Monday, April 11, 2011

Ayyuhal walad ! Pelajaran Pertama – Syaikh Abdul Qadir As Sufi by Ust Rafidi Hashim

DEFINISI Kediktatoran.

Dalam kediktatoran tidak ada kebebasan politik.

Perbezaan pendapat dihukum dengan penghapusan melalaui - penjara, penyiksaan dan kematian.

Ada kebebasan ekonomi asas kerana Negara adalah pemilik tunggal kekayaan.

DEFINISI DEMOKRASI.

Dalam demokrasi tidak ada kebebasan ekonomi. Anda adalah warga negara dalam satu set negara demokratik yang serupa. Menjadi warga negara bererti anda adalah pemiutang. Anda bertanggungjawab untuk hutang nasional, misalnya Mauritania, anak yang lahir di padang pasir memasuki kehidupan dengan hutang nasional, lahir ke dunia dengan suatu jumlah ribuan euro yang tidak terbayar. Anda bebas untuk menukar wakil politik(wakil rakyat) anda, tetapi, selain dari cukai kerajaan Nya pada anda, dia sebenarnya tidak mempunyai kuasa. Dia harus menghalang anda dari bangun memprotes , protes yang keterlaluan - maka anda akan dihancurkan. Itu adalah status quo. Ketika bank gagal, kehilangan berjuta-juta, anda harus membantu mereka keluar dari kemelut tersebut (bailout dari wang anda).. Dalam melakukan ini, anda, masyarakat, telah menjadi (terima kasih kepada demokrasi) pasif dan patuh.

DEFINISI Bankers.

Para bankir, yang disebut oleh Proudhon, satu kumpulan, persaudaraan atheis. Mereka mengendalikan sistem pinjaman riba dengan bunga, dengan tidak menggunakan, kekayaan sebenar, tetapi menggunakan wang kertas, tidak lebih dari 'resit ' atas kekayaan sebenar. Kekuasaan mereka tumbuh, dan telah berkembang sejak Revolusi Perancis dan Inggeris , mengecilkan kuasa monarki hingga saat itu dibuang kuasa perundangan dan menggantikannya dengan kepatuhan bangsawan Jerman.

Perang Dunia II dan selepasnya, dengan transformasi komputer berasaskan maklumat global, melihat lompatan evolusi penting dalam amalan dan kekuasaan. Mata wang kertas semakin ditinggallkan (nota janji bayaran) dan bergantung pada angka bagi setiap 'mata wang' yang diberikan dan pemindahan dari titik global A ke 'wang' global titik B, tidak lagi jumlah yang bernombor , melainkan impulse (signal) elektronik berkelip antara dua komputer. Dengan kata lain, para bankir memerintah dengan magic. Mereka menguasai kelas politik - mereka tahu pelantikan mereka bukan disebabkan orang ramai tetapi media (yang dimiliki para bankir) dan ketaatan mereka kepada program kewangan mereka.

Para bankir telah menemui bahawa kelas politik, hamba yang sangat taat lebih dari apa yang mereka dapat bayangkan. Setelah ahli politik mendedahkan sikap merendahkan diri mereka dengan menyelamatkan sistem kewangan - para bankir pun mula keluar menunjuk belang. Sekarang, kata mereka, melihat kekacauan yang sedang berlaku. Kita perlu membersihkan pasar (market place) . Anda, kelas politik, berhutang dengan kami, dalam hutang nasional. Waktu telah sampai untuk membayar. Samada namanya - defisit - yang jelas anda perlu membayar.

Dalam satu gerakan, para bankir adalah selangkah mendekati logik matematik dan agama mereka - satu bank, tanpa matawang dan semua umat manusia berhutang dengan mereka.

Langkah untuk mengumpul defisit diikuti dengan krisis kewangan para bankir '- lebih dari dua puluh trilion dolar – orang ramai menjadi trauma - sekarang mereka harus membayar yuran hutang mereka.

Tidak ada seorang pun di negara yang bertanya – ke mana wang itu pergi? Apakah ia menghilang begitu sahaja? Apakah itu berarti ia sebenarnya tidak pernah ada sejak dari awal lagi ?

'Krisis defisit' Penerusan merendahkan dan memperhambakan manusia.

Mitos 'pemulihan' ekonomi ialah dengan pemotongan hampir total perkhidmatan sosial yang membentuk dasar kebajikan kepada masyarakat awam. Untuk memberikan kekayaan baru kepada para bankir , mereka perlukan pelanggan baru. Mereka memerlukan beberapa juta pelanggan baru untuk membolehkan mereka bergerak terus ke dominasi dunia dan untuk menjaga elit mereka, yang kaya dan sangat dihormati. Misalnya pada pertengahan krisis defisit Inggeris, Barclays Bank diberikan bos syarikat , bonus £ 9,000.000, menyusul protes awam, bos (dengan nama kekal Bapak Diamond!) Dengan rendah hati mengatakan bahawa selaras dengan masalah orang lain ia hanya akan mengambil enam juta!

Ya Walad!

Para bankir pun bertanya: "Sekarang dimana kita boleh mendapatkan kuasa keatas puluhan juta pelanggan bank baru? Baru, muda, menginginkan 'demokrasi', hutang (debtorship) tanpa diktator, dan dengan itu kita dapat mengimport dadah, rock and roll, kebebasan seksual dan bahkan fashion. Tentu saja - sepanjang pesisir Laut Mediteranean, di sana mereka berada, pengangguran, dizalimi dan syukurlah disana mereka bebas dari ajaran Islam yang sebenar , yang mungkin dapat mengekspot sifat jahat rencana kewangan kami "!

No comments:

Post a Comment