Monday, June 6, 2011

Sistem Gadaian di Pusat Pajak Gadai – Memahami Sistem Riba

Tulisan sumbangan: Hafiiz Jani


Kini, dalam keadaan ekonomi duit kertas makin hari makin hilang nilai, timbul satu isu besar yang menjadi kegemaran segelintir pemain-pemain emas di sekitar nusantara (Malaysia dan Indonesia).

Isu ini adalah dengan mencari keuntungan dari kaedah pajak gadai di pusat-pusat pajak yang terdapat di serata tanah air.

Sebelum kita beralih kepada topik hukum dan akibat, mari kita melihat satu contoh yang diambil dari sebuah laman berkaitan bagaimana membuat gadaian di salah sebuah pusat pajak di malaysia (arrahnu).

—————————

Harga Emas di A*** Bank:- 999.9 = RM126.00/gram 916.0 = RM115.50/gram

Beliau menggadai:-

  • 50 gram X 1 keping
  • 20 gram X 2 keping
  • 1 Dinar X 6 keping

First time menggadai:- Anda akan dapat 60% sahaja pinjaman.

Kali ke-2 dan seterusnya:- Anda akan dapat 70% sahaja pinjaman

Beliau menggadaikan 1 Dinar dahulu untuk mencukupkan syarat gadaian pertama. Selepas itu,Emas-Emas yang lain dah boleh dapat 70%!

Trick ini dipelajari dari ……..

Pengiraan:-

Gadaian pertama:

1 Dinar = 4.25 gram

Nilai Marhun: 4.25 gram X RM115.50 = RM490.87

Pinjaman: 60% X RM490.87 = RM 294.00

Upah Simpan: (RM490.87/RM100) X RM0.60 = RM2.94/bulan Murah!

Gadaian kedua:-

1 Dinar:-

Nilai Marhun: 5 X 4.25 X RM115.50 = RM 2,454.375

Pinjaman: 70% X RM2,454.375 = RM1,718.06

Upah Simpan: (RM2454.375/RM100) X RM0.70 = RM17.18/bulan

20 GRAM X 2 + 50 GRAM:-

Nilai Marhun: 90 gram X RM126.00 = RM11,340.00

Pinjaman: 70% X RM11,340.00 = RM7,938.00

Upah Simpan: (RM11,340/RM100) X RM0.70 = RM79.38/bulan

Jumlah Pinjaman: RM9950.00

Jumlah Upah Simpan: RM99.50/bulan

( secara detail bagaimana ianya boleh dibuat untung, kalian boleh rujukhttp://www.berkebunemas.net/ )

———————————————-

Perbincangan Hukum

Gambaran secara sederhana transaksi invesmen emas tersebut adalah sistem beli gadai.

Kita beli emas dikedai emas kemudian kita gadaikan ke bank/arrahnu, setelah terima wang dari bank kita belikan emas lagi terus kita gadaikan lagi.

Kemudian pada saat harga emas tinggi kita tebus emas tersebut dari bank kemudian kita jual. Dari sistem tersebut jelas bahwa kita menggadaikan emas.

Ini bererti kita hutang ke bank dengan jaminan emas, adakah bunganya….?

Tentu saja ada meskipun dengan istilah yang berbeza, namanya pembiayaan sewa, pembiayaan bulanan, kos pemeliharaan/upah jaga, dan lain-lain (terserah sebutan mereka), bukankah mengambil keuntungan dari pinjam-meminjam disebut riba?

Mereka mengambil upah/kos menyimpan, sedangkan di dalam akad, mereka berhutang/gadai barangan mereka.

Dari manakah kita ingin mengetahui bahawa mengambil manfaat dari orang yang diberi hutang adalah riba?

Mari kita cuba merujuk pada hadis-hadis Nabi.

