yang bagi saya, suatu keikhlasan yang jujur. Macam Nik Aziz, Mursyidul Am Pas selalu sebut - Jika Umno bebaskan parti mereka dari kebangsaan dan membuat islam sepenuhnya, Pas akan dibubarkan. - kalian boleh dengar ucapan Nik Aziz.)

Statement dia kat blog dan ruang internet ni, sama je dengan apa yang diucapkannya, cuma bila dia ucap, ada rasa lain sket. Saya tak suka guna perkataan ''brainwash'' , haha.. Tapi pertemuan dengan UV ni, banyak manfaat.

UV seorang yang menerima pendapat, tapi pendapatnya dan ketegasannya sangat (hebat/kuat/entah perkataan apa sesuai, saya tak tahu, tapi elok kalau kita nak tau pendapat dia, bukan dari statement2 yang ditulis..- yang nii yang saya rasa la..sebab baca artikel dia dan apa yang dia ucap hampir sama je isinya, tapi lebih membawa kefahaman apa yang diucap dari kenyataan yang ditulis)

(isu spread DnD kelantan ada dijelaskan, tapi saya tak tau nak ulas camne..nanti kalau ada pertemuan lagi, saya tanya biar jelas lagi atau saya cuba record.

Isu berat Dinar dirham saya tidak sempat bertanya. Mungkin pada pertemuan akan datang)

******************************

***

Sekarang isu kita, bagi saya, kalau kita peg semua dirham lain rm 25 pun xsalah, harga rm 30 pun xsalah. UV benar dengan pendapatnya, kita benar dengan ijtihad kita.

Satu berniat untuk fahamkan orang, walau orang rasa berat. - rm 30

Satu lagi berniat untuk mudahkan orang. - rm 25.

Isu di blog WIM - dan harga KGT.

Recommended Retail Price di blog WIM- ini sebenarnya, dari apa yang difahami dari ucapan Umar Vadillo, beliau menyatakan, jika dirham itu dinyatakan sebagai matawang, ianya tidak boleh rendah dari harga yang ditulis dalam blog WIM.

Ini kerana, apabila ianya rendah, ianya lebih terdedah kepada harga spekulasi kepada matawang masyarakat umat islam, sedangkan spekulasi itu tidak lebih melainkan hanyalah sistem yahudi yang membuka ruang kepada perjudian.

Jika kita mahu buat simpanan, beli emas dan perak dalam bentuk jongkong atau lain-lain yang nampak lebih ''murah''.

Kita benar-benar dah jatuh kepada perangkap Yahudi dan Nasrani sebenarnya.

Jika diikutkan dalam islam - 1 dinar = 10 dirham.

Lihatlah ratio hari ini, dirham (perak) tidak dinilaikan pada nilaian sepatutnya

Harga seekor kambing - 10 dirham ada dinyatakan dalam hadis, bukanlah seperti hari ni.

1 dinar hari ini = ?? dirham..nilaian yang tidak sepatutnya pada barang yang Allah dah angkat.

Isu dinar dirham ini, ianya adalah salah satu alat kita kembali kepada Allah.

Bila kita faham sebenar-benar dari tuntutan Allah dan cara hidup yang diturunkan - Islam - maka kita akan segera kembali pada perkara yang sepatutnya.

Apa-apapun, kerja kita biar masyarakat faham fungsi sebenar sistem barter , dinar dan dirham sepertimana ahli madinan mengamalkannya, bila orang dah faham macam mana barter sebenar, harga dalam kertas ni, hampir tiada isu dah antara kita (walaupun sebenarnya masih isu kalau kita masih ada rasa selesa/cenderung dengan kertas ini)

Harap kalian tidak salah faham dengan artikel saya ni.

Ini tidaklah menjadikan saya pertahan WIM sungguh-sungguh, cuma saya sekadar kongsi apa yang saya dapat dari pertemuan dengan Umar Vadillo hari tu.

Bagi saya, apa yang benar itu, kita sokong dan kita bantu tegakkannya, yang nampak batil , kita tegur dan halanginya dari terus tersebar.

Allah sebaik-baik pembantu dan penunjuk jalan.

No comments:

Post a Comment