Sunday, June 19, 2011

DIRHAM DAN FIAT ( bahagian 2 )

Tadi saya bertemu dengan Pengarah 24 Qirats, pengeluar "Dinar Nabawi". Panjang ceritanya. Pemerhatian saya: Rentetan perjalanan pengembalian Dinar dirham untuk Ummah khasnya di Malaysia melalui pelbagai liku2 suka-duka. Yang kawan menjadi lawan. Yang bersatu menjadi celaru. Pada beliau, imej sesetengah pihak yang berkait dengan Dinar dirham telah tercalar angkara sengketa terdahulu. Maka adakah kami di sini ingin belajar dari sejarah?

    • Hasbullah Bin Pit
      ‎"Abu Alex Wallahu'alam.

      sedang tunggu hero-hero di sini support Dirham Waqaf.

      Dirham pada harga komoditi."

      Tak perlu buat baru, hanya boleh gunakan dirham yang ada untuk tekan harga kasi rendah.

      Lagi pun kos pembuatan dirham Kelantan dah cukup rendah, malahan lebih rendah drpd local minter
      2 hours ago ·
    • Abu Alex
      ‎"Tak perlu buat baru, hanya boleh gunakan dirham yang ada untuk tekan harga kasi rendah."

      anda cerdik suruh saya bermuamalah guna Dirham Kelantan milik saya dengan nilaian fiat RM25 sedangkan ia saya perolehi dengan fiat RM30.

      sekarang saya minta semua orang yang cerdik-cerdik bermuamalah guna Dirham masing-masing pada harga yang kurang daripada itu, masing-masing garu kepala!!!

      cerdik-cerdik..
      about an hour ago · · 2 people
    • Abu Alex sudahlah..
      about an hour ago ·
    • Abu Alex saya bukan nak mangsakan orang, saya cuma beri jalan bagaimana nak hapuskan "keuntungan" dalam pengeluaran Dirham - itu sahaja.

      biar usaha ini benar-benar ikhlas - nak buat fiat boleh, pakai emas bentuk lain, bukan dengann wang syariah.
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit ‎"Kelantan milik saya dengan nilaian fiat RM25 sedangkan ia saya perolehi dengan fiat RM30"

      Encik boleh perolehi dengan jual barang.
      about an hour ago · · 1 person
    • Abu Alex ‎"Encik boleh perolehi dengan jual barang."

      bukan semua orang berniaga Encik, sebab tu setiap kali say keluarkan pendapat saya tekankan yang saya ni "pengguna"

      PENGGUNA yang nak guna wang syariah dan tak mahu jadi mangsa orang yang nak kaut untung, tak kiralah Kerajaan ke atau Pengeluar Persendirian.
      about an hour ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif baca je sejarah minter zaman dulu-dulu... ada banyak maklumat.jgn caya citer bulat-bulat...bacalah..
      about an hour ago ·
    • Norbaini Hassan
      Ya rabb.... I can only ask that Allah SWT to open up your hearts....Close up ranks ladies and gentleman because we have a bigger struggle ahead of us..... There are days like today I wish that All of you can see what I see... So petty while we have so much to do. Sometimes I wonder how our Prophet is able to pull together all his people especially the Arabs. At least as Bani Jawi we are still polite.... QC I implore you that you put this matter to rest because right now you have no idea how big a storm is coming up. You must step up as a leader and not instigate matters further.
      about an hour ago ·
    • Abu Alex Encik Hasbullah fikir-lah sendiri, hasil kempen Encik Hasbullah menyebabkan saya sejak beberapa lama ini teraniaya bila berbelanja guna Dirham - sedangkan Allah swt menyuruh kita jangan tekan-menekan dalam muamalah dan jangan menganiaya.
      about an hour ago · · 1 person
    • Hasbullah Bin Pit Pengguna wang syariah sepatutnya sudah dimaklumkan dengan premuim tinggi, supaya mereka boleh decide sendiri berapa banyak dirham untuk ditukarkan dari fiat, atau tunggu secondary market yang jual 28
      about an hour ago · · 1 person
    • Hazrin Marjan Yes Bro Hasbullah, Saya offer stok saya dengan RM25 satu Dirham dan tak garu kepala. COD Penang dan KL saja. Ikut harga yang diwartakan oleh WIM bukan WIM/KGT sila : Berminat SMS 019-2856285
      about an hour ago ·
    • Abu Alex saya sendiri tak pernah tinggalkan doa selepas solat supaya Allah swt. hukum orang yang menyebabkan saya teraniaya dalam usaha mahu taat pada-Nya.. seminggu sekali saya bermunajat panjang sedikit; mohon Allah swt. tunjukkan di dunia ini atau di akhirat nanti insyaAllah.
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit Tapi kalau pengguna wang syariah dibohongi nilaiannya, bukan saya yang bohong.
      about an hour ago · · 1 person
    • Abu Alex selain menganiaya beritahu apa manfaatnya kempen peg nilai Dirham pada harga RM25?