Abu Burdah ibn Abi Musa berkata : aku telah datang ke Madinah dan telah bertemu dengan Abdullah ibn Salaam (Rabbi yahudi yang telah memeluk islam) yang mana beliau berkata : Kamu (sekarang) hidup di negara yang mana riba adalah berleluasa, jika seseorang berhutang kepada kamu seseuatu dan memberikan kamu seberkas jerami, atau seberkas barli atau seikat jerami , jangan kamu menerimanya kerana ia adalah Riba. (Bukhari)

Anas Ibn Malik meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah bersabda : Jika kamu memberikan kepada seorang kelaki pinjaman dan dia menjemput kamu makan, janganlah makannya, kerana ia adalah RIBA! Tetapi bila dia menjemput kamu sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh makan. Dan sekali lagi baginda bersabda : jika kamu memberikan seseorang lelaki pinjaman dan dia menjemput kamu menunggang di atas binatangnya, jangan kamu mengambilnya kerana itu adalah RIBA! Tetapi jika dia menawarkan kamu menunggang di atas binatangnya, sebelum pinjaman dibuat, maka kamu boleh menerimanya. (Sunan Albayhaqi)

Anas bin Malik juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda : jika seorang lelaki memberikan pinjaman pada seseorang,dia tidak sepatutnya menerima hadiah (dia tidak boleh terima hadiah dari penghutang dalam keadaan hutangnya masih tidak dilangsaikan,tetapi dia boleh apabila pinjaman tersebut sudah dibayar kepadanya) (Bukhari)

Fadalah ibn Ubayd berkata bahawa Pesuruh Allah bersabda : keuntungan (imbuhan/kelebihan/manfaat ) yang didapati sesuatau pinjaman adalah satu dari kepelbagaian aspek dari RIBA. (Sunan Al-bayhaqi)

Kesimpulan dari 4 hadis di atas :

1 – Kehidupan di Madinah pada permulaan islam di sana penuh dengan ruang-ruang riba, dijelaskan bagaimana riba boleh terhasil oleh sahabat nabi Abdullah bin Salam (seorang ulama yahudi yang arif tentang selok belok riba).

2 – Orang yang berhutang tidak boleh memberi makan , mengajak pemberi hutang naik kenderaan sekali , memberi hadiah dan segala bentuk pemberian dalam keadaan hutang masih tidak dilangsaikan terlebih dahulu.

Ini mengelakkan si pemiutang mengambil kesempatan ke atas orang yang berhutang di atas kemurahan hatinya dalam memberikan hutang kepada yang berhutang.

Sistem spekulasi

Dari sistem tersebut kita tahu juga bahwa ada sifat spekulasi dalam transaksi tersebut, kalau harga emas naik berarti untung, kalau harga emas turun berarti rugi, meskipun kecenderungan harga emas naik, tetapi tidak ada yang dapat memastikan akan selalu naik.

Contohnya, kalau beli Dinar dari dia, orang tersebut boleh menjual balik Dinar kepada dia. Cuba lihat implikasi kepada proses ini.

Promosi permulaan ialah menggalakan orang membeli Dinar atas alasan untung simpan Dinar, beli murah selepas itu bila harga naik jual balik. Itu adalah teori mana-mana buku pelaburan (investment) iaitu buy low, sell high. Jadi orang membeli dengan harapan harga naik nanti mereka akan jual.

Tidakkah ini sama dengan orang akan beli disebabkan “betting” atau “speculate” yang harga akan naik? Bukankah ‘betting’ dan ‘speculating’ menyamai perjudian?

Perlu diingatkan terdapat satu garis halus yang membezakan pelaburan dan perjudian.

Yang pertama membuatkan anda mendapat rezeki yang halal dan yang kedua menyebabkan anda menyuap makanan kepada keluarga dengan pendapatan yang haram.

Ini tidaklah boleh diambil mudah dan ditutup sebelah mata semata-mata kerana keuntungan membeli dan menjual Dinar. Adakah wajar kita terapkan unsur perjudian dalam perjuangan Dinar?

Sekiranya ini berterusan, bukannya kita menjadi umat yang semakin mulia dan kuat dari segi ekonomi, malah kita akan menjadi umat yang lebih tersesat, terlalai dan tamak.

Apakah islam membolehkan spekulasi? Yang pasti diuntungkan adalah bank, kerana bank mendapat bunga dari transaksi tersebut. Dan pemilik emas hanya boleh menanti dari tahun ke tahun mengharap harga emas naik sambil menanggung pembiayaan/kos bulanan (bunga) yang harus dibayar. Menurut saya kalau mahu simpan emas, simpan sahaja dalam bentuk dinar.

