Wednesday, June 29, 2011

Mengapa Dinar Dirham Kelantan patut dipulaukan Buat Seketika

** artikel ni sambungan dari artikel yang lalu - dibawah tajuk

(Kepuasan pihak kerajaan negeri meletakkan harga yang tinggi terhadap dinar dan dirham dengan meningkatkan harga sesuka hati atas alasan cukai-cukai yang berlapis dan kualiti tinggi ini banyak membuatkan jiwa rakyat yang banyak cenderung pada dinar dirham kerajaan negeri resah.

Apatah lagi apabila dinar dirham ini bagi kebanyakan peniaga mereka mendapatkan barang dagangannya dari pemborong yang masih lagi tidak menerima dinar dirham sebagai barangan urus niaga. Apabila para peniaga yang mendapat hasil jual beli dari dinar dirham yang ada, dan tiada siapa mahu membantunya mendapatkan barang dagangan, adalah menjadi perlu bagi peniaga ini terpaksa menukarkan semula dinar dirhamnya kepada duit kertas.

Ini menjadi suatu lagi taktik kerajaan negeri menindas rakyat marhain dengan mengurangkan kadar nilainya, mereka menolak 1/10 dari nilai yang mereka tetapkan.

Alhasil, para peniaga yang mendapatkan dinar dirham dari hasil jualannya, terpaksa mengira semula untung rugi menggunakan dinar dirham sebagai barangan jual beli.

Apabila satu hari seorang peniaga menerima 1000 dirham dalam transaksi jual belinya, satu hari itu dia terpaksa menanggung kerugian sekitar 100 dirham hanya melalui transaksi melalui anak syarikat kerajaan negeri.

Proses ini dilakukan berulang kali, yang menyebabkan para peniaga berasa berputus asa dengan dinar dirham yang ada, dinar dirham yang sebenarnya cuba membebaskan manusia dari system syirik, kerajaan negeri membebankan masyarakat untuk kembali kepada syirik ekonomi wang kertas.

Mereka mengibarkan bendera dinar dirham ini system kewangan islam terunggul dengan tiadanya inflasi, tetapi mereka menghilangkan nilai barang masyarakat. Inilah satu bentuk kezaliman yang nyata, yang dengan kezaliman ini, Allah tidak memberikan hidayah pada pelaku kezaliman.

Manusia yang dizalimi, tiadalah hijab antara mereka dan Allah.
Apabila doa rakyat yang dizalimi diadukan terus kepada Allah, tidak mustahil bagi Allah menukarkan pimpinan sedia ada dengan mereka yang benar-benar hatinya patuh tunduk pada arahan Allah.

Penindasan ini sama seperti pimpinan rakyat di zaman Nabi Syuib dan diikuti oleh majoriti masyarakat kaum Nabi Syuib. Inilah tajuk utama dakwah Nabi Syuib, agar manusia tidak mengurangkan nilai barangan dan mencukupkan takaran dan timbangan – yang dengan dakwah ini, masyarakatnya menolaknya, apa yang terjadi akibat dari penolakan dakwah ini?

Itulah gempa yang dahsyat yang merosak dan menghapus terus bangsa ini dari muka bumi Allah.
Nabi Syuib dan pengikutnya yang beriman diselamatkan Allah dari bencana yang maha dahsyat ini.

Apakah pimpinan negeri tidak punya hati yang dengannya cuba memahami ibrah pengajaran terbesar ini?


Perbincangan dibawah isu ini.

1 – ada pendapat mengatakan bahawa apabila seseorang membeli dirham Kelantan – RM 30, maka pembeli (rakyat biasa) apabila membeli dengan peniaga , membelinya dengan nilai RM 28.5 (hilang nilai 5%) dan peniaga cairkan dirham yang ada kepada PKB/KGT – dengan nilai RM 27.

Ini sepertinya mengurangkan kerugian di kalangan peniaga. Apabila rugi, ianya disebut rugi.
Solusi ini tidak memberikan penyelesaian terbaik. Ini akan memberikan satu pandangan kepada pimpinan negeri, bahawa kerosakan yang mereka lakukan diterima rakyat.

Kezaliman tidaklah boleh dibantu dengan mengurangkan nilai kezaliman, apabila sesuatu itu disebut zalim, ianya terus jauh dari rahmat Allah.

2 – Kita hidup di zaman yang penuh fitnah. Ada yang menyebut bahawa jangan disandarkan nilai dinar dirham dengan nilaian ringgit.
Pendapat ini dipersetujui oleh mereka yang tegar dan istiqamah dengan agama Allah.
Akan tetapi, isu ini melibatkan masyarakat awam, yang sebilangan besar masyarakat awam tidaklah benar-benar memahami isu ini.

Fitnah dikeluarkan pemerintah dan mereka membuka ruang untuk fitnah. Sepatutnya depa kena fikir, bukan untuk sebarluaskan fitnah.

kita hidup dalam zaman penuh dengan fitnah, jangan cuba letakkan diri kita atau cuba bermain dengan fitnah. Akibatnya, ramai dah nampak.

letak nilai kertas ''mahal2'' pastu salahkan private minter sebab kacau kerja kerajaan.sepatutnya fikir pasai apa depa beriya-iya nak mint sendiri.bukan sekadar kata, depa ni buat bisness, bukan nak berjuang sangat, padahal kalau tengok kasar pun, kita boleh nampak jelas tang tang.

saya cuba tak nak taip isu-isu di ruangan maya ni, tapi salah satu punca pakatan rakyat dulu dapat tawan 5 negeri pun adalah sebab ruangan maya begini. informasi dapat kat masyarakat.sekurang-kurang meraikan golongan masyarakat ''bawahan'' macam saya ni.

kebanyakan menerima dirham pada 25 ini bukan main2, tapi disebabkan isu kuasa membeli atau harga sesuatu barangan itu bergantung pada supply n demand, walau kita boleh hasilkan ''false demand'', tapi ianya takkan kekal lama (perenggan akhir ni, saya tak pandai sangat, tapi ramai macam terima kalau letak 20 tu macam zalim sangat)

Apabila kerajaan memberikan contoh teladann yang buruk, ini lebih memburukan masyarakat dan membina masyarakat yang lebih pincang.

Apa yang perlu, adalah didikan secara berperingkat.
Arak zaman Nabi kita tercinta, didikannya berperingkat.
Sistem ekonomi zaman Nabi, dibina ooleh Nabi, dengan membina sendiri ekonomi Islam, langsung tidak berpegang terus dengan ekonomi Yahudi yang menjadi dominasi pasar di madinah tika itu.
ALhasil dari binaan ini, umat islam langsung tidak perlu bergantung dengan ekonomi bangsa yahudi yang berasaskan riba .

Hari ini, dalam keadaan masyarakat masih bergantung kepada ekonomi Yahudi (duit kertas yang nilainya semakin berkurangan hampir saban hari) , maka didikan yang betul dan benar perlu dibuat.


Di antara solusi yang difikirkan boleh membantu dalam membina jaringan ekonomi dinar dirham ini adalah dari inisiatif kerajaan sendiri.

1 – KGT/PKB menjual dan membeli semula dinar dirham dengan harga penuh hanya dari peniaga yang berdaftar.
Untuk pelabur – teruskan dengan pengurangan nilai 10%


Sampai bila nak pulaukan DK ni?

Sampai kerajaan benar-benar letakkan ''nilai kertas'' pada harga sepatutnya.
Harga DnD diletakkan di laman dan dikawal oleh kerajaan, bukan oleh golongan luar negara, ini memudahkan rakyat menegur direct kepada pemimpin.

Tak sempat nak habiskan tulisan..nanti akan disambung lagi kalau ada rasa nak sambung.

No comments:

Post a Comment