Monday, April 11, 2011

Intan Maimunah assalalmu alaikum tuan2/puan - saya listkan 20 adab tersebut - hayatilah “Al Adab Fiddin” oleh Imam Al Ghazali telah menggariskan beb

Intan Maimunah

assalalmu alaikum tuan2/puan - saya listkan 20 adab tersebut - hayatilah

“Al Adab Fiddin” oleh Imam Al Ghazali telah menggariskan beberapa adab yang harus pada para peniaga dan ahli koperat Islam.

1 Janganlah membolot dan menindas perniagaan ...orang.

2 Hendaklah jujur ketika menyukat. Janganlah mengurangkan sukatan atau timbangan.

3 Ketika menimbang adalah digalakkan untuk melebihkan sedikit ataupun sukat secukupnya.

4 Hendaklah menyukat degan cermat dan berhati-hati.

5 Layanilah pembeli mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli seorang bangsawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika pembeli jiran , hendaklah dilebihkan.

6 Harga jualan hendaklah berpatutan. Diingatkan bahawa pembeli akan bertambah sekiranya harga barang adalah berpatutan.

7 Jangan sesekali membebankan orang bawahan sekiranya anda seorang pengarah.

8 Jangan menolak permintaan dan tempahan seorang peminta dan jangan mengahalang orang lain daripada mendapat perkhidmatan.

9 Tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan.

10 Selalu berusaha memperbaiki mutu barangan.

11 Jika pembeli atau pelanggan berhutang dan ia tidak mampu membayar, lupuskan dengan menghalalkan kepadanya. Jika ia berhutang dan meninta tangguh untuk membayar keran kesuntukan wang, berikanlah ia masa. Jangan terlalu mendesak meminta hutang.

12 Membeli alatan menyukat dengan orang yang jujur dan memastikan penyukat tersebut tidak rosak.

13 Janganlah terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual sehingga mengelirukan pembeli dan berkata benarlah tentang barangan yang dijual.

14 Jika ada kecacatan terhadap barangan. Beritahu kepada pembeli secara jujur dan jangan menyembunyikan kecacatan itu.

15 Elakkan perasaan dengki ketika menaikkan harga barangan. Jangan naikkan harga barangan dengan terlalu tinggi lalu membebankan pembeli.

16 Jauhilah berbohong ketika bercakap.

17 Biarkan pembeli membuat keputusan untuk membeli barang, Jangan memaksa dan mempengaruhi pembeli.

18 Kurangkan bergurau senda yang kurang baik dengan pembeli.

19 Elakkan daripada bertengkar dengan pelanggan.

20 Tunduklah pandangan daripada perkara yang haram.

No comments:

Post a Comment