Sejatinya yang terjadi pada bekebun emas hanyalah menghutangkan sejumlah emas, atau menghutangkan sejumlah wang dengan memberikan sejumlah bunga (ditukar nama sebagai kos simpan). Tidak diragukan itu adalah riba.

Terlebih lagi bila diingat bahwa emas dan wang adalah alat tolok ukur nilai barang, dan sebagai alat transaksi, dengan demikian bila wang dan emas digadaikan dengan mengambil keuntungan maka tidak diragukan itu adalah riba.

Ditambah lagi “GADAI” hanya ada bila ada piutang, tidak mungkin ada gadai bila tidak ada piutang. Kerananya, setiap keuntungan yang didapat dari gadai adalah bunga dan itu HARAM. (kos simpan itu adalah keuntungan yang dapat dari gadai emas)

Tetapi menggadaikan haiwan ternak yang memerlukan perawatan, maka bila pemilik haiwan ternak tidak memberi kos makan kepada ternaknya, maka pemberi piutang/penerima gadai haiwan berkewajiban memberi makan. Dan sebagai gantinya ia dibolehkan mengambil susu, atau menunggangi haiwan tersebut seharga makanan yang ia keluarkan, tidak lebih dan tidak kurang. Dengan demikian tidak ada keuntungan.

Kes berkebun wang atau gadai di Arrahnu ( yang selalu didengari istilah rempit di arrahnu) ini semakin mengingatkan kita bahwa umat kita benar-benar telah mengekori umat Yahudi yang melanggar aturan dan syari’аt Allah dengan sedikit tipu daya dan mencari akal.

Ingatlah satu pesanan Nabi

dari Jabir :

Rasulullah melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah. (riwayat Muslim)

Allah telah berkata, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

skang ni, orang menjadikan gadai sebagai perniagaan, sedangkan hutang bukan jual beli.

Hakikat hari ini, orang yang menggadai dikaburi dengan perkataan ”kos simpan/upah simpan”yang sebenarnya kalau dalam istilah perbankan sendiri adalah bunga/interest/dividen..

Jika anda sudah ada dinar,sama ada anda menyimpannya atau menggunakannya.

Usahlah terikut-ikut dengan keuntungan sementara yang menipu.

Kita sudah tersesat dengan perbankan Islam, mahukah kita terus menerus disesatkan dalam bab Dinar?

Sekadar ingat-ingatan buat kita dalam menempuh dunia akhir zaman ini.

Mari kita ingat bahawa kehidupan kita hanyalah mencari keredhaan Allah.

Dengan menjauhkan riba mendapat keredhaan Allah, lebih baik dari keuntungan yang sedikit di atas dunia ini.

Hasbunallahu wa ni’mal wakil

—————————————–

Jika teguran ini benar, maka mari sama-sama kita bersyukur kerana kita beroleh peringatan, moga Allah lapangkan rezeki kita dari jalan yang lain, jauhkan diri dari terlibat lagi dalam peristiwa ini.

Jika teguran ini punyai kesilapan dan ayatnya keras, teguran dari kalian diperlukan.


    • Syazwan Madihah Mohon sahabat-sahabat Dinar Dirham untuk memahami mengapa kita tidak menggalakkan arrahnu.
      10 May at 21:33 · · 3 people
    • Irfan Rahman
      speculate ngn betting berbeza..
      ako speculate tanah kat area batu pahat akan naik sebab bnyk kilang2 dah dibuka.. so ako beli tanah tu..
      kalo kilang tak jadi buka.. ako rugi..
      kalo kilang jadi buka.. ako untung..
      contoh lain..
      ako bela kambing.. ako speculate, kambing ni membesar dan bleh jual.. dgn harga lebih tinggi..
      kalo kambing ni mati.. ako rugi..
      itu tak sama ngn berjudi kan?
      10 May at 21:51 ·
    • Irfan Rahman pasal pajak gadai emas.. ako tak berani komen..
      tak bnyk ilmu.. ada tak ayat2 atau hadis yg membolehkan gadai pulak?
      ke memang dalam islam tak boleh gadai?
      10 May at 21:53 ·
    • Irfan Rahman pastu.. ada sorang ni ako jumpa..
      die bukak kedai senyap.. jual barang ape yg orang tu nak..
      misal kata ada orang nak beli motor.. harga 3000.. die jual akad 4000 bayar 8 bulan.. boleh ke macam tu? ke kira riiba jugak?
      10 May at 21:55 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin kalau ada dlm perjanjian moto jika beli tunai 3000, kalau on credit 8 bulan 4000 , lebihan 1000 itu riba. perjanjian itu pun dua dalam satu.
      10 May at 22:00 · · 1 person
    • Irfan Rahman so.. kalo beli kereta ke rumah ke.. asal pinjam jer sekarang nih automatik riba la yer..
      10 May at 22:01 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin bukan ertinya pinjam itu riba, tengok pada akad, sistem dan tatacara. yang item moto tadi memang tertulis direct dlm al-muwatta imam malik
      10 May at 22:02 ·
    • Irfan Rahman yg membolehkan pinjam tanpa riba mcm mana en.suhairul?
      10 May at 22:03 ·
    • Abu Alex apa yang Sdr Irfan Rahman sebut itu dipanggil "time value of money", orang Inggeris yang menciptanya sendiri mengakui ia adalah "usury" @ riba.

      ia adalah penyebab utama kenaikan harga keperluan & komoditi (inflasi), dimana barangan sentiasa dijual-beli dengan harga "kredit".

      malangnya, ia sudah jadi amalan Perbankan Islam untuk halalkan Riba, wallahua'alam.
      10 May at 22:04 · · 2 people
    • Irfan Rahman ape jenis pinjaman yg takda riba?
      10 May at 22:06 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin ‎74 Yahya related to me from Malik that he had heard that al-Qasim ibn Muhammad was asked about a man who bought goods for ten dinars cash or fifteen dinars on credit. He disapproved of that and forbade it dipetik dari buku Al-Muwatta imam malik..
      10 May at 22:07 · · 1 person
    • Suhairul Lail Kamaruddin pinjaman yang takde riba al-qadr hasan , pinjam 100 bayar 100 balik.
      10 May at 22:08 · · 1 person
    • Suhairul Lail Kamaruddin kalau nak bayar semula 1000 pun boleh, janji atas usaha peminjam, bukan pemberi hutang yang letak syarat.
      10 May at 22:08 ·
    • Syazwan Madihah
      Irfan Rahman : bro, dalam islam ada gadaian.
      cumanya, sistem yang dipraktikkan sekarang ni yang menjahanamkan umat islam.

      contoh gadaian : Nabi pinjam pada seornag yahudi sebanyak 30 cupak gandum/kurma (aku tak ingat matan hadis) , kemudian sebagai cagaran, nabi memberikan baju besi beliau.

      sehingga nabi wafat, nabi tak berjaya tebus balik baju besi tu. Yahudi tu, jual baju besi nabi, dan dapat nilai baju besi tu.

      ini membuatkan nabi terus bebas hutang.

      Gadaian membuatkan seseorang itu sebenarnya hampir bebas dari belenggu hutang.

      barang cagaran biasanya barang yang berharga, yang punyai nilai.

      jadi, bila seseorang itu tidak boleh bayar hutangnya, barang yang dicagar akan dijual atau terus menjadi milik ornag yang memberi hutang.
      10 May at 22:09 · · 1 person
    • Irfan Rahman so kire.. kalo nak gadai.. tak bleh amik untung sesen pun lah..
      10 May at 22:11 ·
    • Syazwan Madihah hutang selagi tak habis bayar,orang yang bagi hutang tak boleh ambil upah/untung/hadiah sesen pun, walaupun segenggam rumput.
      10 May at 22:13 ·
    • Irfan Rahman kalo die dah habis bayar hutang.. die mintak upah bleh la eh?
      10 May at 22:16 ·
    • Syazwan Madihah
      Yahya related to me from Malik that he had heard that a man said to another, "Buy this camel for me immediately so that I can buy him from you on credit." 'Abdullah ibn 'Umar was asked about that and he disapproved of it and forbade it. (dari kitab muwatta , imam malik)

      kalau tengok apa yang dinukilkan, sama seperti yang berlaku macam bank2 buat pada hari ni.

