Tuesday, April 26, 2011

Ust Rafidi Hashim

Bagaimana nak diajar takrif riba sebenar jika pihak selamik bank memutar belitkan maksud hadis utk menghallalkan business memberi hutang mereka, cuba baca helah riba ini oleh UZAR : Tidakkan proses yang dilakukan oleh Bank itu sebenarnya helah untuk mengelak riba? ( 2 jualbeli dlm satu yg menjerumus kedalam riba)

UZAR

Samada helah atau tidak, ia adalah cara yang mampu dilakukan ketika ini bagi memastikan setiap aqad, hak milik, ‘dhoman' terhadap asset telah dipenuhi dalam setiap transaksi. Perlu difahami bahawa tidak semua helah mengelak Riba itu haram.

Malah ternyata dalam hadith bagaimana Nabi SAW sendiri pernah mengajar melakukan teknik helah ini bagi memperkemaskan aqad bagi menukar transaksi dari haram kepada halal. Imam al-Bukhari juga menamakan bab yang mengandungi hadith ini sebagai " KITAB al-Hilah". Sebagai contoh, hadih

وَعَنْ أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا على خَيْبَرَ فَجَاءَهُ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ فقال رسول اللَّهِ أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا قال لَا والله يا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَنَأْخُذُ الصَّاعَ من هذا بِالصَّاعَيْنِ وَالصَّاعَيْنِ بِالثَّلَاثَةِ فقال رسول اللَّهِ لَا تَفْعَلْ بِعْ الْجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا
Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya : Adakah semua tamar dari Khaibar sebegini?, jawab lelaki itu : Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa' ( 3 kilogram) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa' ( 6 KG ) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa' ( 6 kg ) tamar ini dengan 3 sa' ( 12 kg) . Nabi bersabda : JANGAN KAMU LAKUKAN ITU ( kerana ia Riba al-Fadhl), dan juallah terlebih dulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu." ( Riwayat Al-Bukhari, no 4001, 4/1550)

Lihat bagaimana Rasulullah mengajar untuk berhelah, kerana apabila tamar ditukar dengan tamar, Nabi SAW sebelum ini telah mensyaratkannya agar dibuat dalam satu masa dan sama timbangan bagi mengelakkan riba al-fadhl dan riba an-Nasiah. Ini bermakna tindakan lelaki tadi yang menukar 3 kkg tamar dengan 6 kg tamar yang berlainan jenis adalah haram dan riba. Bagi elakkan riba itu, Nabi saw mengarahkan agar menjual tamar yang dimiliki terlebih dulu, kemudian apabila telah mendapat duit bayaran barulah membeli tamar yang berlainan jenis yang dikehendaki tadi. Dengan demikian ia terselamat dari riba walaupun ‘end result' dari transaksi tadi adalah sama.

  • You, En Altercronic and 3 others like this.
    • Zulkifli Sharif Ulas lebih lagi ustaz ....
      2 hours ago ·
    • Ust Rafidi Hashim Kitab Fiqh - merujuk hadis kepada jualbeli ribawi emas, perak dan makanan dengan tempoh simpanan bukannya loan .. Alahai UZAR
      2 hours ago · · 1 person
    • Suhaimi Mohamed Sharif tah.. cam tergantung
      2 hours ago ·
    • Zulkifli Sharif bagi link ustaz ...
      2 hours ago ·
    • Quezzo Corp
      itu adalah perniagaan,, yang mana tiada riba.. namun bagi kes Selamik Bank... dalam contoh pembiayaan perumahan... pihak Selamik Bank telah menjual rumah yang belum cukup sifat rumahnya (tak sempurna milik) yang sebenarnya masih lagi ditangan pemaju kepada pembeli dengan mengenakan caj tambahan... ada 2 akan disini yang tidak sepatutnya berlaku.

      Riba bagi kes pembiayaan perumahan ini adalah daripada penganiayaan jika mana pemaju tidak dapat menyelesaikan pembinaan rumah (terbengkalai). Pembeli akan menyaman pemaju... akan tetapi sepatutnya pembeli wajar menyaman Selamik Bank kerana menjual rumah yang terbengkalai.
      about an hour ago ·
    • Quezzo Corp ‎2 akan = 2 akad
      about an hour ago ·
    • EA Faisal Rasanya maksudnya ialah yg diajar Rasulullah bukanlah satu helah. Kalau diperhati betul-betul, sebenarnya ada 2 akad yg berbeza.
      about an hour ago · · 1 person
    • Quezzo Corp yer betul... sebab itulah gua kata tadi ianya adalah perniagaan...
      about an hour ago ·
    • Ust Rafidi Hashim
      Hadis diatas tidak ada kaitan lansung dengan hilah Selamik Bank, ia merujuk pada tukaran exchange barang dengan barang..yg dilarang Rasullulah saw ialah pertukaran barang ribawi emas dengan emas, perak dengan perak dan makanan dengan tempoh simpanan..apa yg selamik Bank buat ialah2 jualbel dalam satu yg dilarang Allah swt memberi pinjaman riba dengan berselindung disebalik jualbeli ... menggunakan hadis diatas untuk menghalalkan 2 jualbeli dalam satu adalah usaha menghalalkan apa yang diharamkan Allah swt
      about an hour ago · · 2 people
    • Ust Rafidi Hashim Cth 2 jual beli dalam satu yg membawa kepada riba : Si A berkata kepada B : Beli rumah ini dengan tunai 1000 dinar dan jual padaku dengan hutang 1200 dinar
      about an hour ago ·
    • Halim Panji Timur uzar ada juga bg contoh nabi ayub ke sapa lupa, sumpah nk sebat isteri 100 x , lepas tu kesal, Allah ajar helah, kumpul rotan 100 batang, pukul sekali kira samala 100 x.gitula lebih kurang
      about an hour ago ·
    • Quezzo Corp Betul tue Ustaz...
      about an hour ago ·
    • Halim Panji Timur lepas tu dia cakap dipersetujui ulama sedunia ada dari macam2 U & ada juga ulama pondok terkemuka..jadi sapa Imran Hossein nk lwn depa? dia cakap
      about an hour ago ·
    • Halim Panji Timur saya bg link notes ustaz rafidi, dia terus blok saya dari komen
      about an hour ago ·
    • Quezzo Corp Alim ulama (suq') biasanya akan mencari-cari jalan untuk justifikasikan hujah mereka walaupun sudah terang lagi bersuluh ianya mendekatkan lagi kepada neraka Allah...
      about an hour ago ·
    • Ust Rafidi Hashim
      HUTANG maknanya pada syarak memilikkan sesuatu benda kepada seseorang dengan syarat dikembalikan balik seumpamanya. Maksudnya di sini ialah memberi hutang kepada orang samada hutang duit atau hutang barang, dalam bahasa melayu biasanya hutang itu digunakan pada duit atau wang, dan pada barang disebut pinjam a’la kulli hal kedua-duanya masuk dalam bab ini. (kitab Jawi - Idaman Penuntut - Bab Muamalat)

      Iqradl/ menghutangi – memberikan milik sesuatu kepada orang lain dengan pengembalian yang sama- adalah Sunnah, kerana mengandungi unsur menolong menghilangkan kesulitan; ini termasuk sunnah-sunnah yang muakkad berdasarkan beberapa hadis yang telah di kenal. ( Kitab Fatul Muin - Mazhab Shafei)

      Seperti misalnya hadis riwayat Muslim “Barangsiapa membantu melonggarkan satu di antara beberapa kesulitan duniawi temannya, maka Allah akan melonggarkan satu dari beberapa kesulitannya di hari kiamat, dan Allah adalah menolong hamba-Nya selagi hamba itu mahu menolong temannya.”

      Harus bagi pemiutang menggunakan, manfaat yang diberikan oleh yang berhutang seperti bayar balik dengan lebih pada bilangan atau pada sifatnya seperti lebih molek daripada barang yang dipinjam dengan tiada disyaratkan pada masa berakad waktu meminjam kerana sabda Nabi s.a.w ertinya: orang yang baik-baik daripada kamu ialah orang yang lebih elok membayar hutang. Ini disebut sebagai alqardul hassan.

      Adapun hutang dengan syarat dalam akad ada faedah untuk piutang hukumnya akad itu fasid dan jadi riba.Termasuk dalam riba al fadhli atau riba al qardi.

      Ada pun yang menjalankan riba hutang ini ketika zaman Rasullulah saw ialah orang Yahudi. Allah menyebut dalam Al Quran merujuk kepada orang Yahudi. (Surah An Nisa: 160-161)

      " Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, kami haramkan atas (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan Karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah "

      " Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal Sesungguhnya mereka Telah dilarang daripadanya, dan Karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. kami Telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih."

      Perniagaan memberi hutang untuk mendapatkan keuntungan dilarang keras oleh Allah swt.

      Bagaimana pulak mereka yang berselindung atas nama jualbeli untuk menjalankan perniagaan hutang ?

      Bank Islam dikatakan tidak menyediakan pinjaman tetapi pembiayaan.

      Mereka menggunakan kaedah 2 jualbeli dalam satu jual beli untuk menghalalkan perniagaan hutang mereka.

      Dialam Kitab Al Muwatta' Imam Malik menyebut "

      Bersumber dari Malik, sesungguhnya dia mendengar bahawa Rasulullah s.a.w melarang melakukan dua jual beli kali sekaligus.

      Bersumber dari Malik, sesungguhnya dia mendengar bahawa ada seorang lelaki berkata kepada orang lain: “belilah kepadaku unta ini dengan tunai lalu aku akan membelinya dari kamu dengan jangka waktu tertentu. Ketika hal itu ditanyakan kepada Abdullah bin Umar, dia tidak suka dan melarangnya.

      Apa bezanya dengan belilah rumah ini tunai lalu akau akan belinya dari kamu dengan jangka waktu tertentu. Harga tunai lain dan harga hutang berlainan.

      Ada tiga pihak terlibat disini secara serentak, penjual unta atau rumah, orang yang nak berhutang dan pemberi hutang. Ada dua aqad berlainan yang terlibat disitu.

      Imam Malik mengatakan: “Seseorang yang membeli suatu barang dari orang lain dengan harga 10 dinar secara tunai, atau dengan 15 dinar dengan jangka waktu, maka si pembeli tadi harus memilih salah satu dari dua harga: sesungguhnya hal itu tidak boleh, oleh kerana kalau dia mengakhirkan yang 10, maka yang jadi adalah 15 dengan jangka waktu. Tetapi kalau dia membayar 10 secara tunai, maka seakan-akan dia membeli barang tersebut dengan harga 15 dengan jangka waktu.”

      Perniagaan melibatkan risiko, sedangkan riba menyerapkan risiko hanya kepada yang berhutang. Jika Bank Islam menjadi kontraktor menjual rumah yang mereka bangunkan sendiri, tiada masalah inilah adalah perniagaan tetapi jika mereka hanya memberi pembiayaan semata mata, ini adalah BUSSINESS HUTANG seperti orang Yahudi yang dilarang oleh Alllah swt. Wallahu alam
      about an hour ago · · 2 people
    • Norbaini Hassan Thank you ustad rafidi, May Allah bless you always..
      4 minutes ago ·

No comments:

Post a Comment