Friday, April 22, 2011

PERBINCANGAN KENAPA NILAI DIRHAM LEBIH TINGGI DARI SEPATUTNYA.

En Altercronic

adakah kenaikan harga emas dan perak benar2 menunjukkan penurunan nilai wang fiat secara keseluruhan, atau turunnya kuasa membeli emas dan perak sahaja???

on Wednesday · Like · · Unsubscribe

·

En Altercronic apa satu lagi??

Hasbullah Bin Pit atau premium turut naik

En Altercronic betul juga tue... ketidaklogikan harga DnD yg terlalu tinggi juga nampak seperti premium sahaja yg tinggi, bukan harga emas atau peraknya...

MissRuby Ismail ape maksud premium turun naik?~

Faisal Adnan setuju dengan tuan Sebul. sebenarnya silver nak RM0.20/gram aje,
1dirham ~3gram, baru naik RM0.60, tapi KGT dah naikkan RM2.

En Altercronic dah lama terfikir benda nie.. apa punca kenaikan Dirham KGT yg agak tinggi.. utk beri keuntungan pd wakala kah??

Faisal Adnan sy ingat dulu, waktu silver RM3/gram,
1dirham=RM20.
sekarang ni silver RM4.4/gram (naik +RM1.40/gram)
1dirham ~3gram, sepatutnya kenaikan +RM4.20/dirham.
atau harga RM25=1dirham, tapi hari ni dah RM30.
kalau revised balik harga.

Abu Alex saya sudah ajukan perkara ini beberapa kali pada orang dalam KGT sendiri; jika trend ini berlanjutan sedang menimbangkan untuk menulis petisyen ~ kita berda'wah nak ajak orang pada Allah, tak mahu nanti orang pandang kita sebagai "penjebak burung", wallahu'alam.

Hasbullah Bin Pit Faisal,
Kau start kira sejak RM 20, masa tu premium dah naik.
AKu dah mula memberontak masa 1 dirham 18.
Kalau kau start kira masa 1 dirham 15 dulu, jawapannya lain

En Altercronic dulu saya x kisah sangat ttg harga dirham nie, sbb otai2 kata jgn sandarkan pada fiat, tukarkan sahaja, tp apabila ramai yg tanya saya bagaimana nilai dirham ditentukan.. agak sukar utk menjelaskan pada mereka, sbb bukan seorang org boleh tukarkan fiat ke dirham dengan mudah.... mereka ada kekangan kewangan..

Hasbullah Bin Pit Tu yang aku jual emas untuk dptkan dirham.
Memang dah tak boleh "beli dirham guna fiat"

En Altercronic tue yg jual bunga raya 110 dirham tue.. hehehehe

Faisal Adnan lepas tu spread dah naik 10%.
masalah gak KGT ni.
saya beli waktu RM19-20 camtu. Sejak RM26 dah tak pernah beli dah. Memberontak jugak.

En Altercronic aku baru nak start memberontak nie.. hahaha

Hasbullah Bin Pit Kena jual jewelery kot, lagi sesuai

Hasbullah Bin Pit Pemberontak, kena register nama kt Alawiyah, nanti Umar panggil

Mohamad Firdaus Akhirnyya sebab2 kenapa Hasbullah Bin Pit banyak KRITIK KGT dah terjawab walaupun beliau orang PAS dan bukan calang2 pemimpin.. =)

En Altercronic kene join PG balik ler nampaknya nie..utk dapatkan side income beli dirham.. hehehe

Mohamad Firdaus Umar Vadillo , Nik Mahani Mohamad , Alawiyah Abdul Rahman Vadillo SILA JAWAB.... ANDA BENAR2 IKHLAS PERJUANG MATAWANG SYARIAH ATAU FOR PROFIT ONLY =)

En Altercronic yer aku dah join Fan Club Hasbullah Bin Pit.. hehehe

Mohamad Firdaus yeh.. moh ramai2 join Hasbullah Bin Pit fanclub.. pastu sama2 ikut gi jumpa Umar Vadillo... heheheee

En Altercronic Hasbullah Bin Pit anda dilantik menjadi wakil kami..

Abu Alex kita mahu "bina", bukan meruntuhkan.. ayo guna cara yang membina, kerana gerakan mengembalikan matawang syari'ah bukan mudah nak sampai tahap ini; suatu yang sudah runtuh bukan senang nak dibina semula.. insyaAllah kita ini bukan pejuang palsu

Hasbullah Bin Pit Aku memberontak sorang2, takde pun ajak org ikut aku memberontak

Mohamad Firdaus sebol, bila ko nk gi jumpa Umar vadillo?

Hasbullah Bin Pit Tunggu waran tangkap keluar dulu

Hasbullah Bin Pit Kalau nak ikut aku memberontak, juga, kena ikut kebijaksanaan.
Dapatkan dirham dgn jual barang margin tinggi.
Tanpa quote "RM"

En Altercronic saya foolowwwwwwww...

En Altercronic cara utk mendapatkan dirham sekarang adalah melalui muamalah / perniagaan.. bukan dengan cara pertukaran FIAT ke Dirham lagi.. begitu ker??

Hasbullah Bin Pit Haah,
Tapi kalau terpaksa beli, maka beli je la.
Abu Alex setuju dengan Sheikh Hasbullah, kalau nak faham tentang premium DnD, cuba beli barang yang profit margin-nya tinggi.. kalau tak kisah, syabas pada anda.. anda mesti tunjukkan sokongan amalan premium tinggi KGT ini, mula melalui tukarkan dirham anda dengan loket emas 2.36-916 yang Sheikh Hasbullah jual, insyaAllah Allah tambah kefahaman tuan.

Md Rizuan walau setinggi mana pun nilai emas dan perak manusia akan terus membeli.

En Altercronic x semestinya manusia beli.. hehehe

Faisal Adnan ye aku beli, tapi dirham imn. puas hati.

Hasbullah Bin Pit Dalam soal pricing dirham, ia memang tak ditentukan oleh pasaran langsung.

Hasbullah Bin Pit Jadi kena ada kaedah supaya ia ditentukan oleh supply demand

Masrini Che Othman kabur...faham sikit,byk xfhm...kn bljr lg

Faisal Adnan mungkin kita kena kasi can tokey ayam letak harga dirham.
atau tokey petronas, 1 dirham = 11 liter primax 95 extra? :)

Mohamad Zamri Bin Musa tentang ron95 tu kena tanya tokey minyak, Tuan Sebol

Quezzo Corp tokey ayam kari brickfield?

En Altercronic ‎2 ekor ayam masih leh dpt 1dirham

Mohamad Zamri Bin Musa ‎3 ekor 2 dirham untuk ayam HPA....sapa nak?

Faisal Adnan kalau ada bini dah lama aku beli itu ayam hpa :)

Mohamad Zamri Bin Musa Apsal tak cari bini.

Faisal Adnan mana boleh suka2 cari bini orang.

Mohamad Zamri Bin Musa apsal nak cari bini orang, cari yang tak ada suamilah, ramai yang leh mengoffer tu. Jodoh DnD pun hebat gak

Mohamad Zamri Bin Musa EA minat gak ke, kami yang tua2 ni blh usahakan..:-)

Faisal Adnan saya bajet mahar 1dinar je. ada ke :)

Mohamad Zamri Bin Musa InsyALLAH......

Syazwan Madihah terasa artikel dulu2 yang ditulis masih lagi revelan.

http://umaralfateh.wordpress.com/2010/11/20/dirham-moscow-vs-dirham-kelantan-apakah-kerajaan-pas-kelantan-menggali-kubur-sendiri/

Hasbullah Bin Pit Aku lantik Syazwan jadi Chief Pemberontak

Hasbullah Bin Pit Abu Alex jadi Trojan Horse

Abu Alex ehh.. orang dah lantik dia suka-suka pula nak lepas jawatan.. apa punya orang ni

Abu Alex lantik orang kat russia nak buat apa?

En Altercronic mmg releven pownn...

Hasbullah Bin Pit ‎"Pemimpin dalam buangan"

Syazwan Madihah saya rasa, last time saya beli dirham kgt masa rm 15 dulu, 1st time, masa dia keluar tu, rm 13...lepas tu, terus tak beli.

saya banyak simpan imn dan drachm sahaja.

Bro Sebol : saya tak sesuai jadi chief.setuju dengan Abu Alex.

Dilla Azman drachm tu camana rupenye.. kt msia ada jual ke.

En Altercronic Pemimpin yg hebat mmg selalu dlm buangan.. Hasbullah Bin Pit

Mohamad Firdaus Syazwan Madihah iak, bukan ke time kt masjid Shah Alam ko beli ngan wa ke? pelik bin Ajaib.. hehehee

Mohamad Firdaus drachm = syiling perak

Hasbullah Bin Pit Sekarang ni kalau guna proxy aku Alex pun boleh.
Minta dia free kenaikan, sampai 1 kadar premium yg optimum

Hasbullah Bin Pit freeze

Syazwan Madihah eh...terlupa la MF..
tapi yang tu beli untuk kawan sebenarnya.
duit member.

Faisal Adnan itulah mungkin cara terbaik.
freeze-kan harga sampai RM5/g ke.
sementara tunggu naik RM5-6/g, beli bungaraya pulak.

En Altercronic so apa tindakan kita??

Mohamad Firdaus buat DEMO berarak ke opis KGT kt damansara tuh =P

En Altercronic hahahhaa...ke nak boikot wakala..??

Mohamad Firdaus BOIKOT WAKALA BUAT APER, TU BUKAN BIDANG KUASA MEREKA

Mohamad Firdaus opss, terguna CAPS LOCK plak.. sori yer, ngah wat kerja menaip nih. huhuuuu

Hasbullah Bin Pit Kaedah terbaik sekarang ialah pminta Abu Alex cadangkan freeze harga RM 30 dulu

En Altercronic freeze harga RM30?? saya cadangkan harga last sekali KGT dapat stok dari dubai...

Hasbullah Bin Pit Pemilik dirham kena jaga juga, yang dah beli RM 28 sebab sangka nilai dia memang 28.

Abu Alex tengah taip petisyen nih.. jangan sebut-sebut nama saya

Abu Alex tersedak air liur

Hasbullah Bin Pit tulis sikit pasal "premium tetap"

En Altercronic Abu Alex tulis petisyen ker.... terbaiklah

Hasbullah Bin Pit Kena ada keputusan mesyuarat baru boleh ubah premium

En Altercronic kene ader tekanan dari pada org awam.. kalo x... DnD is Business only..

Syazwan Madihah rasanya pasal harga DnD ni, kerajaan negeri tak tahu tinggi dari harga pasaran hampir sekali ganda.

elok terus jumpa YB husam musa, sebab benda ni bawah dia.

Mohamad Firdaus jap3x.. masa Umar Vadillo masuk sini seingat wa ada bangkitkan pasal pricing nih dan juga nilai Dinar yg tulisan dia kecik sangat. dia cakap tu bukan dalam bidang kuasa dia, kerajaan negeri A.K.A KELANTAN sbb kelantan pun nk untung juga.

Mohamad Firdaus nk serah petisyen tuh kena panggil Husam Musa skali.. sbb KGT nih bawah tanggungjawab dia kalau x silap..

En Altercronic waaa.. itu macam ka??

Mohamad Firdaus malas la nk godek2 balik Posting Umar yg dh jauh tenggelam disedut pasir jerlus kt bawah tuh..

Abu Alex ‎.. sedang masukkan ke dalam petisyen cadangan Sheikh Hasbullah (freeze/bekukan harga sekarang sampai tahap premium optimum) insyaAllah;

minta cadangan lain please, saya stop sekejap akan sambung selepas kelas dhuha nanti insyaAllah

Mohamad Firdaus cadangan lain ialah, premium untuk 2dirham, 5dirham, 10dirham, dan 20dirham jauh lebih besar dari 1dirham. so leh gunakan premium 2,5,10 dan 20 untuk kurangkan kos minting 1dirham. kena pertimbangkan untuk minting di malaysia juga. leh sediakan peluang pekerjaan kepada anak watan (gerenti pasnih mesti ada kes copy mould heheheee...)

Syazwan Madihah dulu saya pernah cuba sampaikan isu ni pada salah seorang ahli keluarga tok guru berkenaan isu ini.

dah lama berlalu,elok jumpa terus MB atau husam musa. bawa petisyen ramai2 depan pejabat menteri besar.

lagi elok ketua memo tu, ornag kelantan,sebabnya...

Mohamad Firdaus sebabnya jgn sebut, smua org tau. hehehee =)

Hasbullah Bin Pit Tambahan cadangan:
Sekiranya dapat freeze padaRM 30.
perubahan harga selepas ini adalah ikut style managed float.
Bila premium dah terlalu rendah, panggil meeting, baru naikkan harga

Hasbullah Bin Pit Husam kena Sign perubahan harga

En Altercronic cam harga minyak petrol ker??

Suriana Mohd Nor lau dah tinggi sgt premium, x nampak mcm penindasan. Penindasan ni x sama ngan RIBA atau sekurang2nya penindasan nilah yg menyebabkan RIBA tu terlarang.

Hasbullah Bin Pit Macam petrol, macam FGJAM, macam harga Agro

En Altercronic sokong Suriana Mohd Nor

Mohamad Firdaus dalam petisyen masukkan sekali copare harga 10dirham KGT ngan harga 1oz syiling Perak yg bermacam2 jenis tuh..

En Altercronic yer.. idea yg bernas tue

Zulkifli Sharif Aku rasa bukan petisyen ..........mengajak pengeluar keluar dari pemikitan sekular. Kena cari data dan alasan ekonomi yang paling logikal la . Belajar jadi org tabligh teman2 ....bermusyawarah ...dan berbincang secra lemah lembut sehingga cair jiwa pengeluar ...mengalir air mata inginkan nikmat akhirat.

Mohamad Zamri Bin Musa terbaek dari D0c ZS

En Altercronic maksud tuan...

Hasbullah Bin Pit ‎"dalam petisyen masukkan sekali copare harga 10dirham KGT ngan harga 1oz syiling Perak yg bermacam2 jenis tuh" Ni dah melibatkan pertukaran spec.

Nizam Ali boleh ke dibandingkan matawang syariah ni dgn logam2 utk pelaburan?

En Altercronic tp harga matawang syariah nie.. naik dan turun sama seperti logam2 pelaburan tue...

Nizam Ali logam pelaburan 1oz silver coin atau bar of course laaa kita beli yg termurah, nak simpan lama, then kita jual utk merasai keuntungan tuh..

Nizam Ali sbb tu sy tak berkenan dgn artikel shazwan, sbb komaprison tdk kena .. mn blh compare dgn silver utk pelaburan/simpanan

Mohamad Firdaus patutnya silver untuk muamalat lebih murah

En Altercronic camana wakala induk nusantara dan IMN bleh kuar dirham yg lebih murah??

Zulkifli Sharif

Maksudnya ....... kita boleh bertanya terus aje kepada Umar Vadillo dan puan mahani ....dan berterus terang. Tetapi sebelum berjumpa ..pastikan apa yang kita assumed pasal perkiraaan itu betul ke tidak faktanya. Klau betul ....bentangkanla...See more

Mohamad Zamri Bin Musa EA, saya ada jawapan kepada persoalan anda.

Zulkifli Sharif Petisyen2 ni rasenya bukan cara nabi kite ......maaf ye klau tersilap.

En Altercronic berikan jawapan anda en zamri.. saya sudi mendengar.. hehehe

Zulkifli Sharif Sila2 tuan MZM .......

Nizam Ali sy just mengatakan perbandingan tu tak kena .. dr segi lg mahal ke lagi murah tu lain citer ..

Nizam Ali masa mula2 KGT keluar 1 dirham = RM 13 pd Ramadan lepas, rata2 masa tu org jual dirham IMN dlm rm 15 dan 16 .. mmg murah giler

En Altercronic cer crita cer crita...

Mohamad Zamri Bin Musa Saya diberi faham bahawa sebahagian daripada raw, diinfakkan oleh saudara-saudara sesama Islam bagi menjayakan project itu dan untuk melihat DnD dimartabatkan. keuntungan yang minimal sahaja diambil. quoted daripada salah seorang penggerak DnD di sana. Wallahualam.

Nizam Ali so, apehal masa mula2 keluar, dia dpt kasi harga lebih murah dr lain2?

En Altercronic di sana itu dimana ya??

Nizam Ali lepas tu harga berdesupp tak hingat ?

Mohamad Zamri Bin Musa Di Indonesia pak

Nizam Ali so, berbalik kpd basic rule demand n supply .. ha ha ha

Abu Alex

Nizam Ali,

1) Kami ini bukan golongan anti-matawang syariah, naudzubillah, anti-syariah maknanya anti-Allah; malahan kami ini penyokong kuat matawang syariah, bukan sekadar sokong dengan slogan serta retorik kosong tetapi sudah mula mengamal...
See more

En Altercronic waduh waduhhh...tp kok bagaimana sih di malaysia.. enggak ada yg infaq?? semua sudah gila mahu keluar dirham sendiri ya... hehehe!!

Mohamad Zamri Bin Musa ye EA, kena usahakan orang2 yang mempunyai fiat yang banyak dan sanggup menukarkan kepada DnD dan sanggup men infakkan sebahagian daripadanya demi mengeluarkan umat daripada cengkaman RIBA.

Nizam Ali yess AA .. bkn bermakna sy ni pro-KGT .... sila jgn cepat sgt judge me my bro fillah..

Abu Alex Tambahan: apa yang saya nampak, matawang syariah ini sudah jadi lebih menarik berbanding koin-koin komoditi yang ada untuk diguna sebagai wadah pelaburan ~ ini sudah songsang dan tidak boleh dibenarkan sama sekali, orang yang mahukan matawang syariah dan mencintai Allah tak mungkin akan redha dengan keadaan begini.

En Altercronic tp org malaysia yg kaya, lebih suka keluaran DnD sendiri.. mau lagi kaya katanya.. lebih untung.... tidak pon, borong dirham banyak2 kemudian harga naik, jual.. untung katanya.. bagaimana sihhhh...

Nizam Ali sy hanya melontarkan idea dan pandangan .. sy pun suka DnD jika blh dpt dgn harga yg murah mcm mula2 keluar dulu

Mohamad Zamri Bin Musa Perkara yang amat sukar dilupuskan daripada minda adalah mengaitkan nilaian DnD dengan fiat.

Abu Alex Nizam Ali, let me announce here.. "I'm pro-KGT, that is why I will never allow KGT continue the path to the cliff.."

"Saya ini penyokong KGT, sebab itu saya tak akan rela tengok KGT masuk gaung tanpa berbuat apa-apa.."

En Altercronic yer komen saya ini pon sebab saya sayang KGT sebagai pelopor DnD di Malaysia..., saya x nak org kondem KGT sebab mahal , lalu memeilih DnD dari syarikat persendirian yg lebih murah.. itu sahaja

Zubaidi Shadin akhirnya habis juga aku baca.. apa kata ikut harga pada sesuatu barang.. 1dirham = sekor ayam ikut berat tertentu n jenis ayam.. harga ayam tu berapa rgt n tetapkan harga 1dirham berdasarkan harga ayam tu dalam bentuk fiat..

Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Alhamdulillah. Saya akan sampaikan 130 komen di atas pada Umar Vadillo. En Altercronic Alhamdulillah, terima kasih puan..

Nizam Ali AA dan EA : .. sy juga syg dan sokong usaha DnD nih yg di pelopori KGT .. dan sy juga menyanjung usaha rakan2 usahawan yg lain yg minting sndiri walau sy lebih suka kalau bergerak berjemaah mengedarkan DnD KGT ajer ..

tp sy bkn lah pentaksub KGT .. he he he

Abu Alex

MasyaAllah, jazaakallahu khoiran kathiraa.. barakAllah.. Alhamdulillah.

p.s. after major amendment, my petition read:

1) the price of the Dinar & Dirham shall be revised not more than twice throughout & in-between production;

2) the revision is subject to the fixed premium based on the cost of production & distribution ;

3) the current price shall be suspended until the term in No.2 is satisfied.

Hoping the above reaching your heart (the Honourable al-Awwalun), for the consideration of The Iman in it.. we know you have it in you; and we trust you are with us.

Salam
at-Taqwa

Mohamad Zamri Bin Musa Dirham Ganu? Biar betik Azri?

En Altercronic azri mmg suka "post n RUN" so aku pon.....

Ust Rafidi Hashim Cadangan, kalau boleh harga dirham kita sendiri yg tentukan kerana penggunaannya dlm muamalat , pening kepala kalau sekejap naik sekejap turun, nak naik pun biar steady ..jangan turun ...pening orang berniaga nak guna dirham.. InsyaAllah kebetulan ceramah kat Kelang esok, jumpa di mAsjid Umar Alkhattab pg Sabtu InsyaAllah

En Altercronic yes.. sokong ustaz 1000000000000% 22 hours ago · Like · 1 person

Zubaidi Shadin transport xada.. arkk.. siapa2 mai ambk aku dkt upm.. hehe

En Altercronic up utk Suhaimi Mohamed Sharif

Suhaimi Mohamed Sharif baca jap

En Altercronic sila2.. jgn lupa ulas yer

Suhairul Lail Kamaruddin zubaidi, ko datang ke LRT stesen universiti , aku pickup.

Suhaimi Mohamed Sharif aku tanya lama dah.. tunggu ulasan pihak berwajib.. kalau dari segi syarikat KGT rugi tahun 2009

En Altercronic aku rasa antara punca mahal adalah sbb mint kat dubai, kos penghantaran dan keselamatan

Suhaimi Mohamed Sharif salah satu sebab tax 15% kan.. tapi tak justify la kalau time masuk tu murah.... kalau new order tu dia patut review harga.. kalu boleh tahan harga stok lama.. tu tahan la janganla naik sangat.. pastu ada satu cadangan orang bukan islam ini once dia touch certain RM jgn devaluekan.. naik boleh turun tak boleh.. kalau dah sampai 30 .. kalau esok harga silver jatuh takleh turun bawah 30.. atas sebab kerugian kepada peniaga bila masa pertukaran utk pusingan model.. dan kes ni semua tak berlaku la.. kalau semua pecahan dirham tu ada.. masalahnya tak ada

Sophy Sufian Sulaiman Aduhhh... Panjangnya nak baca posting ni... apa2 hal pun aku follow gak lah memberontak...

I poloooOOOoooo.....

Suhaimi Mohamed Sharif tapi apa pun semua boleh dibincang sebab sekarang yang aku nampak minter syarikat bukan perbendaharan negara/negeri.. so kita pun kena dengar cerita/masalah KGT ..bersatu kita teguh bercerai kita roboh.. majulah dnd untuk sistem kewangan islam yang sebenar hehe

En Altercronic bro pon nak memberontak..jom2.. join the club

Suhaimi Mohamed Sharif aku percaya ngan perbincangan.. hehe..kalau tak boleh bawak bincang... aku pergi mengaji lagi

Faisal Adnan muamalat, musyawarah...
perkara ni dah dapat perhatian Puan Alawiyah. Nanti kejap lagi sampai ke Umar Vadillo.
tegakkan muamalat Islam, tegakkan sama musyawarah.
sekian.

Faisal Adnan saya pun tak ajak memberontak seperti Tuan Hasbullah.
cuma ada rasa tak sedap hati sikit.
wallahua'lam.

Suhaimi Mohamed Sharif WIM sebagai badan penyelia memang kena setelkan masalah ni

Sophy Sufian Sulaiman sebenarnya aku ada buat satu excel berkenaan bagaimana nak menggunakan DnD untuk kawal perbelanjaan... sebenarnya teknik ni aku belajar masa pegi seminar Financial Freedom Pak Li dan Faizan dari Public Gold... teknik tu basically berdasarkan kepada penurunan nilai wang kertas dan kenaikan harga emas... basically konsepnya ialah kita kumpulkan sejumlah emas yang sama nilai dengan perbelanjaan tahunan dan bulan demi bulan kita tunaikan emas kita sekadar perbelanjaan bulanan kita tersebut... dan income kita pada bulan yang kita tunaikan emas tu kita buat beli emas lagi... maksudnya tukarkan duit kertas kepada emas untuk tahun berikutnya... sebenarnya part yg ni yg problem... problemnya ialah bila harga emas semakin naik dan naik dan naik berterusan... sedangkan perbelanjaan kita juga semakin naik dan naik dan naik... dalam masa yang sama kuasa membeli utk beli emas turun... turun dan turun... so last2 sebenarnya kita rugi sebab dok beli emas.... hmmm.... kalau ada sesiapa yg berminat dgn projek excel aku ni boleh inbox aku... dan aku akan emailkan excel yg aku dah buat tu...

Sophy Sufian Sulaiman dan sekarang aku terfikir... sebenarnya siapa yg ada duit banyak awal2 ni cepat2 lah tukar kepada emas atau DnD... sebab semakin lama kita ketinggalan kuasa kita utk membeli emas akan semakin berkurangan... masalahnya... MANA AKU NAK CEKAU DUIT BELI EMAS BANYAK2 NI???? WUAAAAA.... TOLONNNNN.......

En Altercronic taw x per.. aku x fikir aku, aku fikir org yg susah.. nak tukar 1 dirham pon payah.. huhuuh

Sophy Sufian Sulaiman Uik! Tak sangka ramai pulak yg berminat dan inbox kat aku... kalau macam ni alamatnya... kalau boleh aku nak jumpa face to face lah dgn siapa yg berminat ni... lebih jelas kalau boleh jumpa face to face.... aku kat Bandar Baru Bangi... kalau ada yg berminat boleh jumpa... ilmu ni sebenarnya agak mahal sebab aku terpaksa belanja dalam RM100 lebih nak belajar benda macam ni... amacam? ada berani? :D

Sophy Sufian Sulaiman Sebenarnya ilmu ni sama ada betul tak betul tu belakang kira... tapi apa yg aku nak kongsikan ialah aku dah nampak lama kelamaan bila harga emas semakin mahal masa tu kita mmg betul2 dalam masalah... mungkin jugak aku tersilap kira kot... tu lah yg aku nak jumpa face to face tu sebenarnya...

Suhaimi Mohamed Sharif ilmu yang bermanfaat jika dikongsikan pahala hanya Allah yang tahu.. kongsi je satu dunia

En Altercronic kita x leh hidup tanpa DnD ker??

Suhairul Lail Kamaruddin kita takleh hidup tanpa DnD tapi kalo takde air dan makanan mmg xleh.. tp kalau tanpa DnD, amalan kita cacat... ntah2 diterima ke idak Allah je tau

En Altercronic aku lebih suka konsep islamic village..berbanding konsep kumpul DnD sambil menunggu kejatuhan wang fiat

Suhaimi Mohamed Sharif aaa betul islamic village..

En Altercronic ada org tanya, jika dah nak kiamat nnt, ALLAH akan kurangkan HUjan 1/3 pada tahun pertama, 2/3 pada tahun kedua, dan x hujan langsung pada tahun ketika.. so pada masa itu adakah org masih nak terima DnD bagi muamalah, atau makanan akan lebih berharga drpd segalanya, sehinggakan ada satu hadis yg menyebut akan sampai satu masa, satu kepala lembu berharga 1000 Dinar ketika itu.. yg menyelamatkan manusia dan makanan org beriman ketika itu , adalah zikir2 dan selawat

En Altercronic so aku pon terfikir, lepas dengar ucaptama drpd Hj Awaluudin kat masjid shah alam hari tue, baru aku terfikir, DnD bukan utk dikumpul, tp untuk diedarkan sesama manusia utk berkongsi kekayaan.. dengan itu tiada lagi kemiskinan dalam islam..

Sophy Sufian Sulaiman Mungkin juga kita kena lebih cargas dan lebih pantas mentarbiahkan supaya DnD dpt dimartabatkan secepat mungkin menjadi pengganti duit kertas... Kalau gitu kita perlukan kebijaksanaan dan strategy yg mantap supaya kerajaan kita mengiktiraf DnD secepat mungkin sebelum harga emas dan perak menjadi lebih mahal... Masa tu nanti hanya org kaya sahaja yg mampu memiliki emas... Maka benarlah di akhir zaman... Yg kaya beetambah... Ya miskin papa kedana sbb terjerumus ke lembah hina penuh riba... Wallahualam...

Suriana Mohd Nor Teori FRR atau FRB ni bukankah berasal dari teori "Merempit Emas Ala Ya....". Cuma dulu kena ada emas fizikal dan tiada kemudahan elektronik. Maksud saya berhati2 dgn kenaikan komoditi ini. Kesimpulannya lau satu benda yg tiada nilai hakiki blh memberikan keuntungan yg besar kenapa sesuatu yg ada nilai hakik, x de org nampak kesempatan itu? ( Tiada di kalangan penyokong DnD - jgn bimbang).

Syazwan Madihah masa di kelantan ari tu (bulan 1), jumpa kak nik dan haji umar (bukan umar vadillo) , jumpa terus dibincang - ''awak ke yang tulis pasal dirham kelantan mahal?''

haji umar kata, (ni salah satu sebab dari banyak2 sebab DK mahal dari jawapan haji)

1 - kalau ikut nisab emas dan perak untuk zakat, 20 dinar wajib keluar zakat, dan 200 dirham wajib keluar zakat.

skang ni, nisbah dia tak sama. (masa tu 1 dirham = rm 20 , 1 dinar = 640 , 1:32
jadi, kita nak cepatkan nisbah dia biar sama, agar zakat yang dikeluarkan itu nisbahnya 1:10

saya tak menentang harga dirham kelantan mahal sangat, kerana tahu keadaan kerajaan kelantan yang memang dianaktirikan kerajaan pusat, jadi dari DK ni depa cari duit sikit. ini difahami.

cumanya, harga skang ni...... wallahu alam

En Altercronic good info.. dah lama saya fikirkan berkenaan zakat 20dinar dan 200 dirham nie..

Suhaimi Mohamed Sharif kalau kira camtu 697:69.7 baru boleh 1:10

Suhaimi Mohamed Sharif kalau 800:80 hmmm

Suhaimi Mohamed Sharif masalahnya 2-2 logam ni kejar mengejar.. ETF punya kerja

Mohamad Firdaus alasan yg sangat x logik... tetiba jer terasa mereka bukan betul2 nk tegakkan matawang syariat, tp hanya keuntungan semata2... kasar ker kalau wa cakap KELANTAN GOLD TRADE MENGGUNAKAN NAMA MATAWANG SYARIAH DAN ISLAM UNTUK MENDAPAT LEBIH BANYAK LAGI WANG FIAT.

Suhaimi Mohamed Sharif hehhe no komen Nik Mahani Mohamad kena jawap

Mohamad Firdaus if nak samakan nisbah 1:10 ngan 1 dinar mean harga dirham sekarang mereka nak letak rm70++ la yer..? so, automatik Dirham dah x relevena untuk muamalah.. nk beralih ke Dirham individu la plak

En Altercronic berita x sahih lagi.. so kene bersangka baik dulu..