      kita takde duit, pergi bank ( berlabel islam atau konvensional) , kata kita nak beli rumah sekian2, pastu, bank belikan dulu harga 100k contohnya, pastunya, dia jual kat kita 200k..sama macam apa yang dinukilkan di atas.
      10 May at 22:16 · · 2 people
    • Muhammad Syahmi Murshid bkan riba kot..upah simpan ja..nk byar gaji pekerja
      10 May at 22:17 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin
      encik irfan, kita ni muslim, bukan kafir yg tidak pernah dengar ayat dalam al-quran. nk untung, biarlah untung berpandukan al-quran dan sunnah, bukan untung atas dasar ikut sekular, encik tentu pernah dengar " dan peliharalah diri kamu dan...See more
      10 May at 22:21 · · 3 people
    • Abu Alex
      Riba and Inflation:

      Inflation, defined as a continuous rise in prices, can reduce the value of money.

      Assume that person X provides a $100 loan to person Y, to be paid back in 12 months time. However, if prices have increased by 10 per cent during that time, the value of that $100 will be worth less to the lender (person X).

      In such a case, can person X charge an excess or premium to take into account the loss of value of money? The Islamic opinion is against the charging of any premium. Scholars contend that although it is unfortunate that person X has lost some value, this is not the fault of person Y (borrower), hence the borrower should not be burdened with this excess.

      Inflasi,ditakrifkan sebagai keadaan peningkatan berterusan harga barangan, juga boleh menyusutkan nilai wang.

      Diandaikan Bank Muamalah meminjamkan RM200K kepada Maulana Hassan yang berusaha mahu elak Riba, jumlah ini perlu dibayar semula dalam tempoh 20 tahun. Bagaimanapun jika harga barangan meningkat 100 peratus sepanjang tempoh itu, wang RM200K yang dipinjamkan itu akan susut nilai, ini akan merugikan Bank Muamalah.

      dengan mengambil kira susut nilai wang seperti keadaan di atas bolehkah Bank Muamalah mengenakan premium pada "harga jualan" @ pinjaman yang diberikan? dalam syari'ah ada tegahan yang jelas mengenai pengenaan premium ini, Ulama bersetuju bahawa walaupun ada ketidakadilan berlaku kepada Bank Muamalat akibat susutnilai wang itu namun situasi ini bukan kesalahan peminjam, peminjam tidak patut dihukum atau menanggung beban diatas kelemahan wang fiat (inflasi berterusan).

      wallahu'alam.
      10 May at 22:22 · · 4 people
    • Ros Masri
      sebenarnya islam tidak menggalakkan berhutang kecuali terpaksa...jauhilah hutang kerana hutang membuat kita bermasam muka, merasa di tindas(baik yang memberi hutang atau yang berhutang) pemberi hutang rasa di tindas kiranya hutang di beri t...See more
      10 May at 22:32 · · 3 people
    • Irfan Rahman en.suhairul.. kalo saya tak kira halal haram.. buat pe saya tanya?
      sebab saya concern la saya tanya... kalo tanya pun jadi masalah besar.. susah lah..
      10 May at 22:34 · · 1 person
    • Abu Alex
      soalan:

      siapa yang tipu Maulana Hassan?

      siapa yang tipu orang Islam?
      ...See more
      10 May at 22:34 ·
    • Amir Hasyim Kamaruddin ‎'upah simpan' dalam ar-rahn hanyalah satu alasan untuk membenarkan ar-rahn mengambil untung atas hutang yg diberi. kalau benar 'upah simpan' tu wujud, cuba bawa emas korang ke ar-rahn,cakap ko tak mahu pinjam duit,cuma nk tumpang simpan kat ar-rahn.so, blan2 cuma bayar upah simpan je...tgk ar-rahn nak terima ke tak?
      10 May at 22:38 · · 1 person
    • Ros Masri wah...geram sangat ke sampai tekan enter berkali-kali..sabar ...1 post pun dah cukup orang baca..
      10 May at 22:40 ·
    • Syazwan Madihah
      Irfan Rahman : pasal nak minta upah tu selepas hutang selesai, dalam banyak hal, aku tak setuju. kalau tengok keadaan itu, macam dah masuk sempadan halal haram, elok larikan diri dari masuk sempadan halal haram (syubhah).

