Thursday, June 2, 2011

PENGENALAN KEPADA SYIRKAH DAN QIRAD

PENGENALAN KEPADA SYIRKAH DAN QIRAD

SYIRKAH.


Ust Rafidi Hashim


Bab Syarikah Kitab Jawi (Idaman Penuntut) :Perkataan syarikah itu boleh dibaca dengan

1. “syirkah”

2. atau “syarikah”

3. atau “syarkah”

(3 wajah) pada lughah maknanya berkongsi. Perkataan ini sudah terkenal pada orang melayu ditulis dengan syarikat.


Maknanya pada syarak iaitu akad yang mensabitkan ada hak dalam sesuatu syarikat itu terbahagi kepada 4 bahagian:-


1. Pertama: syarikat tubuh badan, disebut syarikat abdan, iaitu dua orang berkongsi bersama-sama bekerja dengan tubuh badannya (dengan tenaga bersama) dalam satu-satu pekerjaan yang mana untungnya berbahagi dua, samada pekerjaan itu satu macam seperti keduanya kerja menjahit, atau berlainan macam seperti seorang bekerja menjahit dan seorang lagi kerja memotong. Syarikat ini tidak sah dalam mazhab kita Shafie kerana bukan berkongsi harta, sedang tenaga itu tidak sama dan sah dalam mazhab Hanafi.


2. Kedua: syarikat serah, disebut syarikat mufawadhah iatu dua orang berkongsi bersama-sama bekerja dengan tubuh badannya (sama macam syarikat abdan) atau berkongsi bersama-sama mengeluarkan wang (sama macam syarikat I’nanan) bekerja bersama-sama menakal untung sama-sama mendapat dan rugi sama-sama menanggung.

Syarikat ini tidak sah juga dalam mazhab kita Syafie kerana tidak seimbang tenaga keduanya itu dan sah dalam mazhab Hanafi.


3. Ketiga: syarikat bangsawan atau orang kenamaan, disebut syarikat wujuh iaitu seperti seorang bernama Jamil membeli barang, katakanlah seperti kitab berharga seribu dirham, dan seorang lagi bernama Jalil membeli barang seperti kain berharga seribu dirham kemudian dicantumkan kedua-dua barang itu secara berkongsi lepas itu kedua-duanya bersama-sama menjualkan kedua jenis barang itu dan berapa untungnya dibahagi dua.

Atau seperti seorang kenamaan bernama Jamil ambil barang daripada orang lain atas tanggungannya (secara order) dan berikannya kepada seorang yang tiada kenamaan bernama Jalil secara berkongsi supaya menjualkan barang itu dan berapa untungnya dibahagikan dua.

Atau seperti seorang kenamaan dimasukkan namanya ke dalam syarikat secara syer kosong untuk menggunakan namanya sahaja dan dapat untung bersama.

Maka syarikat wujuh ini tidak sah juga kerana tidak ada kongsi dengan mengeluarkan wang-wang yang mana tidak sunyi daripada elat-mengelat.


4. Keempat: syarikat kelikir (macam kelikir pada hidung lembu) disebut syarikat I’nanan iaitu 2 orang berkongsi bersama-sama mengeluarkan modal menjalankan sesuatu perniagaan dengan segala syarat-syaratnya dan rukun-rukunnya. Syarikat inilah yang sah.



Abu Alex


Mula-mula saya nak terjemah dari karangan Bahasa Inggeris, bila terlalu banyak gangguan (satu hari nanti bos saya kena faham, saya kerja dengan dia "part-time" sahaja, usaha agama ini yang utama)

Saya mula bandingkan artikel Bahasa Inggeris itu dengan artikel Bahasa Indonesia di JAWARA DINAR, ternyata ia lebih ringkas, cukup untuk permulaan orang mengenal apa itu syirkat dan apa itu qirad (cukup untuk jadi panduan mengenal penyelewengan moden); harap perbetulkan mana yang kurang insyaAllah



Memahami Syirkat dan Qirad


Syirkat


Syirkat adalah perkumpulan dua atau lebih orang yang secara bersama-sama menjalankan suatu usaha, khususnya pengeluaran (barang atau perkhidmatan).