      kenapa tak mahu ikut al-Quran dan Sunnah Nabi saw. dan Sahabat ra. dan Tabi'in dan Tabi'i Tabi'in?
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit siapa peg pada nilaian RM 25, nilaian RM 25 itu managed float , nilaian selamat bagi peniaga menerima dirham.
      Kalau peniaga rasa tak cukup selamat, boleh guna RM 23, atau 24
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit Yang berbohong itu adalah orang yang kata "nilai dirham ini adalah RM 30" ..
      Yang tak berbohong adalah yang kata "HARGA jualan dirham ini RM 30, tetapi mungkin diterima oleh peniaga pada nilaian lain"
      about an hour ago · · 1 person
    • Hazrin Marjan Penganiyaan berlaku peringkat Dasar, Mustaafin yang memahami bertawakal hanya pada yang ESA.
      about an hour ago ·
    • Suhaimi Mohamed Sharif zaman ada RM ni kalau peg cemanapun kalau liquidity tak laju peniaga akan simpan.last-last dirham tu masuk peti besi jadi harta karun.
      about an hour ago · · 3 people
    • Ikmal Putra kembali bersatu . 1 dirham = seekor ayam / 1 dinar = seekor kambing. jgn samakan dirham dengan wang ringgit sebab ianya mempunyai nilai tersendiri,
      about an hour ago ·
    • Abu Alex jadi apa masalahnya dengan "Dirham Waqaf" (selain ia tak beri untung pada pengeluar dan pengedar)?

      apa masalahnya bila kita dapat wang syariah yang sentiasa boleh diguna pada harga komoditi-nya?
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit Buat apa reinvent the wheel, sedangkan kita boleh guna duit sendiri untuk untuk jual dirham kelantan pada harga RM 25
      about an hour ago ·
    • Husain ابو فرحان skrg 1 dirham = 2 ekor ayam le ... lagi untung guna dirham :)
      about an hour ago · · 1 person
    • Abu Alex ‎"jual" lagi.. selain "untung" apa yang ada dalam kepala Encik ni? hemm.. cukuplah, saya nak pi kerja.
      about an hour ago ·
    • Mohamad Firdaus Dirham yg dah circulated patut d pegang pada nilaian Spot gold... sbb bila dah circulated automatik kos minting dan kos import/tax utk premium dah x relevan...
      about an hour ago ·
    • Abu Alex Disclaimer: semua komentar saya di atas bukan tertuju hanya pada Encik Hasbullah Bin Pit, ia tertuju juga kepada syarikat lantikan kerajaan dan persendirian yang mengeluarkan wang syariah.
      about an hour ago · · 1 person
    • Husain ابو فرحان saya cuma nak tanya, berapa kejatuhan nilai silver sejak harga KGT dipeg pada rm30/dirham ?
      about an hour ago ·
    • Reds LiSe AcBa ‎1 dirham = 2 ekor ayam hanyalah harga yang ingin dijual penjual...asasnya 1 dirham = seekor ayam
      kalau 1 dirham = 3 ekor ayam pun tak jadi maslah kalu penjual mahukan begitu...yang penting apa yang dibuat penjual diterima pembeli...untk tuan Husain ابو فرحان
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit I like you Abu Alex
      about an hour ago ·
    • Abu Alex
      ‎"selain "untung" apa yang ada dalam kepala Encik ni?"

      is the contentious issue here as warned by our Prophet pbuh.:

      Daripada Abu Hurairah ra. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernahmenimpa umat-umat dahulu".

      Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?"

      Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah

      (1) terlalu banyak seronok,

      (2) terlalu mewah,

      (3) menghimpun harta sebanyak mungkin,

      (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,

      (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".

      (Hadis Riwayat Hakim)
      about an hour ago ·
    • Abu Alex ‎"con·ten·tious/kənˈtenCHəs/Adjective
      1. Causing or likely to cause an argument; controversial.
      2. Involving heated argument"
      about an hour ago ·
    • Husain ابو فرحان kalau nilai silver dah jatuh 27.33%, tapi masih peg pada harga sebelum jatuh, bukan kira untung juga ke ?
      about an hour ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Tutup majlis ni dgn tasbih kafarah dan surah al Asr
      about an hour ago · · 2 people
    • Husain ابو فرحان aih, takkan bila keluar soalan hangat je nak tasbih kifarah ?
      about an hour ago · · 1 person
    • Norbaini Hassan Ya ustad....sebab perjalanan kita masih jauh.....
      about an hour ago ·
    • Hasbullah Bin Pit I like you Ustaz Ust Rafidi Hashim
      59 minutes ago ·
    • Abu Alex
      maksud Ustaz bukan begitu tuan Husain ابو فرحان

      maksud Ustaz ialah:

      Daripada Abu Barzah RA berkata:

      Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

      سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَ...تُوْبُ إِلَيْكَ

      "Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau."

      Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini.

      Rasulullah SAW menjawab: “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.

      [Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4859) dan Al-Hakim Abu Abdillah dalam Al-Mustadrak daripada Aisyah RA, beliau berkata: Isnad Sahih.]
      58 minutes ago · · 1 person
    • Reds LiSe AcBa medium perpincangan kurang sesuai di FB..kerna ia utk bacaan umum...lebih baik perbincagan tertutup...untuk Husain ابو فرحان
      57 minutes ago ·
    • Norbaini Hassan Bro, bagi kami yang ada "bigger issue" nak bersilat...kami biarkan aje dulu hal sebegini.... Go ahead.... go an attend dinihari dinar lepas tu datang masuk balik gelanggang...
      57 minutes ago · · 1 person
    • Abu Alex maksud hadis mudah sahaja, jika Nabi saw. yang maksum dan dipandu Allah swt dalam setiap perbuatannya pun boleh ada rasa bimbang - kita ini siapa mahu rasa selamat berpisah dari perkumpulan tanpa Tasbih Kaffarah?
      49 minutes ago ·
    • Manja Khamis ok hold dulu la nak beli Dinar dgn dirham ,beli emas /silver bar je
      42 minutes ago · · 2 people
    • Hazy Azy Hamzah Harga dirham tinggi hanya jadi berat dan susah utk mereka yang ada duit nak belinya. Tapi bagi mereka yg tak mampu menunggu mereka yg mampu beli dirham dan dinar ini sampai ke tangan mereka.
      38 minutes ago ·
    • Simpan Emas Silver ‎"ok hold dulu la nak beli Dinar dgn dirham ,beli emas /silver bar je" - dinar / dirham , emas /perak - logam istimewa - no problemo :)
      36 minutes ago ·
    • Zulkifli Sharif Noted.
      31 minutes ago ·
    • Mohamad Firdaus Manja Khamis : "ok hold dulu la nak beli Dinar dgn dirham ,beli emas /silver bar je"
      kalau beli untuk simpanan ok la, tapi kalau beli untuk manipulasi dan pelaburan, baca dulu artikel bawah nih...
      http://www.wakalanusantara.com/detilurl/Manipulasi.Emas.Perak:.Jalan.Untuk.Hiperinflasi/822
      9 minutes ago · · 1 person

No comments:

Post a Comment