      bagi aku, untuk za...See more
      10 May at 22:42 ·
    • Syazwan Madihah ‎*penerima hutang rasa senang.
      10 May at 22:42 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin en ros.. kadang2 fb slow, x perasan dah input bila kat page kita keluar error
      10 May at 22:43 · · 1 person
    • Irfan Rahman o0o0o... itu mcam ka.. skunk ni memang susah la nak meminjam..
      kad kredit plak mcm mana? kalo ako bayar ontime.. takda charge.. kire riba tak?
      10 May at 22:45 ·
    • Ros Masri SM: tak faham bagi pinjaman emas dan perak. ?
      10 May at 22:51 ·
    • Ros Masri SLK: saya PUAN..he..he
      10 May at 22:51 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin fatwa negeri kelantan yang tidak diwartakan mengatakan bahawa guna kad kredit tapi tak dikenakan charge sebab bayar sebelum 20 hari tamat itu harus. tapi hebat juga encik takde balance dalam kad kredit.
      10 May at 22:53 · · 1 person
    • Suhairul Lail Kamaruddin lagi satu encik irfan, memang susah nak elak debu2 riba, mahupun riba ni, tapi bila ada niat, mestilah kita ada jalannya.
      10 May at 22:55 · · 1 person
    • Irfan Rahman ramai je guna kad kredit takda balance.. ape yg hebat sangat?
      10 May at 23:10 ·
    • Abu Alex
      ‎"kad kredit plak mcm mana? kalo ako bayar ontime.. takda charge.. kire riba tak?"

      "fatwa negeri kelantan yang tidak diwartakan mengatakan bahawa guna kad kredit tapi tak dikenakan charge sebab bayar sebelum 20 hari tamat itu harus."

      untuk ta...See more
      10 May at 23:12 · · 2 people
    • Irfan Rahman sebab tu kene menyusluh jalan lain kasi clear dari riba.. tapi kadang.. tgh suluh jalan tu.. ada jer mahluk2 halang jalan.. beremosi tak tentu pasal
      10 May at 23:12 · · 2 people
    • Pokujako Pod Jug makhluk2 halus tu
      10 May at 23:13 ·
    • Syazwan Madihah Irfan Rahman : skang ni ada dua pendapat, dari kelantan dan satu lagi, aku nak taip jap lagi.

      ko bandingkan dua2 pendapat, yang mana aku sendiri, cenderung pada pendapat yang aku akan taip pas ni.

      jap ek, aku buka buku. aku tak translate dah.terus dalam bahasa asal.
      10 May at 23:17 ·
    • Irfan Rahman selama 5 tahun saya guna tak pernah kene charge lg.. sampai suruh ambik platinum.. tu yg saya musykil.. kire guna kad kredit nih bleh terjebak dgn riba.. tapi tak salah guna kad kredit.. jadi boleh lah guna kad kredit kan.. benda yg halal tak boleh diharam kan kan?
      10 May at 23:18 ·
    • Irfan Rahman ok brat.. ako tunggu..
      10 May at 23:19 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin wau, rolling yg baik, cuma rata2 pengguna kad kredit ada balance tertunggak (atau lebih dari 20 hari yg kena charge interest).
      10 May at 23:21 ·
    • Syazwan Madihah
      Question : Can a muslim own and use a credit card?

      Answer (by Sheikh imran hossein in his book , prohibition of riba in quran and sunnah) - Page 197 :

      A credit card is a card which permits its owner to borrow a certain amount within a period ...See more
      10 May at 23:32 · · 4 people
    • Syazwan Madihah sori, ada kesilapan ejaan.
      harap tak lari maksudnya.
      10 May at 23:37 ·
    • Irfan Rahman faham2.. arguement yg mantap..
      10 May at 23:40 ·
    • Syazwan Madihah Imran Hossein ni, salah seorang yang pakar dan arif bab riba, bukunya ada 3 jilid rasanya, tulis pasal bab riba.

      dia terangkan semua sekali, dari a sampai z, bank, credit card, loan..dan yang mana aku sendiri 1st time tahu lepas membaca bukunya dan mendengar kuliah beliau.

      maybe, kalau ko nak baca bukunya, balik mesia nanti ko roger aku, in sya allah, aku tolong carikan bukunya, atau aku bagipinjam buku aku nanti.
      10 May at 23:43 · · 1 person
    • Irfan Rahman ko cakap nak datang tempat ako nanti.. ko balik malaysia brp hb?
      10 May at 23:57 ·
    • Irfan Rahman kalo ko tak guna buku tu.. ako nak pinjam bleh ke
      10 May at 23:57 ·
    • Syazwan Madihah x beli tiket lagi bro..
      baru balik ari tu, poket masih xcukup untuk tiket.

      paling cepat, tengah bulan 6 lepas exam in sya allah.
      in sya allah, memang banyak tempat aku nak pusing cuti panjang ni.
      10 May at 23:58 · · 1 person
    • Syazwan Madihah boleh in sya allah.cumanya, kat aku skang ni, yang aku tangkap gambar je, jadi soft copy.
      nanti balik mesia, in sya allah, roger je, in sya allah, ada rezeki sampai umah ko.hehe
      10 May at 23:59 ·
    • Irfan Rahman ok.. ko pindah masuk dom35 balik ke?
      btw.. dirham umayad tu ko minat lg tak? kalo ko minat ako simpan kan.. ako memang nak letgo.. kalo ko taknak ako iklankan..
      11 May at 00:11 ·
    • Syazwan Madihah haah, aku pindah masuk hostel balik.
      dom 39.
      bilik lama in sya allah.
      eh..simpan2..
      aku nak tengok dulu, jangan jual dulu.kalau aku berminat n ada duit lebey, aku cekup.
      11 May at 00:13 ·
    • Irfan Rahman eh.. kalo tukar ngn dirham-dirham bleh ke? antara dirham lama dan dirham baru.. kire riba ke? sebab nilai sama satu dirham tapi ako tak jual satu dirham lah..
      11 May at 00:14 ·
    • Syazwan Madihah xleh..kalau perak, kena jual dengan perak yang sama berat.

      boleh je kalau ko nak tukar dengan 1 dinar.
      tapi, at least, ko tambah la sket 2 auns + 1 dirham umayyad tu - aku boleh bagi 1 dinar aku..huhu..
      11 May at 00:16 ·
    • Syazwan Madihah ‎2 atau 3 auns + 1 dirham umayyad tukar dengan 1 dinar..cam bes je..
      11 May at 00:16 ·
    • Syazwan Madihah hehe
      11 May at 00:16 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin dirham lama kena timbang dulu takut lari berat..
      11 May at 00:17 ·
    • Faris Aiman ah jeles ni ada dirham umayad
      11 May at 00:23 ·
    • Irfan Rahman insyallah bleh.. tapi masalahnye ako lupe berapa ako bel skunk nihi.. kene bukak buku log.. ako beli masa silver 18-19$ 1oz
      11 May at 00:24 ·
    • Irfan Rahman btw.. kalo ako jual duit2 lama harga 1ringgit.. dgn harga mahal.. boleh kan? ke kire riba?
      11 May at 00:24 ·
    • Syazwan Madihah boleh.nak jual dengan 1 dinar pun boleh.
      11 May at 00:28 ·
    • Irfan Rahman kalo duit yg boleh dipakai sekarang? misal kata duit number siri cantik 99999999... 55555555... ako jual harga 2-300.. riba tak?
      11 May at 00:31 ·
    • Irfan Rahman duit seringgit sekarang yg no.siri cantik..
      11 May at 00:31 ·
    • Syazwan Madihah yang tu, aku tak tahu.
      11 May at 00:35 ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa Kalau saya ada 10g emas, siri no macam hampeh, tapi saya nak jual rm10K, blh ke tak?
      11 May at 00:38 ·
    • Syazwan Madihah haha..
      kalau Haji Zamri nak letak 1 juta pun, boleh Tuan Haji.
      sebab duit kertas ni kan , sebenarnya takde nilai.hihi..
      tapi, disebabkan orang sekarang masih menerima nilainya, sapa la nak beli 10g emas waktu2 ni, dengan 10k
      11 May at 00:40 · · 1 person
    • Mohamad Zamri Bin Musa nanti orang kata, giler ke apa jual mahal, saya kata barang saya saya punya suka lah, Nak ambil, tak nak sudah
      11 May at 00:40 ·
    • Syazwan Madihah hihi
      11 May at 00:40 ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa itulah sebab, pisahkan nilaian fiat ngan DInar dan Dirham. InsyALLAH mentaliti anda akan berubah
      11 May at 00:41 · · 1 person
    • Syazwan Madihah eh..jap2..Haji nak jual 10g apa tu?...Merlion ke?..saya berminat.
      11 May at 00:41 ·
    • Syed Izwan aisey .. ingatkan nak tambah stock emas guna duit ar-rahnu tp x bole plak .. maklumla kalo nak kumpul guna duit gaji lambat la dapat beli ..
      11 May at 00:41 ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa hahahaha...
      11 May at 00:43 ·
    • Mohamad Zamri Bin Musa Syed, beli ikut kemampuan..
      11 May at 00:44 ·
    • Syazwan Madihah Tuan Syed : berniaga je..in sya allah, rezeki melimpah ruah.
      11 May at 00:44 · · 1 person
    • Syed Izwan skang mmg tgh meniaga pun .. tp bisnes tarak bagus ..
      sy ingatkan investment dlm gold nih mampu bantu saya dari segi kewangan dan dpt langsaikan hutang saya dengan segera .. huhuhu
      11 May at 00:47 ·
    • Abu Alex ‎"aisey .. ingatkan nak tambah stock emas guna duit ar-rahnu tp x bole plak .. maklumla kalo nak kumpul guna duit gaji lambat la dapat beli .."