Suhaimi Mohamed Sharif tanya la Umar Vadillo minggu ni pastu update

Mohamad Firdaus kalau x sahih maknanya Syazwan Madihah tipu laa...

En Altercronic kita kene sahihkan dulu dari geng KGT, tak leh terus wat kesimpulan..

Mohamad Firdaus Alawiyah Abdul Rahman Vadillo dan hj awal geng KGT kn? x tanya depa?

Alawiyah Abdul Rahman Vadillo Baru bincang dgn beliau. Kita kongsi pandangan beliau hari sabtu ..

Syazwan Madihah huih..mampus aku..kena cop menipu...

kalau aku silap komen minta maaf..
masa tu, kak nik perasan saya, terus bagi jumpa haji umar.

nanti tanya pada kak nik.

tapi saya pasti, inilah jawapan haji umar berkaitan isu dirham kelantan mahal.

En Altercronic wait this saturday...

Syazwan Madihah kalau nak hurai semuua jawapan beliau, saya dah banyak masukkan dalam komen2 terdahulu.

1 - DK halus buatannya - tu sebab mahal.
2 - high kualiti , banding dengan yang di IMN, DK lagi cantik.

minting di dubai, kos masuk mesia, tu semua boleh ditambah untuk tahu sebab DK mahal.

Syazwan Madihah nanti sampaikan semula pada saya isu ini.

wallahi, kalau saya tidak benar apa yang saya sampaikan semula dari apa yang diterangkan pada saya ketika januari dulu, saya keluarkan diri dari group ni.

Mohamad Firdaus no1- silver coin keluaran perth mint lagi halus n lawa, tp lebih murah dari 10dirham kelantan...

Suhaimi Mohamed Sharif takyahler keluar isk isk

Abu Alex Sabda Rasulullah s.a.w, “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

dalam terjemahan hadith lain pula, diberitakan sifat munafik itu ada pada "orang yang melampau dalam perdebatan"

Saya mengajak saudara saya di sini supaya dapat "rehat"kan isu ini sampai hari Sabtu sahaja, boleh sambung jika masih tidak berpuas-hati

Bukankah sudah Puan Alawiyah sudah menghulurkan tangan dan sampaikan salam dia pada kita?

En Altercronic saya percaya tuan, kami masih memerlukan kata2 tuan disini..

Mohamad Firdaus no2 - silver coin perth mint pun minting di australia dan kos masuk malaysia, kena cukai lagi... tp still jauh lebih murah dari DK.

EA Faisal Perkara ni kalau tak tackle dgn cara berhikmah akan datangkan pelbagai fitnah pada DnD. Harap yg berkenaan beri perhatian serius.

Mohd Ridhwan Ali kalau boleh usahakan di mint kan dlm malaysia..

Norbaini Hassan Kak alawiyah dah beritahu kat Umar Pasha...please come saturday for explanation and possible settle baik baik...no splitting hairs...kena rapat kan syaf....masih jauh lagi perjalanan kita...

Hasbullah Bin Pit Abu Alex:
Nak kena ubah sikit.
Premium tak perlu fix 100%,
ia berada dalam 1 julat, supaya harga stabil.
Let's say kos minting/distribution/operation = rm8
Jadi julat premium boleh diantara rm7- hingga rm 14 (sebagai contoh)

Silver 12+ premium 8=20
Silver 11+ premium 9 = 20
Silver 10 + premium 10 = 20
kalau silver naik lagi
Silver 13 +premium 7 = 20 (Kena panggil menyuarat sebab premium sudah below cost)
Mesyuarat putuskan harga dirham kekal 20 atau sudah boleh naik jadi 25

Hasbullah Bin Pit Mesyuarat itu juga putuskan, apakah julat premium perlu kekal atau kena modify

Hasbullah Bin Pit tau boleh putuskan samada mahu naik ke tahap 22

Hasbullah Bin Pit Bila julat premium diimplementasikan, maka akan dapat harga dirham dalam RM yg lebih stabil.

Hasbullah Bin Pit Boleh masuk langkah seterusnya untuk mewujudkan dinar:dirham ratio

Hasbullah Bin Pit Katakan harga dirham RM 22 , kenaikan harga dirham boleh dibuat dalam gandaan 1/2 dirham.

Hasbullah Bin Pit So harga dinar dalam ganddan 11 ,
683, 692,704 (ikut spot emas + julat premium dinar)

Suhaimi Mohamed Sharif premium tak perlu naik.. yang naik harga silver je.. lagipun takde rasional premium naik.

No comments:

Post a Comment