Monday, April 11, 2011

FAQ Dinar Dan Dirham..


1. Apa itu Dinar dan Dirham?


Dinar Dan Dirham adalah satu matawang yang memenuhi syarat yang disyorkan oleh Sunnah nabi


2. Macam mana nk digunakan dan kat mana boleh digunakan..


ia digunakan seperti RM, boleh ditukar kepada produk dan perkhidmatan. terdapat pelbagai (lebihb1500) premis perniagaan dari stesen minyak ke kedai buku yang ada memaparkan lambang Dinar dan Dirham.

3. Apa beza Dinar dan Dirham?


dinar diperbuat dari Emas dan Dirham dibuat dari perak, tetapi Dinar dan Dirham harus menepati standard dan ciri-ciri tertentu.

4. Dah beli lepas tu macam mana nak jadikan ia sbg duit?

tukarkan dengan produk dan perkhidmatan. mcm kita guna wang kertas utk isi minyak kereta

5.DnD nie sama cam duit ker??

sama, cuma ia tak bersandarkan pada ekonomi kapitalis yang berasaskan riba

6. ko nak balik zaman citer PRamlee ke??


cerita P Ramlee sebenarnya memaparkan sesuatu yang berada dalam masyarakat, cuma, arwah mahukan kita berfikir utk memperbaiki keadaan yang ada

7. laku ke benda ni??


laku, kerana dinar dan dirham dibuat dari emas dan perak yang ada nilai tersendiri

8.eh bukan ke duit kita dah sandar dgn emas ?

duit kita bersandar cuma pada sebahagian kecil dari emas, selebihnya yang merupakan pecahan besar masih dari sistem kapitalis yang mengamalkan riba, ini termasuk special drawing rights, federal reserve.

9. masih ada ke org pakai Dinar dan Dirham nih?

dinar dan dirham telah ada dipasaran bermula ramadhan yang lepas.

10. duit ni ada kat arab kan?


dinar dan dirham di negeri arab adalah wang kertas yg diperakukan dengan nilai, tak sama dengan dinar yang berasaskan Emas dan dirham berasaskan perak

11. bape banyak dah ko kumpul benda nih??


ade la baru 6 dirham, 2 gua dah sedekah kat kawan2, 2 lagi gua beli vitamin minggu lepas, dua lagi je dlm poket gua.. nak sedekah dinar emas kat gua?

12. ada kapsul tak?


dinar dan dirham utk circulation tak perlukan kapsul. macam syiling 50 sen dan duit RM, mana ada kapsul daa..

13. ada cop WIM tak?


tak perlukan cop WIM, tetapi yang penting menepati standard

14. ada kalimah camne nak bawak masuk tandas.?


weii jawab la sendirik.. gua jahil maa...

15. bahaya simpan D&D ni sebab kalo hilang sebijik dinar dah hilang rm600.. baik simpan duit kertas.


duit kertas pun boleh hilang juga.... jgn letak merata2 ye..

16. ala ko cakap je lebih...mana kedai yg terima D&D kat tempat kita nih??


masih dalam proses promosi. yang penting kita kena ada simpan dulu, kalau tak ada camne kita nak guna ? sesetengah kawasan sudah ada banyak product dan perkhidmatan sebagai contoh negeri kelantan

17. ala kerajaan pon byr pakai RM beb.. ko sibuk2 nak promote D&D ni nape?


sy tak tau sy akan mati sekejap lagi ke tidak. amal sy tak banyak, so lagi bagus sy buat promosi erana Allah dan Rasulnya.

18. kalo ko kata wang kertas ni riba' yg dlm dompet ko tu apa?? ko pon 2x5 dgn aku je beb..


Wang kertas dikala ini memang satu yg amat diperlukan, tapi berjuang utk mengeluarkan diri dari api neraka itu lebih baik dari redho pada api neraka.

19. beli mahal, jual balik murah...baik simpan duit je...

tak perlu la jual balik, gunakan utk jual beli /tukar dengan produk dan perkhidmatan

20. anda nie peniaga emas atau pejuang DnD??

saya buat dua2.. peniaga emas untuk sarahidup, pejuang DnD sebagai method dakwah dan infaq saya kejalan Allah dan Rasulnya

21. "dinar 24K lembik macam tanah liat, boleh jadi barang permainan orang dewasa...


dinar 24K belum ada proses teknologi yg khusus untuk menguatkannya kerana ia emas yg tulen. properties emas tulen adalah boleh dibentuk dan dilenturkan

22. saya ada dinar satu tempayan, dapur rumah saya runtuh kena ribut. Kat mana saya nak jual balik dinar saya satu tempayan tuh?


saudara boleh menukarkan sedikit dari emas setempayan itu utk tukarkan dengan kayu, batu, besi konkrit dan juga atap genting utk membaiki semula dapur. tukarkan di kedai hardware berdekatan

23. Apa beza DnD dr Kelantan,Perak,DGE,RESTU,DARUL TAKZIM dll?..


bezanya adalah pengeluar, sukatan dan rekabentuk adalah berlainan, hakikatnya ia tetap emas dan perak

24. Kenapa harga x selaras semuanya?....

pada hakikatnya adalah sama...semua diperbuat dr emas dan perak...cuma bergantung pada saiz, timbangan dan kos pembuatan

25. Bagaimana penggunaan dinar blh berjaya jika dinar itu sendiri diniagakan dgn harga yg berbeza


penggunaan dinar tetap boleh berjalan, tetapi perbezaan ini tidak sepatutnya menghalang perlaksanaan matlamat dinar dan dirham.

2. Peniaga yg menerima dinar boleh mengalami kerugian dpd pertukaran kembali ke RM


Azman Bin Alias: Soalan yang bernas. Di masa yang sama peniaga boleh untung kalau ada peningkatan @ appreciation harga emas yang ketara. Paling sesuai kalau nak galakkan gunakan dinar, harga beli dan harga jual sama je. Walaupun begitu, peniaga boleh rugi dan boleh juga untung kalau harga emas turut berubah turun naik ikut pasaran dunia. Cara terbaik lagi kalau sudah tidak ada fiat money dan manusia berurusniaga hanya menggunakan dnD semata-mata. Kalau macam ni, gomen pulak taknak fasal tak ada ruang nak manipulasi dan spekulasi.

26. kalau dlm bisnes, da ada byk2 dinar n dirham mcm mana nk rolling modal?


kami sedang berusaha untuk mempromosi dinar dan dirham pada pemborong, pengeluar, penternak dan segenap lapis masyarakat. akan tetapi promosi tidak akan membawa makna jika circulation dinar dan dirham tersangkut di mana-mana lapisan masyarakat. kerjasama warga bisnes amatlah diperlukan. bila sudah sempurna, warga bisnes boleh membeli stok/rolling stok dgn pengedar/penternak/ pengeluar secara terus.

27. soklan pasal spot ngan spread


harga spot adalah harga dimana komoditi terlibat dijual " as it is" dan transaksi secara tunai. harga spread adalah beza harga jualan dan harga belian, akan tetapi, perbezaan ini tidak akan berlanjutan apabila fungsi dinar dan dirham sudah terlaksana secara total

No comments:

Post a Comment