      terbaik, Alhamdulillah.

      > baru saya boleh tidur :)
      11 May at 00:47 ·
    • Syed Izwan ‎"baru saya boleh tidur :)"

      kenapa ya abu alex ?
      11 May at 00:49 ·
    • Fithrie BijakEmas pembayaran yang mmg kena guna kredit kad cemana pula? cth: beli tiket air asia, beli brg online..harap dapat pencerahan
      11 May at 00:57 ·
    • Mohd Nazim Abdul Rahman mohon share ke dalam blog saya...
      11 May at 01:01 ·
    • Norbaini Hassan AA: nak double check...kalau tak silap kita....kalau you tak bayar penuh Ar rahnu...katalah you bayar sikit sikit sebelum tarikh matang depa ambik duit upah/simpanan dulu....semacam hire purchase jugak.....knock of the interest first before the principle from the perspective of accounting entries.... I may be wrong...anybody can confirm?
      11 May at 01:04 ·
    • Suhairul Lail Kamaruddin kak baini, ar-rahnu terima kalau bayar dengan installment.
      11 May at 01:42 ·
    • Abu Alex Fithrie BijakEmas, perkara kredit kad itu sudah jelas.. tepuk dada tanya iman bang.. saya tak expect Fithrie tanya ini.. :)

      Norbaini Hassan kena tanya kaki gadai (ya, ini nama mereka yang sengaja berhutang ar-Rahn tanpa ada keperluan hidup yang mendesak).
      11 May at 19:15 ·
    • Syazwan Madihah Tuan Syed,tuan tinggal mana?cuba rujuk pusat zakat,mohon peruntukan zakat bawah asnaf ghorimin,kalau kat selangor,klu xsilap ingatan saya baca statistik asnaf,ghorimin ada sekitar 5% peruntukan dr zakat..bleh cuba rujuk ppz negeri.
      11 May at 19:28 · · 1 person
    • Nabilah Rais boleh tanya, mcm mn kalau kita nk share doc dlm group ni?
      27 May at 18:23 ·
    • Syazwan Madihah kena buat manual kak..

      copy paste alamat doc.
      27 May at 19:09 ·
    • Faisal Adnan barakallah. terima kasih kerana share.
      27 May at 20:54 ·
    • Nabilah Rais ooo, mcm tu..thanks 4 info :)
      27 May at 21:00 ·
    • Mohamad Firdaus up balik
      21 hours ago ·

1 comment: