Monday, April 18, 2011

Aura Aurum dpt sms dr kawan.. "Kenapa Dinar dan Dirham di panggil MATAWANG SYARIAH?" . jom kongsi jawapan.

Quezzo Corp Sebab syarat utama nak jadi Dinar dan Dirham ialah perlunya ader Kalimah Tauhid padanya.... selain daripada itu bukanlah Dinar dan Dirham melainkan Dinarius dan Drachma atau Syiling Emas dan Perak.

  • Abu Alex
    Dengan nama Allah, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

    Kenyataan berkaitan dengan Dinar Emas dan Dirham Perak dan Matawang Sah Diperakukan

    Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikenali sebagai Matawang Syariah atau Koin Syariah dalam hukum Fiqh bukanlah Matawang Sah Diperakukan (Wang Fiat) seperti yang kita kenali sekarang ini.

    Matawang Syariah sangat berbeda dengan Wang Fiat dalam banyak perkara dan amalan penggunaannya langsung tidak boleh diperbandingkan apalagi disamakan dengan Wang Fiat.

    Dinar Emas dan Dirham Perak dalam kehidupan beragama (Islam) paling penting dikaitkan dengan amalan Zakat dan ia tiada kaitan dengan perlembagaan negara.

    Matawang Syariah mesti diperkenalkan tanpa melibatkan paksaan dalam penggunaannya, ia penting kerana Allah memerintahkan kebebasan memilih dalam urusan jual-beli dan kebebasan ini meliputi urusan memilih matawang.

    Penggunaan Matawang Syariah mengikut sejarah pemerintahan Islam yang panjang itu sentiasa bebas digunakan oleh orang Islam juga orang yang bukan beragama Islam.

    Berkenaan dengan peristiwa Perlancaran Matawang Syariah di Negeri Kelantan pada bulan Ramadhan tahun lepas (2hb Ramadhan 1431) dan sebagai saksi peristiwa bersejarah dan penuh bermakna ini, berikut adalah pernyataan sokongan dan penjelasan dari saya:

    1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukan Matawang Sah Diperakukan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Matawang Sah Diperakukan yang disebut ialah matawang rasmi atau matawang paksaan dimana, dalam undang-undang, ia tidak boleh ditolak dalam penyelesaian hutang dan dalam penguatkuasaan hutang. Resit ArahanBayaran (Cheque), Kad JanjiBayaran (CC), Kad JanjiTunai (DC) dan pelbagai lagi kaedah pembayaran bukanlah bentuk Wang Sah Diperakukan; hanya wang kertas Ringgit dan koin siling Sen adalah Matawang Sah Diperakukan di dalam negara ini.

    Pengeluaran Matawang Sah Diperakukan adalah Hak Mutlak Kerajaan Persekutuan; Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat untuk mengeluarkan Matawang Sah Diperakukan, memandangkan ia melanggar Perlembagaan Negara.

    2.- Dinar dan Dirham dikenali dalam Fiqh (rujuk Muqaddimah, ibn Khaldun) sebagai “Matawang Syariah”atau “Koin Syariah”. Perkataan “Koin Syariah” khusus digunakan bila merujuk pada Dinar dan Dirham dan tidak terpakai bila merujuk pada lain-lain koin yang juga dibuat dari emas, perak atau lain-lain bahan logam; koin-koin ini dirujuk dan digelar “Koin bukan syari’e” (ibn Khaldun).

    3.- Sebetulnya istilah “matawang alternative / pilihan” tidak terpakai pada koin syariah kerana istilah “koin syariah” secara khususnya memang merujuk pada Dinar Emas dan Dirham Perak dan matawang ini bukan alternative / pilihan pada matawang lain yang “bukan syariah”. Mudahnya, Koin Syariah ini berdiri sendiri tanpa perbandingan ataupun boleh dibandingkan dengan mana-mana matawang lain yang wujud dalam sejarah manusia.
    9 hours ago · · 3 people
  • Abu Alex
    Sambungan terjemahan point No.3:

    Ia hanya boleh digelar sebagai “matawang pilihan” (kepada Ringgit) jika ada penerangan yang boleh mengaitkan penggunaan matawang syari’ah ini dengan penggunaan matawang Ringgit Malaysia.

    Ringkasnya, wang kertas Ringgit Malaysia adalah suatu yang berbeda dan langsung tiada persamaan dengan matawang syari’ah. Ringgit Malaysia tidak bersandarkan komoditi berharga (dalam hukum Fiqh dirujuk sebagai ‘Ayn) seperti Dinar Emas dan Dirham Perak, Ringgit Malaysia adalah nota akujanji pembayaran yang beredar ditengah masyarakat tanpa bersandarkan pada apa-apa komoditi atau suatu yang bernilai (dalam hukum Fiqh dirujuk sebagai Dayn, iaitu hutang atau liabiliti);

    Ringgit Malaysia jadi bernilai semata-mata kerana ia dipaksakan penggunaannya oleh undang-undang Kerajaan Persekutuan melalui Akta Wang Sah Diperakui; harga ringgit Malaysia ini pula berubah-ubah mengikut masa (sentiasa merosot sejak ia mula digunakan). Nilai Dinar dan Dirham pula berlainan sekali, ia bergantung kepada nilai komoditi emas itu sendiri dimana ia dipandang bernilai oleh semua orang di seluruh dunia; sama seperti nilai sekampit beras bergantung kepada nilaian padi itu sendiri, bukan atas faktor-faktor lain.

    Perkara ini sangat penting dalam amalan beragama, contohnya, zakat wajib dikeluarkan dalam bentuk ‘Ayn (suatu membawa nilai) bukannya Dayn (suatu yang dijanjikan nilai); setiap orang Islam yang mempunyai pilihan (jika tiada pilihan atau ‘ayn tidak didapati, maka hukum dharurah pun terpakai, ia adalah keadaan yang sementara sahaja) untuk membayar dengan ‘Ayn, maka wajib baginya untuk membayar dengan ‘Ayn.
    9 hours ago · · 3 people
  • Abu Alex
    Terjemahan point No.5:

    5.- Jika dipandang dari sudut penggunaan bahasa pula, Dinar Emas dan Dirham Perak bukan Panggilan Nilaian (i.e. RM50 adalah panggilan kertas yang dicetak dan diberi nilai RM50, lain cetak lain panggilannya), Dinar dan Dirham adalah nama panggilan pada logam emas dalam berat dan bentuk tertentu yang ditempa untuk dijadikan matawang.

    Dinar Emas dikeluarkan dalam beratnya yang khusus iaitu 4.25 gram, ukuran berat ini digelar sebagai “mithqal” dalam bahasa Arab; Dirham pula dikeluarkan dalam berat 2.975 grams bersamaan 7/10 daripada berat mithqal (4.25g); dengan ini bolehlah dikatakan dari sudut bahasa, hukum dan undang-undang syariah, panggilan Dinar atau Dirham itu sama seperti kita merujuk pada beras sebagai “1 kilogram Beras”; disebabkan perkaitan antara Dinar dan Dirham dengan beratnya ini terpakai dalam hukum syari’ah (i.e. zakat, penguatkuasaan qisas & hudud, dll), maka ia tidak boleh diubah-ubah sesuka hati; ini akan menjejaskan amalan dalam menjalankan hukum syari’ah yang disebut.
    8 hours ago · · 2 people

  • EA Faisal Pandangan hamba yg faqir, syariah bermaksud perkara yang disyariatkan atau ditetapkan hukumnya oleh Allah.
    7 hours ago · · 2 people
  • Abu Alex Sdr EA Faisal, apa hukumnya jika seorang Muslim dengan sengaja ingkar dan tak mahu guna matawang syariah? apakah ia bawa maksud bahawa seorang muslim itu tak mahu ikut syariat dan hukum yang ditetpkan Allah? apa jadi jika seorang Muslim tak mahu ikut perintah Allah? harap ada yang sudi berikan jawapan..
    4 hours ago · · 1 person
  • Mohd Ridhwan Ali sebab material emas dan perak.. sebab tu kuarkan zakat atas emas dan perak.. maksudnya lg luas dibandingkan kalau kuar zakat dinar and dirham
    4 hours ago ·
  • Abu Alex
    Mohd Ridhwan Ali, pemerhatian Sdr sangat tajam; perhatikan ini juga:

    1) Pengiraan nisab zakat Emas dan Perak dalam syariat Islam bukan berasal dari berat, tetapi berasal dari jumlah kepingan Dinar dan Dirham (20D + 200d);

    2) dari jumlah kepingan itu diambil beratnya untuk ukuran nisab berat barangan emas atau perak;

    3) begitu penting matawang syari'ah ini dalam agama kita.

    wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment