Tuesday, June 28, 2011

Mengapa jadi kewajiban pula?

.. dalam berusaha mengembalikan penggunaan Dinar dan Dirham dalam Muamalah.

Kerana ia adalah bahagian penting dalam Muamalah; soalnya berapa penting Muamalah ini?

Sheikh Muhammad Arsyad Al-Banjari bin Abdullah berkata,


1. Ketahuilah hukum syara' itu terdiri dari EMPAT MACAM; Ibadah, Muamalah, Munakahat dan Jinayat.


2. Pembahagian ini bersesuaian dengan EMPAT KEKUATAN yang ada pada setiap manusia:

a) Pertama Quwatun Natiqah iaitu kekuatan tanggap dan akal, Allah beri Ibadah untuk kita mengendalikannya, kita jadi kuat.

b) Kedua Quwatun Syahwiyah Bathniyah iaitu keinginan perlu untuk makan dan minum, Allah beri pada umat islam hukum Muamalah untuk kita mengendalikannya, kita jadi kuat.

c) Ketiga Quwatun Syahwiyah Farjiyah iaitu kekuatan keinginan kelamin untuk bersenggama, Allah beri pada umat islam hukum Munakahat untuk kita mengendalikannya, kita jadi kuat.

d) Keempat Quwatun Gadhabiyah iaitu kekuatan emosi yang menyebabkan berlaku permusuhan, Allah beri pada umat islam hukum Jinayat untuk kita mengendalikannya, kita jadi kuat.


3. Setiap bahagian didahulukan mengikut kepentingannya pada manusia.


4. Apa yang kita ini (yang mengaku beriman pada Allah) faham setelah membaca perkataan ringkas dari ulama tersohor di atas?


5. Ia itu kita ini belum sempurna beriman bila belum melaksanakan kesemua (100%, bukan 99.9%) hukum Allah di atas;


6. Ia itu Allah janjikan kekuatan pada orang beriman bukan dengan ucapan kalimah Syahadah semata-mata, tetapi dengan kaedah-kaedah memanipulasikan kekuatan yang sudah ada dalam diri setiap manusia; ini tidaklah menghairankan kerana Allah yang menjadikan manusia, hanya Dia-lah yang tahu kaedah untuk jadikan manusia itu "super" dan mengatasi yang lain.


7. Sekarang sudah fahamkah saudara kenapa kita lemah? i.e. lemah bukan dalam ertikata miskin (ramai umat Islam kaya), bukan pula dalam ertikata tidak berkuasa (umat Islam menguasai komoditi utama, itu adalah kuasa sebenar), etc.

p.s. selagi orang yang mengawal wang kertas itu "kuat dan berkuasa", selagi itulah ia akan terus diterima oleh orang yang lemah, wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment