Monday, June 27, 2011

PERINGATAN KEPADA MANUSIA.


MasyaAllah.. pejam-celik sudah sampai ke fasa akhir "hijrah" kami sekeluarga; satu bahagian dari rangkaian rancangan untuk selamatkan diri dari fitnah akhir zaman insyaAllah.

Termasuk dalam rancangan ini ialah mengurangkan masa dengan facebook, guna facebook hanya untuk dapatkan maklumat dan ber-iklan sahaja insyaAllah.

Akhir kalam saya:

1) ketahuilah saudaraku, hamba Allah yang PALING KUAT ATAS DUNIA ini ialah mereka yang paling taat menurut perintah Allah swt. dan yang paling tegas meninggalkan larangan-Nya; mereka ini hanya takut pada Allah swt. sahaja, sangat kasih pada-Nya, sangat rindu untuk bertemu dengan-Nya - mereka ini orang-orang mukmin yang ikhlas.

2) dalam mengangkat usaha mengembalikan wang syariah, saudara mesti jadi mukmin yang ikhlas terlebih dahulu; berhikmahlah dalam setiap perbuatan - dahulukan kepentingan agama di atas keuntungan diri sendiri.

3) dalam keghairahan menambah bilangan peniaga yang menerima wang syariah, jangan lupakan usaha untuk menambah penggunanya, kerana seorang peniaga perlukan seribu pengguna; oleh itu banyakkan bahan-bahan untuk menarik pengguna-pengguna baru dan kurangkan bahan-bahan yang boleh menjauhkan mereka dari wang syariah.

4) ingatlah saudaraku, di belakang wang kertas itu ialah golongan kapitalis dan sekutu perikatannya - perhatikanlah alat-alat dan senjata mereka yang kini sudah jelas boleh dilihat meresapi amalan wang syariah - itulah amalan pengambilan untung sehingga menganiaya saudara muslim, budaya konsumerisma (menyogok material yang tidak perlu, dll), budaya hedonisma dan yang lainnya.

5) berbelas-kasihanlah sesama saudara muslim, berbaik sangka dengan mereka dan ambil sikap mudah & bersegera memaafkan mereka; ingatlah, syaitan tak pernah berputus-asa dalam usahanya untuk menyesatkan manusia.

Saya doakan agar Allah swt. merahmati saudara semua dalam menjalankan usaha mengembalikan muamalah yang mengikut syariah, barakAllahu fiikum:

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)"

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment