Tuesday, June 21, 2011

HUKUM ASAL BBA yang diguna pakai oleh sistem perbankkan Islam.

Bismillah, berikut adalah bab yang memperkatakan mengenai Jual-Beli dengan bayaran lewat, atau tertangguh atau ansuran; semoga dapat dijadikan panduan oleh orang yang mahu taat pada Allah swt. Bai' Bi Tsamani ‘Ajil (Jual beli dengan bayaran lewat) atau Ansuran : iaitu jual beli secara bayaran tertangguh dari sehari ke sehari atau dari bulan ke bulan dan seumpamanya dengan penetapan harga tertentu, masa tertentu dan syarat yang tertentu yang disepakati bersama.

Jual beli ini juga dipanggil jual beli secara kredit, secara hutang, bayaran kali atau Ansuran. Jual beli secara kredit dibolehkan dalam hukum jual beli Islam. Kredit adalah membeli barang dengan harga yang berbeza dengan pembayaran dalam bentuk jualan tunai tunai. Biasanya harga akan lebih mahal.

Ini dikenal dengan istilah : bai` bit taqshid atau bai` bi-tsamani `ajil. Syarat sah bai` bi-tsamani `ajil Walaupun jual beli bai` bi-tsamani `ajil diharuskan di dalam Sistem Muamalah tetapi ada syarat-syarat tentu yang seharusnya dipatuhi dalam urusan ini:
1. Barangan milik sempurna. Barang yang hendak dijual adalah milik sempurna penjualnya. Bukan barang milik orang lain. Haram jual beli jika orang tengah melakukan jualan secara bai` bi-tsamani `ajil, kerana barang bukan miliknya, walaupun mungkin tuanpunya pada dasarnya bersetuju.
2. Harga Ditetapkan. Harga harus disepakati di awal transaksi meskipun pelunasannya dilakukan kemudian. Misalnya : harga rumah 100 Ribu bila dibayar tunai dan 150 Ribu bila dibayar dalam tempoh 5 tahun. Harga hendaklah tidak melebihi 1 kali ganda harga asal.
3. Lafaz Harga Terakhir. Hendaklah dilafazkan jual beli dengan harga yang terakhir, misalnya : Aku jual Rumah ini dengan harga 150 Ribu bayaran tertangguh atau ansuran atau beberapa kali. Manakala pembeli pula hendaklah menerimanya dengan lafaz : Aku belilah rumah ini dengan harga 150 Ribu bayaran tertanguh.
4. Tiada Tambahan Kerana Ingkar Janji. Tidak boleh dikenakan apa-apa bunga atau faedah atau ‘interest’ apabila pembayarnya lambat melunaskan bayarannya, sebagaimana yang sering berlaku. Jika berlaku kelewatan penjual hendaklah berunding dengan pembeli secara berhemah.
5. Disepakati Kedua Pihak. Pembayaran Ansuran disepakati kedua belah pihak dan tempoh pembayaran yang dtetapkan sehingga terhindar dari bai` gharar (penipuan).
Bai' al-Gharar ialah jual beli yang mengandungi penipuan; seperti jual beli benda yang tidak mungkin dapat diserahkan, jual ikan yang masih dikolam, jual buah yang masih dipohon dan belum matang, jual beli dengan melempar batu (bai' al-hashäh), dan sebagainya Hukum Jual Beli. Al-Qaradawi dalam bukunya Halal Haram mengatakan bahawa jualan secara kredit dengan menaikkan harga diharuskan. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah membeli makanan dari orang Yahudi dengan bertempoh untuk nafkah keluarganya. Jika si penjual itu menaikkan harga kerana tempohnya, tanpa persetujuan awal antara penjual dan pembeli sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para pedagang yang menjual dengan kredit maka haram hukumnya dengan dasar bahawa tambahan harga itu berhubung masalah waktu dan itu sama dengan riba. Tetapi jumhur (majoriti) ulama membolehkan jual beli secara hutang ini, kerana pada asalnya boleh dan nas yang mengharamkannya tidak ada. Jual beli kredit tidak boleh disamakan dengan riba dari segi manapun. Oleh kerana itu seorang pedagang boleh menaikkan harga menurut yang selayaknya, selama tidak sampai kepada batas kezaliman. Kalau sampai terjadi demikian, maka jelas hukumnya haram. Imam Syaukani berkata: "Ulama Syafi'iyah, Hanafiyah, Zaid bin Ali, al-Muayyid billah dan Jumhur berpendapat boleh berdasar umumnya dalil yang menetapkan boleh. Dan inilah yang kiranya lebih tepat." Dalam hadits Nabi riwayat Ibnu Majah dari Shalih bin Shuhaib, ada tiga perkara yang didalamnya terdapat keberkatan : jual beli dengan harga tertangguh (ba'i bi tsamani 'ajil, muqaradhah, mudharabah), dan mencampur gandum dengan tepung untuk keperluan rumah, bukan untuk dijual. Sekian, wallahu'alam.
4 hours ago · · ·
  • You, Mujahid Altercronic and 3 others like this.
    • Husain ابو فرحان jazak-Allah :)
      3 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif takrifan sapa ni..dalil yang mengharuskan jual secara hutang kena harga berlainan.. haritu baca macam tak boleh...
      Barangan milik sempurna tu .. maknanya rumah tak siap lagi tak boleh jual la kan?
      2 hours ago ·
    • Abu Alex
      ini adalah hukum asal yang dipakai oleh Perbankan Islam dalam "perniagaan" mereka; saya kongsikan supaya dapat saudara saya di sini bandingkan dengan amalan sebenar di perbankan Islam.

