Tuesday, April 19, 2011

FOREX dan perbalahan mengenainya?

Abu Alex
Saya sudah tak larat nak layan pertanyaan mengenai forex, saya hujah begini dia helah begitu, saya membelok, dia mencilok.. hubaya, hubaya, benarlah hidayah itu milik Allah jua.

Bismillah, ini infak masa sebelum dan selepas solat zuhur, demikian saya salinkan daripada kitab Tafsir Ibnu Kathier, Jilid 1 sebahagian mukasurat 570-572:

Dan urusan Riba ini termasuk amat sulit terhadap kebanyakan ahli ilmu sehingga Umar Al-Khattab r.a. berkata, "macam yang aku ingin andaikan Rasulullah s.a.w. memberikan kepada kami panduan untuk menjadi pegangan batasnya, iaitu waris nenek (datuk) dan adakalanya beberapa masalah Riba, soal yang serupa dengan Riba dan dapat menyebabkan Riba".

An-Nu'man bin Basyir r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya halal dan haram itu sudah jelas, dan di antara keduanya ada hal yang samar-samar dan syubhat, maka siapa yang menjaga dirinya daripada syubhat, bersih agama dan kehormatannya; sebaliknya siapa yang terjerumus ke dalam syubhat dan jatuh ke dalam keharaman, bagaikan gembala yang memelihara ternakannya di sekitar tempat terlarang, mungkin terjerumus ke dalamnya” (HR Bukhari dan Muslim).

Al-Hasan bin Ali r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkan apa yang kamu ragukan dan lakukan apa yang kamu tidak ragukan.” (HR Asahabussunan)

Dan hadith lain pula, “Dosa itu yang goyah dalam hati, dan ragu dalam perasaan dan tidak suka dilihat orang”.

Di lain riwayat pula, “Tanyakan pada hatimu sendiri, meskipun sudah diberi fatwa oleh semua orang”.

Umar Al-Khattab r.a. berkata, “Di antara ayat-ayat yang terakhir turun ialah ayat Riba, dan Rasulullah s.a.w. wafat sebelum menerangkan semuanya dengan terperinci kepada kami, kerana itu tinggalkan Riba dan semua yang meragukan.”
Abu Said berkata, “Umar Al-Khattab r.a. berkhutbah, “Sesungguhnya aku melarang kamu dari apa-apa yang mungkin berguna kepada kamu, atau menyuruh apa-apa yang tidak baik bagi kamu, dan termasuk diantara ayat-ayat yang terakhir turunnya ialah ayat Riba, sehingga Rasulullah s.a.w. wafat dan belum menerangkannya dengan terperinci, kerana itu tinggalkanlah apa yang kamu ragukan, kepada apa yang tidak meragukan” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Mardawaih)

Ibnu Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Riba itu ada tujuh puluh tiga bab (cara), sedangkan yang paling ringan adalah seperti bersetubuh dengan ibunya.”

Semoga bermanfaat pada semua.
    • Abu Alex ‎.. tertuju jua pada mereka yang guna ar-Rahnu untuk menimbun harta, wallahu'alam.
      9 minutes ago · · 3 people
    • Abu Alex ‎.. tertuju jua pada mereka yang memilih untuk duduk dalam dharurah penggunaan wang kertas fiat @ legal tender dan tidak mahu keluar menggunakan matawang syariah; mereka ini menyimpan lebih dari keperluan, menggunakannya untuk melabur dan diambil keuntungan darinya; menggunakan wang kertas fiat ini diluar dari rukhsah keringanan yang dibenarkan syarak.
      2 minutes ago · · 3 people
    • Abu Alex ‎.. tertuju jua pada mereka yang memilih untuk tidak sebarkan maklumat ini, dia masuk ke dalam syubhah perbuatan memutuskan penyampaian ayat-ayat Allah.

      wallahu'alam.
      A few seconds ago ·

      • Mazli Alias
        On Forex...
        Pasaran pertukaran asing adalah pasaran terbesar di dunia. Nilai urusniaga hariannya telah meningkat dari $10-$20 billion pada tahun 1970-an kepada lebih kurang $2 trillion sehari. Menurut Lietaer (2001) jumlah tersebut bersamaan dengan 150 kali jumlah dagangan harian kesemua komoditi, barangan siap dan perkhidmatan sedunia. Beliau yang menggunakan data daripada Bank of International Settlement (BIS) mendapati hanya 2% daripada jumlah transaksi tukaran asing berkait dengan ekonomi yang nyata atau “real”; 98% lagi merupakan transaksi spekulatif oleh bank-bank, dana lindung nilai dan dana amanah yang mengkhusus dalam perdagangan mata wang.



        Penggunaan wang komoditi seperti emas akan menghapuskan perdagangan mata wang asing kerana ia tidak tertakluk kepada pergerakan yang meruap. Maka tiada lagi peluang untuk berspekulasi turun naik nilai mata wang. Mata wang komoditi akan berkembang sejajar dengan ekonomi yang “real” dan bukan ekonomi spekulatif. Ini tentunya mengancam sumber pendapatan aktor pasaran seperti bank-bank komersial dan dana-dana lindung nilai. Nilai urusniaga harian pasaran pertukaran asing ialah AS$2 trillion. Katalah purata profit margin aktor bukan negara Cuma 1% ini bermakna keuntungan yang bakal hilang ialah AS$20 billion sehari!! Maka atas dasar kelangsungan kepentingan, tentunya interest group yang mempunyai sumber kewangan yang besar ini akan mencari jalan menggagalkan perlaksanaan wang komoditi melalui pengaruh pergerakan modal.



        Hujah di atas berdasarkan Capital Mobility Hypothesis yang diutarakan oleh Andrews (1994). Hipotesis tersebut menyatakan bahawa kedaulatan monetari sesuatu negara adalah tertakluk kepada pergerakan modal antarabangsa. Ini bermakna, keluar masuk modal antarabangsa oleh aktor-aktor bukan negara dapat mempengaruhi dasar-dasar domestik . Menurut Friedman (2001) negara-negara kini mampu didisiplinkan oleh gerombolan pelabur elektronik (electronic herd of investors) yang mengawal akses modal dalam dunia era globalisasi kini.
        23 hours ago · · 2 people
      • Mazli Alias Dipetik dari BAB IV; PENGHALANG KEBERDAYAAN SISTEM WANG KOMODITI. (Kertas Projek Sarjana; 2005).
        23 hours ago · · 2 people
      • Nor Fazilah Abd Mohd sy rasa pihak berkenaan perlu keluarkan fatwa yg jelas..sbb alasan pemorex tegar ni tk ada fatwa..klu dh ada..sng nk basuh
        4 hours ago · · 1 person
      • Abu Alex
        Nor Fazilah,

        sampai bila-bila pun tak mungkin keluar fatwa, kenapa?

        1) Ulama enggan mengakui hakikat paling asas (fundamental) dalam syarak iaitu tujuan asal pertukaran wang diharuskan BUKAN untuk tujuan mengambil keuntungan tetapi untuk kemu...See more
        4 hours ago · · 2 people
      • Abu Alex ‎"3) Hukum pertukaran itu khusus dan mungkin.."

        maaf, saya guna bahasa lebih mudah:

        Hukum Allah ini hanya terpakai dan dijamin akan membebaskan manusia dari penganiayaan jika hukum ini dipakai pada tempatnya, iaitu pada matawang syariah.
        4 hours ago · · 1 person
      • Nor Fazilah Abd Mohd huhu..kebenaran itu pahit..
        4 hours ago ·
      • Sophy Sufian Sulaiman AA: Sampaikanlah walau dengan sebaris ayat... Sampaikanlah dengan ciri-ciri sifat Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah... Namun akhirnya....
        "... benarlah hidayah itu milik Allah jua..."
        4 hours ago · · 1 person
      • Abu Alex last call: kacau-bilau dunia ini bila orang ambil mudah hukum syarak, jahanam bila ulama pun begitu juga.
        4 hours ago · · 2 people
      • Nor Fazilah Abd Mohd sy cuma nk memanjangkan perkara ni..ptg ni sy contact jakim..nk tnya..pagi ni mereka ada majlis..sy dh bosan dgn sikap mereka yg trg2 tolak kebenaran..
        4 hours ago · · 2 people
      • Abu Alex Jazaakallahu khoir, saya doakan supaya Allah beri ganjaran kebaikan kepada mu, Dia tebarkan hidayah ke seluruh alam atas sebab amalan mu.
        4 hours ago · · 2 people
      • Nor Fazilah Abd Mohd
        ni slh satu komen :

        jgn terlalu simplistic dlm mngeluarkan hukum..

        Actually (no offence)UZAR adalah my x senior ms belajar dulu.dia adalah x pemimpin persatuan pelajar.mmg sifatnya@pemimpin pelajar kat um adalah amat vokal.Banyak pendapat UZA...See more
        4 hours ago · · 1 person
      • Sophy Sufian Sulaiman Islam itu hadir berdagang dan pergi berdagang... datangnya asing perginya asing.. syurga itu sangat istimewa dan mahal harganya... Masya Allah... Subahanallah... Ku pohon supaya sentiasa terpelihara dalam taufik dan hidayah... Ku pohon ditetapkan iman di atas segala hasutan.. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... Peliharalah kehidupan ku mencari nur di kegelapan dan kekaburan akhir zaman...
        4 hours ago · · 2 people
      • Nor Fazilah Abd Mohd up...sy nk update..sesuai bukak post baru kot
        59 minutes ago ·
      • Dilla Azman
        takutnye saya baca komen yg fazilah paste tu....

        org yg belajar syariah scr formal pun begitu...

        alhamdulillah kita yg x dpt pendidikan syariah scr formal ni dibukakan hati2 kita oleh Allah swt.... walau berdikit, tp tetap berusaha...
        ...See more
        40 minutes ago ·
      • Mohd Sani Johari
        ada satu hadis sahih, bunyinya begini lebih kurang..
        Suatu hari Bilal membawa sebakul kurma yg cantik isinya dan diberi kepada Rasullullah. Kemudian Rasullulah bertanya. darimana kamu memperoleh kurma ini wahai bilal.
        Dan bilal menyatakan bahwa beliau mendapatkanya dgn melakukan pertukaran pada 2 bakul kurma yg x berapa elok (senng cakap low grade sikit) dengan kurma yg elok ini.
        Dan Nabi menjawab bahawa inilah PATI KEPADA RIBA. dan HARAM. bygkan kalau nak tukar sebakul kurma walupun kurang gradenya dgn yg elok (tinggi mutunya) walaupun telah dipersetujui (akad)..tetapi mengapa nabi masih mengatakan ia adalah RIBA. Kerana berlaku ketidakadilan disini. Satu bakul kurma jika ingin ditukar perlu dgn satu bakul juga tanpa perlu mengira ko punya grade A ke B ke C..

        Fikir-fikirkanlah kalau ia melibatkan pertukaran WANG/CURRENCY yang jelas CURRENCY adalah benda yg disandarkan pada sesuatu yg tidak ada nilai instrinsik langsung. Dan keuntungan sesuatu pihak itu adalah disebabkan adanya pihak lain yang menanggung kerugian adakah anda rasa ia sesuatu yang HALAL.

        Wallahuallam.
        37 minutes ago ·

No comments:

Post a Comment