Dalam Muwatta', Buku 35 tentang [Hak] Pemilikan Lebih Dahulu [Syufah] atas Barang, Imam Malik menyampaikan empat riwayat yang berkaitan dengan perkongsian usaha ini. Dalam syirkat, kemasukan modal tidak selalu jadi pra-syarat dalam pembentukan. Tapi, bila ada modal wang yang dilibatkan, maka semua orang yang bermaksud melakukan syirkat harus menyediakan modal masing-masing, walaupun dalam jumlah yang tidak sama. Nilai kemasukan modal wang ini (dalam dinar atau dirham), menurut bahagian masing-masing, akan menjadi nilai saham masing-masing dalam syirkat yang akan dibentuk insyaAllah.

Dengan kesediaan dan keterbukaan semua ahli kumpulan untuk melibatkan diri dalam usaha model syirkat maka ia tidak memungkinkan adanya peluang perampasan hak milik seseorang oleh orang lain, seperti dalam sistem kapitalis.

Ada tiga perkara asas lain di dalam syirkat yang secara prinsipnya membedakan sistem ini dari sistem perkongsian perniagaan dalam sistem kapitalis.


• Pertama, syirkat tidak mengenal hak majority; makanya semua ahli kumpulan dalam satu syirkat memiliki hak perkongsian yang sepenuhnya tanpa mengira jumlah modal satu-satu ahli sumbangkan; maknanya orang yang menyumbang modal yang lebih banyak tidaklah lebih berkuasa dalam syirkat daripada orang yang menyumbang modal yang kurang.


• Kedua, dalam syirkat tidak dikenal istilah faedah, apalagi dividen, yang dibahagikan pada setiap akhir tahun. Yang ada di dalam syirkat adalah pemilikan aset secara bersama, pemilikan aset itu tentunya mengikut jumlah saham yang disumbangkan oleh setiap ahli syirkat, dan pada bila-bila masa setiap ahli berhak untuk meminta pencairan aset bersama dilakukan.


• Ketiga, dalam syirkat , bila salah satu ahli meninggal dunia maka perjanjian penubuhan syirkat dengan sendirinya akan berakhir, tidak dapat diwariskan sebagaimana saham dalam perusahaan kapitalis.


Bentuk perjanjian penubuhan syirkat juga menghasilkan dua situasi praktik berbeda dari sistem kapitalis:


1. Pertama, hubungan buruh-majikan dalam model kapitalis digantikan dengan model hubungan “master-apprentice” ( mu'allim - mubtadi' ) dalam sindiket-sindiket perniagaan ( guild@sinf ). sindiket-sindiket perniagaan merupakan kesatuan usaha pengeluaran yang sangat bersesuaian dengan bentuk perjanjian penubuhan syirkat .


2.Kedua, dalam syirkat tiada istilah 'rakan kongsi tidak aktif/ sleeping partner', kerana dalam perjanjian penubuhan syirkat diwajibkan keterlibatan semua pihak secara sekata. Kemungkinan terbentuknya kesatuan berbentuk pelaburan, dengan salah satu pihak sebagai 'rakan kongsi tidak aktif', hanyalah melalui “qirad” (disebut juga sebagai mudharabah ), yang memberikan makna dan praktik usahasama yang sama sekali berbeda dari syirkat .



Qirad


Dalam buku 32, dari kitab yang sama Al Muwatta , Imam Malik menyampaikan 16 riwayat yang mengatur berbagai hal tentang 'Pinjaman untuk Modal [Perdagangan]' ( Qirad ), tentang batasan, persyaratan, yang dibolehkan dan yang dilarang, hutang-piutang, sampai tentang pembayaran yang berkaitan dengan perjanjian penubuhan qirad . Diringkaskan adalah sebagai berikut:


• Qirad adalah perjanjian kerjasama dagang antara dua pihak: yang satu adalah pemilik modal dan yang lain adalah pemilik tenaga yang akan bertindak sebagai wakil bagi pihak pertama.


• Pihak kedua menerima modal dari pihak pertama sebagai pinjaman dan akan membahagikan keuntungan yang diperoleh dari usaha dagang yang menggunakan modal dari pihak pertama tersebut.


Syarat-syarat kontrak qirad adalah seperti berikut:


• Kontrak diawali dan diakhiri dalam bentuk wang tunai (Dinar atau Dirham), tidak dalam bentuk komoditi/ barangan/ perkhidmatan.


• Keuntungan dari usahasama, bila diperolehi, dibahagi berdasarkan pembahagian yang disepakati di dalam perjanjian, misalnya 50:50 atau 45:55.


• Kerugian dalam usahasama, apabila terjadi, sepenuhnya (100%) ditanggung oleh pemilik modal. Tetapi kerugian yang ditimbulkan karena wakil menyimpang dari perjanjian, atau kerugian yang nilainya melebihi jumlah wang yang dijanjikan, menjadi tanggungan pihak wakil.


• Tidak dibenarkan dalam perjanjian sebarang syarat yang melibatkan jaminan pihak wakil kepada pemilik modal akan keberuntungan usahasama, untung sama-sama, rugi sama-sama.


• Dalam perjanjian tidak ada pembatasan waktu atas dasar selain berdasarkan kepada pusingan (pengeluaran ada awal dan akhir) satu-satu usahasama.


• Keuntungan usahasama tidak boleh digunakan oleh pihak wakil sampai semua milik pihak yang mengeluarkan modal telah dibayarkan.


Bila syirkat menghidupkan kesatuan-kesatuan pengeluar yang berkuasa penuh (tanpa dipengaruhi oleh pihak yang mengeluarkan modal) berbentuk sindiket-sindiket perdagangan, maka qirad menghidupkan kembali para pedagang, yang secara kolektif disebut karavan atau kabilah.



Pengertian qirad sebagai perjanjian usahasama perniagaan yang secara khusus dipergunakan untuk perdagangan ini sangat penting difahami. Sebab, saat ini istilah qirad atau mudharabah , telah dipakai untuk sesuatu kegiatan yang berbeda dari perdagangan, dengan asal mengambil prinsip ‘bagi hasil', misalnya di dunia perbankan syariah dan seumpamanya.


Ada juga penyimpangan lain yang dilakukan sementara pihak yang mendakwa menjalankan perjanjian qirad , tetapi yang dilakukan sebenarnya adalah perdagangan wang yang bertentangan dengan syariah. Praktik yang dilakukan adalah satu pihak meletakkan dirinya sebagai ‘mudharib' dan meminta pihak lain, dalam hal ini pemilik dinar, sebagai sahibul mal . Sampai di sini seolah tak ada masalah dengan perjanjian ini, seandainya dinar yang dipinjamkan kepada mudharib tadi merupakan modal perdagangan untuk suatu komoditi tertentu. Misalnya disepakati untuk berdagang jagung atau kereta, dengan kesepakatan bila perdagangan jagung atau kereta tersebut menghasilkan keuntungan, dibahagi sesuai dengan kesepakatan dalam perjanjian. Tetapi, bentuk penyimpangan yang terjadi adalah, koin-koin dinar itulah yang dijadikan komoditi untuk diperdagangkan. Keuntungan yang diperolehnya, dalam bentuk wang kertas tentunya atau bahkan dalam bentuk dinar pula, kemudian ‘dibahagihasilkan' menurut kesepakatan tertentu.


Dengan demikian sangat jelas perbezaannya:

Dinar sebagai modal perdagangan suatu komoditi dengan dinar sebagai komoditi yang diperdagangkan.

Yang pertama adalah qirad, yang kedua adalah memperdagangkan wang yang juga dikenali sebagai RIBA.

No comments:

Post a Comment