Thursday, June 2, 2011

MEKANISMA KETENTUAN PERTUKARAN DnD.

CADANGAN MEKANISMA DAN KETENTUAN PERTUKARAN DINAR DAN DIRHAM
MEKANISMA DAN KETENTUAN PERTUKARAN DINAR DAN DIRHAM

Dirham dan Dirham yang diterima pakai adalah semua Dinar dan Dirham berkalimah Tauhid dalam apa jua pecahan.
Berkemungkinan pengeluar Dinar dan Dirham yang didaftarkan dibawah selian satu COUNCIL yang mengawal selia standard dan spesifikasi dan bersetuju untuk memenuhi tanggung jawab sebagai pengeluar.
Rujukan harga semasa Dinar dan Dirham ..........untuk situasi di Malaysia belum ada lagi yang dipersetujui untuk menjadi conversion rate reference.
Rate (conversion ) buyback ( harga untuk liquidation of Dirham and dinar ) adalah
Minus 6 percent dari pengguna ( consumer ) ke wakala
Minus 2 percent dari peniaga ( merchant ) bersama bukti traksasi yang berlaku.
Dirham dan Dinar yang diperolehi peniaga ( merchant ) diharapkan dapat dipakai untuk membayar transaksi lain misalnya membeli bahan baru, membayar gaji, membayar zakat. Hanya sekiranya memerlukan wang RINGGIT maka dirham tersebut dapat ditukarkan kepada wakala dengan kadar conversion buyback yang dipersetujui.
Penentuan harga produk dapat dirujukkan dan ditetapkan berdasarkan kadar conversion yang ada. Yang berubah mengikut kesesuaian.
Peniaga digalakkan memaparkan harga produk dalam dirham dan conversion Ringgit.

KIRAAN PRICE CONVERSION

Contoh pengiraan harga dengan dirham
Misalnya rate 1 dirham adalah RM 30. Dengan liquidity conversion rate minus 2% = RM29.40

1. Harga produk besar seperti seekor kambing RM 750
Harga kambing dalam dirham RM750/29.40 = 25.5 Dirham di genapkan kepada 26 atau 25 Dirham bergantung kepada kesesuaian dan kebijaksanaan peniaga dengan mengambil kira kos-kos yang berkaitan. Sekiranya upah diambil untuk tujuan najlis sehingga kambing dihidangkan berjumlah RM900 maka conversion = RM900/29.40 = 30.6 dirham dan dibulatkan kepada 30 atau 31 dirham mengikut justifikasi dan tawaran dari peniaga dan pembeli.
2. untuk produk yang nedekati 1 dirham
Misalnya barangang yang bernilai RM29 atau RM31 dibulatkan terus kepada 1 dirham. Kelebihan atau keuntungan dari pertukaran ini menjadi tangunggan atau keuntungan kepada peniaga.
3. Begitulah juga dengan produk-produk yang mempunyai harga pada gandaan Dirham seperti 2, 3, 4 dirham dan seterusnya.
4. Untuk produk atau servis yang nilainya melangkaui lebih 20 dirham dan mendekati atau melampaui nilai 1 dinar maka wajarlah di bayar dengan 1 dinar atau gandaannya sahaja.
5. Untuk produk yang mempunyai keuntungan lebih kecil dari 1 dirham dan sangat sulit untuk menggunakan pecahan dirham maka produk itu boleh dijual dengan dirham dan tambahan Ringgit dan Sen atau pengembalian dalam bentuk ringgit/sen kerana ringgit/sen itu diperlakukan seperti FULUS. Sehinggalah FULUS yang baru sudah ada di peredaran.
Misalannya produk yang berharga RM35 maka 1 dirham ( RM 29.40 ). Maka bayarannya adalah 1 dirham dan dikembalikan RM 5.60.

Keuntungan yang diperolehi Merchant

1.Bertransaksi secara syariah kerana mengunakan matawang syariah seperti yang syariatkan.
2. Peniaga boleh meneruskan penggunaan dirham dan dinar ini untuk mereka yang berada di sekitarnya seperti membayar gaji kakitangan, membayar supplier, membayar zakat termasuklah menganjurkan pengunaannya di masyarakat umum.
3. Boleh dibuktikan bahawa produk yang dinilai oleh dirham dan Dinar ini tidak semakin mahal dari hari ke sehari melainkan semakin murah. Hal ini akan menyedarkan masyarakat umum.
4. Membolehkan tabungan dibuat atas Dirhan atau Dinar sebagai simpanan yang bebas Riba dan sangat ”inflation resistance”.

Diadaptasi dari PAPER : Mekanisma Applikasi Pengunaan Wang Dinar dan Dirham di STEI HAMFARA Yogyakarta, Indonesia. Penulis: Krishna Adiyangga dan Siti Murtiyani.

1 comment:

  1. Batik Etc
    adakah dgn adanya kadar "buy back" itu dikira sebagai riba?
    Tuesday at 22:29 · Like

    Alawiyah Abdul Rahman Vadillo
    Sdr Batik Etc, ini boleh dijelaskan,

    1. Wakala menjual dinar - satu transaksi, dengan harga A
    2. Wakala membeli dinar - satu transaksi, dengan harga B

    Kedua2 transaksi ini tiada kaitan antara satu sama lain. Harga A dan B tiada kaitan. Ia adalah 2 transaksi independent.
    Ia bukanlah '2 sale in 1' atau '2 jualan dalam 1' yang kita semua ketahui adalah riba.

    Transaksi ini menjadi satu transaksi riba hanya apabila pertukaran menggunakan wang kertas. Itu sahaja. Ini adalah kerana wang kertas itu sendiri riba (penipuan).

    Rujuk juga pg 258-260 bab 'Money-changing' AlMuwatta oleh Imam Malik. Salam.
    Tuesday at 23:19 · Unlike · 1 person

    ReplyDelete