Wednesday, June 15, 2011

Dinar dirham , sistem Barter dan Puncak Perjalanan Ini

Dinar dirham , sistem Barter dan Puncak Perjalanan Ini

Dinar dan dirham merupakan salah satu alat untuk kembali semula kepada sistem barter. Apabila masyarakat sudah memahami erti sebenar jual beli , maka nilai dinar dan dirham akan diukur sendiri oleh masyarakat, bukan lagi dengan kuasa pemerintah.

Secara terangnya, kita boleh melihat, apabila kesedaran meningkat, harga dirham paling ideal diterima tika ini adalah rm 25.
Akan sampai satu masa nanti, nilai dirham itu akan dinilai pada nilainya makanan asasi -

Raw silver - rm 11 tika ini , 1 kg beras = rm 3.20
1 dirham = sekitar 1 gantang beras ( +- 3 kg) ,
dan dengan 1 dirham juga, boleh dibeli seekor ayam. Alhasil apabila ayam dan beras sama harga/nilainya,maka mereka yang ada ayam, akan terus mencari beras , tanpa perlu menukarnya kepada dirham/dinar.

Contoh lain - harga 1 ekor kambing = 1 dinar.
harga seekor ayam = 1 dirham.
Exchange rate 1 dinar = 10 dirham.

Maka masyarakat yang tidak punya dirham mahupun dinar, tapi punya ayam, akan mencari kambing dengan tukaran 10 ekor ayam untuk seekor kambing.

ini akan datang apabila kerajaan benar2 berpaksi pada kebajikan rakyat, bukan pada ingin mencapai keuntungan dari rakyat, setiap dari anggota masyarakat akan tidak akan merasa untuk cuba mengexploitasi golongan lain dengan cara penindasan sebagaimana mereka ditindas oleh kerajaan.

Harga barangan kini bergantung sepenuhnya pada supply dan demand. Apabila barang berlebihan, harga dengan sendiri akan menurun, apabila barang berkurangan, harganya akan meningkat. Kerajaan tiada kuasa dalam menentukan harga barangan, tiada kawalan terhadap harga barangan.

Melihat kemakmuran negara kita, maka harga barangan itu, hampir secara pasti , berubahnya setahun dua kali. Pada musim panas kemarau , kebiasaan barang akan meningkat seketika, tika musim melimpahnya rahmat (hujan) dari langit, harga barangan kembali biasa.

Setiap naik dan turun ini rakyat boleh membaca sendiri. Jadi, isetiap lapisan masyarakat sudah mengetahui akan nilai setiap barangan itu mengikut keperluan , musim dan waktu.

Apabila harga barangan sudah kekal pada paras itu (maksudnya tanpa dirham kadar tukaran setiap barnagan kepada barangan lain adalah seperti mana nilaian barang tersebut kepada dinar/dirham) maka duit atau dirham tidak lagi menjadi prioriti dalam masyarakat.

Maka, apa yang akan dikejar oleh masyarakat apabila duit/dinar/dirham tidak lagi menjadi menjadi suatu kemestian dalam keluarga, adalah kerukunan, keharmonian, sikap saling membantu , kemewahan jiwa.

Apabila dirham sudah menjadi suatu benda yang tidak berapa dikejar dan diendahkan, maka nilai sebenar seorang jiwa hamba , iaitu untuk mengejar redha Allah akan sentiasa terpahat dalam jiwa dan sentiasa cuba diamalkan itu, tidak lagi mudah dipesongkan, hidup manusia benar-benar dilorongkan pada satu jalan yang lurus.

Inilah hakikat kita manusia, kejayaan manusia terdahulu , walau tidak nampak kekayaan harta emas dan perak mereka, tetapi jiwa mereka tidak dipesongkan dari terus mengejar dinar dan dirham , kita melihat kegemilangan mereka, disebut sehingga hari ini.

