Sunday, June 19, 2011

Teknik Manipulasi Sumber untuk dapatkan DnD termurah dr nilai semasa.

Sabor2.. nih second aku ngarang smula. FB ngah bengong punya pasal abis ilang smua td... klu Ilang gak pas nih mmg sah ADMIN yg delete sbb maroh ngajor manipulasi DnD. ekekekeee...
Assalamualaikum WBT.... Perkongsian ILMU khas untuk saudara, saudari, tuan, puan, encik, cik, abang, kakak, datuk nenek, ayah, emak, kamu, korang, ko, lu, hangpa, aok, dan yg seerti dengannya...
Bulan berganti Bulan, Tahun berganti tahun, Harga DnD semakin naik dan korang pon menyimpan angan2 nak peroleh DnD ngan harga 2-3 bulan yg lepas2 kan? betul x? smua impian tuh hanya sekadar angan2 yg korang sangka hanya sekadar angan2. betul x? nak aku ajarkan beberapa teknik untuk TUKAR fiat anda ke DnD lebih murah dr nilai semasa? nih bukan buyback.. tp manipulasikan sumber yg ada.. Bagaimana caranya?.. Sebenarnya tekniknya mudah sahaja jika kita pandai manipulasikan sumber2 yg ada pada kita. umumnya terdapat 2 teknik iaitu menukar fiat ke DnD dengan harga yg lbh murah dari nilai semasa dan memperoleh DnD secara FREE tanpa perlu tukarkan fiat (bukan org sedekah atau bg hadiah free2 gitu jerk kt kita).

TEKNIK 1 : Menukarkan Fiat ke DnD yg lebih murah dr nilai semasa dengan manipulasikan sumber. Mula2, tetapkan berapa murah fiat yg kita nk tukarkan ke DnD? katakan nilai Dirham semasa ialah rm25, kita nk tukarkan fiat kita ngan nilai rm20 jer. Bagaimana? Teknik ini, kita perlu medium perantaraan untuk dimanipulasikan. andaikan harga sebuah buku RM25, kita beli buku tuh dr supplier dengan harga rm20 jer. jadi kita jualkan buku tersebut dengan harga 1dirham (muamalat). dengan ini kita telah menukarkan fiat rm20 dengan 1dirham bernilai rm25 dengan manipulasikan sebuah buku sebagai medium perantara. Bagaimana? mudahkan? kita telah jimat rm5.
TEKNIK 2 : Mendapatkan DnD secara percuma dengan manipulasikan Bakat n Kemahiran. Sama konsep dengan teknik 1, tp teknik ini perlukan bakat dan kemahiran kita untuk di manipulasi. katakan kita mempunyai kemahiran membaiki komputer, dan ada orang hantar komputer yg kena virus untuk diperbaiki. Kita hanya perlu format dan reinstall smula pc tersebut dan mengenakan caj 1dirham atau perkhidmatan yg diberikan. dengan ini kita telah berjaya memperolehi 1dirham secara percuma sahaja =) Bagaimana? mudahkan?
kita hanya dapat manipulasikan teknik tersebut jika kita jadi peniaga. jadi tunggu apa lagi? jom manipulasikan teknik nih dengan menjadi seorang peniaga yg terima DnD. bila kita jadi peniaga, kita beri pelbagai pilihan kepada pengguna DnD yang lain untuk membeli n dapatkan perkhidmatan dengan guna DnD. selain itu kita juga boleh menambahkan lagi senarai kedai/outlet/kiosk yg terima DnD sedia ada sehingga 20 ribu yg Umar Vadillo impikan.. jadi serampang 3 mata =)
p/s : sori arr klu ringkas jerk.. xder mood dh naik taip panjang2 n masukkan unsur homur/puitis bila karangan yg pertama tuh ilang.

No comments:

Post a Comment