      kita bila nak berhujah dengan orang paling baik guna dalil yang dipakai oleh orang itu; contoh: jika dia percaya "rokok itu makruh", kita guna dalil "rokok itu makruh" untuk usaha buat dia berhenti rokok - begitu juga dalam bab disebut ini, tunjuk pada orang yang menyokong amalan Perbankan Islam penyelewengan yang terang dan nyata ini.

      saya sedih tak akan dapat hadir di DD Bangi nanti (terutama dalam program Puan Norbaini), jadi apa yang saya mampu ialah berkongsi bahan-bahan fikir sahaja insyaAllah.

      p.s. sekarang tengah cari idea cara terbaik nak terangkan "fire-wall" dalam grafik yang difahami wallahu'alam.
      2 hours ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif kesimpulannnya memang menyeleweng la..
      2 hours ago · · 1 person
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor
      Tuan Abu Alex. Minta maaf,saya "memparagraphkan" artikel di atas tanpa izin. Sy cuma nak memudahkan pembacaan.

      Bismillah, berikut adalah bab yang memperkatakan mengenai Jual-Beli dengan bayaran lewat, atau tertangguh atau ansuran; semoga dap...See more
      2 hours ago · · 1 person
    • Syazwan Madihah
      Eh, Abu Alex . sumber kitab dari mana ye?

      ana ambil dari muwatta, arabnya , guna translation bi.tak sempat nak translate.
      boleh rujuk bab business transaction , bawah tajuk kecil - pengharaman dua transaksi dalam satu.

      ...See more
      about an hour ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif AA tu petik sumber yang perbankan islam guna.. tapi dari sumber perbankan islam tu pun.. nampak sangat bank islam tak guna
      about an hour ago · · 2 people
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor Perbankan mmg tak akan guna konsep ni.. tp saya nak tahu ttg transaksi utk business berskala kecil.
      Dkt2 raya nanti ramai yg menjual kain ela.. cth: byar cash=RM80 tapi kalau ansur 3 bulan RM90. Sebulan RM30.
      Adakah pembyran sebegini dibenarkan? (Harga telah dipersetujui)
      about an hour ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif kalau ikut qardawi tu ok hehe
      about an hour ago ·
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor tak nak le ada "hehe".. nak kongsi dgn kawan2 ni.. duu sy pun selalu buat jugak.."huhu"
      about an hour ago · · 1 person
    • Zulkifli Sharif Oh itu lah rupanya niat Tuan Abu ....mula2 baca mcam tak percaya bahawa ini kerja Tuan. Sekarang saya sudah paham. Atas dasar tu saya tak terburu2 nak masukkan dalam blog. waduh lain kali berterus terang sahaja la Tuan.
      about an hour ago · · 2 people
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor ada ustaz mintak sy rujuk kitab majmuk dan riyadussolihin psl bayaran tertangguh dan bayaran tertangguh&markup.. sy tak berkesempatan lagi
      about an hour ago ·
    • Zulkifli Sharif Pengalaman saya sendiri ....yang terpalit ngan RIBA ni .... untuk BBA ..harga jual berbeza mengikut berapa lama kita nak bayar. Kalau bayar awal pun kena denda. Sebenarnya dari al kisah denda yang jauh lebih mahal dari konvesional semasa loan setlement itulah yang membuahkan prasangka buruk keatas perbankkan style BBA ini. Ade ke patut si penghutang didenda engkar kerana melunaskan pinjaman lebih awal?.
      about an hour ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif tak boleh pulak pinjam kejap je kan hehe
      51 minutes ago ·
    • Abu Alex
      Cik Siti Zubaidah Abdul Shukor

      Dalam beragama kita wajib berilmu, dan wajib pula mengamalkan ilmu yang diperolehi

      ILMU ialah pengetahuan mengenai HALAL, HARAM & SYUBHAH
      ...See more
      50 minutes ago ·
    • Abu Alex Zulkifli Sharif Suhaimi Mohamed Sharif Syazwan Madihah

      sama-sama kita doa supaya dapat lepas dari fitnah besar ini insyaAllah.
      46 minutes ago ·
    • Siti Zubaidah Abdul Shukor Ye Tuan Alex.. mungkin dah jd kelaziman bila ramai org buat perkara yg sama, perkara yg salah dah jadi "tak apa".. yg sedihnya kita tak sedar pun perkara tu salah. Terima kasih atas perkongsian.
      41 minutes ago · · 1 person
    • Abu Alex ‎"yg sedihnya kita tak sedar pun perkara tu salah.."

      itu belum cukup sedih, paling sedih ialah mereka yang sudah "sedar" masih tak mahu taat pada Allah swt., sayang nak tinggalkan bahagian di dunia ini yang Allah swt. haramkan pada manusia.
      26 minutes ago · · 1 person
    • Abu Alex ‎.. wallahu'alam, saya nak keluar gash; sama-samalah kita doa supaya hidayat terus tersebar di seluruh alam selagi ada orang yang teruskan kerja Nabi saw. dan Sahabat ra., sampaikan kalimah "LaailahaillAllah" insaAllah.
      23 minutes ago ·

No comments:

Post a Comment