Tulisan: Syazwan Madihah

KOmentar:
  • Husain ابو فرحان Well written ... (^^,)
    2 hours ago ·
  • Suhaimi Mohamed Sharif hmmm... direct barter
    2 hours ago ·
  • Abu Alex saya nak amalkan dahulu insyaAllah.. nak komen kemudian.
    about an hour ago ·
  • Zulkifli Sharif
    Dari terjemahan buku Ihya Ulumidin oleh imam Ghazali jilid 6 JIWA AGAMA.
    Maka Allah Ta’ala menjadikan dinar dan dirham, sebagai dua hakim dan dua penengah, diantara harta lain-lainnya. Sehingga dikadarkan (ditentukan ) harta-harta itu dengan dinar dan dirham tersebut. Lalu dikatakan unta itu menyamai dengan seratus dinar. Dan kadar itu dari za’faran seratus.
    Maka keduanya dari menyamai dengan suatu barang, jadi keduanya itu menjadi sama. Dan sesungguhnya dimungkinkan mengadilkan dengan dua mata uang tersebut. Karena tak ada maksud pada diri dua mata uang tersebut. Dan kalau ada pada diri keduanya ada maksud, kadang-kadang khusus maksud tersebut dikehendaki pada pihak yang empunya maksud tadi karena sesuatu penguatan. Dan tidak dikehendaki yang demikian pada pihak orang yang tiada mempunyai maksud. Maka tiada teraturlah urusan. Jadi Allah Taala menjadikan dinar dan dirham untuk beredar dari tangan ke tangan. Dan dinar dan dirham itu adalah hakim diantara harta-harta yang adil.
    Dan untuk hikmah yang lain ialah: keduanya itu menjadi Jalan ( wasilah) kepada barang-barang lain darinya. Kerana keduanya barang mulia pada dirinya sendiri dan tak ada maksud pada diri keduanya. Dan sangkutannya kepada harta-harta lain adalah satu sangkutan. Sesiapa yang mempunyai keduanya, maka seakan-akan memiliki setiap satunya. Tidak seperti orang yang memiliki kain, maka dia tidak memiliki, selain kain itu sahaja. Kalau ia berhajat kepada makanan, kadang-kadang empunya makanan tidak mau kepada kain. Karena maksudnya pada binatang kenderaan umpamanya. Maka diperlukan kepada sesuatu, yang pada bentuknya seakan-akan dia semua sesuatu. Dan sesuatu itu sesungguhnya bermaksud bersamaan sangkutannya kepada yang bermacam-macam, apabila ia tidak mempunyai bentuk khusus yang dapat diambil faedahnya dengan kekhususanya. Seperti cermin yang tiada mempunyai warna dan dapat membentuk semua warna.
    Maka begitulah pulang uang ( Dinar dan Dirham ) itu , tak ada maksud padanya. Dia adalah lahirlah arti-arti dengan huruf itu pada lainnya.

    Dalam surah At Taubah ayat 34-35 maksudnya:

    34. Hai orang orang yang beriman! Sesungguhnya kebanyakkan dari pendita-pendita dan paderi-paderi itu memakan harta manusia dengan Jalan yang tidak halal, dan menghalangi Jalan ALLAH. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak dinafkahnya di Jalan ALLAH , beritakanlah kepada mereka , akan mendapat seksa yang pedih.
    35. Di hari itu semuanya dipanaskan dalam neraka jahanam, lalu dibakar dengan itu dahi, rusuk dan punggung mereka ( Dikatakan ): Inilah yang kamu simpan untuk dirimu, sebab itu tanggunglah ( akibat ) apa yang kamu simpankan.

    Imam Ghazali dalam kitabnya IHYA ULUMIDDIN jilid 6 JIWA AGAMA

    Jadi sesiapa yang menyimpan dinar dan dirham dalam gudang, maka ia telah berbuat aniaya kepada keduanya. Dan merusakkan hikmah pada keduanya. Dan adalah seperti orang yang memenjarakan hakim kaum muslimim dalam suatu penjara, yang terhalanglah hokum dengan sebabyang demikian. Karena apabila menyimpan dalam gudang maka ia telah menyia-nyiakan hukumnya.

    Sekadar berkongsi sahaja ......
    19 minutes ago · · 1 person

No comments:

Post a Comment