Monday, April 11, 2011

MDE 2011- Selangor

Alhamdulillah wa syukrulillah! Pada Ahad, 27 Mac di Dewan Seminar, Kolej Jati, UiTM Shah Alam, Selangor berlansung Mini Siri Dinar Emas 2011 (MDE 2011). Mini Siri yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Kelantan itu telah membuka beberapa lembaran baru.

Pertama; buat julung kalinya separuh daripada peserta adalah “non Muslim”. Ini melalui usaha dan jaringan Encik Dean Arif. Beliau yang menghadiri MDE 2011 di Kuala Lumpur, merupakan seorang yang giat mendidik masyarakat akan pelaburan jongkong emas dan perak. Peserta “non Muslim”kebanyakannya berbangsa Cina. Ramai yang berusia lewat 20-an dan awal 30-an. Ada juga kelihatan seorang pesara. Para peserta nampak begitu berminat dengan topik yang disampaikan. Walaupun slaid disediakan dalam Bahasa Melayu, persembahan diselang-seli Bahasa Inggeris demi menghormati majlis. Haji Khairuden membentangkan topik “Kezaliman Wang Kertas Dalam Ibadah” hampir 90% dengan “impeccable English” beliau. Ada yang bertanya kepada Dr. Zahimi apakah “interest” sama dengan “usury”? . “Interest is part of usury.” jawab Dr. Zahimi.

Micheal atau “Mike” pula mengajukan soalan seputar “Seignorage” dan “Central Banking” kepada saya kala waktu rehat. Alhamdulillah, para peserta telah dimaklumkan bahawa usaha mengembalikan dinar dan dirham adalah tuntutan Islam. Mereka juga maklum akan kezaliman wang kertas yang menindas setiap insan; baik Muslim atau “non Muslim”. Kezaliman wang kertas tidak mengenal agama, bangsa, keanggotaan parti politik,usia dan warganegara; semuanya dizalimi sama

Kedua; MDE 2011 kali ini dihadiri oleh peserta luar negara. Dr. Ruzaif -juruacara majlis, membuat pengumuman bahawa terdapat dua peserta Brunei DarusSalam. Ini merupakan perkembangan yang menarik. Mungkinkah MDE 2011 berkembang di luar sempadan Malaysia? Untuk pengetahuan, MDE 2011 (April) akan berlansung di Perak. Jika tiada aral melintang, MDE 2011(Mei) akan berlansung di Johor ; inshaallah.

Ketiga, semakin ramai penjual yang sudi menerima dinar dan dirham menyertai MDE2011. Seperti biasa, pengunjung/peserta MDE 2011 boleh mendapatkan dinar dan dirham daripada Haji Awaluddin. Haji Awaluddin tidak pernah ketingallan mengikuti MDE 2011. Setelah menukarkan wang kertas kepada dinar dan dirham, janganlah melepaskan peluang untuk bermuamalah. Saya sempat membeli brownie, majalah Globalia dan beberapa buku menggunakan dirham. Moga semakin ramai peniaga yang sudi menerima dinar dan dirham akan turut serta di MDE 2011 akan datang.

Encik Khalid Noorshah (salah seorang Pembentang) ada berkata bahawa “ berniaga adalah salah satu cara untuk mendapatkan dinar dan dirham”. Tak perlu susah-susah ke wakala. Cuma pamerkan pelekat “Kami Terima Dinar Dirham”. Sungguh mudah untuk dimulakan.

Bismillah; Inshaallah.

Muhamad Mazli Alias.

28 Mac 2011.

No comments:

Post a Comment